29 November 2013

Qowi Lillahi Ta'ala

                 

Bila hatimu tak lagi merasakan indah seperti selalu,
Bila harimu menjadi hari yang tersepi di dalam hidupmu,
Dan mungkin hari yang bisa tiba, akan membuat kau jatuh.
Jangan pernah salahkan waktu.

Kerana kita hanyalah sang makhluk,
Miliki sangat banyak keterbatasan.
Cuma, cubalah untuk bulatkan tekad,
Dan sempurnakanlah ikhtiar,
Serahkan diri pada Pencipta,

Mungkin bila kau tidak menyukai sesuatu,
Padahal itu adalah lebih baik bagimu dari Pencipta.
Ingatlah, jika sesuatu telah terjadi,
Maka redhalah.

Kerana tak mungkin sesuatu yang telah berlaku dapat diubah.
Sedarlah,
Jangan pernah menyeksakan diri dgn memikirkan sesuatu yang masih belum terjadi,
Tidak mungkin kita diuji sehingga kita tidak mampu memikulnya,
Renungkan janji dan pertolongan Yang Maha Kuasa,
Jangan sesekali berputus asa dan menyalahkan kesengsaraan.
Kerana tak mungkin, 

Hidup berterusan bahagia kerana dunia bukanlah syurga.
Dan tak mungkin,
Hidup terus-terusan sengsara kerana dunia bukanlah neraka.

Hasilan nukilan: ukhti aini

No comments: