SANDAKAN - Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun adalah antara empat
yang ditahan dalam operasi membanteras kegiatan pelacuran di kawasan
Bandar Sandakan di sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superitendan Fadzil Mohd Ali
berkata, tiga wanita yang ditahan dalam operasi pada pukul 10.45 pagi
itu berusia antara 23 hingga 39 tahun.
Beliau berkata, serbuan dilakukan di sebuah premis di tingkat tiga
sebuah bangunan di Jalan Dua dan hasil pemeriksaan menemui buku kecil
mengandungi catatan bayaran pelanggan dan peralatan disyaki digunakan
untuk aktiviti pelacuran.
Dua yang ditahan masing-masing memiliki pasport antarabangsa Filipina
dan kad pelarian IMM 13, seorang lagi memiliki kad pengenalan
pemastautin tetap Malaysia dan remaja perempuan itu memiliki sijil lahir
negara ini, katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment