13 April 2013

Tak Berapa Nak Pandai



Kita sering mengatakan yang masa tidak pernah cukup untuk kita.. tak sempat nak buat kerja, tak sempat nak berak, tak sempat nak basuh baju dan macam macam lagi lah..

kajian yang dilakukan baru-baru ini oleh AP Dr wong mengatakan, ayat"Tak sempat" adalah salah satu ayat yang paling banyak diungkapkan oleh rakyat malaysia..

"serius tak sempat dowh nak berak tadi.. "

"aku rasa tak sempat nak mengorat awek cun sebelum aku mati"

jika diRANKINGkan, ayat "tak sempat" berada di tempat ketiga dalam ayat yang paling banyak diungkapkan oleh rakyat malaysia..

TEMPAT PERTAMA diduduki oleh ayat ini:

"OK"

satu ayat yang boleh membawa seribu makna.. jujur.. cuba perhatikan situasi ini..

"sudikah awak menjadi isteri saya??"


jawab si bakal isteri,

"OK"

baiklah, OK mungkin membawa maksud OTAK KAU.. tapi jika dilihat di sebelah yang cerah T_T, ia membawa maksud yang membahagiakan.. walaupun begitu, aku tetap tidak suka jika aku tulis message panjang-panjang, kemudian orang yang membalas itu balas pendek sahaja,

"weh, aku wong ni, macam ni, tadi aku jumpa cikgu blah blah, dia cakap dekat aku yang dia nak jumpa kau dekat bilik guru, tapi pukul 1 tadi lah.. since sekarang sudah pukul 3, aku tak rasa dia tunggu kau lagi.. so, kalau boleh kau pergi sahaja dekat bilik guru dan cari dia kalau-kalau dia ada dekat sana.. cakap dekat dia kau lupa nak jumpa dia.. dan B T DUB, aku jumpa awek kau dekat kafe tadi, dia lepak dengan si blah tu.. "

lepas tu dia balas macam ni,

"OK"

wtf, bengang gila..

TEMPAT KEDUA pula diduduki oleh ayat ini..

"bodoh betul"

mungkin ada antara kamu yang tak percaya.. mungkin ada yang mengatakan ayat-ayat seperti ini sepatutnya berada di tempat tiga teratas.. "babi betul" , "fuck lah macam ni", "menggelabah betul" .. (JUJURNYA CONTOH MACAM NI)

tapi tidak.. kerana ayat-ayat tersebut tidak keluar dari mulut responden semasa kajian ini dijalankan.. maka ayat "bodoh betul" dipilih di tempat kedua.. lihat contoh ini,

"wong, sorry-sorry.. aku terpakai seluar dalam kau" 

wong membalas,

"bodoh betullah.. kau dah la gemuk, tak handsome pula.. putus nanti getah dia.."

agak unik ayat ini kerana ia boleh digunakan kepada orang yang pandai mahupun yang sememangnya bodoh juga.. dan disebabkan itu, ia mendapat tempat kedua..

seperti yang telah sedia maklum, TEMPAT KETIGA untuk ayat ini,

"tak sempat"

secara literalnya, manusia susah untuk bersyukur dengan masa.. dan sering mengatakan masa tidak pernah cukup untuk mereka.. dan jika mereka diberikan satu kuasa, mereka mahu menambahkan bilangan jam dalam sehari.. sehari kan ada 24 jam, kalau boleh nak lebih.. AGIFWGFIAWGIA betullah..

puas hati kamu sekarang??

No comments: