11 April 2013

OP Daulat - 10.04.2013

tarikh ops daulat berita terkini lahad datu 11.4.2013 op daulat


Pasukan keselamatan menahan sembilan orang termasuk dua wanita di beberapa lokasi di Beluran, Sandakan dalam tempoh 14 jam sejak pukul 8 malam semalam, yang dipercayai ada kaitan dengan pengganas Sulu
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata suspek berusia antara 20-an dan 50-an itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma)
Mereka ini sudah lama tinggal di kawasan itu dan dipercayai mempunyai keterangan dan kaitan dengan penganas Sulu
Kita tidak akan duduk diam dalam usaha-usaha kita mengesan pengganas dan mereka yang ada hubung kait dengan penganas. Tangkapan ini merupakan petunjuk baru selain tangkapan kita di beberapa daerah lain,katanya pada sidang media
di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kota Kinabalu
Beliau berkata beberapa dokumen, wang tunai serta peralatan berbahaya seperti parang turut dirampas daripada suspek. Beliau juga berkata aktiviti masyarakat di Lahad Datu hari ini berjalan seperti biasa termasuk kawasan berdekatan kubu pengganas seperti di Tanjung Labian, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Lok Buani
Dalam pada itu, beliau turut meminta masyarakat tidak mempercayai laporan media Filipina yang mendakwa ratusan pengganas Sulu sedang bersiap sedia untuk menyeberangi perairan Sulu di selatan Filipina ke pantai timur Sabah bagi mencetuskan kekacauan – BERNAMA

Kredit:infoharian

No comments: