25 November 2013

Cabaran Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang(STAFOC)

1458563_693616060648704_1319750953_n
Kuala Lumpur- Bertempat di Pulapol Kuala Lumpur, telah berlangsung satu demonstrasi ‘Counter Strike’ dan ‘Hostage Resque’ yang telah dilaksanakan oleh pegawai dan anggota daripada Pasukan Elit Taktikal Ops Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pasukan ini telah ditubuhkan sebagaimana telah diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri pada 22 Ogos 2013 sempena mesyuarat di antara KDN dan PDRM baru-baru ini.

Kelulusan bagi kekuatan sumber manusianya seramai 400 orang telah diberikan dengan berorientasikan kepada 2 pasukan elit bagi menangani dua permasalahan iaitu berkaitan kes-kes jenayah dengan efisien dan pembanterasan permasalahan dadah.

Operasi-operasi pasukan ini adalah bersifat multi-tasking dalam mengurus dan menangani isu-isu jenayah, jenayah berat, jenayah bersindiket, gangsterisme, perjudian, pelacuran dan pemerdagangan manusia.

Berkonsepkan ‘Intelligence Led Policing And Aggresive Action On Organized Crime’ pasukan ini akan melangsungkan operasi secara langsung di kontinjen serta daerah yang dikenalpasti dengan dikawal selia secara langsung oleh pihak Bukit Aman.

Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara dalam kenyataannya hari ini berkata, sebanyak 200 perjawatan telah diperuntukkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) manakala 200 lagi kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

Pihak JSJ sehingga kini telah melaksanakan 2 siri pemilihan pegawai dan anggota dari pelbagai formasi dan unit tindakan dalam PDRM mulai penghujung Oktober yang lepas dan dijangka, pasukan ini akan beroperasi sepenuhnya 1 Januari 2014.

Kesemua mereka akan dihantar untuk menjalani kursus-kursus tempur dan taktikal yang akan dikendalikan oleh jurulatih dari Pasukan Komando Vat 69 dan Unit Tindak Khas (UTK) PDRM.

Sumber-FB Rasmi PDRM

No comments: