Petaling Jaya: Suspek utama kes menembak mati pegawai AmBank Norazita
Abu Talib muncul di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, di sini, semalam,
dengan wajah selamba selain penampilan tidak bermaya.
Dia yang memakai baju lokap berwarna jingga dibawa ke mahkamah untuk
disambung reman sebelum Majistret Surya Wati Shawal mengeluarkan
perintah sambung reman selama tujuh hari sehingga 23 November ini dan
kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
LAODE Ardina ketika dibawa ke mahkamah.
Ketika wajahnya mahu dirakam jurugambar media, suspek hanya melontar
pandangan kosong dan sedikit pun tidak memberi reaksi menolak gambarnya
dirakam seperti kelaziman dilakukan suspek kes jenayah lain.
Lelaki menggunakan MyKad palsu dengan nama Ardi Hamza itu ditahan di
jeti Tanjung Belungkor, Kota Tinggi, Johor dipercayai untuk meloloskan
diri ke Batam pada 10 November lalu, selepas 19 hari bersembunyi di
rumah dan bangunan kosong sekitar negeri itu.
Polis juga mengesahkan identiti sebenar suspek itu sebagai Laode Ardina Laode Rasila, 35, berasal dari Sulawesi, Indonesia.
kredit:beliabangkit
No comments:
Post a Comment