10 April 2013

Peringatan Untuk Aku Yang Lupa





Petikan dari kitab Tanbihul Ghafilin, semoga beroleh manafaat darinya:-

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a.
berkata: “Tiada seorang mukmin mempunyai kedua ibu bapa lalu ia pagi-pagi ia
taat dan baik pada keduanya melainkan Allah s.w.t.membukakan untuknya daun pintu syurga, dan tidak mungkin Allah s.w.t. ridho padanya jika salah satu ibu atau
bapanya murka kepadanya sehingga mendapat ridho dari keduanya. Ditanya: Meskipun orang tua itu zalim? Jawabnya: Meskipun zalim. Dan didalam hadis marfu’ ada tambahan: Dan tiada pagi-pagi ia durhaka (menyakiti hati) orang tuanya melainkan Allah s.w.t. membukakan baginya dua pintu neraka dan jika hanya satu maka satu.”


Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Atha’ berkata: “Nabi Musa a.s. berdoa: “Ya Tuhan, pesanlah kepadaku.” Firman Allah s.w.t.: “Akuwasiat supaya tetap dengan Aku.” Nabi Musa a.s. berkata lagi: “Ya Tuhan, pesanlah kepadaku.” Firman Allah s.w.t.: “Akupesan kepadamu, taatlah kepada ibumu.” Kemudian berkata Nabi Musa a.s. lagi: “Ya Tuhan, pesanlah kepadaku.” Jawab Allah s.w.t.: Akupesan supaya taat kepada ibumu.” Musa a.s. berkata: “Wasiat kepadaku.” Allah s.w.t.berfirman: Akuwasiat kepadamu, taatlah kepada ayahmu.”

Abdullah bin Umar r.a. berkata: “Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.wdan
berkata: “Saya ingin berjihad (perang fisabilillah).” Nabi Muhammad
s.a.w.bertanya: “Apakah kedua ibu bapamu masih hidup?” Jawabnya: “Ya,
kedua-duanya.” Sabda Rasulullah s.a.w.: “Didalam melayani keduanya harus
berjihad.”

Hadis ini menunjukkan bahawa taat bakti kepada orang tua itu lebih besar daripada jihad fisabilillah, sebab menyuruh orang itu berbakti kepada orang tua dan berjihad. Kerana itu maka seseorang tidak boleh keluar untuk juhad jika tidak diizinkan oleh kedua orang tuanya selama panggilan jihad itu tidak umum, maka tetap taat kepada orang tua lebih afdhal dari jihad fisabilillah.
Bahz bin Hakim dari ayahnya dari neneknya berkata: “Saya tanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Ya Rasulullah, siapakah harus saya taat?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Ibumu.” Kemudian siapakah? tanya saya lagi. Jawab Rasulullah s.a.w.: “Ibumu.” Saya bertanya sekali lagi dan Rasulullah s.a.w.menjawab: “Ibumu.” “Kemudian siapa?” tanya saya lagi.” Rasulullah s.a.w.menjawab: “Ayahmu, kemudian yang terdekat dan yang dari kerabat.”
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Zaid bin Ali dari ayahnya dari neneknya berkata Rasulullah s.a.w.bersabda: “Andaikan ada khalimah yang lebih ringan dari kata UF (cih)untuk dijadikan dasar serendah-rendahnya durhaka pada orang tua nescaya akan dilarang oleh

Allah s.w.t. untuk mengatakannya, kerana itu seorang yang durhaka pada orang tuanya boleh berbuat apa yang diperbuat maka ia tidak akan masuk syurga, sebaliknya seorang yang bakti pada orang tuanya boleh berbuat apa saja maka tidak akan masuk neraka.”
Abul-Laits berkata: “Andaikan Allah s.w.t.tidak menyebut kewajipan berbakti kepada kedua orang tua itu dalam al-quran, dan tidak ditekankan nescaya dapat dimengertikan oleh akal bahawa taat kepada kedua orang tua itu wajib, kerana itu diwajibkan seorang yang berakal harus mengerti kewajipannya terhadap kedua orang tuanya, lebih-lebih Allah s.w.t. telah menekan dalam semua kitab yang diturunkan iaitu Taurat,Injil,Zaburdan Al-Quran, juga telah diwahyukan kepada semua Nabi, Rasul bahawa ridho Allah s.w.t. tergantung pada ridho kedua orang tua dan murka Allah s.w.t.tergantung pada murka kedua ayah bonda.”

Ada penjelasan bahawa tiga ayat turun bergandengan dan Allah s.w.t. tidak menerima yang satu tanpa gandingannya iaitu seperti firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi):
§  Aqimusholata wa atuszakat (Yang bermaksud) Tegakkan sembahyang dan keluarkan zakat, maka siapa solat tanpa zakat tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.

§  Athi’u Allaha waathi’urRasul(Yang bermaksud) Taatlah kepada Allahdan taatlah kepada Rasulullah, maka tidak akan diterima taat kepada Allah s.w.t.jika tidak taat kepada Rasulullah s.a.w.

§  An usykur li walidaika(Yang bermaksud) Syukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, maka siapa yang syukur kepada Allah s.w.t.dan tidak syukur kepada kedua orang tua tidak diterima.
Dan dalilnya ialah Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya kutukan kedua orang tua itu memutuskan asal anak itu jika anak itu durhakai keduanya. Maka siapa merelakan kedua ayah bondanya bererti telah merelakan Tuhannya dan siapa mendapatkan kedua ayah bondanya atau salah satunya, lalu tidak taat kepada keduanya sehingga masuk neraka bererti telah dijauhkan oleh Allah s.w.t.
“Dan ketika Rasulullah s.a.w.ditanya: “Apakah amal yang utama?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Sembahyang pada waktunya, kemudian taat kepada kedua ibu bapa kemudian jihad fisabilillah.”
Farqad Assinji berkata saya telah membaca didalam kitab: “Bahawa anak tidak boleh dibicarakan dimuka orang tuanya kecuali dengan izinnya dan tidak boleh jalan dimukanya atau dikanan kirinya kecuali jika dipanggil maka ia harus menyambut dan harus berjalan dibelakang keduanya sebagaimana hamba sahaya dibelakang majikannya.”
Seorang datang kepada Rasulullah s.a.w.dan berkata: “Ya Rasulullah, ibuku kini mengigau ditempatku, maka sayalah yang memberi makan minum dengan tanganku juga mewudhu’kannya, dan mengangkat diatas bahuku, apakah yang demikian itu bererti aku telah membalas jasanya?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Belum, belum satupun dari jasa-jasanya dari jasa-jasanya (satu peratus) tetapi engkau telah berbuat baik dan Allah s.w.t. akan memberi pahala kepadamu yang besar dan banyak terhadap amalanmu yang sedikit.”
Hisyam bin Urwah dari ayahnya dari neneknya berkata: “Terulis didalam hikmat: “Terkutuk orang yang mengutuk ayahnya, terkutuk orang yang mengutuk ibunya,mal’un (terkutuk)siapa yang merintangi agama Allah s.w.t., terkutuk siapa yang menyesatkan orang buta dari jalanan, terkutuk siapa yang menyembelih menyebut nama selain nama Allah s.w.t., terkutuk siapa yang merosak tanda-tanda dijalan bumi ini atau batas-batas tanah.”
Rasulullah s.a.w.bersabda: “Sesungguhnya sebesar-besar dosa ialah memaki ayah ibunya.” Ketika ditanya: “Bagaimanakah seorang memaki ayah ibunya?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Memaki ayah lain orang lalu dibalas maki ayahnya atau memaki ibunya, maka dibalas dimaki ibunya.”
Abban dari Anas r.a. berkata: “Ada seorang pemuda bernama Alqomah dimasa Rasulullah s.a.w.Pemuda ini rajin ibadat dan banyak sedekah, tiba-tiba ia sakit dan sangat berat sakitnya, maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasulullah s.a.w.dan menyatakan bahawa suaminya sakit keras didalam keadaan nazak sakaratal maut dan saya ingin menerangkan kepadamu keadaannya. Maka Rasulullah s.a.w.menyuruh Bilal, Ali, Salman dan Ammar r.a. supaya pergi ketempat Alqomah dan memperhatikan bagaimana keadaannya dan ketika telah sampai kerumah Alqomah