Sindiket Dadah Tumpas
Oleh AZHARI ZAINOODDIN
PULAU PINANG 22 Sept. - Kegiatan satu sindiket memproses dadah yang
berselindung di sebalik sebuah premis melebur emas yang dijadikan
sebagai makmal pemprosesan akhirnya terbongkar apabila sepasukan polis
menyerbu sebuah rumah kedai di Bandar Baru Falim, Air Itam di sini.
Dalam serbuan kira-kira pukul 2 pagi itu, polis berjaya memasuki premis
berkenaan setelah memecahkan tiga pintu dengan menggunakan alat
pemotong besi.
Dalam serbuan tersebut, tiga ahli sindiket
terbabit berjaya ditahan biarpun mereka dikesan telah memotong wayar
elektrik yang disambung bagi mengawal pintu besi premis berkenaan bagi
menghalang dimasuki anggota polis.
Bagaimanapun, sebaik berjaya
memasuki premis terbabit, polis menemukan 12 butir peluru dan beberapa
peralatan memasak dipercayai digunakan bagi memproses dadah serta
barang-barang peralatan melebur emas.
Serbuan dilakukan hasil risikan dan maklumat awam yang diterima selepas curiga dengan kegiatan sindiket terbabit di situ.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan
Kong Meng mengesahkan menerima laporan mengenai serbuan berkenaan tetapi
enggan mengulas lanjut. - UM
No comments:
Post a Comment