Gambar Fail
KUANTAN: Lelaki
dipercayai ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat, 47, ditahan
polis di Tangkak, Johor, dalam serbuan di sebuah rumah kira-kira jam
3.30 petang tadi.
Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisoner Mohd Zakaria Ahmad
berkata, turut ditahan dalam serbuan itu dua lagi pengikut yang
dipercayai anak dan isterinya.
Katanya,
ketiga-tiga mereka mempunyai waran tangkap dan dikehendaki Jabatan Agama
Islam Pahang (JAIP) berhubung kes ajaran sesat selain dikehendaki polis
untuk membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah
Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malek.
- SUMBER
No comments:
Post a Comment