30 November 2013

Mengapa Kita Di Uji




KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." (QS Al-Ankabut: 2-3)
.
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU INGINKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS Al-Baqarah: 216)
.
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sekadar kesanggupannya..." (QS Al-Baqarah: 286)
.
RASA KECEWA?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman." (QS Al-Imran: 139)
.
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" (QS Al-Baqarah: 45)
.
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... " (QS At-Taubah: 111)
.
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selainNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dialah yang memiliki Arasy yang agung" (QS At-Taubah: 129)
.
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
"... Orang yang putus harapan dari rahmat Tuhan itu, hanyalah orang2 yang sesat." (QS Al-Hijr: 56)


kredit: tigosotigo

Tersungkur Lagi Aku



Melati itu kembang
terpana mata arjuna
seakan memanggil
nyata..
senyuman itu
melambai mengarah

mengutus harapan bela
mengirim panji mendeka
melangkah jua cuba
menghidu..
kasih mewangi
mencari..
aksara kasih
melakar..
bait kata puji

destinasi dituju
hilang..
mana arahnya
pilu..
mana janjinya
hiba..

ya Tuhan.. tersungkur lagi aku


Nukilan Rasa:muazhadi

29 November 2013

Qowi Lillahi Ta'ala

                 

Bila hatimu tak lagi merasakan indah seperti selalu,
Bila harimu menjadi hari yang tersepi di dalam hidupmu,
Dan mungkin hari yang bisa tiba, akan membuat kau jatuh.
Jangan pernah salahkan waktu.

Kerana kita hanyalah sang makhluk,
Miliki sangat banyak keterbatasan.
Cuma, cubalah untuk bulatkan tekad,
Dan sempurnakanlah ikhtiar,
Serahkan diri pada Pencipta,

Mungkin bila kau tidak menyukai sesuatu,
Padahal itu adalah lebih baik bagimu dari Pencipta.
Ingatlah, jika sesuatu telah terjadi,
Maka redhalah.

Kerana tak mungkin sesuatu yang telah berlaku dapat diubah.
Sedarlah,
Jangan pernah menyeksakan diri dgn memikirkan sesuatu yang masih belum terjadi,
Tidak mungkin kita diuji sehingga kita tidak mampu memikulnya,
Renungkan janji dan pertolongan Yang Maha Kuasa,
Jangan sesekali berputus asa dan menyalahkan kesengsaraan.
Kerana tak mungkin, 

Hidup berterusan bahagia kerana dunia bukanlah syurga.
Dan tak mungkin,
Hidup terus-terusan sengsara kerana dunia bukanlah neraka.

Hasilan nukilan: ukhti aini

Langit Percikkan Warna Jiwa




Langit itu masih tetap sama seperti kali pertama kau ku kenali.
Langit itu tetap dengan warna berseri.
Masih tulus tatkala aku mula berani percikan warna.

Empunya Marga.
Langit masih tulus dan ikhlas merenung kembali sambil aku lukis nama kau guna jemari.


Dongeng yang dibaca menerjah minda, menari indah.
Seumpama mawar putih sudah bertukar merah.
Perlip kau menyuntik rasa bahagia.

Kenangan beku masa aku selak satu persatu.
Kau punya tempat yang cukup istimewa.


Selagi aku punya daya mendongak ke arah langit, akan ku ukir wajahmu.

Hening pagi, matahari mencuri menyelinap masuk di celahan awan.
Renung ke luar dan terbias wajah kesayangan aku.
Milik empunya yang mesra.

Menatap langit sendirian.

Kelam malam membungkus segala perasaan.
Senyap dalam dakapan.
Tertaut dek ciuman.
Kening kanan menerima kucupan.


Langit masih ikhlas.
Langit masih rupawan.
Kaki langit masih jauh untuk aku lari ke hadapan.
Busana jiwa kau pakaikan penuh hemah.
Bisikan cinta perlahan penuh lembut menyejukkan hati pilu.
Kekuatan kau salurkan hanya dengan sebaris perkataan.

Cinta tidak berupa menatap satu sama lain,tetapi memandang ke luar langit arah yang sama.

Kalau aku renung langit itu,adakah kau juga begitu?


Nukilan: Shafaza Zara Syed

Apa Agaknya Kabar Mu Di Sana
















Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti tahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa yang terdaya…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja
Semua pencarian di sini
Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
Bekalan andainya hari sukar mencabar

Azab Sakaratul Maut




Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.
“Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni,” kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai.

Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.

“Apa sakitnya ni?” tanya saya. “Entahlah ustaz, doktor pun tak tau.”
Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan dan menyedihkan.

 

“Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya.” Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya?
“Panggil ibunya segera,” kata saya.

Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.
“Kenapa ni?” tanya saya.

Dengan perlahan abang Jalal bersuara, “Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas.”

“Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu,” kata saya berterus terang.

Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal.

“Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku.”
“Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami,” jawab salah seorang daripada mereka.

Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata ibunya. Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah. Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.

“Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat berniaga,” katanya kasar.

“Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu,” jawab si ibu.
“Ahhh, saya tak kira.”

“Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang,” jawab ibunya.

Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal. Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya. Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih. Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya.

“Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain,” kata saya.

Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan.

“Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah.”

Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan ‘ke situ’? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa ‘ke situ’ dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan. Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, “Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak…” Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi.

Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering.

“Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak,” kata si abang.

Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka. Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas ‘rentapan’ itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.

Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya. Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat. Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu.                      

Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya. Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak. Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang. Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul – tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya. Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke atasnya.

Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham.

“Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz.”

“Apa masalahnya itu?” tanya saya.

“Kubur adik saya berlubang ustaz.”

Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.
“Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi,” kata saya.

Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham.

“Begini sajalah,” kata saya. “Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali.”

Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya. Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.

Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah.

Kredit:iluvislam

( Nama Yg Tertera Adalah Bukan Nama Sebenar )

28 November 2013

Lajukan PC Dengan NotePad

 
 
1) Open notepad.exe

2) Type :
mystring=(80000000)

for RAM less than 128mb:
Mystring = (16000000)

3) Save it as aril.vbe (perkataan aril boleh ditukar dengan apa perkataan sekalipun, tetapi mesti berakhir dengan .vbe)
save as type : "All files"

4) Double click and well done!=)

(Jangan risau untuk mencubanya sebab ia tidak usik registry anda, dan ia boleh digunakan pada semua OS version termasuklah 7,Vista,XP) 


kredit:mr.Aril

Mengejar Lelaki Idaman



  • Lelaki yang sabar

Lelaki yang sabar merupakan seorang yang setia tau..tak percaya...boleh kaji sejauh mana apa yang cik akak perkatakan...hihi...Sentiasa bersabar atas tindak tanduk kelakukan kita....


  • Sentiasa menyintai kita dengan niat ikhlas kerana Allah...
Lelaki yang ikhlas menyintai kita kerana Allah adalah lelaki yang paling setia...tapi kalau ikut zaman sekarang memang sukar nak dapatkan lelaki seperti ini...Biasa lah lelaki sekarang...Kekadang mempunyai niat tersendiri untuk meraih cinta dengan pelbagai alasan...itu terpulang kepada individu itu sendiri....hihi.....Tapi tak semua lelaki cam tu....


  • Pilihan yang sedap mata memandang je....
Jangan pilih lelaki yang hensem...sebab lelaki hensem ni tak setia tau...tak percaya...boleh tengok member-member terdekat anda....kenapa mereka tak setia...sebab muka hensem kan...laku kat mana-mana je...semua perempuan pandang.
 
 
  • Lelaki yang jarang bersosial...
Wah hebat kalau jumpa lelaki yang kurang bersosial....Tapi jangan mengalah sebab masih ada terselit lelaki seperti ini dalam sejuta insan bergelar lelaki...hihi..

  • Lelaki yang lebih mementingkan keluarga 
Lelaki cam nie memang cik akak jamin 100% setia...sebab dia seorang yang penyayang dan sentiasa mendahulukan keluarganya...hihi

ok lah cukup lah lima tu...lepas nie korang kaji sendiri ya..hihi...Ingat....carilah kaum Adam yang boleh membimbing anda ke jalan Allah....kerana itulah sebaik-baiknya lelaki yang wajib untuk menjadi imam kita....siapa pun jodoh kita..Allah dah janjikan sejak azali lagi....
 
  

kredit:cikakak

Kenapa Mesti Berputus Asa




Hidup itu bagaikan roda yang berputa. Kadang diatas, kadang juga dibawah. Ada saatnya manusia dilanda persoalan yang membuatnya merasakan kebuntuan dan putus asa. Sebagai bagian dari kehidupan, hendaknya manusia bisa menyikapi dengan bijak semua kondisi yang terjadi, termasuk keadaan putus asa tersebut. Berikut ini adalah beberapa tips ringan bagaimana cara mengatasi rasa putus asa saat anda mengalami kegagalan dalam melakukan suatu hal atau pekerjaan:

 

1. Fahami badai pasti berlalu. Setiap ada kesulitan pasti ada kebahagiaan, setiap ada masalah pasti ada jalan keluarnya. Seberat apapun masalah yang kita hadapi sifatnya netral dan Tuhan pasti memberikan solusi dan jalan keluarnya, tergantung kita mau mencarinya atau tidak.

2. Berpikir untuk masa depan. Lihatlah ke depan dan kembali ingat-ingatlah berbagai target, harapan, dan cita-cita yang ingin dicapai.
3. Lihat sekitar anda. Ingatlah orang-orang tersayang di sekitar anda, ingat bagaimana mereka begitu penuh kasih sayang dan pasti tidak ingin melihat kita bersedih.

4. Cobalah pergi ke tempat dimana terdapat beberapa orang yang kurang mampu, misalkan panti asuhan atau rumah kumuh. Renungkanlah bagaiman mungkin kita bisa menyerah pada keadaan dengan begitu mudah, sementara di tempat lain masih banyak orang yang berada pada keadaan lebih sulit.

5. Kesuksesan bukan hanya materi. Materi memang penting dalam mengarungi hidup didunia, namun jangan jadikan tujuan utama.

6. Pasrahkan setiap masalah pada Tuhan. Pasrahkan semua permasalahan materi setelah anda berusaha semaksimal mungkin untuk mencapainya. Dengan kepasrahan akan memperoleh energi baru untuk meraih kesusksesan.

7. Kegagalan bukan akhir segalanya. Setiap kegagalan merupakan awal untuk meraih sebuah kesuksesan, karena kegagalan adalah kesuksesan yang tertunda selama kita terus berusaha tanpa rasa putus asa.

8. Syukuri nikmat Tuhan yang kita terima. Jangan bandingkan apa yang anda peroleh dengan nikmat yang diperoleh orang lain yang bisa menimbulkan rasa iri, dengki dan semakin menyiksa diri sendiri.

9. Sharing permasalahan anda kepada orang-orang terdekat anda sehingga diterima saran untuk mencapai jalan keluar setiap masalah

10. Yakinlah bahwa setelah ada kesulitan, maka aka nada sebuah titik terang yang dating, sebagaimana matahari yang akan berpijar indah setelah gelapnya malam menyergap.



11. Bangkitkanlah kembali motivasi terbesar bagi semua usaha anda. Tiap orang pasti punya motivasi untuk bisa bertahan, entah itu orang tua, pasangan, anak, atau pun cita-cita tertentu.
Semoga tips cara mengatasi rasa putus asa diatas dapat bermanfaat untuk anda.

kredit:inicaraku

Jom Ke Pulau Manukan Sabah



Hotel Harga Seorang Dewasa Bilik Berdua (Min)
2 – 4 Dewasa 5 – 9 Dewasa 10 – 15 Dewasa 16 – 20 Dewasa
Marina Court Resort Condo 3* - RM680 RM620 RM540
Celyn Hotel City Mall 3* RM755 RM725 RM665 RM585
Gaya Centre Hotel 3* RM755 RM725 RM665 RM585
Hotel Shangri-La 3* RM750 RM720 RM660 RM580
The Palace Hotel 4* RM805 RM775 RM715 RM635
Promenade Hotel 4* RM790 RM760 RM700 RM620
Hyatt Regency Hotel 5* RM1050 RM1020 RM960 RM880
Le Meridien Hotel 5* RM985 RM955 RM895 RM815
Shangri-La’s Tanjung Aru Resort 5* RM1120 RM1090 RM1030 RM950

Harga kanak-kanak tolak 20% dari harga biasa bagi tambahan katil
Harga kanak-kanak tolak 40% dari harga dewasa jika tiada tambahan katil


HARI 1 KUALA LUMPUR - KOTA KINABALU (MT/MM)

Setibanya di lapangan terbang Kota Kinabalu, anda akan dibawa bersiar-siar disekitar Kota Kinabalu. Makan tengahari di restoran muslim. Seterusnya anda akan dibawa melihat Masjid Negeri Sabah dan singgah sebentar di Muzium Sabah untuk melihat sejarah dan kebudayaan orang sabah. Seterusnya, perjalanan melalui Tokong Poh Toh Tse untuk ke Menara Tun Mustapha dan Masjid Bandar. Seterusnya, menuju ke hotel untuk check in. Pada waktu malam, anda akan dibawa makan malam direstoran muslim dengan pertunjukan kebudayaan Sabah. Balik semula ke hotel.

HARI 2 KOTA KINABALU - ISLAND HOPPING (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel anda akan dibawa ke jeti untuk menaiki bot menuju ke Pulau Manukan. Disini anda boleh melakukan aktiviti sukan air dengan kos sendiri. Kemudian anda akan ke Pulau Sapid dan makan tengahari BBQ akan disediakan. Pada sebelah petang, kembali semula ke hotel. Makan malam direstoran muslim tempatan. Peringatan : sila bawa tuala, sun block dan baju basah untuk aktiviti ke pulau.

HARI 3 KOTA KINABALU - KUALA LUMPUR (SP)

Selepas sarapan pagi, di hotel, anda akan dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Kuala Lumpur

HARGA TERMASUK :
  • Penginapan 2 malam hotel pilihan
  • Pengangkutan dari airport-hotel-airport
  • Sarapan pagi di hotel
  • Lawatan seperti aturcara
  • Makan tengahari dan malam direstoran muslim
HARGA TIDAK TERMASUK :
  • Tiket Penerbangan pergi dan balik
  • Cukai lapangan terbang
  • Lawatan diluar aturcara
  • Aktiviti riadah di Pulau
NOTA :
  • Aturcara dan harga tertakluk kepada perubahan semasa.
  • Pengangkutan secara Seat In Coach
  • Harga untuk Condo Marina sah untuk minima 6 peserta

Book Now!

Guru - Ikut Keperluan Negeri

Idris Jusoh 

KUALA TERENGGANU - Kementerian Pendidikan akan memastikan pengambilan guru dibuat mengikut keperluan negeri bagi mengurangkan masalah guru yang ingin bertukar ke sekolah di negeri tempat mereka berasal.
 
Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, ketika ini terdapat terlalu ramai guru yang memohon untuk bertukar ke negeri masing-masing sedangkan tempat adalah terhad.
 
"Sebagai contoh bilangan guru yang lahir di Kelantan seramai 57,740 dan yang sedang berkhidmat di negeri itu berjumlah 28,048 orang. Ini bermakna lebih 30,000 guru dari negeri itu sedang bertugas di negeri lain dan yang ingin balik ke Kelantan adalah seramai 2,483, sedangkan kekosongan yang ada cuma 1,079 sahaja.
 
"Begitu juga yang ingin pulang ke Terengganu berjumlah 1,267, manakala kekosongan yang ada hanya 179 sahaja. Ini bermakna (permohonan) 1,100 guru lagi tidak dapat dilayan dan sudah pastinya mereka kurang seronok dengan keadaan itu," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa melawat Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di sini, ketika ditanya mengenai masalah pertukaran guru yang sukar diatasi sejak sekian lama.

Turut hadir Naib Canselor Unisza, Prof Dr Yahaya Ibrahim.

Idris berkata guru berkenaan enggan bertukar ke negeri lain, sebaliknya tetap mahu balik mengajar di tanah kelahiran dan sudah pastinya masalah ini tidak boleh diselesaikan dalam masa yang singkat kerana ia melibatkan kekosongan yang ada di  sesuatu kawasan itu.
 
Katanya, keutamaan diberikan kepada suami atau isteri yang mengajar di negeri berlainan.
 
Mengenai dakwaan berlaku kebocoran kertas soalan peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran Matematik dan Matematik Tambahan, beliau berkata, kementerian masih menyiasat perkara itu.
 
Mengenai Unisza, Idris berkata, universiti itu tidak mempunyai halangan untuk terus maju dan mencapai kedudukan antara 10 universiti terbaik di negara  ini berdasarkan perkembangan dan pencapaian semasa di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
 
"Dengan peningkatan dan penambahbaikan yang sedang berlaku di Unisza ini, saya percaya dan tidak mustahil universiti ini akan menjadi salah sebuah universiti tempatan terbaik dalam tempoh 10 tahun lagi," katanya.
 
Katanya, dalam jangka masa yang singkat, Unisza menunjukkan perkembangan pesat dari segi pembangunan infrastruktur, bilangan pensyarah yang mempunyai ijazah doktor falsafah (PhD), penerbitan dan penyelidikan dan pembangunan.


Sumber:SinarHarian