22 November 2013

HAMBA ABDI!! Rakyat Malaysia Diselamatkan Selepas 30 Tahun!!

Ketua Unit Pemerdagangan Manusia Polis Metropolitan, Kevin Hyland memaklumkan mengenai kejayaan pihaknya menyelamatkan tiga wanita yang jadi hamba abdi termasuk seorang wanita Malaysia di London.
 - AP


LONDON – Seorang wanita Malaysia yang berusia 69 tahun, berjaya diselamatkan selepas leih 30 tahun menjadi hamba di sebuah rumah.

Turut diselamatkan ialah seorang wanita warga Ireland berusia 57 tahun dan wanita Britain berumur 30 tahun.

Dua suspek, seorang lelaki dan seorang wanita yang masing-masing berusia 67 tahun, ditangkap pihak berkuasa semalam.

Siasatan awal mendapati, mangsa tidak mengalami serangan seksual.

Bagaimanapun, mangsa didapati berada dalam keadaan trauma kerana didera dengan teruk dari segi mental dan fizikal.

Mangsa yang paling muda, dilaporkan tidak pernah keluar dari rumah terbabit dan kemungkinan besar lahir di situ.

Kes berkenaan terbongkar selepas selepas mangsa dari Ireland menghubungi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memaklumkan dia dipaksa menjadi hamba di situ.

Usaha menyelamat dijalankan pada 25 Oktober lalu, namun hanya didedahkan semalam selepas suspek ditangkap.

Dalam pada itu, identiti mangsa tidak didedahkan dan kini ditempatkan di lokasi selamat.

Pihak berkuasa juga dikatakan sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui sama ada terdapat mangsa lain atau tidak.

No comments: