27 March 2014

Malam Karnival Solidariti Muslim

Awang Suffian Awang Piut (tiga dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Juhar Mahiruddin (tengah) selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah itu di Istana Negeri, Kota Kinabalu, Sabah, semalam. 
 
KOTA KINABALU 11 Feb. - Aman Palestin bakal menganjurkan Karnival Solidariti Ummah Untukmu Palestin di Padang Bandaran Tawau pada 22 hingga 29 Mac ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Awang Suffian Awang Piut berkata, pihaknya mengalu-alukan kehadiran orang ramai terutama masyarakat Tawau untuk bersama-sama memeriahkan acara amal tersebut.

Katanya, program selama lapan hari itu dianjurkan bersama Aman Palestin Bhd., dengan Majlis Perbandaran Tawau, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Kolej Komuniti Tawau.

"Pelbagai aktiviti disusun bagi memeriahkan program tersebut termasuk larian amal, pertandingan mewarna, makan malam amal dan sebagainya. Ia bakal menampilkan selebriti, Helizah Helmi yang merupakan duta dan sukarelawan Aman Palestin untuk berkongsi pengalamannya berada di Gaza," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, di sini hari ini.

Terdahulu, Juhar menerima kunjungan hormat Pengarah JHEAINS, Abd. Halim Nayan bersama Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Ariffin Mohd. Arif.

Awang Suffian berkata, Aman Palestin Bhd. yang ditubuhkan pada 2009 telah menyalurkan lebih RM25 juta untuk membantu pelarian-pelarian di Gaza dan khemah-khemah pelarian di seluruh dunia.
Katanya, sehingga kini, jumlah sukarelawan Aman Palestin sudah mencapai lebih 200,000 orang.

Beliau turut mengalu-alukan sumbangan orang ramai dalam bentuk kewangan, pakaian serta makanan.

Dalam pada itu, Ariffin berkata, isu golongan mualaf di pedalaman akan dikenal pasti dan pihaknya bakal mengadakan pertemuan dengan badan bukan kerajaan serta para pemimpin bagi membincangkan masalah berkait golongan berkenaan.

"Sebenarnya, kami juga mempunyai Pegawai Tadbir Agama yang akan memantau serta menangani masalah tersebut. Golongan mualaf akan dibantu untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mereka menerusi 34 buah Teratak Fitrah yang terdapat di semua daerah," katany


© Utusan Melayu (M) Bhd