25 September 2013

Dua Di Dakwa Bawa Risalah



GEOGRETOWN: Dua lelaki awalnya disyaki membawa abu mayat Chin Peng didapati membawa 12 naskah buku, lapan DVD dan sebelas uncang cenderahati berkaitan bekas Setiausaha Agung PKM itu.

Seorang daripada dua lelaki itu dipercayai bergelar Datuk Seri berusia 59 tahun dan mereka ditahan bagi membantu siasatan.

Seorang lagi lelaki yang ditahan berusia 66 tahun itu pula dipercayai warga Hong Kong ditahan sejurus keluar dari pesawat yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), kira-kira 9.50 malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya merampas 12 buku, lapan DVD dan sebelas uncang cenderahati daripada kedua-dua lelaki terbabit.

Menurutnya, mereka itu ditahan mengikut Akta Bahan Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012 untuk membantu siasatan.

Katanya, buku yang dirampas itu berbahasa Melayu dan Cina mengenai sejarah perjuangan Chin Peng.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan akan ambil keterangan daripada mereka bagi mengetahui tujuan sebenar mereka membawa masuk bahan terbabit," katanya.

Menurutnya, kedua lelaki berkenaan tiba di Pulau Pinang dengan menaiki pesawat Thai Airways.

Sumber: HMetro : 2013/09/25

No comments: