12 April 2013

4 Batalion MNLF Sedia Ke Sabah !!!


MANILA 11 April - Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mendakwa empat batalion pemberontak MNLF bersedia untuk dikerah ke Sabah bagi membantu kumpulan pengganas Kiram yang kini berada di negeri itu.
Komander MNLF, Lito Dicay, kelmarin mendakwa pemimpin MNLF sudah berbincang tentang satu briged anggota MNLF akan dihantar ke Sabah bagi membantu pengikut Kiram yang diketuai Azzumudie Kiram.
Menurut beliau, briged itu mengandungi empat batalion MNLF.
"Anggota kami sudah menjalani latihan gerila dan bersedia pada bila-bila masa sekiranya diarahkan," katanya.
Dicay bagaimanapun menolak untuk mendedahkan siapa yang mengeluarkan arahan penghantaran pemberontak MNLF ke Sabah dan hanya berkata: "Arahan daripada BangsaMoro."
Namun, beliau mengakui pasukannya bernaung di bawah kepemimpinan pengasas dan bekas Pengerusi MNLF, Nur Misuari.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
© Utusan Melayu (M) Bhd


Sumber:Utusan Melayu

No comments: