Foto: Pengawal Keselamatan menunjukkan kad ahli Persatuan Bumiputera Suluk, Sabah.
Kuala Lumpur: Dengan menggunakan kad ahli Persatuan Bumiputera Suluk, Sabah seorang lelaki warga Filipina mendapatkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan di sebuah kedai serbaneka di Seri Kembangan, di sini sejak setahun lalu.
Difahamkan, lelaki berusia 39 tahun itu memasuki Sabah secara haram Januari tahun lalu dengan bayaran RM1,000 dan seorang ejen pekerjaan haram menawarkan kad pengenalan Malaysia pada harga sama kepadanya.
Bagaimanapun, taktik lelaki itu terbongkar selepas Jabatan Imigresen Selangor mengadakan serbuan di dua premis perniagaan selepas mendapat maklumat mengenai ada pekerja asing bekerja sebagai pengawal keselamatan memiliki kad pengenalan palsu.
Ketua Operasi Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Abd Halim Ismail berkata, sebelum mendapatkan kad pengenalan berkenaan, suspek membayar RM200 untuk mendapatkan kad ahli persatuan terbabit bagi mengaburi pihak berkuasa.
“Selepas mendapatkan kad pengenalan palsu dengan hanya memberikan gambar, suspek ke Semenanjung dan dia hanya menyerahkan salinan kad pengenalan palsu dimiliki untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan.
“Ketika pemeriksaan, suspek tidak memiliki sebarang kad pengenalan mahupun salinan dan majikannya pula hanya memiliki salinan kad pengenalan palsu itu dan semakan mendapati kad pengenalan berkenaan adalah milik individu lain,” katanya.
Menurutnya, suspek ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002).
Seorang lagi lelaki warga Pakistan berumur 42 tahun yang turut bersama suspek ditahan mengikut Sekyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002). - HMetro

No comments:
Post a Comment