12 April 2013

Kenapa kentut kuat tiada bau dan sebaliknya




aku tertanya-tanya, kenapa beruang kutub tidak makan penguin?? hinggakan aku bertanya kepada hampir segenap warga formspring tentang itu.. mana tidaknya, beruang kutub merupakan omnivor, tapi dalam iklan di televisyen kata beruang kutub tidak makan penguin.. sebabnya, penguin dekat kutub selatan, beruang kutub dekat kutub utara.. tapi apa pun, ini merupakan satu fakta..

bagi seseorang yang mempunya kosa kata bahasa inggeris yang agak mantap, sebutan "Fucked Up" beliau berbunyi agak berbeza daripada biasa.. sebutan dia adalah begini "fak-tap".. dan bukannya "fak-ap", yang mana majoriti rakyat Malaysia menyebutnya..

tapi, pada hari ini, aku bukan ingin mengajar kamu cara mencarut yang betul, tapi, aku mahu berkongsi sedikit fakta yang aku dapat.. nampak tidak kaitan antara "fakta" dan juga "fak-tap".. nampak tidak?? nampak??

baiklah, kita mulakan.. 
 Fakta Pertama, tahukah anda bahawa tahi hidung paling berharga dan termahal adalah milik Scarlett Johansson? di mana beliau telah menghembuskan tahi hidungnya di atas tisu, dan kemudian menjualnya dengan harga 5,300 US Dollar di eBay.. kalau aku mahu jual tahi hidung aku, ada siapa-siapa mahu beli tidak?? aku jual murah, RM5 untuk satu gram.. kalau ada siapa-siapa mahu, nanti email aku okay..

Fakta Kedua.. masih tentang tahi hidung.. tahukah anda, bahawa tahi hidung yang keluar bersama-sama dengan bersin, boleh mencapai kelajuan sehingga 100 batu sejam.. dan kelajuan itu bersamaan dengan lebih kurang 160 kilometer sejam.. laju tak? laju tak? lepas ini, boleh la main lumba-lumba tahi hidung dengan kawan-kawan..

Fakta Ketiga.. tahukah anda bahawa Sheyla Hershey mempunyai implan buah dada terbesar dunia?? di mana, beliau menggunakan bra yang bersaiz 38KKK.. dan tahukah juga anda bahawa hampir 60 peratus pembaca blog ini sedang google Sheyla Hershey??

Fakta Keempat.. tahukah anda bahawa seorang manusia normal akan kentut secara purata 14 kali sehari.. dan jika kentut itu dikumpul, itu adalah bersamaan dengan 500 mililiter.. ini adalah sangat cool okay..

Fakta Kelima.. tahukah anda, kadang-kadang otak manusia akan menjadi keliru dan tidak dapat membezakan antara tahi dan kentut?? sebab itulah kadang-kadang, kita ingat kita nak kentut, tapi tiba-tiba tahi pula yang keluar.. kurang ajar betul ..

Fakta Keenam.. tahukah anda sengau bisu aka wong lan sudah habis menaip ?? okay, yang ini tak perlu tahu pun tak apa..

No comments: