(Dipetik daripada Nasyid & Friends)
Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita :
1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).
2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar
melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia
adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
(Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)
3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana
keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah
yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan,
memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana
pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban,
Thabarani, Anas bin Malik).
5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan
untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari
kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)
6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima
sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada
suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).
7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan
diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar
baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga
sembahyang dan puasanya).
8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita
yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka
dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya
dari bakaran api neraka.
9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama,
maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh
ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat
pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan
mengadapnya.
10)Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan
janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum
Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan
akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga
serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia
melintasi titian Siratul-mustaqim.
11)Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku
dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan
amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah
pada malamnya.
12)Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap
hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.
13)Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).
14)Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Hayatilah wahai muslimah…semoga kita dapat memelihara diri kita dari
godaan duniawi,,,dan hiasi diri dengan iman dan taqwa serta akhlak islam
yg telah memartabatkan wanita setelah kedatangan Rasulullah SAW….
wallahu taa’la a’la waa’lam..
kredit: milkyway25
No comments:
Post a Comment