24 August 2013

Anggota Malbatt Terkorban Dalam Kemalangan Di Lubnan

Satu berita sedih dari Lubnan. Seorang anggota kontinjen Batalion Malaysia (Malbatt) 5 Sarjan Rosdi Mohamad Zain maut dalam nahas kenderaan jenis Kembalik menakala dua lagi anggota masing-masing seorang pengiring dan pemandu cedera parah.



Mangsa yang cedera parah ialah pengiring Lans Koperal Mohamad Aizuwan dan pemandu Lans Koperal Nur Syahied.

Mengikut laporan awal Bernama, kenderaan Kembalik yang dinaiki mereka hilang kawalan dan jatuh di kawasan lereng bukit di Lubnan sejauh kira-kira 15 meter malam tadi waktu Malaysia.

Kejadian berlaku ketika proses pertukaran Kumpulan Force Protection (FP) Malcoy 9 Malaysia dari Kem Kawkaba ke Kem Tibnin.

Kenderaan jenis Kembalik yang dinaiki mereka yang ketika itu sedang menunda sebuah kenderaan perisai jenis Condor sebelum hilang kawalan dan jatuh ke lereng bukit kawasan itu.

Ketika kejadian konvoi berkenaan melibatkan 41 orang anggota dan lapan buah kenderaan tentera pelbagai jenis.

Bagaimanapun, tiada anggota berada di dalam kenderaan Condor yang ditunda pada ketika itu.

Jangan Jangan Jangan !!! .... Kenapa Jangan ?

 
 
Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur, itu lain cerita. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya. Dan yang paling penting, Jangan RIAK, SOMBONG, ANGKUH, Nanti di laknat ALLAH....Wasalam"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71) 


kredit:amalanharian

23 August 2013

Serangan Gas Beracun Di Syria



Aktivis dakwa tentera bedil roket, Rejim nafi guna senjata kimia

Beirut: Lebih 1,300 orang terbunuh apabila tentera Syria menggempur pinggir Damsyik dengan senjata kimia semalam, kata pembangkang yang menyifatkannya sebagai pembunuhan beramai-ramai dan menggesa campur tangan antarabangsa. 

“Angka itu pasti meningkat. Serbuan dan serangan berterusan,” kata Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia (SOHR) yang beribu pejabat di Britain dan mengumpulkan maklumat daripada aktivis dan pasukan perubatan. 


Angka itu pasti meningkat. Serbuan dan serangan berterusan” Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia

SOHR berkata, serangan amat sengit dan disasarkan ke pinggir bandar Zamalka, Arbeen dan Ein Tarma di timur Damsyik.

Ia memetik aktivis sebagai berkata tentera rejim membedil roket dengan peledak berisi gas beracun dalam serangan itu.

Sebuah kumpulan pemerhati dari Britain sebelum itu berkata sekurang-kurangnya 100 maut dalam serangan tentera ke atas kubu kuat pejuang pembebasan di pinggir ibu kota Syria semalam, dalam apa yang didakwa sebagai serangan gas beracun.

Ratusan maut diserang 
Satu kumpulan lain, Jawatan-kuasa Penyelarasan Tempatan, berkata beratus-ratus maut atau cedera dalam serangan itu. Perbezaan angka daripada kumpulan aktivis adalah perkara biasa di Syria, terutama dengan kerajaan mengehadkan laporan luar dan domestik.

Dakwaan dibuat ketika pasukan senjata kimia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan 20 anggota, diketuai pakar Sweden, Ake Sellstrom, berada di Damsyik sejak Ahad lalu untuk menyiasat tiga kawasan yang didakwa serangan senjata kimia dilancarkan.

Kawasan yang disiasat adalah kampung Khan al-Assal di barat Aleppo dan dua lagi lokasi yang dirahsiakan atas alasan keselamatan.

Berikutan laporan semalam, SOHR menggesa pasukan PBB di Syria dan semua pertubuhan antarabangsa melawat kawasan yang teruk terjejas dan memastikan bekalan perubatan dan bantuan tiba kepada penduduk secepat mungkin. 

Ia juga menggesa siasatan terhadap serangan itu.

Sementara itu, pihak berkuasa Syria menafikan dakwaan tentera menggunakan senjata kimia.

“Laporan penggunaan senjata kimia palsu. Ia cubaan menghalang pasukan PBB menjalankan misi mereka,” lapor agensi berita SANA.

Akhbar Al-Watan melaporkan kerajaan Syria berjanji untuk bekerjasama dan memudahkan kerja pasukan penyiasat PBB yang melancarkan misi di negara itu kelmarin. 

Britain sementara itu berkata ia akan merujuk dakwaan penggunaan senjata kimia kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dakwaan itu belum dapat disahkan. - AFP/AP

21 August 2013

Terkini Tragedi Bas Masuk Gaung

1098385_10151760220987052_1882683903_n
PETALING JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan angka kematian tragedi nahas bas perlancongan di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur adalah seramai 37 orang.
Seramai 16 lagi mangsa berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dikeluarkan adalah seramai 53.
Antara mangsa yang berjaya diselamatkan. – foto THE STAR

Daripada jumlah mangsa yang maut, 24 daripadanya ialah lelaki manakala 13 lagi ialah perempuan.
Usaha menyelamat mangsa sedang dijalankan. – foto THE STAR

Mangsa maut terdiri daripada rakyat tempatan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang Rabu, bas ekspress yang membawa penumpang turun dari pusat peranginan menuju ke Kuala Lumpur itu terbabas dan terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 30 meter.

kredit:mpp

Bas Jatuh Gaung Di Genting


Lebih 30 penumpang dikhuatiri maut apabila sebuah bas ekspres dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur jatuh ke dalam gaung sedalam 150 meter di KM3.5 dari Genting Highlands petang ini.

    
Penolong Pengarah Penguasa Bomba Wilayah Persekutuan Azizan Ismail berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.45 petang.
    
"Daripada 49 penumpang bas itu, seorang daripada 17 yang dapat dikeluarkan telah meninggal dunia," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
    
Beliau berkata dikhuatiri lebih 30 mangsa yang masih berada di dalam bas itu maut, dan kini operasi mengeluarkan mayat sedang dijalankan.
    
Tinjauan Bernama mendapati beberapa buah kenderaan pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan ambulans berada di tempat kejadian dan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa.
    
Mereka menggunakan kren untuk menurun dan membawa keluar mangsa yang cedera. - Bernama

20 August 2013

Sandakan - Jambatan Runtuh

KINABATANGAN - Penduduk di enam kampung di Tongod terputus hubungan selepas jambatan utama menjadi laluan kampung itu runtuh dihempap pokok tumbang.

Kampung berkenaan adalah Minusu, Menanam, Tampasak, Sagoun, Pinangah serta Maliau dan sepuluh sekolah di sekitar kampung terlibat turut ditutup hari ini.

Seorang penduduk kampung Minusu, Melton Yong, 30, berkata jambatan konkrit itu terletak di Kampung Menanam runtuh kira-kira pukul 7 malam, semalam.

Katanya jambatan itu merupakan laluan utama menghubungkan kawasan Pinangah ke Pekan Telupid.

"Kejadian itu disebabkan hujan lebat dan angin kencang sejak petang semalam mengakibatkan pokok tumbang menghempap jambatan tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Melton yang bekerja sebagai pegawai Teknologi Maklumat di sebuah agensi kerajaan di Sandakan berkata akibat kejadian itu ramai penduduk di kampung tersebut termasuk dirinya tidak dapat keluar bekerja.

Katanya sesi persekolahan di beberapa sekolah di sekitar kampung juga terpaksa ditutup hari ini.

Menurutnya penduduk kampung dimaklumkan kerja pembaikan jambatan itu telah dilakukan dan dijangka siap petang ini. - Bernama

19 August 2013

Ni Kira Mcm Mana Ni... Nak Ketawa Ke Nak Kesian



Sumber:BB

Bayi Berekor


Mungkin kita tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku ke atas bayi ini. Jelas kelihatan ada sesuatu bentuk pelik yang tumbuh di belakang badan bayi ini. difahamkan, bayi yang berusia tujuh bulan ini mengalami masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Menurut kata doktor juga, jika kita memotong ekor bayi ini, berkemungkinan ia akan tumbuh semula seperti sedia kala. Semoga bayi kecil ini dapat pulih seperti sedia kala. Kasihan dia..


ekor
 China – Seorang ibu di wilayah Guangdong merayu pakar perubatan agar mengubati bayi lelakinya yang berusia tujuh bulan, yang mempunyai ekor di belakangnya.
Ekor sepanjang tiga inci itu melekat di belakang Xiao Wei dan ia bertambah panjang.
Menurut wanita itu, Chen, dia telah meminta bantuan daripada pakar bedah untuk membuang ekor tersebut, namun mereka menyatakan ia bukan satu proses yang mudah.
Dalam pada itu, seorang pakar bedah, Huang Chuanping berkata, Xiao Wei lahir dengan keadaan `pemecahan tulang belakang’ menyebabkan pembentukan tulang belakangnya tidak sempurna.
“Ekor itu kini semakin membesar dan telah memanjang 10 sentimeter.
“Jika kita memotongnya, maka ia akan tumbuh semula. Kita perlu membaiki laluan tulang belakang terlebih dahulu bagi menyekat pertumbuhan ekor tersebut,’’ katanya.
Myelomeningocele sering berlaku ke atas satu daripada 800 kelahiran

kredit:mpp

Melakar Sejarah - Hafizh Juara Race2



Penunggang pasukan Petronas Raceline Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah melakar sejarah di Grand Prix Red Bull Indianapolis untuk menjadi rakyat Malaysia pertama menjuarai perlumbaan sokongan AMA Pro Vance & Hines Harley Davidson semalam.

Selepas kejayaan menempah petak ketiga pada Sabtu, Hafizh, 19, terus mempamerkan prestasi kelas dunia menerusi jentera Harley-Davidson XR1200 dalam Race 2 pada Ahad untuk mengenepikan penunggang pilihan Steve Rapp yang sebelum ini mencatat empat kemenangan berturut-turut.

"Saya cuba perbaiki prestasi pada setiap sesi. Kami bermula dengan baik pada awal perlumbaan dan kemudian kami cuba perbaiki lagi suspensi belakang untuk perlumbaan hari ini (Ahad) kerana semalam saya rasa kurang selesa semasa membelok," kata Hafizh dalam kenyataan Isnin.

Katanya: "Keadaan (jentera) bertambah baik dan sebab itu kenapa saya berjaya berada di depan. Hanya Rapp dan saya berada di depan dan saya kekal berada di tempat kedua sehingga pusingan terakhir sebelum memintasnya. Saya amat gembira mendapat tempat pertama dan ketiga hujung minggu ini".

Hafizh sebelum ini turut mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama menaiki podium perlumbaan Moto2 pada pusingan kedua ‘Campeonato de Espana de Velocidad’ di Motorland Aragon, Sepanyol.

Syabas Anak Muda!!! Teruskan perjuangan anda di jalan yang betul!! 

kredit:BB

OP Cantas

17 Ogos 2013 – Pencegahan Jenayah adalah peranan dan fungsi Pasukan Polis sebagaimana termaktub dalam Seksyen 3(3) Akta Polis 1967. Pencegahan Jenayah dilaksanakan melalui 2 cara, iaitu tindakan sebelum berlakunya jenayah dan tindakan selepas berlakunya jenayah.

Walaupun terdapat penurunan kadar jenayah ini tidak bermakna masyarakat di negara ini boleh berasa selesa dan selamat, sebaliknya kita semua perlu terus bekerjasama mengembelingkan usaha bagi membendung jenayah.

Tindakan pencegahan jenayah sebelum berlakunya jenayah adalah yang paling penting di mana tanggungjawab ini seharusnya dipikul bersama oleh masyarakat dan tidak meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak Polis.

Justeru itu, pada hari ini Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah memulakan operasi bagi mencegah jenayah dengan menubuhkan satu pasukan khas yang dinamakan Op Cantas Khas, dibawah tanggungjawab ACP Kamarulzaman bin Mamat, Penolong Pengarah Tahanan/Sekatan D7B, Jabatan Siasatan Jenayah dan dibantu oleh Supt. Amir Rasid bin Derani, Superintendan Pencegahan D7A, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Buat permulaan, tumpuan diberikan kepada Kontinjen Kuala Lumpur, Selangor dan juga Negeri Sembilan dan ianya akan berterusan di semua kontinjen-kontinjen.

Usaha berterusan Jabatan Siasatan Jenayah yang dibantu dengan kekuatan pegawai dan anggota dari daerah-daerah yang terlibat ini adalah sebahagian daripada pencegahan jenayah.

Walaupun ia seolah-olah menyusahkan pengguna jalanraya di sekitar ibu kota dan Selangor, matlamatnya adalah baik, iaitu dapat membanteras penjenayah melalui pemeriksaan terhadap kenderaan dan individu di sekatan jalanraya.


 
 
 
 










sumber:pdrm

18 August 2013

Mesir - Pyramid Operation


PONTIAN - Kerajaan bersedia melancarkan Ops Piramid untuk memindahkan lebih 3,300 rakyat Malaysia di Mesir pada bila-bila masa sahaja jika keadaan di negeri itu bertambah serius.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan telah mengarahkan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab ke Mesir pagi ini untuk meninjau sendiri keadaan keselamatan di sana dan akan memberikan 'isyarat' jika pemindahan perlu dilakukan.

"Kerajaan kini memantau pergolakan yang berlaku di Mesir setiap jam. Kita lihat keadaan di sana semakin membimbangkan, kawasan yang nampak reda kini bertambah panas sebab itu kita telah hantar wakil khas kita untuk tinjau sendiri keadaan di sana.

"Segala persiapan lojistik telah diletakkan dalam keadaan siap sedia dan pesawat komersil syarikat penerbangan MAS dan Air Asia juga telah tampil menawarkan diri untuk membantu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno Bahagian Pontian di sini hari ini.

Hishammuddin berkata jika keadaan keselamatan tidak mengizinkan untuk penggunaan lapangan terbang komersil, kerajaan akan menggunakan aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk membantu Ops Piramid itu.

Khamis lepas, Hishammuddin mempengerusikan mesyuarat tergempar dengan wakil agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pengangkutan, MAS dan Air Asia untuk membincangkan langkah-langkah bagi memindahkan rakyat Malaysia di Mesir jika keadaan bertambah serius. - Bernama

Mesir - Save Mesir

 
Berdasarkan cerita dari anaknya (anak si syahid biiznillah) Sarah Muahammad Ali Muhammad Ibrahim :

Sesungguhnya bilangan para jenazah terlampau tinggi, dan para jenazah ini telah dibahagikan ke banyak hospital, kami yang ingin mencari jenazah Ayah terdiri daripada saya, Umar, Dr Ahmad kawan ayah saya dan Rasya sahabat kami, kami tidak tahu bagaimana mahu memulakan pencarian kecuali dengan mengagihkan setiap seorang ke satu tempat.

Ahhhhh, bertapa hancur luluhnya perasaan dan sakitnya hati saya apabila terhidu bau kematian dan saya berseorangan mencari dan membelek setiap satu jenazah dan cuba untuk mengenal pasti tanpa ada pertolongan dari sesiapa.

Sesudah itu kami menelefon antara satu sama lain bertanyakan hasil pencarian :

"Awak sudah jumpa dia?"

"Belum lagi, awak?"

"Belum"

"Ok, awak dah tengok elok-elok?"

"Ya, saya sudah tengok elok-elok, saya dah belek-belek setiap satu dari mereka, awak dah tengok elok-elok?"

"Sudah"

"Awak pasti?"

"Ya"

"Ok, kalau begitu cari lagi, mana tahu kalau awak terlepas pandang, dan saya juga akan cari sekali lagi"

"Baiklah"

Kemudian selepas beberapa minit kami bercakap di telefon sekali lagi.

"Sarah, awak sudah jumpa ke belum?"

"Belum lagi wahai Umar"

"Ok, berdekatan awak ada tak mayat yang terbakar (rentung)?"

"Ya"

"Baik, awak tengok elok-elok andai awak terjumpa apa-apa barang milik si mati yang boleh menentukan identitinya"

"Baik"


Selepas beberapa minit..


"Umar, mana beg ayah yang ada kesan darah tu?"

"Saya dah bawa balik rumah"

"Ok, letak dalam plastik dan ikat elok-elok"

"Kenapa"

"Sebab ada empat mayat rentung secara total dan tanpa apa-apa identiti, dan hanya satu cara untuk kenal pasti adalah dengan ujian DNA , dan saksi mengatakan ayah berada di tempat yang terbakar."

"Baiklah wahai Sarah, tetapi ni maknanya kita hanya akan tahu keputusannya selepas sebulan"

"Kita nak cakap apa pada ibu? Ibu mesti tidak dapat mengawal dirinya"

"Kita terpaksa membohonginya"

"Maksudnya kita nak cakap apa?"

"Awak fikirkan, dan saya juga akan fikir kemudian kita akan bercakap dengannya"

Maka perbualan kami menyusuri 48 jam ini hanyalah berkaitan kematian dan jenazah, mangsa cedera dan mangsa terbakar. Hati-hati kami perit, terus berdiri di atas kedua kaki kami dengan kekuatan yang tidak tahu dari mana datangnya.

Seumur hidup kami tidak pernah terbayang bahawa kami akan terpaksa berjalan di dalam lautan darah di antara jenazah-jenazah, dan itu hanyalah kerana kami mencari jenazah ayah kami yang sudah meninggal, bukan yang hidup.

Kemudian,

Selepas 48 jam berada di antara para jenazah, 600 jenazah, 40 jenazah yang rentung.

Kami berpusing-pusing di antara rumah-rumah mayat dan hospital-hospital, meneliti wajah-wajah, memeriksa jenazah-jenazah dan mendekatkan muka kami pada setiap wajah, sehingga kami tidak tahu apa perasaan yang sewajarnya kami rasa, sama ada untuk bersedih setelah menjumpainya atau merasa lega kerana telah menemui jenazahnya.

Kami terpaksa melangkah jenazah-jenazah kerana tiada ruang untuk bergerak, kaki kami berulang-alik di dalam darah, kami dekatkan wajah untuk mengecam, tapi kecederaan menyukarkan pengecaman.

Kami periksa jenazah yang rentung dan meneliti sebaik mungkin, mungkin kami akan menemui sebarang tanda pengenalan ayah.

Bau jenazah menyelubungi persekitaran kami.
Darah telah membasahi tudung-tudung kami.
Tembakan sentiasa dilepaskan kemana saja kami pergi,
Kami tetap yakin kami akan menemuinya.

Selepas kami hampir putus harapan, ada seseorang menghubungi kami dan mengatakan bahawa jenazah ayah telah dibuang dari kenderaan di tepi jalan berhampiran rumah mayat, saya terus berlari.

Akhirnya kami menemuinya..

Satu peluru menembusi lehernya,
dan satu peluru menembusi pipi ke belakang telinganya.

Kami gembira menemuinya seolah-olah kami telah menemui jenazah ayah dalam keadaan hidup,

Ayah telah pergi...

Sumber : محمد مرسي رئيساً للجمهورية

DiGanggu Hantu Raya

Sejak dari dulu lagi, kita telah dihidangkan dengan kisah pelbagai jenis hantu antaranya hantu langsuir, hantu galah dan hantu raya. Di bawah ini adalah satu dari sebuah kisah benar mengenai seorang pramugari yang telah ditiduri oleh hantu raya. Sepasukan ahli perubatan Islam hadir untuk membantu membuang gangguan tersebut. Jom baca kisah di bawah ini.


Cuaca pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja. Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tiba pandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya. Dek terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap.

“Bila di amati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu,” tutur Keena, 37.


Putus Tunang

Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya. Rumah didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak lelakinya.
Bacaan doa dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk rawatan menghalau hantu raya
Malah, adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu.

Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya.

“Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling.

“Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.
Laungan azan merupakan salah satu kaedah rawatan
SEMASA azan dilaungkan terdapat bunyi seakan-akan almari diketuk. “Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah,” jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal.

Dia tidak sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum.

Setelah bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami banyak kegagalan dalam percintaan.

“Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab. Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf.

“Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya tinggal seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?” kata Keena.

Menyedari keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang oleh seekor ular besar berwarna hitam.

Ular itu bagaikan hendak menghalang ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena.

“Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu.


Disetubuhi
“Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap.

“Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton rancangan National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya melihat ular yang begitu besar,” tutur Keena.

Menurut seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu hantu raya.

“Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman dan dihantar untuk memecahbelahkan kehidupan orang lain.

“Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya,” tutur Shamsuri.

Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa.

“Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa,” tambah Shamsuri.

Baru-baru ini, Shamsuri melakukan proses menghalau makhluk tersebut dan memagar rumah Keena dengan bacaan ayat-ayat ruqyah.
Pengamal perubatan Islam, En. Shamsuri Shafei ketika merawat Keena
Setiap bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan alunan azan.

Ketika Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan azan secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah almari.

Bunyi jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti.

Jelas Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan marah. Seterusnya akan kedengaran bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau mengaum.

“Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya,” kata Shamsuri.

P/s: Bagi mengelakkan kita diganggu semasa tidur, amalkan bacaan ayataul kursi, bacaan tiga qul, dan jangan lupa membaca doa sebelum tidur. Apa yang paling penting,pastikan kita tidur dalam keadaan berwudu’. InsyaAllah jangan lupa amalkan itu semua.
sumber: Kosmo