07 August 2013
Pak Pandir
Seorang
pemuda sedang dalam perjalanan balek kampung untuk beraya menaiki
keretapi Mel-malam. Kebetulan pemuda itu duduk disebelah Pak Pandir.
Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada Pak
Pandir ...
Pemuda: Pakcik, pukul berapa sekarang?
Sebuah pertanyaan yg biasa, yg kadangkala kita tujukan kepada sesiapa
pun. Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh
diluar dugaan, Pak Pandir hanya berdiam diri sahaja.
Mungkin
orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut dalam hatinya.
Dia mengulangi pertanyaan sampai 3 kali. Namun Pak Pandir tetap berdiam
diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.
Pemuda tersebut mencuit Pak Pandir dan berkata ...
Pemuda: Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawab pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?
Pak Pandir: Bukannya saya tidak mahu menjawap, tapi nanti kalau saya
jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan
akhirnya kita akan bertambah mesra.
Si pemuda termangu mendengar ceramah Pak Pandir itu. Terus dia bertanya lagi ...
Pemuda: Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?
Pak Pandir: Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri
saya menjemput saya di station nanti, kita akan turun bersama-sama. Dan
saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu.
Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah.
Pemuda: Kemudian?
Pak Pandir: Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut
nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di
rumah saya, dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu
boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman
lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya ... kata Pak
Pandir lagi.
Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung. Terus dia bertanya ...
Pemuda: Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?
Sambil berdiri Pak Pandir menjawap sinis ...
Pak Pandir: Masalahnya?
SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PUN TAKDERRR!"
Seorang
pemuda sedang dalam perjalanan balek kampung untuk beraya menaiki
keretapi Mel-malam. Kebetulan pemuda itu duduk disebelah Pak Pandir.
Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada Pak
Pandir ...
Pemuda: Pakcik, pukul berapa sekarang?
Sebuah pertanyaan yg biasa, yg kadangkala kita tujukan kepada sesiapa pun. Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, Pak Pandir hanya berdiam diri sahaja.
Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut dalam hatinya. Dia mengulangi pertanyaan sampai 3 kali. Namun Pak Pandir tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.
Pemuda tersebut mencuit Pak Pandir dan berkata ...
Pemuda: Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawab pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?
Pak Pandir: Bukannya saya tidak mahu menjawap, tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra.
Si pemuda termangu mendengar ceramah Pak Pandir itu. Terus dia bertanya lagi ...
Pemuda: Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?
Pak Pandir: Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di station nanti, kita akan turun bersama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu.
Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah.
Pemuda: Kemudian?
Pak Pandir: Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya, dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya ... kata Pak Pandir lagi.
Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung. Terus dia bertanya ...
Pemuda: Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?
Sambil berdiri Pak Pandir menjawap sinis ...
Pak Pandir: Masalahnya?
SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PUN TAKDERRR!"
Pemuda: Pakcik, pukul berapa sekarang?
Sebuah pertanyaan yg biasa, yg kadangkala kita tujukan kepada sesiapa pun. Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, Pak Pandir hanya berdiam diri sahaja.
Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut dalam hatinya. Dia mengulangi pertanyaan sampai 3 kali. Namun Pak Pandir tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.
Pemuda tersebut mencuit Pak Pandir dan berkata ...
Pemuda: Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawab pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?
Pak Pandir: Bukannya saya tidak mahu menjawap, tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra.
Si pemuda termangu mendengar ceramah Pak Pandir itu. Terus dia bertanya lagi ...
Pemuda: Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?
Pak Pandir: Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di station nanti, kita akan turun bersama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu.
Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah.
Pemuda: Kemudian?
Pak Pandir: Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya, dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya ... kata Pak Pandir lagi.
Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung. Terus dia bertanya ...
Pemuda: Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?
Sambil berdiri Pak Pandir menjawap sinis ...
Pak Pandir: Masalahnya?
SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PUN TAKDERRR!"
k
06 August 2013
Kejam - Di Bakar Hidup Hidup
Sebuah forum online China mengeluarkan sesetengah imej seorang perempuan yang sedang membakar anak anjing dekat sebuah pasar di Guangzhou. Perempuan itu terlihat menggunakan sepasang klip untuk memegang anjing dengan leher di atas api yang menyala.
Pemandangan ini menarik penonton ingin tahu, termasuk kanak-kanak.
Khalayak internet (netizens) yang melihat Gambar-gambar tersebut, menuntut perempuan ini dikenalpasti dan dihukum. Sementara yang lain mengatakan, aktiviti yang sangat keji ini tidak akan dilakukan secara terbuka jika tidak ada permintaan untuk daging anjing.
Daging anjing diyakini beberapa orang mempunyai sifat ubat atau boleh meningkatkan libido lelaki.
kredit:utaranews
Raya - Ketupat Palas
Bahan-bahan:
1. Daun Palas (boleh didapati di pasar-pasar)
2. Beras Pulut (3 kg)
3. Santan segar (2.2 kg)
4. Daun pandan
5. Garam
Cara- cara:
1. Buka daun palas untuk supaya mudah untuk memasukkan pulut ke dalamnya.
2. Basuh beras pulut tersebut untuk membuang kekotoran yang mungkin terlekat pada beras. Sebaiknya di bilas dengan air yang telah ditapis.
3. Masukkan santan ke dalam periuk. Buka api secara perlahan dan masukkan daun 3 helai daun pandai yang telah disimpul. Sukatan santan kepada beras ialah setiap 1kg santan adalah untuk 1.5 kg beras. (kepada yang menginginkan rasa lemak yang lebih, bolehlah ditambahkan santan secukup rasa). Kacau perlahan - lahan.
4. Tambahkan garam secukup rasa.
5. Kuatkan sedikit api dan masukkan beras yang telah dibersihkan tadi. Tutup periuk dan tunggu sehingga pulut masak.
6. Setelah pulut masak, keluarkan dari periuk dan biarkan pulut tersebut sejuk untuk seketika.
7. Sekarang proses membalut ketupat daun palas boleh dimulakan. Ambil sehelai daun dan bentukkan bahagian hujung daun tersebut menjadi bentuk kelongsong.
8. Masukkan pulut ke dalam kelongsong tadi sehingga padat. (Tips: masukkan sedikit dahulu supaya pulut dapat memenuhi ruang bucu kelongsong)
9. Pusing kelongsong tadi ke arah anda untuk menutup ruang masuk pulut sebentar tadi.
10. Tarik bahagian daun yang panjang untuk mengemaskan balutan. Pusing kelongsong tersebut ke arah kiri sebanyak 2 pusingan untuk membentuk balutan seperti di atas.
11. Masukkan bahagian hujung daun (bahagian tirus) ke dalam belahan yang terbentuk.
12. Simpulkan bahagian hujung daun yang terkeluar dan ketupat anda telah siap dibalut.
13. Rebus ketupat selama 30 - 45 minit bergantung kepada kuantiti ketupat.
14. Hidangkan dengan gulai daging atau serunding mengikut citarasa masing - masing.
"Selamat Mencuba"
kredit:toknab
Lemang Oh Lemang
Hari
Raya bakal menjelang tiba.Pastinya sudah ramai yang
sudah bersiap-sedia menyiapkan beberapa menu wajib seperti lemang ,
ketupat dan dodol.Untuk pengetahuan blogger semua , lemang merupakan
menu wajib bagi kami sekeluarga pabila tibanya Hari Raya.Ini bermakna ,
kami adik beradik akan bergotong-royong menyiapkan menu istimewa
ini.Untuk mencari buluh tidak susah kerana abah kami sudah menanam pokok
buluh dibelakang rumah kami di kampung.
Hari
ini , saya akan berkongsi dengan anda semua cara-cara membuat
lemang.Manalah tahu , tahun depan anda semua boleh mencubanya.Membuat
lemang tidak susah mana pun.Sambil buat lemang pun boleh bertwitter
ataupun ber’facebook.
Di
kampung, buluh lemang boleh dicari di hutan belukar,ladang getah atau
di tepi sungai.Bukan semua buluh boleh dijadikan buluh lemang. Hanya
buluh yang tidak terlalu tebal ataupun nipis dengan saiz diameter yang
sederhana sahaja. Buluh yang nipis akan pecah apabila dihentak (sewaktu
proses membakar) dan yang terlalu tebal akan menyebabkan lemang lambat
masak.Jadi,buluh yg terbaik untuk membuat lemang adalah buluh yg tidak
terlampau tua.
Buluh lemang yang terpilih akan dibersihkan dari debu miangnya dengan menggunakan sabut kelapa.
Kemudian , daun pisang muda digunakan untuk mengalas buluh lemang.Ia bertujuan untuk menaikkan aroma beras pulut yang dugunakan.
Gulung
daun pisang mengikut saiz buluh yang telah potong mengikut ruasnya.
Kemudian masukkan daun tersebut menggunakan batang pelepah pisang yang
telah dibelah dua (buatkan seperti penyepit). Sepit daun pisang yang
sudah digulung dan masukkan ke dalam buluh. Sebelum masukkan daun yang
bergulung itu, sumbat dahulu pangkal buluh tersebut (pada bahagian
ruasnya) dengan daun pisang yang dikeronyok. Tujuannya supaya lemang di
bahagian hujung tidak kotor terkena buluh. Oleh itu, semua bahagian
boleh dimakan kelak.
Beras
pulut dan santan yang sudah direndam (dan digaram) bolehlah dimasukkan
ke dalam batang buluh. Beras pulutnya dimasukkan sekitar 3/4 daripada
buluh. Kemudian, masukkan baki santan sehingga ke paras yang sama.
Sambil masukkan beras pulutnya, hentak sedikit-sedikit (perlahan-lahan)
supaya ruang kosong di dalam buluh dalam diisi dengan baik. Usah hentak
terlalu kuat bimbang nanti pulut tiada ruang untuk mengembang sewaktu
proses membakar.
Sementara
beras pulut dan santan diisi, tempat membakar lemang perlu disiapkan
terlebih dahulu.Dua pancang besi ditegakkan di kiri dan kanan
(bergantung kepada berapa banyak lemang yang akan dibakar). Pastikan ada
satu besi yang melintang di bahagian tengah sebagai tempat lemang
bersandar.
Apabila
tempat membakar lemang telah siap, hidupkan api dan lemang sedia untuk
dibakar.Apa yang penting semasa proses membakar lemang adalah proses
mengawal api suapaya supaya lemang tidak hangus. Jika mahu cepat masak,
api boleh besar tetapi harus rajin pusing-pusingkan lemang supaya
masaknya rata.Anda harus pandai bagaimana hendak mengawal api tersebut.
Setelah
lemang mendidih dan berbuih-buih ( santan menggelegak), boleh
dihentakkan lemang supaya menjadi padat. Lemang yang tidak padat tidak
akan nampak menyelerakan.
Apabila
buluh lemang mula layu dan setelah dibakar sekian lama (lama proses
pembakaran bergantung kepada besar/kecil ataupun jauh/dekat api), lemang
pun masak.
Sesudah itu, bolehlah lemang dibelah dan dinikmati bersama-sama rendang.Lemang telah sedia untuk dihidang di pagi Aidilfitri.
kredit:azimAris
Waris Agong - Dalang Di Buru
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengenal pasti dalang kumpulan yang ditahan
di luar pintu Istana Negara awal pagi semalam yang mendakwa mereka
pewaris sah Yang di-Pertuan Agong.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata
polis juga sedang mengenal pasti motif sebenar kumpulan itu berbuat
demikian.
"Susulan itu, lapan lelaki termasuk ketua kumpulan yang berumur 40 tahun direman seminggu mulai hari ini.
Seorang wanita berusia 52 tahun yang merupakan isteri kepada ketua
kumpulan itu serta anak perempuan mereka berumur 11 tahun direman dua
hari sehingga esok," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Ku berkata kesemua lapan suspek lelaki itu disiasat mengikut Seksyen
121B Kanun Keseksaan atas kesalahan terhadap kuasa Yang di-Pertuan
Agong, Raja atau Yang Dipertuan Negeri dan boleh dihukum penjara seumur
hidup atau didenda.
Kumpulan yang mendakwa mereka anggota Kumpulan Panji Hitam Dari Timur
Empayar Langkasuka Nusantara itu berpakaian serba hitam dan tiba di
kawasan istana dengan menaiki tiga kereta pada 4.10 pagi sebelum ditahan
polis.
Media melaporkan mereka mendakwa sebagai pewaris Agong yang sah dan dipercayai cuba mengambil alih pentadbiran Istana Negara.
Tangkapan termasuk rampasan kesemua kenderaan terlibat dilakukan ketua
balai polis Jalan Travers. Tiada senjata ditemui ketika pemeriksaan
polis terhadap kenderaan yang dirampas.
Siasatan polis mendapati tujuh daripada mereka berasal dari Melaka, Perak, Johor dan Kedah.
Antara ajaran kumpulan itu ialah mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada
tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah serta mengucap kalimah
syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar 'Tuanku'.
- Astro Awani
DIBURU !! 3 di reman
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah
menunjukkan gambar suspek utama pembunuhan Pengasas Bank Arab-Malaysia,
Hussain Ahmad Najadi dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis
Kontijen Kuala Lumpur pada Selasa.
KUALA LUMPUR: Dua wanita pemegang amanah kuil Kuan Yin di Jalan Ceylon
di sini ditahan dan sedang disoal siasat untuk menjelaskan motif
pembunuhan pengasas Bank Arab-Malaysia Hussain Ahmad Najadi yang mati
ditembak di di tempat letak kereta kuil tersebut pada 29 Julai lalu.
Kedua-dua wanita itu ditahan kira-kira pukul 1.30 petang pada Isnin dekat kuil tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala
Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata polis turut memburu seorang lagi
suspek, Kong Swee Kwan, 44.
Beliau berkata demikian pada sidang media di sini Selasa.
Katanya, suspek dikenal pasti berdasarkan soal siasat polis terhadap dua
yang lain termasuk seorang pemandu teksi yang masih ditahan reman.
Pada Isnin, polis turut menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang
dipercayai bersama dengan pemandu teksi tersebut ketika kejadian.
Polis menyerbu rumah suspek di Selangor pada pagi Isnin tetapi dia tiada di rumahnya.
Lelaki tersebut menyerah diri di balai polis pada pukul 10 malam Isnin.
Ku berkata, siasatan mendapati Hussain membantu melindungi kepentingan
kuil itu dalam rundingan perjanjian tanah yang sedang diadakan.
Kuil tersebut terletak dalam tanah yang terlibat dalam perjanjian itu.
Hussain Najadi, 75, mati dan isterinya Cheong Mei Kuen, 49, cedera
apabila mereka ditembak dari jarak dekat di tempat letak kereta selepas
keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon pada 29 Julai lalu.
- SUMBER
Peristiwa Tanduo - Koperal Di Penjara 7 Tahun
KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, hukuman penjara maksimum mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan, ke atas Koperal Detektif Hassan Ali Basari, 61, kerana menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan pengganas di Sabah.
Hakim P. Ravinthran memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap 2 Mac.
Beliau berkata walaupun Seksyen 130M turut membawa hukuman denda jika sabit kesalahan, hukuman itu tidak akan dikenakan.
Hassan didapati bersalah melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Cawangan Khas Lahad Datu antara Januari dan 2 Mac tahun ini.
Ravinthran berkata beliau menjatuhkan hukuman penjara maksimum ke atas Hassan kerana tertuduh bukan orang awam biasa. - Bernama
Cinta Si Layang Layang
Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.
Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang..
Sekali
lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut
apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan
pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau
binatang sepertinya..
Menyedari
pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi
kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian
itu dengan hiba..
Berdiri di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan pemergian itu..
Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....
Hidup menjadi sepi...
Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluq Nya..
Manusia bagaimana?
Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ... hidup menjadi sepi...
kita manusia.......???
Haiwan pun tau erti kasih sayang.... tp manusia???????? Sanggup membakar anak baru lahir didalam tong sampah
Ketawa Dan Menangis
SENYUMAN dan ketawa boleh menjadi penawar
duka. Kebuntuan fikiran seolah-olah hilang apabila mendengar suara anak
ketawa menyambut kepulangan kita dari tempat kerja.
Ketawa dan menangis adalah sebahagian proses semula jadi yang dianugerahkan Allah kepada kita.
Walaupun sesetengah orang menganggap tangisan itu sebagai satu kelemahan, hakikatnya ia ada fungsi penting dalam kehidupan kita.
Apabila kita ketawa atau menangis, badan mengalami perubahan fizikal dan kimia.
Ketawa dan menangis adalah sebahagian proses semula jadi yang dianugerahkan Allah kepada kita.
Walaupun sesetengah orang menganggap tangisan itu sebagai satu kelemahan, hakikatnya ia ada fungsi penting dalam kehidupan kita.
Apabila kita ketawa atau menangis, badan mengalami perubahan fizikal dan kimia.
Ketawa dan menangis adalah dua elemen penting yang memberi manfaat kepada fizikal dan emosi setiap orang supaya boleh berfungsi dengan baik.
Berbanding ketawa, menangis adalah proses lebih rumit. Air mata boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
Air mata basal (untuk melembapkan mata).
Air mata refleks (dihasilkan apabila mata mengalami keradangan seperti apabila mengupas bawang atau terkena habuk).
Air mata emosi (dihasilkan apabila badan bertindak balas terhadap perubahan emosi).
Setiap jenis air mata ini mempunyai komposisi hormon dan bahan kimia berbeza. Saintis mendapati air mata emosi mengandungi paras logam mangan dan hormon prolaktin lebih tinggi.
Apabila kita menangis, dua bahan ini diambil daripada badan dan dikeluarkan melalui air mata. Ia membantu meredakan perasaan. Ini sebabnya kita berasa lebih tenang selepas menangis.
Air mata emosi hanya terhasil apabila berlaku perubahan emosi.
Banyak faktor boleh mengakibatkan emosi seseorang berubah, seperti kesedihan kehilangan orang tersayang.
Apabila emosi berubah, sistem saraf bertindak balas dengan merangsang saraf kranial (saraf dari otak) dan menghantar isyarat kepada kelenjar air mata lakrimal (kelenjar air mata paling besar).
Penyelidik percaya, kelenjar ini mengeluarkan jumlah air mata mengandungi bahan kimia dan hormon tertentu untuk menstabilkan semula perasaan seseorang apabila menghadapi tekanan emosi.
Bagi wanita, tangisan dianggap perkara biasa tetapi bagi lelaki, ada yang menganggap ia sebagai satu tanda kelemahan.
Sebenarnya, menangis bukan perkara memalukan atau lambang kelemahan.
Individu yang tidak menangis, terutama apabila mengalami tragedi seperti kematian atau putus cinta, sebenarnya lebih menderita secara fizikal kerana tidak dapat meluahkan keperitan yang dialami melalui tangisan.
Jadi jika anda sedih, tiada salahnya untuk menangis kerana ia antara proses semula jadi untuk mententeramkan semula perasaan dan fikiran.
Jika menangis boleh meredakan perasaan, ketawa pula dianggap sebagai ubat terbaik dalam merawat apa jua masalah.
Pendapat ini ada benarnya kerana badan secara semula jadi berehat apabila kita ketawa.
Diafragma, abdomen, saluran pernafasan, muka, kaki dan bahagian belakang badan secara tidak langsung ‘digerakkan’ serentak untuk bekerja.
Pergerakan ini yang dianggap senaman untuk bahagian tengah badan sebenarnya turut membakar kalori.
Saintis mendapati, ketawa sebanyak 100 kali mempunyai manfaat sama dengan bersenam 10 hingga 15 minit. Ketawa membantu merangsang proses pemulihan dengan merendahkan tekanan darah dan melancarkan aliran darah.
Apabila kita ketawa, badan menghasilkan sel-T iaitu sel darah putih dan sejenis protein yang penting dalam sistem pertahanan badan. Ketawa juga didapati boleh mengurangkan penghasilan hormon tekanan.
Ini sebabnya orang yang menghidap penyakit perlu mendapatkan bantuan kaunseling atau kumpulan sokongan untuk menguatkan semangat kerana kesedihan hanya memburukkan keadaan penyakit mereka.
Kajian mendapati apabila kita ketawa, satu gelombang elektrik terhasil dan mengalir dalam otak.
Banyak bahagian otak, termasuk bahagian yang mengawal emosi, daya intelek dan pergerakan, saling berhubung ketika kita ketawa.
Semua ini dikatakan memberi manfaat kerana ia boleh menguatkan badan.
Ketawa bukan saja boleh meredakan tekanan, tetapi menghilangkan rasa marah.
Antara manfaat ketawa yang lain ialah:
Merendahkan tekanan darah.
Merangsang mood.
Meningkatkan daya ketahanan badan.
Memperbaiki fungsi otak.
Melindungi jantung.
Merapatkan hubungan dengan orang lain.
Melegakan perasaan.
Membuatkan kita berasa selesa.
Malah, ketawa juga boleh meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok, artritis, ulser dan mengelakkan risiko mendapat serangan jantung.
Kajian mendapati seseorang itu berisiko diserang sakit jantung jika sentiasa dalam keadaan tertekan, resah, gelisah dan marah.
Bahkan, ada juga kajian mendapati ketawa boleh melancarkan sistem pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan.
Namun paling penting ialah ketawa boleh mengekalkan kesihatan mental. Apabila kita berfikiran tenang dan melihat masalah daripada sudut positif, ia juga boleh dijadikan bahan ketawa.
Ketawa pada diri sendiri juga boleh mengubah persepsi kita terhadap masalah dihadapi. Mungkin anda tidak sedar, ketawa sebenarnya membolehkan kita menangani masalah atau tekanan dengan lebih baik.
Sumber: http://www.ipislam.edu.my
Elak Notis Flood
copy N Paste Dlm New remote
on *:NOTICE:*:#: {
if ($nick isop #) return
set -u2 %fld. [ $+ [ $chan ] $+ . $+ [ $wildsite ] ] $calc( %fld. [ $+ [ $chan ] $+ . $+ [ $wildsite ] ] + 1)
if ($nick == Chanserv) && (dal.net isin $server) { halt }
if ($nick == Nickserv) && (dal.net isin $server) { halt }
if (%fld. [ $+ [ $chan ] $+ . $+ [ $wildsite ] ] >= 2)
if ($nick isop #) { halt }
if ($nick == Chanserv) { halt } {
ignore -u60 $nick 2
}
}
I Love You
Cara Nak Lafazkan I Love U Pada Si Dia
1.Letakkan catatan 'aku cinta padamu'di meja makan ketika kamu dan si dia makan bersama.
2.Kirimkan sebuah e-mel pada si dia yang berisi sebuah puisi cinta.
3.Kirimkan kad ucpan cinta pada si dia.lebih romantis lagi andainya kamu melakukanya stiap hari.
4.Kirimkan bunga dengan catatan ringkas'aku cinta padamu'.
5.senaraikan semua sebab-sebab mengapa kamu mencintainya dan kemudian serahkan padanya untuk dia membaca sendiri isi hatimu.
6.Luangkan waktu khusus hanya untuk berduaan dengan si dia dan luahkan perasaan kamu padanya.
7.Birpun munkin suara kamu agak sumbang namun tidak salahnya kamu menyayikan lagu cinta untuknya ...
8.Masakan makanan kegenaran si dia.
9.Saat menemuinya,berikan senyuman kamu yang paling manis dan tatap matanya dalam- dalam.biarpun kamu tidak suarakan cinta kamu padanya namun pandangan mata kamu sudah cukup menjelaskan segala-galanya... ..
10.Jika kamu dan si dia terpisah jarak,lakukan kunjungan kejutan... .
2.Kirimkan sebuah e-mel pada si dia yang berisi sebuah puisi cinta.
3.Kirimkan kad ucpan cinta pada si dia.lebih romantis lagi andainya kamu melakukanya stiap hari.
4.Kirimkan bunga dengan catatan ringkas'aku cinta padamu'.
5.senaraikan semua sebab-sebab mengapa kamu mencintainya dan kemudian serahkan padanya untuk dia membaca sendiri isi hatimu.
6.Luangkan waktu khusus hanya untuk berduaan dengan si dia dan luahkan perasaan kamu padanya.
7.Birpun munkin suara kamu agak sumbang namun tidak salahnya kamu menyayikan lagu cinta untuknya ...
8.Masakan makanan kegenaran si dia.
9.Saat menemuinya,berikan senyuman kamu yang paling manis dan tatap matanya dalam- dalam.biarpun kamu tidak suarakan cinta kamu padanya namun pandangan mata kamu sudah cukup menjelaskan segala-galanya... ..
10.Jika kamu dan si dia terpisah jarak,lakukan kunjungan kejutan... .
kredit:istimewa2u
50 Tip Untuk Perempuan ...
1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9. Jangan terlalu mengongkong.
10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.
13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
25. Mengetahui bila hari lahirnya.
26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28. Agresif.
29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas dalam pergaulan.
31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'.
32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
40. Jangan bersikap terlalu kuno.
41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9. Jangan terlalu mengongkong.
10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.
13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
25. Mengetahui bila hari lahirnya.
26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28. Agresif.
29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas dalam pergaulan.
31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'.
32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
40. Jangan bersikap terlalu kuno.
41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
kredit:istimewa2u
Haji Dan Umrah 4
Unta pembawa makanan
Nabi Muhammad s.a.w dan makanan Saidina Abu Bakar as-Siddiq adalah
unta yang sama. Ia dibawa oleh budak suruhan Saidina Abu Bakar. Ketika
mereka berhenti di Arju, Nabi Muhammad s.a.w duduk berehat dan Abu
Bakar berada disisi Nabi Muhammad s.a.w manakala Aisyah berada disisi
Nabi Muhammad s.a.w dibahagian yang lain. Asma' binti Abu Bakar juga
berada ditempat tersebut. Abu Bakar menunggu-nunggu budak suruhannay datang
berjumapa dengannya. Setelah beberapa ketika budak suruhan yang
ditunggu-tunggu datang berjumpa dengannya tetapi tidak ada unta bersamanya.
Lalu Abu Bakar bertanya: "Dimana untamu?" Budak tersebut menajwab: "Telah
hilang kelmarin." Abu Bakar berkata sembil merenung tajam: Unta seekor pun
boleh hilang?" Lalu Saidina Abu Bakar memukul budak suruhannya sedangkan Nabi
Muhammad s.a.w hanya tersenyum kemudian berkata: "Tengoklah kamu kepada
orang yang berihram ini. Apakah yang dia lakukan?" Nabi Muhammad s.a.w
tidak lagi meneruskan kata-katanya itu sebaliknya Nabi Muhammad s.a.w
terus tersenyum. Ketika diberitahu tentang kehilangan unta Rasulullah s.a.w yang membawa makanan kepada keluarga Fadhalah, mereka terus mengambil satu bekas yang penuh dengan Hais iaitu makanan yang diperbuat dari minyak sapi dan gandum atau gandum dan tamar lalu membawanya kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda: "Wahai Abu Bakar! Kemarilah. Allah s.w.t. telah mengurniakan kepada kita makanan yang lebih baik". Melihat keadaan Abu Bakar yang masih lagi tidak dapat menahan kemarahan terhadap budak suruhannya, Rasulullah s.a.w berkata: "Cukuplah wahai Abu Bakar! Apa yang berlaku bukanlah kehendak kamu dan bukan juga kehendak kita semua, malah budak suruhan kamu cukup berhati-hati agar unta tersebut tidak hilang. Semua perkara ini adalah diluar kehendaknya". Setelah itu Rasulullah s.a.w, keluarga baginda s.a.w., Abu Bakar dan para sahabat yang ada bersamanya memakan makanan yang dihidangkan sehingga mereka semua kenyang. Arju - Unta Kembali:
|
Haji Wida' > Abwa'
1. Kemudian Rasulullah s.a.w meneruskan perjalanan. Semasa Rasulullah s.a.w berada di Abwa' Rasulullah s.a.w dihadiahkan seekor kaldai liar oleh as-So'bu bin Jassamah. Mengikut riwayat yang lain: "Separuh kaldai liar" namun Rasulullah s.a.w tidak menerimanya sebaliknya Rasulullah s.a.w bersabda: "Aku tidak akan menolaknya sekiranya aku tidak berihram."
2. Para sahabat yang menunggang binatang tunggangan meneruskan lagi perjalanan menuju ke Wadi Asafan yang terletak di Mekah pada hari Rabu.
Haji Wida' > Asafan
1.Nabi Muhammad s.a.w bermalam pada malam Khamis di suatu tempat yang terletak di antara Abwa' dan Wadi Asafan. Nabi Muhammad s.a.w meneruskan perjalanan pada hari Khamis dan bermalam pada malam Jumaat di suatu tempat yang tidak begitu jauh dengan Wadi Asafan manakala pada hari Jumaat pula, Nabi Muhammad s.a.w meneruskan lagi perjalanannya sehinggalah sampai di Wadi Asafan.
2. Semasa Nabi Muhammad s.a.w berjalan-jalan di Wadi Asafan, Baginda s.a.w. bersabda: "Wahai Abu Bakar, Wadi apakah ini?" Abu Bakar menajwab: "Wadi Asafan, ya Rasulullah" Baginda s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Nabi Hud dan Nabi Soleh telah melalui wadi ini secara menunggang unta jantan yang masih muda dan berwarna merah serta mempunyai tali kekang yang diperbuat dari seludang iaitu kelopak atau pembalut yang berjalur dan berselimut dengan jubah. Mereka bertalbiah dan mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah."
3. Rasulullah s.a.w bermalam di Mekah pada malam Sabtu selepas Baginda s.a.w. melalui Wadi Asafan. Setelah Subuh Baginda s.a.w. meneruskan lagi perjalanan ke Saraf.
Haji Wida' > Saraf-Melintasi
Ibnu Saad menyebut di dalam kitab at-Tobaqaat al-Kubra bahawa: "Rasulullah s.a.w melalui az-Zahran pada hari Isnin dan matahari tenggelam pada hari yang sama semasa baginda berada di Saraf." Sebenarnya: Rasulullah s.a.w melalui az-Zahran pada pagi hari Sabtu kemudian melalui Saraf pada hari yang sama dan Rasulullah s.a.w meneruskan perjalanan sehinggalah Rasulullah s.a.w berhenti di Zu Tuwa serta Rasulullah s.a.w bermalam di sana pada malam Ahad, Wallahu A'lam.
Saraf - Membatalkan Haji:
1. Ketika Rasulullah s.a.w berada di Saraf, Baginda s.a.w. berkata kepada para sahabat: "Sesiapa yang tidak mempunyai Dam dan ingin menukar ibadat Hajinya kepada Umrah maka bolehlah dia melakukannya tetapi sesiapa yang mempunyai Dam janganlah berbuat demikian." (iaitu hendaklah dia terus berada di dalam Ihramnya). Tindakan ini dinamakan oleh ulama-ulama Fekah sebagai membatalkan Haji.
2. Empat belas orang sahabat r.a telah meriwayatkan hadis daripadaRasulullah s.a.w tentang tindakan menukar ibadat Haji kepada Umrah dan Hadis mereka semua adalah Sahih.
Ketika Rasullullah s.a.w. berada berada di daerah Saraf, Saidatina Aisyah datang haid sedangkan beliau dalam keadaan berihram umrah, lalu Rasullullah s.a.w. menemuinya yang kebetulan sedang menangis. Rasullullah s.a.w. bertanya: "Aisyah, apakah yang menyebabkan kamu menangis, jangan-jangan kamu datang haid?" Aisyah menjawab: "Ya". Rasullullah s.a.w. berkata: "Ini adalah sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. keatas wanita-wanita, oleh itu lakukanlah sebagaimana yang dilakukan oleh jemaah Haji, cuma janganlah kamu melakukan Tawaf." |
Haji Wida' > Mekah
1. Rasulullah s.a.w bertolak ke Mekah dan memasukinya melalui dataran tinggi yang terletak dari arah Hajun.
2. Rasulullah s.a.w berjalan memasuki Kota Mekah pada waktu Dhuha dan terus ke pintu Masjidil Haram lalu mentelekukan unta tunggangannya kemudian memasuki Masjidil Haram melalui Bab Abdul Manaf (Pintu Abdul Manaf) dan kini orang ramai menamakannya Bab Bani Syaibah (Pintu Bani Syaibah). Rasulullah s.a.w memerhati ke arah Baitullah dan menghadapnya lantas mengangkat kedua tangan seterusnya bertakbir sambil membaca: Yang bermaksud: "Ya Allah, Engkaulah yang bersifat sejahtera, dariMu sahajalah kesejahteraan. Oleh itu hidupkanlah kami wahai Tuhanku dengan kesejahteraan. Ya Allah, tambahkanlah Baitullah ini dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan dan kebaikan serta tambahkanlah kurniaMu kepada sesiapa jua yang memuliakannya (Baitullah) dan membesarkannya dari kalangan orang-orang yang mengerjakan ibadat Haji atau Umrah dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan dan kebajikan.
Di dalam riwayat yang lain Rasulullah s.a.w membaca: Yang bermaksud: "Ya Allah, tambahkanlah Baitullah ini dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan dan kebaikan."
Semasa Rasulullah s.a.w memasuki Masjidil Haram, Rasulullah s.a.w terus menuju ke Baitullah tanpa mendirikan sembahyang sunat Tahiyyatul Masjid kerana Tahiyyatul Masjid bagi Masjidil Haram adalah Tawaf.
Mekah - Tawaf:
1. | Rasulullah s.a.w memulakan Tawafnya dari Hajarulaswad. Rasulullah s.a.w melambaikannya tanpa bersesak-sesak untuk mengucupnya sambil kedua mata baginda penuh berlinangan air mata. |
2. | Rasulullah s.a.w memakai pakaian Ihram secara menutup bahu kiri dan membuka bahu kanan. Rasulullah s.a.w berjalan sebagaimana biasa sebanyak empat pusingan, setelah selesai empat pusingan Rasulullah s.a.w mengucup Hajarulaswad dan meletakkan kedua tangan keatasnya kemudian menyapu kemuka. |
3. | Rasulullah s.a.w meneruskan lagi tawafnya sebanyak tiga pusingan, setiap pusingan Rasulullah s.a.w memulakannya dari Hajarulaswad dan mengakhirinya juga di Hajarulaswad. Pada ketiga-tiga pusingan ini Rasulullah s.a.w berjalan agak cepat sedikit, walau bagaimanapun Rasulullah s.a.w tidak membuka langkah lebih luas. |
4. | Setiap kali Rasulullah s.a.w sampai di garisan Hajarulaswad, Rasulullah s.a.w mengisyaratkannya secara melambai dengan menggunakan Mihjan (tongkat yang berkepala bengkok) dan mengucup Mihjannya. Semasa melambai Rasulullah s.a.w membaca: |
5. | Rasulullah s.a.w berkata kepada Umar bin al-Khattab r.a.: "Wahai Umar, engkau adalah seorang lelaki yang kuat. Oleh itu janganlah kamu berebut-rebut dengan orang ramai untuk mengucup Hajarulaswad kerana keadaan demikian akan menyakiti orang-orang yang lemah. Sekiranya engkau berpeluang bolehlah engkau mengucupnya jika tidak maka hadaplah kearahnya serta bertalbiah dan bertakbir." |
6. | Orang ramai menghafal doa yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w ketika berada di antara dua rukun iaitu: Rukun Yamani dan Hajarulaswad. Doa tersebut ialah: Yang bermaksud: "Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini, begitu juga kurniakanlah kepada kami kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka." |
7. | Setelah selesai TawafRasulullah s.a.w beredar ke belakang maqam Ibrahim sambil membaca: Yang bermaksud: "Dan kamu jadikanlah maqam Ibrahim itu sebagai tempat sembahyang." Pada waktu itu maqam Ibrahim terletak sangat hampir dengan Kaabah. Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat dibelakang maqam Ibrahim dengan kata lain Rasulullah s.a.w menjadikan maqam Ibrahim berada diantara Rasulullah s.a.w dan Kaabah. Pada rakaat pertama Rasulullah s.a.w membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun manakala pada rakaat yang kedua pula Rasulullah s.a.w membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas." |
8. | Sebaik sahaja selesai sembahyang baginda terus beredar ke Hajarulaswad lalu
mengucupnya kemudian Baginda s.a.w. keluar melalui Bab Bani Makhzum (Pintu
Bani Makhzum) yang bertentangan dengan bukit Safa untuk memulakan Saie.
Rasulullah s.a.w tidak berebut-rebut dengan orang ramai untuk mengucup
Hajarul Aswad, tidak menghadap ke arah Rukun Yamani, tidak mengangkat kedua
tangannya dan tidak menyebut:
Yang bermaksud: "Sahaja aku berniat Tawaf pada minggu ini (sekian
atau sekian.) Begitu juga Baginda s.a.w. tidak memulakannya dengan
bertakbir sebagaimana Baginda s.a.w. bertakbir untuk sembahyang.
Rasulullah s.a.w tidak menyentuh Hajarulaswad dengan menggunakan
kedua-dua tangannya, tidak berdoa ketika berada di pintu, tidak berdoa
ketika berada di bawah saluran hujan yang diperbuat dari emas, tidak berdoa
di belakang Kaabah, tidak menghadkan zikir-zikir tertentu semasa Tawaf dan
Rasulullah s.a.w tidak melakukannya malah Rasulullah s.a.w
tidak mengajarnya. Oleh yang demikian sepatutnya orang ramai mengambil
perhatian terhadap apa yang mereka lakukan tanpa pengetahuan yang mendalam. |
Ketika mendaki bukit Safa Rasulullah s.a.w membaca: Yang bermaksud: "Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah s.w.t.. Oleh itu sesiapa yang menunaikan ibadat Haji di Baitullah atau mengerjakan Umrah maka tidak menjadi kesalahan dia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya dan sesiapa yang sukarela mengerjakan perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah Maha Memberi Balasan Pahala lagi Maha Mengetahui.
Kemudian Rasulullah s.a.w berkata: "Aku mulai sebagaimana yang telah dimulakan oleh Allah s.w.t." Kemudian Rasulullah s.a.w mendaki bukit Marwah. Setelah berada diatas bukit Marwah Rasulullah s.a.w mengadap kearah Kaabah dan memuji Allah s.w.t. sambil menyebut: Yang bermaksud: "Tiada Tuhan melainkan Allah dan hanya Allah jualah yang Maha Besar." Seterusnya Rasulullah s.a.w menyebut: Yang bermaksud: "Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang telah menepati segala janji-janjiNya, Tuhan yang telah menolong hambaNya dan menghancurkan segala musuh-musuh dengan keagunganNya."
Ketika bersaie Rasulullah s.a.w juga berkata: "Seseorang tidak akan mampu melintasi lembah ini melainkan dengan kekuatan." Kata-kata tersebut adalah untuk memberi semangat kepada orang ramai tentang perkara-perkara yang penting dan perlu dilakukan semasa bersaie kerana orang ramai bergantung kepada bimbingan Rasulullah s.a.w malah mereka sentiasa mengikuti Rasulullah s.a.w dari belakang. Rasulullah s.a.wbersaie sehingga kelihatan dua lutut kerana terlalu kuat berlari. Ketika berada di lembah antara Safa dan Marwah Rasulullah s.a.w membaca: Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku, rahmatilah aku dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah."
Semasa orang ramai mengerumuni Rasulullah s.a.w, mereka berkata: "Ini dia Muhammad, menyebabkan tuan-tuan hamba juga keluar mengerumuni Rasulullah s.a.w." Rasulullah s.a.w tidak menolak orang ramai dengan kedua tangan Rasulullah s.a.w supaya mereka membuka jalan untuk keluar. Melihat keadaan orang ramai yang semakin bertambah mengerumuninya, Rasulullah s.a.w terus menunggang unta dan menyempurnakan Saie secara menunggang untanya yang bernama al-Qaswa'. Ada sahabat-sahabat yang melihat Rasulullah s.a.w berselimut dengan sehelai kain buatan Najrani. Ketika Nabi Muhammad s.a.w berada di atas bukit Marwah Baginda s.a.w. menghadap ke arah Kaabah, bertakbir kepada Allah s.w.t. dan melakukan sebagaimana yang telah dilakukan semasa berada di atas bukit Safa.
1. | Ketika berada di Saraf, Rasulullah s.a.w memberi pilihan kepada para sahabat yang ingin menukar niat Haji kepada Umrah dan setelah selesai bersaie Baginda s.a.w. menyuruh para sahabat bertahallul seterusnya membenarkan para sahabat melakukan semua perkara yang ditegah semasa berihram seperti: Bersetubuh dengan Isteri, memakai bau-bauan, memakai pakaian berjahit serta membenarkan mereka berada dalam keadaan demikian sehingga ke hari Tarwiah iaitu hari kelapan Zulhijah. |
2. | Mendengar sabda Baginda s.a.w. tersebut, ramai dari kalangan sahabat yang bertahallul. Walau bagaimanapun pada waktu itu Rasulullah s.a.w tidak bertahallul disebabkan oleh binatang Dam yang Baginda s.a.w. bawa sejak dari Madinah lagi, begitu juga dengan para sahabat yang mempunyai Dam seperti Abu Bakar, Umar, Talhah dan az-Zubair r.a. |
3. | Demikian juga dengan isteri-isteri Baginda s.a.w., mereka semua bertahallul kecuali Aisyah kerana beliau datang haid sebelum selesai mengerjakan ibadat Umrah. Disebabkan keadaannya yang demikianlah Aisyah terhalang dari bertahallul. Fatimah puteri Rasulullah s.a.w juga bertahallul kerana tidak mempunyai binatang Dam. |
4. | Saidina Ali bin Abi Talib pulang dari Yaman dengan membawa binatang Dam lalu terlihat Fatimah r.a yang pada ketika itu telah bertahallul, memakai pakaian yang bercorak serta bercelak mata. Tindakan ini ditegur oleh Saidina Ali bin Abu Talib namun Saidatina Fatimah menjawab: "Ayahku menyuruhku berbuat begini." |
5. | Tanpa membuang masa Saidina Ali bin Abu Talib terus bertanya Rasulullah s.a.w lalu Baginda s.a.w. menjawab: "Dia benar, dia benar. Aku yang menyuruhnya berbuat demikian." |
6. | Saidina Ali berniat Ihram Haji dari Yaman dengan berkata: Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku, aku berniat Ihram sebagaimana RasulMu berniat Ihram." |
7. | Abu Musa al-Asy'ari adalah di antara sahabat yang tiba bersama-sama rombongan Saidina Ali dari Yaman tetapi beliau tidak membawa binatang Dam. Oleh itu Nabi Muhammad s.a.w menyuruh agar beliau bertahallul selepas melakukan Tawaf Umrah dan bersaie, dengan demikian bertukarlah Hajinya kepada Umrah serta jadilah Hajinya sebagai Haji Tamattu'. |
1. | Rasulullah s.a.w telah diberitahu bahawa satu kaum berkata: "Kami telah sampai untuk menunaikan ibadat Haji tanpa diiringi dengan perkara lain. Apabila kami tiba, kami telah diperintahkan untuk mengerjakan ibadat Umrah, lalu kami bertahallul untuk menggauli isteri-isteri kami. Salah seorang dari kalangan kami pergi ke Mina dalam keadaan berjunub." |
2. |
Setelah Rasulullah s.a.w
mendengar berita tersebut dan selesai bersaie, Baginda s.a.w. terus
bangun menyampaikan khutbah kepada manusia dengan bersabda: "Aku telah
diberitahu bahawa satu kaum berkata begitu dan begini. Demi Allah!
Sesungguhnya akulah orang yang lebih baik dan lebih bertaqwa daripada mereka,
sekiranya aku tidak terlanjur (mengikut riwayat yang lain, wahai manusia!
Sekiranya aku tidak terlanjur) membawa binatang Dam, tentu tidak terjadi
begini dan sekiranya aku tahu bahawa urusanku akan terjadi begini tentu aku
tidak membawa binatang Dam untuk di sembelih kerana aku akan menjadikannya
Umrah. Oleh itu sesiapa yang tidak mempunyai binatang Dam, hendaklah dia
bertahallul dan menjadikannya ibadat Umrah". Setelah itu seluruh manusia
berlahallul.
|
3. |
Lalu Suraqah bin Malik bin
Ja'tham yang berada di bawah Wadi berkata: "Wahai Rasulullah! Adakah
Haji diwajibkan pada tahun ini sahaja atau untuk selama-lamanya? Nabi
Muhammad s.a.w bersabda sambil merapatkan kedua tangannya: "Untuk
selama-lamanya, untuk selama-lamanya, untuk selama-lamanya." Kemudian
Baginda s.a.w. bersabda: "Ibadat Umrah telah dimasukkan ke dalam
ibadat Haji sehingga Hari Kiamat."
|
4. |
Diriwayatkan daripada Jabir
bin Abdullah r.a katanya: "Kami tiba bersama Rasululluh s.a.w pada
hari keempat bulan Zulhijah dalam keadaan berihram untuk mengerjakan ibadat
Haji lalu kami diperintahkan untuk menjadikannya Umrah. Perintah tersebut
begitu susah dan berat untuk kami menerimanya sehingga perkara tersebut
sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad s.a.w. Lalu
Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
"Wahai manusia! Kamu semua bertahallullah. Sekiranya tidak kerana binatang
Dam yang ada bersamaku nescaya aku juga akan lakukan sebagaimana yang kamu
lakukan". Mendengar sabda
Nabi Muhammad s.a.w.,
kami terus bertahallul sehingga kami dapat menggauli isteri-isteri kami
sebagaimana biasa."
|
5. | Apabila tiba hari Tarwiah (hari kelapan Zulhijah), kami keluar dari Mekah dan terus berniat Ihram Haji. |
1. | Setelah selesai bersaie di antara Safa dan Marwah, Nabi Muhammad s.a.w. berjalan-jalan bersama orang ramai sehinggalah sampai di Abtah, suatu tempat di timur Mekah. Nabi Muhammad s.a.w. tinggal di khemah merah dan menetap di sana pada hari Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu sehinggalah selesai sembahyang subuh pada hari Khamis. |
2. | Sepanjang tempoh Rasulullah s.a.w menetap di Abtah bersama para sahabat, Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan sembahyang Zuhur, Asar dan Isyak bersama mereka secara qasar dan tidak kembali ke Kaabah sepanjang hari-hari tersebut. |
3. | Sebelum sembahyang, Bilal r.a melaungkan azan kemudian memacakkan tongkat dari arah kiblat seterusnya meletak kulit kambing di atasnya. Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang mengimami orang ramai secara menghadap ke arah tersebut. Ketika sedang sembahyang, anjing dan kaldai melintas dari belakang kulit kambing tersebut. |
4. | Kemudian orang ramai bangun lalu menyapu muka mereka dengan menggunakan tangan Nabi Muhammad s.a.w. Salah seorang sahabat berkata: "Aku telah mengambil tangan Nabi Muhammad s.a.w. seterusnya menyapu ke mukaku. Aku dapati ia lebih sejuk dari salji dan lebih harum dari kasturi." |
Haji Wida' > Mina (Tarwiah)
1. Sehari sebelum tiba hari Tarwiah (hari kelapan Zulhijah), Nabi Muhammad s.a.w. telah berkhutbah di Mekah selepas masuk waktu Zuhur.
2. Pada pagi hari Khamis, Nabi Muhammad s.a.w. beredar ke Mina dengan diiringi oleh umat Islam. Para sahabat yang telah bertahallul selepas mengerjakan Umrah, mula berihram kembali untuk mengerjakan ibadat Haji. Namun begitu bukanlah bererti mereka berihram di dalam Masjidil Haram tetapi sebenarnya mereka berihram di luar Kota Mekah.
3. Sebaik sahaja tiba di Mina, mereka berhenti untuk sembahyang Zuhur dan Asar. Mereka bermalam di sana pada malam Jumaat. Setelah sembahyang Subuh, mereka menunggu seketika sehingga terbit matahari kemudian Rasulullah s.a.w meneruskan lagi perjalanan dari Mina ke Arafah. Ketika unta tunggangan Nabi Muhammad s.a.w. yang beralaskan kain baldu bangkit bersedia untuk bertolak Nabi Muhammad s.a.w. menyebut kata-kata yang bermaksud: "Wahai Tuhanku, jadikanlah ia Haji yang diterima, tiada padanya perasaan untuk menunjuk-nunjuk dan untuk membangga diri."
4. Nabi Muhammad s.a.w. menggunakan jalan yang belum pernah dilalui oleh orang ramai dan kini ia terletak di sebelah kanan jalan menuju ke Mina Sebahagian dari para sahabat bertalbiah dan sebahagian yang lain bertakbir. Nabi s.a.w mendengar perkara tersebut tetapi baginda tidak mengingkari mereka.
Haji Wida' > Arafah
Arafah - Khutbah Arafah: 1. Pada zaman jahiliah, kaum Quraisy berhenti wuquf di Masy'arilharam. Ketika Rasulullah s.a.w bertolak dari Mina menuju ke Namirah, Rasulullah s.a.w mendapati khemah telah siap didirikan sebagaimana yang Rasulullah s.a.w perintahkannya lalu berhenti di situ. Apabila matahari terbenam, Rasulullah s.a.w meminta para sahabat supaya mengambil unta yang bernama Al-Qaswa' lalu meneruskan perjalanan sehinggalah sampai di lembah wadi tanah Arafah. Rasulullah s.a.w berdiri di atas tanah tinggi Arafah lalu bersabda yang bermaksud: "Setiap kawasan Arafah adalah tempat wuquf kecuali Wadi Uranah." 2. Rasulullah s.a.w telah meminta seorang lelaki bersuara nyaring yang bergelar Rabiah bin Umayyah bin Khalaf al-Jamhi supaya mengulang-ulang apa yang disebut oleh Rasulullah s.a.w agar orang ramai dapat mendengarnya. Ketika itu Rabiah berdiri di bawah leher unta Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: (Laungkan kepada orang ramai) dan katakan yang bermaksud: "Wahai manusia! Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: "Adakah kamu mengetahui bulan apakah sekarang ini? Begitulah seterusnya sehingga berakhir khutbah Rasulullah s.a.w". 3. Sebelum sembahyang Rasulullah s.a.w berkhutbah kepada orang ramai sambil berada di atas tungganganya dengan bersabda selepas mengucap puji-pujian kepada Allah s.w.t.: "Wahai manusia! Sesungguhnya darah dan harta kamu diharamkan kepada kamu sebagaimana diharamkannya pada hari ini, bulan ini dan tempat ini. Sesungguhnya kamu akan bertemu Tuhan kamu untuk dipersoalkan mengenai amalan-amalan kamu. Sesungguhnya aku telah menyampaikan. 4. Sesiapa yang diserahkan kepadanya amanah, hendaklah ditunaikan amanah tersebut. Bukankah semua perkara tersebut amalan jahiliah yang dilakukannya di sini begitu juga dengan korban jahiliah turut dilakukan di sini. Sesungguhnya Dam pertama yang berlaku ialah Dam Rabiah (dalam riwayat lain: Dam Ibnu Rabiah) bin Al-Haris bin Abdul Muttalib, ketika itu beliau sedang disusukan di perkampungan Bani Saad, lalu dibunuh oleh Huzail. Setiap riba adalah ditolak dan bagi kamu modal harta kamu. Oleh itu janganlah kamu zalim menzalimi antara satu sama lain kerana Allah s.w.t. telah memutus bahawa tidak ada riba. Sesungguhnya riba yang pertama ialah riba yang dilakukan oleh al-Abbas bin Abdul Muttalib, kesemuanya itu ditolak. 5. Wahai manusia! Sesungguhnya Syaitan telah putus asa untuk beribadat di atas muka bumi ini buat selama-lamanya, tetapi apa yang dia inginkan ialah keburukan-keburukan daripada amalan kamu. Oleh itu awasilah dia dari agamamu. 6. Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambahkan kekufuran yang menyebabkan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada satu tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangannya. Mereka merendahkan-rendahkan apa yang diharamkan oleh Allah. Oleh sebab itulah mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya masa telah beredar seperti keadaan hari, kejadian langit dan bumi, setahun adalah dua belas bulan. Mengikut riwayat yang lain: "Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah s.w.t. adalah sebanyak dua belas bulan. Dari bulan-bulan tersebut ada empat bulan haram, tiga daripadanya berturut-turut iaitu: Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam, seterusnya bulan Rejab yang berada di antara bulan Jamadil Akhir dan Syaaban". 7. Wahai manusia! Bertaqwalah kamu kepada Allah s.w.t. dan berpesanlah kepada perempuan-perempuan dengan kebaikan, sesungguhnya mereka di sisi kamu merupakan penolong, mereka tidak mempunyai sesuatu untuk diri mereka. Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah s.w.t. dan kamu menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah s.w.t.. (Mengikut riwayat yang lain: Dengan kitab Allah s.w.t.). Mereka mempunyai kewajipan ke atas kamu dan kamu juga mempunyai kewajipan ke atas mereka. Kewajipan mereka ke atas kamu ialah tidak membiarkan seseorang yang kamu benci mengambil tempat kamu, kewajipan kamu juga tidak melakukan perkara-perkara yang keji secara nyata dan sekiranya mereka melakukan perkara tersebut sesungguhnya Allah s.w.t. memberi keizinan kepada kamu untuk meninggalkan mereka dari tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak mencederakan. Sekiranya mereka berhenti dari melakukan perkara tersebut, kamu wajib memberikan kepada mereka nafkah dan pakaian dengan cara yang baik. 8. Amatilah wahai manusia kata-kataku ini, sesungguhnya aku telah menyampaikan. Aku telah tinggalkan kepada kamu suatu perkara yang tidak akan menyesatkan kamu selepas daripadaku buat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang pada kedua-duanya, (mengikut riwayat yang lain: Dua perkara yang jelas) iaitu Kitab Allah s.w.t. dan Sunah NabiNya. 9. Wahai manusia! Dengarlah kataku ini dan amatilah, kamu ketahui bahawa setiap orang Islam merupakan saudara kepada orang Islam yang lain dan sesungguhnya setiap orang Islam itu bersaudara, oleh itu tidak halal bagi seseorang terhadap saudaranya kecuali apa yang diberinya dengan baik. Janganlah kamu menzalimi diri kamu sendiri. (Ketahuilah bahawa hati tidak boleh belot di atas tiga perkara: Ikhlas beramal kerana Allah s.w.t, menasihati para pimpinan dan tetap bersama dengan jemaah Islam. Sesungguhnya doa mereka sentiasa mengiringi mereka.). Baginda s.a.w. menambah: (Sesiapa yang menjadikan dunia sebagai matlamatnya nescaya Allah s.w.t. akan menjadikan kefakiran di hadapan kedua matanya serta Allah s.w.t melerai-leraikan ke atasnya hasil usahanya dan tidak akan berlaku sesuatu kecuali apa yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. baginya. Sesiapa yang berniat untuk akhirat, Allah s.w.t akan mengurniakan kekayaan di dalam hatinya dan akan memadai apa yang ada pada dirinya malah kekayaan dunia ini adalah merupakan suatu perkara yang hina baginya). Baginda s.a.w. menambah lagi: "Sesungguhnya Allah s.w.t merahmati sesiapa yang mendengar perutusanku ini dan mengambil berat tentangnya sehinggalah disampaikan kepada orang lain." Berapa ramai pendokong ilmu fekah tetapi tidak dikira sebagai ahli fekah malah begitu ramai ahli fekah yang mengajar kepada orang yang lebih alim daripadanya. 10. Orang yang paling tinggi dari kalangan kamu ialah orang yang memberi makan kepada mereka sebagaimana kamu makan dan memberikan pakaian kepada mereka sebagaimana kamu pakai. Sekiranya mereka datang kepada kamu dalam keadaan berdosa maka janganlah kamu menghalaunya sebaliknya ampunilah dia dan bersumpah setialah kamu wahai hamba Allah serta janganlah kamu menzalimi mereka. 11. Aku mewasiatkan kepada kamu tentang jiran tetangga ... sehingga lebih dari itu, lalu kami katakan sesungguhnya dia akan mewarisi pusaka. 12. Wahai manusia! Sesungguhnya Allah s.w.t telah menunaikan segala hak-hakNya. Dari itu kamu tidak harus mewasiatkan harta kepada waris, anak adalah dari perkahwinan yang sah dan penzina hendaklah direjam dengan batu. Sesiapa yang mendakwa orang lain sebagai ayahnya atau tunduk kepada bukan tuannya nescaya Allah s.w.t, para malaikat dan seluruh umat manusia akan melaknatnya. Allah s.w.t tidak akan menerima segala urusan dan keadilan daripadanya. Barang pinjaman mestilah dihantar pulang, pemberian pasti akan dibalas, hutang mestilah dibayar dan orang yang menjamin seseorang hendaklah menunaikan jaminannya 13. Sesungguhnya orang kafir penyembah berhala berkumpul di sini ketika matahari terbenam sehingga matahari naik (berada di puncak bukit) seperti serban seorang lelaki yang dipakai di kepalanya. Ajaran kami berbeza dengan ajaran mereka, mereka bertolak dari Masy'arilharam ketika matahari naik lalu mereka menyebut: Telah bersinar bukit Thubair (sebuah bukit yang terletak di Mekah) supaya kita dapat bergerak. Allah s.w.t telah memulakan perkara ini dan melewatkan perkara yang lain iaitu mendahulukan Muzdalifah sebelum matahari naik dan melewatkan Arafah sehingga matahari terbenam sedangkan kita berkumpul di Muzdalifah sehingga matahari naik. Syariat kami bercanggah dengan ajaran penyembah berhala dan orang-orang kafir. 14. Kamu akan ditanya mengenaiku, apakah yang akan kamu jawab? Mereka menjawab: "Kami bersaksi bahawa kamu telah menyampaikan, telah menunaikan amanah dan telah menasihatkan kami." Kemudian Nabi Muhammad s.a.w bersabda sambil tangannya di angkat ke langit membalas kata-kata orang ramai yang bermaksud: "Ya Allah saksikanlah, Ya Allah saksikanlah, Ya Allah saksikanlah"
Arafah - Bertolak Ke Muzdalifah:
Arafah - Pengenalan Kawasan: Muhassir: Ia terletak di antara Mina dan Muzdalifah, tetapi bukan terletak di kawasan Mina mahupun Muzdalifah. Tempat inilah Allah s.w.t menurunkan kemurkaanNya ke atas Ashabul Fil dan dinamakan dengan Muhassir ialah kerana gajah mengalami kepenatan semasa berada di tempat tersebut serta tidak dapat meneruskan perjalanan. Uranah: Ia terletak di antara Arafah dan Masy'arilharam.
|
Haji Wida' > Muzdalifah
1. Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w tiba di Muzdalifah, Rasulullah s.a.w berhenti berhampiran dengan api yang berada di Quzah lalu berwuduk sehingga betul-betul sempurna, kemudian Rasulullah s.a.w memerintahkan tukang azan supaya melaungkan azan seterusnya iqamat lalu baginda mendirikan sembahyang Maghrib sebelum menurunkan barang-barang dan mentelekukan unta. Setelah mereka selesai menurunkan barang-barang, Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya diiqamatkan untuk sembahyang, kemudian Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang Isyak tanpa azan dan tidak diselangi antara keduanya dengan sembahyang yang lain.
2. Pada malam tersebut Rasulullah s.a.w tidur di Muzdalifah sehingga pagi tanpa menghidupkan malam itu (dengan Qiamullail).
3. Ketika waktu sahur (pagi), golongan lemah yang terdiri daripada kanak-kanak dan perempuan termasuk Saudah dan Ummu Habibah telah meminta keizinan daripada baginda untuk menuju ke Mina terlebih dahulu sebelum dipenuhi oleh orang ramai. Ketika itu bulan baru sahaja tenggelam tetapi fajar masih belum lagi menyingsing, lalu baginda mengizinkan mereka.
4. Rasulullah s.a.w memerintahkan kanak-kanak supaya tidak melontar sebelum naik fajar tetapi Rasulullah s.a.w mengizinkan kepada perempuan untuk melontar sebelum matahari terbit kerana keadaan mereka yang lebih sukar dan susah untuk berlindung dari orang ramai. Di antara golongan wanita yang melontar sebelum fajar ialah Asma' binti Abu Bakar dan Ummu Salamah.
Haji Wida' > Masjidilharam
Masjidilharam: Tawaf Ifadhah 1. Seterusnya Rasulullah s.a.w bertolak ke Mekah sebelum waktu Zuhur dengan menunggang unta serta diiringi oleh Muawiyah bin Abi Sufian yang mengikuti Rasulullah s.a.w dari Mina hingga ke Mekah. Kemudian Rasulullah s.a.w melakukan Tawaf Ifadhah iaitu Tawaf ziarah yang dikenali juga dengan Tawaf permulaan.
2. Rasulullah s.a.w melakukan Tawaf di Baitullah ketika Haji Wida' secara menunggang unta dan beristilam iaitu melambai Rukun (Hajarulaswad) dengan menggunakan tongkat baginda sehingga dapat dilihat oleh orang ramai. Mereka bersesak-sesak mengerumuni baginda untuk bertanyakan urusan agama.
3. Rasulullah s.a.w bersembahyang Zuhur di Mekah, kemudian kembali ke Mina dan mendapati orang ramai sedang menunggu Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w mengimami para sahabat menunaikan sembahyang di Mina pada akhir waktu Zuhur.
4. Rasulullah s.a.w bermalam di Mina pada malam Ahad kerana menunggu hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah).
5. Setelah selesai melakukan Tawaf, Rasulullah s.a.w pergi ke telaga Zamzam. Ketika itu orang ramai sedang minum. Rasulullah s.a.w bersabda: "Wahai anak Abdul Muttalib! Jika bukan kerana orang ramai berebut-rebut (untuk menjaga timba), nescaya aku akan turun dan minum bersama-sama kamu".
6. Kemudian Rasulullah s.a.w pergi ke tempat air lalu meminta air. Al-Abbas berkata: "Wahai Fadli! Pergilah menemui emak kamu agar dia bawakan air yang ada padanya untuk Rasulullah s.a.w." Rasulullah s.a.w bersabda lagi: "Bawakan air kepadaku." Emak Fadli berkata: "Wahai Rasulullah! Mereka telah mencelup tangan mereka ke dalam air tersebut." Rasulullah s.a.w bersabda: "Bawakan air kepadaku (yang diminum oleh orang ramai)." Rasulullah s.a.w terus meminum air tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w pergi ke telaga Zamzam lalu minum dalam keadaan berdiri.
- | Saidatina Aisyah r.a melakukan sekali Tawaf dan sekali Saie sahaja pada hari itu. Memadailah untuk ibadat Haji dan Umrah beliau. |
- | Safiah r.a juga melakukan Tawaf pada hari itu, kemudian beliau didatangi haid. Rasulullah s.a.w bersabda: "Memadailah baginya Tawaf tersebut sebagai Tawaf Wida' dan tidak perlu lagi melakukan Tawaf Wida'." |
Haji Wida' > Mina
Haji Wida' > Masjidilharam
Masjidilharam: Tawaf Wida'1. Rasulullah s.a.w telah memasuki Mekah pada waktu malam hampir dengan waktu sahur lalu melakukan Tawaf Wida' dengan berjalan kaki, tidak menunggang dan tidak pula berlari-lari pada Tawaf tersebut. Ini merupakan kali terakhir Rasulullah s.a.w berada di Baitul Atik (Kaabah).
2. Selepas itu Rasulullah s.a.w keluar dari Mekah, kemudian terus berjalan sehingga sampai di Muhassab lalu memberitahu para sahabat supaya berangkat pulang ke Madinah.
Haji Wida' > Madinah
|
Setelah melihat Kota Madinah, Baginda s.a.w. bertakbir tiga kali dengan ucapan: Yang bermaksud: "Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu baginya, baginya kerajaan, bagiNya segala kepujian dan Dia berkuasa ke atas sesuatu. Orang-orang yang kembali, orang yang beribadat dan orang yang sujud, tunduk kepada Tuhan kami. Allah Maha Menepati segala janji-janjiNya, memberi kemenangan kepada hambanya dan mengalahkan musuh dengan bersendirian. Wahai Tuhan kami, kami berlindung denganMu dari segala kesusahan dalam perjalanan, berpandangan buruk terhadap harta benda, keluarga dan anak-anak. Wahai Tuhan kami, sampaikan kami kepada kebaikan yang boleh membawa kepada keampunan dan keredhaanMu.
Subscribe to:
Posts (Atom)