'Saya atur pertemuan kesultanan Sulu dan dua PM'
Ogos 15 2013
RCI SABAH - Sultan Mohd Akjan Ali Muhammad yang mengisytiharkan dirinya
sebagai sultan Sabah, hari ini mendakwa beliau telah mengatur pertemuan
antara dua bekas perdana menteri Malaysia dengan kesultanan Sulu.
Ketika memberi keterangan di hadapan suruhanjaya siasatan diraja (RCI)
mengenai pendatang di Sabah, Akjan berkata kedua-dua bekas perdana
menteri itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi,
yang juga dikenali sebagai Pak Lah.
NONE"Sejak tahun 1970-an
(Sultan) Jamalul Kiram yang mengisytiharkan dirinya sebagai sultan Sulu
meminta bantuan saya. Saya membantu beliau untuk bertemu Mahathir pada
1980-an tetapi saya tidak tahu apa yang mereka bincangkan.
"Selepas itu, Ismail Kiram (adik Jamalul itu) datang untuk bertemu
dengan Pak Lah," katanya kepada RCI di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu
pagi ini.
Akjan berkata beliau bersetuju untuk mengatur pertemuan itu dengan syarat mereka akan melepaskan tuntutan mereka ke atas Sabah.
"Tetapi pada 2000-an, matlamat mereka nampaknya telah berubah dan
mereka mahu menuntut Sabah di Mahkamah Keadilan Antarabangsa," katanya.
Jamalul kemudian mengarahkan serangan ke Sabah pada bulan Februari
tahun ini, yang mengakibatkan kematian sembilan anggota pasukan
keselamatan Malaysia, yang terburuk sejak pemberontakan Komunis. -JJ-
Oleh: Perjuangan Sejati
kredit:VAT69perjuangansemalam