mereka langsung masuk kepada Alqomah dan menuntunnya supaya membaca: Laa ilaha illallah, tetapi lidah Alqomah bagaikan terkunci, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah itu, ketika para sahabat itu merasa bahawa Alqomah pasti akan mati, mereka menyuruh Bilal supaya pergi memberutahu hal itu kepada Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w.langsung bertanya: “Apakah ia masih mempunyai ibu dan ayah?” Jawabnya: “Ayahnya telah meninggal, sedang ibunya masih hidup tetapi terlalu tua.” Rasulullah s.a.w.bersabda kepada Bilal: “Ya Bilal, pergilah kepada ibu Alqomah dan sampaikan kepadanya salamku, dan katakan kepadanya: JIka kau dapat berjalan pergi kepada Rasulullah s.a.w., dan jika tidak dapat maka Rasulullah s.a.w.akan datang kesini.” Jawab ibu Alqomah: “Sayalah yang lebih layak pergi kepada Rasulullah s.a.w.
Lalu ia mengambil tongkat dan berjalan hingga masuk kerumah Rasulullah s.a.w.dan sesudah memberi salam ia duduk didepan Rasulullah s.a.w.Maka Rasulullah s.a.w.bertanya: “Beritakan yang benar-benar kepadaku, jika kau dusta kepada ku nescaya akan turun wahyu memberitahu kepadaku, bagaimanakah keadaan Alqomah?” Jawab ibu Alqomah: “Alqomah rajin ibadat sembahyang, puasa dan sedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui berapa banyaknya.” Rasulullah s.a.w.bertanya lagi: “Lalu bagaimana hubunganmu dengan dia?” Jawab ibu Alqomah: “Saya murka kepadanya.” Rasulullah s.a.w.bertanya: “Mengapa?” Jawab ibu Alqomah: “Kerana ia mengutamakan isterinya lebih daripadaku dan menurut isterinya kepadaku dan menentangku.”
Maka Rasulullah s.a.w.bersabda: “”Murka ibunya, itulah yang mengunci (menutup) lidahnya untuk mengucap dua kalimah syahadah.” Kemudian Rasulullah s.a.w.menyuruh Bilal supaya mengumpul kayu sebanyak-banyaknya untuk membakar Alqomah dengan api itu. Ibu Alqomah bertanya: “Ya Rasulullah s.a.w., puteraku, buah hatiku akan kau bakar dengan api didepanku? bagaimana akan dapat menerima hatiku?” Rasulullah s.a.w.bersabda: “Hai ibu Alqomah, siksaan Allah s.w.t.lebih berat dan kekal, kerana itu jika kau ingin Allah s.w.t. mengampunkan dosanya, maka relakan ia (kau harus ridho padanya), demi Allah s.w.t.yang jiwaku ada ditanganNya tidak akan berguna sembahyang, sedekahnya selama engkau murka kepadanya.” Lalu ibu Alqomah mengangkat kedua tangan dan berkata: “Ya Rasulullah, saya mempersaksikan kepada Allah s.w.t. dilangit dan kau ya Rasulullah, dan siapa yang hadir ditempat ini bahawa saya telah ridho kepadanya.”
Maka langsung Rasulullah s.a.w.menyuruh Bilal pergi melihat hal keadaan Alqomah, apakah sudah mengucapLaa ilaha illallah atau tidak, khuatir kalau-kalau ibu Alqomah mengucapkan itu hanya kerana malu pada Rasulullah s.a.w.dan tidak pada hatinya. Apabila Bilal sampai dipintu rumah Alqomah tiba-tiba terdengat suara Alqomah membaca Laa ilaha illallah. Lalu Bilal masuk dan berkata: “Hai orang-orang, sesungguhnya murka ibu Alqomah itu yang menutup lidahnya untuk mengucap dua kalimah syahadah dan ridhonya kini melepaskan lidahnya, maka matilah Alqomah pada hari ini.” Maka datanglah Rasulullah s.a.w.dan menyuruh supaya segera dimandikan dan dikafankan, lalu disembahyangkan oleh Rasulullah s.a.w.Dan sesudah dikuburkan Rasulullah s.a.w.berdiri diatas tepi kubur sambil berkata: “Hai sahabat Muhajir dan Anshar, siapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka ia terkena kutukan (laknat) Allah s.w.t.dan tidak diterima daripadanya ibadat fardhu dan sunatnya.”

No comments: