08 April 2013

OP Daulat - 2 Lagi Di Tahan




KUALA LUMPUR 7 April - Seorang lelaki berpangkat panglima dalam kumpulan pengganas Kiram dan merupakan individu paling dikehendaki kerana merancang serangan sehingga mengorbankan enam anggota polis di Kampung Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Mac lalu, berjaya ditangkap pasukan keselamatan awal pagi ini.

Sumber memberitahu, lelaki berusia 50-an itu ditangkap bersama seorang lagi orang kanannya ketika mereka sedang tidur di sebuah rumah yang dijadikan tempat persembunyian di Pulau Bum Bum, Semporna pada kira-kira pukul 5 pagi.

"Pasukan keselamatan percaya suspek merupakan individu terpenting yang bertanggungjawab merancang serang hendap pada bulan lalu yang telah mengorbankan enam anggota polis.

"Dia juga disahkan terlibat sama dalam insiden menyerang dan membunuh kejam pegawai dan anggota polis di Kampung Simunul," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut sumber lagi, penangkapan panglima bersama orang kanannya itu dijangka dapat mendedahkan nama-nama anggota pengganas lain dan lokasi mereka menyembunyikan senjata yang digunakan dalam insiden serangan tersebut.

Beliau berkata, terdapat beberapa lagi individu penting yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Kiram telah dikenal pasti dan masih diburu.

Katanya, tangkapan terbaharu pagi ini dipercayai memudahkan lagi pasukan keselamatan untuk mendapatkan maklumat mengenai lokasi persembunyian saki-baki anggota pengganas berkenaan.

"Kedua-dua suspek diberkas dalam operasi menjejaki yang dijalankan secara bersepadu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)," katanya.

Semalam, seorang pengikut setia parti pembangkang yang terkenal di Sabah ditangkap di pekan Semporna.

Selain itu, tiga tangkapan turut berjaya dilakukan di Melaka baru-baru ini melibatkan saudara terdekat kumpulan pengganas.

Mereka ditangkap kerana dikesan ada membuat panggilan telefon dengan salah seorang pemimpin kumpulan pengganas Kiram -. Sumber

Foto: Seorang kanak-kanak berlari sambil mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik kebebasan bermain bersama rakan-rakan selepas kawasan penempatan diwartakan selamat dalam Ops Daulat yang memasuki fasa ketiga di Kampung Tanjung Batu di Lahad Datu, semalam.

Lagi Berita


Polis menahan dua lelaki mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam satu operasi di Tanjung Baru, Pulau Bumbum, Semporna awal pagi ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata suspek berumur lingkungan 50-an dan disahkan bukan warga tempatan. 

Beliau berkata satu fail putih mengandungi dua surat kesultanan Sulu dan beberapa senjata berbahaya turut dirampas dalam operasi 6.30 pagi itu.

"Tangkapan dan rampasan itu boleh mengaitkan mereka terlibat dalam kegiatan pengganas ini," katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Unit Media Ops Daulat di sini.

Menurut SMS itu, statistik terkini tangkapan di bawah Sosma adalah 135 dan jumlah pengganas yang ditembak mati seramai 70 orang.- BERNAMA

Kredit:Bernama

No comments: