Berita palsu 23 remaja hilang di Villa
Nabila pada 18 November 2013. Kecoh dilaman sosial apabila 23 orang
dilaporkan hilang daripada jumlah 30 orang manakala 7 lagi terselamat
setelah memasuki Villa Nabila. Hakikatnya, pihak polis hanya menerima
satu laporan polis mengenai seorang remaja yang disahkan hilang di
lokasi tersebut. Laporan yang tersebar di laman sosial Facebook yang
mendakwa terdapat kira-kira 30 remaja yang hilang di villa terbabit
menyebabkan villa tersebut dikerumuni orang ramai sejak awal pagi tadi.
Sebelum insiden, seorang remaja yang berusia 16 tahun dilaporkan
memasuki kawasan tersebut bersama beberapa rakannya sebelum hilang sejak
malam semalam.
Berita Palsu 23 Hilang 7 Orang Terselamat
Pihak
polis menafikan dakwaan 23 orang hilang manakala 7 terselamat.
Hakikatnya pihak polis hanya menerima satu laporan sahaja mengenai
remaja hilang. Remaja yang hilang dikenali sebagai Mohd Izzat Izzudin
Hussin yang berusia 16 tahun.
Laporan Sebenar Insiden Remaja Hilang Di Villa Nabila
Identiti Remaja Hilang: Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun
Sebuah
villa terbiar di Jalan Skudai di sini menjadi tumpuan orang ramai sejak
malam tadi apabila seorang remaja berusia 16 tahun dilaporkan hilang
selepas memasuki premis berkenaan bersama beberapa rakannya. Timbalan
ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata,
remaja berasal dari Majidee itu dilaporkan keluar dari rumah sejak
kelmarin dan tidak pulang sehingga kini.
Ibu
remaja berkenaan ada menghubungi rakan anaknya dan dimaklumkan remaja
itu telah memasuki Villa Nabila. Usaha mencari remaja berkenaan masih
dijalankan di villa berkenaan dan sama ada mangsa masuk dan hilang di
dalamnya masih dalam siasatan polis. Pihak polis turut mengesahkan ibu
remaja terbabit turut membuat laporan polis di Balai Danga Bay pada
pukul 1 pagi tadi 18 November 2013.
No comments:
Post a Comment