22 December 2012

KU LEPASKAN KAU PERGI :)

KU LEPASKAN KAU PERGI :)


Tepat tarikh dan waktu..mungkin ia sudah tercatat begitu…saat hati perlukan seorang untuk didamba..saat itu hati diduga dengan gempita duka alunan rasa yang tak terhingga..memori indah kini punah..sang hati mula menyendiri merasa takdir telah menang dan hati perlu mengalah..langkah dibuka seiring nada sayu..mata berpinar demi melepaskan insan yang teristimewa..hati terdiam saat membuat keputusan yang amat berat..helai tawa tangis duka kini akan tersimpan rapi bersama cerita yang akan senantiasa diingati…hati menjadi tenang bila mengenangkan ini adalah jalan yang terbaik untuk dia..untuk masa depan dia...dan untuk kebahgiaan dia…Walau berat...tapi ini adalah jalannya...Doa di panjatkan pada hadrat Illahi...moga dia akan bertemu dengan insan yang sempurna ... insyaallah.

21 December 2012

JOM MATI!




Kematian atau maut adalah persoalan yang dibahaskan sejak sama dahulu lagi, sama ada dari sudut falsafah atau pun kepercayaan khurafat, atau perubatan. Islam mengajar penganutnya agar beriman dengan kematian dan bersedia untuk menghadapinya. Kerana kematian itu adalah sesuatu yang pasti berlaku, sebagaimana firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: "Apabila sampai ajal maut seseorang maka manusia TIDAK berupaya menunda mahu pun mempercepatkan, walau sesaat pun." (Surah al-A'raf : 34)


Keberkesanan konsep kematian yang disuburkan di dalam sanubari orang beriman dapat dilihat pada reaksi mereka ketika berhadapan dengan kematian sanak saudara, sahabat handai, orang yang disayangi atau menanti saat kematian diri sendiri. Orang yang beriman lebih tenang dalam situasi begini, hasil manifestasi daripada sifat redha mereka terhadap apa jua ketetapan Allah.
Ini berlainan sekali dengan tingkah laku orang yang tidak beriman. Apabila maut datang kepada mereka atau orang di sekeliling, mereka memberontak, meraung, menyalahkan takdir, tertekan, menanggung kekecewaan yang melampau dan malah melakukan tindakan keterlaluan seperti membunuh diri dan sebagainya. Kerana terlalu takutkan kematian mereka berusaha melarikan diri daripadanya tanpa menyedari bahawa perbuatan mereka itu sia-sia. Allah sendiri menjelaskan perkara ini seperti berikut:

Maksudnya: "Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." (Surah al-Nisa 4 : 78)

Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)." (Surah al-Jumu'ah 62 : 8)
Apabila di neraka, perkara sebaliknya berlaku. Kerana seksaan yang maha dahsyat, orang kafir yang dahulunya takutkan kematian mengharapkan pula kematian untuk melepaskan diri daripada azab ini. Tetapi malangnya tiada lagi kematian di neraka. Senario ini diungkapkan dalam firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: "Dia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana busuknya) dan dia didatangi (penderitaan) maut dari segala arah, sedang dia tidak pula mati (supaya terlepas dari azab seksa itu) dan selain dari itu, ada lagi azab seksa yang lebih berat." (Surah Ibrahim 14 : 17)
Bagi orang beriman kematian itu adalah rahmat dan pasport untuk bertemu dengan Allah s.w.t. dan meraih ganjaran syurga yang sekian lama didambakan. Sebaliknya, orang kafir meratapinya dan berharap untuk dipanjangkan umar atau dikembalikan ke dunia demi menebus segala kesalahan mereka. Allah s.w.t. menceritakan tingkah laku mereka seperti berikut:

Maksudnya: "Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia)." (Surah al-Mukminun 23 : 99)

Maksudnya: "Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi kalangan orang yang soleh." (Surah al-Munafiqun 63 : 10)

Tanpa Tajuk



Bismillahirr Rahmanirr Rahim

Ya Allah,
Bila dia bukan untuk ku,
Bila dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya.
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku.
Ya Allah,
Bila ini bukan masanya,
Bila ini belum saatnya,
Jarakkan kami.
Pisahkan kami.
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia.
Agar kami tak mengundang murkaMU.
Agar kami dapat lebih menjaga hati.
Dan
Bila doaku didengari,
Bila permintaanku KAU kabulkan,
Bila masa membina jarak yang memisahkan,
Bila waktu membina tembok yang merenggangkan,
Bila kami semakin jauh,
Ingatkan aku tentang doaku yang lalu.
Ya Allah,
Bila itu terjadi,
Yakinkan aku,
Bahwa doaku didengari,
Bahwa KAU sedang merencanakan yang terbaik buat aku,
hambamu.

Bantulah aku menjalani hari,
Bantulah aku menerima ketentuan dengan ketabahan.
Agar terhapus semua kesedihan dan kekecewaan.
Agar dapat ku pujuk hati ;
“kerana ALLAH lebih tahu…”

Aamiin.........

 

Dia Bukan Untuk Ku



Seandainya takdir dia bukan untukku....

terlalu berat mata memandang
Berat lagi bahu memikul
musibah datang tanpa diundang
takkan jasad menjadi tunggul

biarpun tinggi dilambung ombak
sampan tetap kau dayung
Cinta manusia tidak nampak
Cinta Agung kau junjung

beras secupak nasi sepuyuk
hilang sepohon tumbuh seperdu
Tekad disemat semangat dipupuk
Biarpun pahit bagai hempedu

20 December 2012

Chelsea ke separuh akhir benam Leeds 5-1





LEEDS: Chelsea menyelamatkan pengurus barunya, Rafael Benitez apabila berjaya menempah tiket ke separuh akhir Piala Liga selepas menundukkan Leeds 5-1 di Elland Road, awal pagi tadi.Leeds bagaimanapun memberi kejutan awal apabila menumbat masuk gol awal pada minit ke-38 menerusi penyerang Argentina, Luciano Becchio.
Pasukan tuan rumah hampir memperoleh gol kedua namun rembatan pemain pertahanan,Tom Lees tersasar.
Chelsea kembali menyamakan kedudukan menerusi Juan Mata pada minit ke-47.Chelsea yang baru kehilangan trofi Piala Dunia Kelab kepada kelab Brazil, Corinthians di perlawanan final di Jepan kemudian mendahului 2-1 menerusi jaringan Branislav Ivanovic pada minit ke-64.Dua minit selepas itu Victor Moses menambah jaringan pasukan pelawat diikuti jaringan Eden Hazard pada minit ke-81.
Penyerang termahal liga, Fernando Torres menjadikan kedudukan 5-1 apabila menyumbat masuk gol pada minit ke-84. - AFP











   

Sumber: Berita Harian