Selesa bersama si dia
Setiap kali anda berjumpa atau berkomunikasi dengan si dia, keselesaan itu timbul dan anda tidak ada rasa janggal dalam diri anda. Keselasaan ini mungkin timbul selepas anda telah mengenali si dia dengan jangka masa yang lama.
Setiap kali anda berjumpa atau berkomunikasi dengan si dia, keselesaan itu timbul dan anda tidak ada rasa janggal dalam diri anda. Keselasaan ini mungkin timbul selepas anda telah mengenali si dia dengan jangka masa yang lama.
Mengenali si dia dengan mendalam
Mengetahui
hati budi dan sikap si dia mungkin tanda cinta sejati anda. Anda akan
cuba mengenali si dia dengan mendalam dan memahami sikap yang ada pada
si dia.
Berkongsi hobi & minat yang sama
Mungkin
anda mempunya minat dan hobi yang sama dengan si dia dan selalu bersama
dengan si dia melakukan aktiviti yag diminati bersama.
Si dia menjadi orang kepercayaan
Anda
mempercayai si dia dengan sepenuh hati dan selesa berkongsi masalah
dengan si dia. Kepercayaan anda juga dibalas dengan kepercayaan daripada
si dia.
Sering teringatkan si dia
Seperti
kata pujangga tidur tak lena, mandi tak basah kerana teringatkan
seseorang menandakan anda telah menemukan cinta sejati anda.
Mengambil berat tentang si dia
Anda begitu mengambil berat tentang si dia sehinggakan setiap masalah si dia menjadi sebahagian daripada masalah anda juga.
Tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada si dia
Sudah
tentu cinta sejati yang anda berikan kepada si dia bukanlah
mengharapkan apa-apa balasan daripada si dia. Dengan erti kata lain
cinta anda bukan bersandarkan kepada harta dan rupa semata-mata.
Yakin dengan si dia
Anda
yakin terhadap si dia dan tidak teragak-agak dengan sikap dan hati budi
si dia. Kenyakinan ini datang dari diri anda berdasarkan sejauh mana
anda mengenali si dia.
Sampai di sini sahaja tips
daripada aku untuk mengenali cinta sejati anda dan apa yang penting
dalam mencari cinta sejati ialah hati budi dan pengetahuan agama si dia.
Jaga maruah anda dan keluarga kerana jika anda dan si dia saling
menjaga maruah dan agama antara satu sama lain maka cinta anda itu
adalah cinta sejati.
kredit:morningtonight
No comments:
Post a Comment