Pelarasan kenaikan gaji baru 2013/2014
kakitangan awam : Jikalau sebelum ini iaitu sekitar bulan Julai 2013
tempoh hari, kalangan kakitangan kerajaan telah pun menikmati &
menerima Kenaikan Gaji Tahunan yang baru (KLIK SINI). Dan berita gembira buat 1.4 juta kakitangan awam tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Ini kerana….
Pelarasan Gaji : Gaji Baru Naik Berkuatkuasa Seawal Disember 2013?
Berita ini, baru Berita Semasa perolehi langsung daripada Putrajaya sebentar tadi.
Berdasarkan maklumat yang pihak Berita
Semasa terima melalui salah seorang panel yang menjadi wakil bagi pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah terlibat secara
langsung dalam pelarasan gaji baru kakitangan awam kali ini memaklumkan
akan ada berita gembira sekitar 3 bulan daripada sekarang di mana
pengiraan untuk pelarasan gaji baru telah pun dijalankan dan dijangka
akan mula dikuatkuasakan sekitar bulan 12 (Disember 2013) ataupun awal tahun 2014. Sama-sama kita nantikan.
Apa respon balas anda pula terutamanya kalangan penjawat & kakitangan awam di Malaysia?
No comments:
Post a Comment