LUCKNOW: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun
menjadi janda paling muda di India selepas ibu bapanya memfailkan
permohonan cerai bagi pihaknya sekali gus mencetuskan perdebatan antara
perkahwinan terlarang dan gesaan kerajaan supaya satu siasatan
dijalankan ke atasnya.
Akhbar Daily Mail melaporkan, kanak-kanak perempuan itu dikahwinkan
ketika berusia empat tahun dengan seorang budak lelaki berusia 10 tahun
dari perkampungan yang sama di Uttar Pradesh.
Bagaimanapun, minggu lalu, empat tahun selepas perkahwinan
dilangsungkan, suami kanak-kanak itu yang sudah berusia 14 tahun datang
ke rumah keluarga mentuanya untuk membawa isterinya yang kini berusia
lapan tahun, pulang ke rumah keluarganya.
Timbul kemarahan
“Ketika itu, ibu bapa kanak-kanak perempuan terbabit mula menyedari
bahawa anak mereka terlalu muda dan meminta suaminya menunggu sehingga
dia berusia 18 tahun, sebelum boleh ke rumah keluarga mentuanya.
“Permintaan ibu bapa kanak-kanak itu menimbulkan kemarahan kepada
keluarga pihak lelaki menyebabkan berlaku pergaduhan dan membuatkan bapa
kanak-kanak perempuan itu memfailkan tuntutan cerai bagi pihak
anaknya,” lapor akhbar itu.
Sementara itu, Suruhanjaya Kebangsaan Bagi Hak Wanita India kini mengambil alih kes itu. AGENSI.
No comments:
Post a Comment