03 December 2013
Pandangan Itu
Aku melihat dia dan aku kagum,
Aku melihat dia dan aku malu,
Aku melihat dia lantas penglihatanku kembali kepada mengingati penciptaku,
Aku kagum pada perwatakannya yang sopan walau di dalam kelompok yang jauh akhlaknya dengan akhlak Islam yang sebenar,
Sehingga membuatkan aku teringat pada perwatakan nabi yang paling indah.
Perasaan ini dapatku gambarkan seperti pemandangan yang halus dan tenang bagai air paya yang sepi dan tenang,
Di tengah-tengah padang hijau yang lapang,
Dan jauh dari hiruk-pikuk manusia,
Dalam keadaan bulan yang terang benderang,
Yang menyenangkan perasaan pandangan setiap mata yang memandang.
Mana mungkin pandangan yang telah lama memandang kegelapan tiba-tiba terserempak dengan cahaya,
Akan memalingkan pandangan pada yang lain.
Tidak mungkin melainkan mereka yang hilang fitrahnya sahaja.
Namun saudariku,
Perlu diingatkan, Allah itu Maha Halus perancangannya..
Sehingga manusia yang berperangai iblis akhirnya ditempatkan bersama Rasulnya!
Sehingga manusia yang soleh ditempatkan bersama Firaun dan Abu Jahal pada akhirnya!
Sehingga tentera kecil berjaya mengalahkan tentera yang berkali ganda besar darinya!
Dan tentunya pandangan manusia itu terbatas pada bermacam-macam benda dan perkara.
Dan pandangan Allah lah yang paling tepat mengenai hatinya.
Akhir dariku,
Aku mengharapkan pandangan aku terhadapnya akan kekal begitu,
Dan moga Allah memandangnya dengan pandangan yang mulia dariku kerana akhlaknya,
Sehingga Dia menempatkannya sesuai dengan akhlaknya,
Dan ketahuilah,
Dia itu adalah kamu saudariku.
Semoga Allah lah tempat perhentian terakhir kita.
kredit:ainie
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment