16 March 2013

Kah Kah Menantu VS Mertua





Kamal baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Kamal ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Kamal duduk di rumahnya… cepat sangat barang-barang dapur habis. Kamal betul - betul menghabiskan borehhh… 
Kebaikan Kamal pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu… Waktu maghrib seronok depan tv tengok Natgeo di tv1… lepas tu sambung tengok Berita Perdana juga di tv1… lepas tu makan… lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8… pergi kedai kopi… bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur… petang pergi kedai kopi lagi… main dam, berborak mengalahkan orang politik. 
Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea… macam mana nak kenakan si Kamal ni.. Bengang betul dia… dah lah tak kerja… melantak kuat pulak tu… 
Satu hari dia dapat idea… nak kenakan Kamal.. “Kamal, mari kita main dam haji…” katanya kepada Kamal… “Boleh juga… ” kata Kamal tanpa mengesyaki sesuatu.. Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Kamal… Dia hulur, Kamal makan, hulur lagi… Kamal makan lagi… hulur lagi makan lagi, dan lagi… dan lagi…” Eh ko ni Kamal… kuat betul makan laa… .agak-agaklaa…” katanya tersenyum.. “Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni… mentang-mentang aku kuat makan” fikirnya dalam hati… tapi tak apa…Mereka bermain set kedua… Bapa mertuanya hulur… dia tak makan… hulur lagi, tak makan juga… kena tangkap… tak macam set pertama… dia dah bijak sikit… Bila tak makan, mestilah kena tangkap… (sesiapa tak tahu main damhaji tentu tak faham cerita ini… )… kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji… Apa lagi… . “Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke… ? Merah padam muka bapa mertuanya… dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena…
Selepas dari itu, Kamal tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim…tak tinggal sembahyang lagi… sekarang ni ada kat mekah kerjakan umrah…Nak pergi haji belum ada seru… katanya laa...
 
Kredit :rm22

Nyawa Kanak Kanak Dalam Bahaya Kerana Komputer





Tapak Pelupusan Komponen Elektronik Terbesar di Ghana - Katakan anda mempunyai barangan elektronik yang rosak dan tidak mahu digunakan lagi dan anda sekarang tinggal di Kota London.Kemudian anda memilih untuk membuang barangan elektronik tadi ke dalam tong sampah.

Esoknya,lori sampah datang memungut berangan elektronik yang telah anda buang.Tapi pernahkah anda tahu dimanakah komponen elektronik dihantar untuk dileraikan?

Jawapan anda sudah pasti ialah Pusat Pengumpulan Sampahlah.Ya,tapi Pusat Pengumpulan Sampah di mana?

Jawapannya:


Di Ghana.Ya,Komponen elektronik memerlukan penelitian yang teliti tahap dewa dan hampir jutaan tan barangan elektrik dan elektronik dihantar ke Ghana,setiap tahun kesini.

Setiap hari,hampir 3,000 pekerja akan melakukan kerja menghuraikan komponen eletronik yang berharga.Yang sedih dan sadisnya, pekerjaan di tapak pelupusan elektronik adalah satu pekerjaan yang merbahaya.

Kanak-kanak bawah umur dan wanita yang bekerja sini berisiko tinggi untuk mendapat penyakit serius setelah seharian menghirup udara toksid di sini.

Photographer asal:andrewmconell


Kredit :rm22

Sorang Lagi Kena Cekup



Lahad Datu, 16 Mac - Pihak keselamatan negara berjaya menahan seorang individu dipercayai pengganas dari Sulu di kawasan Felda Sahabat di sini hari ini.

Tanpa menyatakan lokasi militan itu ditahan, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pengganas tersebut ditangkap pukul 6.30 pagi tadi mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Ketika ditahan tiada senjata ditemui pada pengganas yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri itu sebelum dibawa ke balai polis untuk soal siasat," katanya pada sidang media bersama Panglima I Divisyen Infantri Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Moktar, di sini hari ini.

Hamza berkata sehingga kini jumlah individu yang ditahan mengikut SOSMA ialah 104 orang, lain-lain akta sebanyak 232 orang dan jumlah pengganas yang ditembak mati 61 orang. Menurutnya operasi penggeledahan, menjejaki musuh dan pembersihan kini ditumpukan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan dijangka selesai selewat- lewatnya esok.

Penduduk kampung dan media juga diingatkan supaya tidak memasuki kampung itu kerana dipercayai musuh kini bergerak dalam kumpulan kecil dengan jumlah keseluruhan pengganas yang tinggal dianggar kurang daripada 50 orang.

"Dalam konteks ini kerjasama masyarakat dan orang ramai diperlukan terutama menyalurkan maklumat supaya saki-baki pengganas dapat ditangkap atau dihapuskan," katanya.

Hamza berkata pasukan keselamatan juga sedang berusaha mengeluarkan 10 mayat pengganas yang masih berada di Kampung Tanduo.

Beliau turut menjelaskan hanya 15 pengganas ditembak mati pihak keselamatan dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac lepas, bukan 27 seperti yang dilapor akhbar hari ini.

"Pada 1 Mac, seramai 12 musuh mati ditembak dan setelah selesai proses pembersihan kita menemui tiga lagi mayat semalam dan ia membawa kepada 15 musuh yang disahkan terbunuh pada hari pertama itu," katanya. - BERNAMA




10 Anggota Keselamatan Mati Syahid








"Saya tidak tahu siapa yang melakukannya (pencerobohan) namun kematian 10 anggota pasukan keselamatan Malaysia mempertahankan negara adalah syahid."


Imam Besar Masjid Aba'ah, Makkah, Syeikh Mohammad Sharif Mohammad Imrani al-hafiz berkata anggota pasukan keselamatan Malaysia yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara mati syahid.

Katanya umat Islam wajib mempertahankan negaranya daripada pencerobohan asing dan mati dalam peperangan kerana ia adalah syahid fisabilillah dan Allah SWT akan memberi syafaat kepada mereka.

Beliau yang ditanya mengenai pencerobohan pengganas militan di Lahad Datu, Sabah berkata: "Saya tidak tahu siapa yang melakukannya (pencerobohan) namun kematian 10 anggota pasukan keselamatan Malaysia mempertahankan negara adalah syahid."


Syeikh Muhammad Sharif dibawa khas dari Makkah ditemui selepas memberi tazkirah yang disampaikan dalam bahasa Melayu, Inggeris serta Arab pada program 'Malam Munajat Rakyat: Gema Zikir dan Selawat' dan dihadiri hampir 5,000 umat Islam di Masjid Muadzam Shah di sini malam tadi.


Beliau sebelum itu mengimamkan solat Maghrib dan solat hajat memohon Allah SWT menyelamatkan Malaysia dan rakyatnya daripada bencana, diikuti solat Isyak.

Program itu dianjurkan anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim.

Sheikh Muhammad Sharif berkata pergaduhan atau peperangan sesama umat Islam di akhir zaman adalah tindakan manusia yang memiliki sifat syaitan dan hendaklah dihindari oleh pengikut sebenar Nabi Muhammad SAW.


Beliau yang turut ditanya penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia, berkata dalam Al-Quran terdapat ayat yang jelas menyatakan haram menggunakan nama Allah sebagai nama tuhan oleh bukan Islam.



"Dalam Islam tidak boleh bandingkan nama Allah dalam Bible dan Injil. Orang Bible dan Injil bukan Islam. Macam mana hendak guna nama Allah. Perbuatan ini (guna nama Allah oleh bukan Islam) adalah syirik dan berdosa, tidak boleh buat begini," tegasnya.




Beliau menasihatkan umat Islam Malaysia supaya memohon perlindungan Allah SWT dan mengadakan solat hajat agar umat Islam di negara ini terhindar daripada fitnah yang banyak berlaku di akhir zaman.


"Bergaduh sesama umat adalah perbuatan yang ditegah oleh Islam. Umat Muhammad SAW adalah adik-beradik dan kita patut bersatu. Ini nasihat saya," katanya.

Dalam tazkirahnya pula, Sheikh Muhammad Sharif menegaskan tiada parti politik boleh menjanjikan syurga atau neraka kepada umat Islam dan perbuatan mengkafirkan sesama umat juga ditegah keras oleh Islam.



"Tiada hadis atau ayat dalam al-Quran yang menyatakan menyokong sesuatu pihak atau parti politik boleh masuk syurga. Ini kerja Allah SWT, bukan boleh ditentukan oleh sesiapapun pada zaman ini," katanya.


Sementara itu Syed Sobri berharap penjelasan Imam Besar Masjid Aba'ah itu berlandaskan al-Quran dalam soal kematian anggota keselamatan, penggunaan kalimah Allah dan menyokong pembangkang boleh masuk syurga perlu dipandang serius oleh umat Islam di negara.

"Saya harap umat Islam yang hadir pada malam ini tidak lagi terpengaruh dengan dakwaan songsang pihak tertentu bersabit tiga perkara tersebut yang membawa kepada syirik," katanya. 


Kredit : rm22

Kisah Malam Pertama " jangan cabut sampai esok "





Malam pertama buat sepasang pengantin baru. Si suami baru saja memadamkan lampu bilik. Selang 15 minit si isteri mengerang.
"Adui.. Sakitnya B… !”
Si suami cuba menenangkan isterinya.
"Jangan nangis baby.. Nanti mama papa dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.."
Kebetulan bilik mama papa hanya bersebelahan kamar tidur pengantin. Si isteri masih mengerang kesakitan.
“Sakitnyerrr B………"

Kerana tidak dapat menahan sakit, si isteri terus mengerang. Si suami cuba memujuk.
"Sabar ye Baby! Tahan sikit.. Esok baru cabut."

Tanpa disedari rupanya papa mengikuti perkembangan pengantin dan terdengar anak perempuannya mengerang. Mula dia tidak peduli, biasalah malam pertama. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Lantas terus dia bangun, pergi ke bilik sebelah dan terus menendang pintu bilik pengantin.

Dengan rasa geram papa memarahi menantunya.
"Apahal ni? Mati lah anak aku kalau esok baru kau nak cabut! Kau cabut sekarang!!!"

Terkejut besarlah pasangan pengantin baru. Sambil menahan sakit, si pengantin perempuan pun berkata kepada papa nya..
"Papa, takkanlah sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?"
 
 
 
opppp.... citer ni aku sedut dari blog rm22.kredit utk penulisnya.

Pompuan Suka Kena Puji




Wanita memang suka dipuji, tapi hairannya biar pun mengetahui perkara ini ramai lelaki tidak mengendahkannya. Tidak mustahil pujian terakhir yang didengar daripada seorang isteri dari mulut suami adalah ketika mereka dalam fasa bercinta.

Memasuki alam rumah tangga, kata-kata manis memuji isteri sudah tidak lagi kedengaran. Malah ada isteri yang kempunan untuk mendengarnya dari mulut suami. Pujian yang didengar apatah lagi dari mulut suami sangat bermakna buat seorang wanita. Ia satu bentuk penghargaan yang boleh meningkatkan motivasi.

Tahukah para suami bahawa dengan hanya memuji hidangan yang disediakan isteri enak, hati wanita akan berbunga dan akan bersemangat untuk terus menyediakan menu yang lebih lazat untuk suami tercinta.

Panduan Memuji

Memberi pujian memang cukup mudah sekali tapi, ada juga lelaki yang terjebak dengan masalah gara-gara silap memberi pujian. Sememangnya memuji wanita itu ada aturannya, jadi bagi suami yang belum mengetahuinya, eloklah membaca panduan di bawah ini.


1. Memuji Tanpa Ada Udang Di Sebalik Batu

Ada suami yang meluahkan pujian bila mahukan sesuatu daripada isterinya. Malah ada juga yang hanya memuji isteri tatkala berkehendakkan layanan batin di malam hari. Sebenarnya jangan terlalu kerap memberi pujian yang berbau erotis kerana tak mustahil isteri beranggapan bahawa suami menganggap dirinya sebagai objek pemuas seks saja.


2. Dalam Bentuk Kalimat

Luahan pujian selain secara lisan adalah dalam bentuk bahasa tubuh seperti sentuhan. Tak kurang juga hanya dengan cara pandangan dan siulan. Tapi lelaki yang memuji dengan cara ini, menunjukkan mereka tidak kreatif. Wanita yang dipuji juga boleh berasa kurang selesa. Pujian yang lebih tepat adalah melalui kata-kata. Tatap mata isteri dan luahkan kata-kata manis buat dirinya. Cara ini lebih berkesan malah hingga menusuk ke jiwa.


4. Tidak Berlebih-lebihan

Walau wanita itu senang dan suka bila dipuji, tetapi kalau pujian itu “over” ia boleh membuatkan dirinya tidak selesa. Lebih-lebih lagi jika seseorang wanita itu bersifat amat pemalu. Pujian berlebihan terutama sekali di hadapan rakan atau ahli keluarga akan membuatkan dirinya jadi serba tak kena.
Sebaiknya pujilah isteri pada perkara yang patut dipuji. Misalnya jika isteri pandai merias rumah, katakan bahawa dirinya punya bakat terpendam dalam seni hiasan dalaman, begitu juga kalau isteri pandai bergaya, kata bahawa dirinya pandai mengikuti fesyen semasa.


5. Ikhlas

Pujian yang diberikan oleh seorang suami tentunya lebih bermakna jika ia adalah ikhlas dari hati. Bukan kerana mahu menampilkan diri adalah seorang suami yang ramah, atau mengharapkan pujian balik.


6. Belajarlah

Akhir sekali seni memuji isteri ini bukan datang begitu saja. Anda perlu belajar memuji barulah skil itu kelihatan seperti semula jadi. Oleh itu selalulah memuji isteri, bukan itu saja puji juga ahli keluarga dan majikan anda kerana tiada ruginya tindakan yang anda tahu memberi kegembiraan pada seseorang.


Perkara Kecil Namun Bermakna Buat Wanita

Perkara yang bermakna buat wanita bukanlah dengan hanya memberikan mereka hadiah yang mahal seperti kereta, emas berlian mahupun rumah yang cantik. Sebenarnya perkara-perkara kecil yang dilakukan oleh suami boleh saja memberi kesan yang besar dan bermakna buat diri mereka. Tindakan-tindakan yang mudah ini boleh membuatkan isteri rasa benar-benar dicintai dan disayangi.


1. Pujian Meskipun Tanpa Solekan

Ketika baru bangun dari tidur, suami memuji kecantikan. Tentunya perkara ini datang dari keikhlasan hati. Malah pujian sebegini memberi mood dan membuat dirinya ceria sepanjang hari.


2. Mendengarkan Keluhan

Setelah sepanjang hari bekerja, wanita selalunya mahu meluahkan apa yang dilalui. Ketika suami mendengar luahan ini tanpa menghakimi, isteri akan berasa lega dan merasai dirinya punya pasangan yang cukup memahami.


3. Bantuan Tanpa Dipinta

Ketika isteri sedang membawa barang berat, suami pantas membantu tanpa perlu diminta. Begitu juga tindakan suami membantu kerja-kerja rumah tatkala melihat isteri kepenatan. Ini memberi petanda bahawa suami begitu prihatin tentang dirinya.


4. Memikirkan Hal-hal Kecil

Ketika gula atau kopi di rumah sudah habis, tanpa diminta si dia sudah membelikannya untuk anda. Ketika suami mengingati perkara-perkara yang dilupai isteri, suami akan makin dicintai.


5. Membuatkan Teh/Minuman

Suami memang suka bila isteri melayani makan dan minumnya. Tapi jika sesekali suami pula berbuat demikian pada isteri, tentunya isteri rasa gembira dan bahagia sekali. Dijamin isteri akan tersenyum sepanjang hari.

Sumber: Mingguan Wanita

Syahid !!!



Dalam kitab-kitab fiqah menyebut syahid itu terbahagi dua iaitu jenis berperang dan jenis tidak berperang.

1.1 Jenis berperang terbahagi kepada :
i. Syahid dunia dan akhirat, iaitu mereka yang mati dalam peperangan kerana menegak agama Islam dengan ikhlas tanpa berhajat untuk membolot harta rampasan dalam peperangan itu.

ii. Syahid dunia, iaitu mereka yang mati dalam peperangan dengan tujuan utamanya untuk membolot harta rampasan di samping berperang menegak agama Islam.

iii. Jenis tidak berperang iaitu mereka yang mati kebakaran, mati serta merta terkena wabak, mati beranak, mati sedang belajar dan lain-lain lagi.

1.2 Hukum ke atas mati syahid bahagian (i) dan (ii) tidaklah wajib disembahyangkan dan dimandikan sekalipun berada dalam hadas kecil ataupun besar. Sebagaimana arahan Rasulullah ke atas para syuhada perang Uhud.
 
Sabda baginda, maksudnya :
"Jangan kamu mandikan mereka kerana setiap luka dan darah itu adalah wangi semerbak di hari Kiamat dan tidaklah payah sembahyang ke atas jenazah mereka."

Jadi kepada mereka ini dua perkara yang wajib dikerjakan iaitu kapan dan kebumian. Disunatkan mengkapan bersama-sama pakaian yang dipakai semasa mati dalam peperangan itu.

1.3 Adapun syahid akhirat, mereka akan mendapat pahala di akhirat kelak semasa di dunia ia perlu dilaksanakan sebagai orang mati biasa dengan wajib mandi, kapan, sembahyang dan dikebumikan.

Apa Khabar Jodoh Ku


Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?

Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah 

mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau 

aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan

 masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.

Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan

 membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.

Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?. Apakah

 nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya

 untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?

Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan

 penuh kasih sayang.

Jodohku, sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. 

kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.

Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu

kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.

Jodohku, aku rindu..

Bilakah kita akan bertemu?. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan 

kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat 

mu.

Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan 

membalut 

dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku..

Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau

baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. 

Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.

.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. 

Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.

Jodohku..

Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar 

kau selalu berada dijalan-Nya.

Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah

 sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.

Jodohku..
Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa 

rahmat untuk kita dari-Nya.

Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu 

secara tulus dan ikhlas demi-Nya.

Jodohku..

Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala 

kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.

Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu 

dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang 

cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh 

hikmah.
 
 Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih 

setia menantimu.

Jodohku..

Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, 

dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.

Jodohku..

Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..
 
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan 

semoga 

ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. 

Amin

Ermmm... Rindu Padamu Ya Rasulullah



Di sini ada satu cerita.
Kisah cinta yang sebenar-benar cinta.
Sungguh.. Hati saya dihimpit rasa sayu.
Sebak di dada masih terasa sesaknya.
Kesan linangan air mata masih terasa panasnya.
Bait-bait ayat yang saya baca
sebentar tadi bermain-main di minda.
Benarlah.. DIA tiada galang gantinya.

Air mata ini mudah benar mengalir
mengenangkan ayat-ayat itu.
"Sakitnya sakaratul maut ini wahai Jibrail"
Di saat itu, hati saya tersentak.
Jika manusia agung tanpa
secalit dosa itu pun mengaduh
tentang sakitnya sakaratul maut itu.
Apatah lagi diri saya yang penuh
dengan dosa-dosa ini?
Adakah mampu saya menanggung
pedihnya sakarat itu.
Andai saya dijemput-Nya tanpa
sempat saya bertaubat.
Atas dosa-dosa yang pernah saya
lakukan dalam kehidupan selama ini??
Lalu bagaimanakah nasib saya ketika itu??

"Wajahnya masih tenang.
Namun bibirnya sudah sedikit kebiruan.
Saidatina Fatimah sudah tidak
mampu menahan esak tangisnya.
Manusia agung itu sudah semakin
hampir meninggalkan kita.
Saidina Ali menghampiri
manusia agung itu.
Apabila menyedari ada sesuatu
yang cuba diluahkan dari bibir itu.
UMMATI.. UMMATI..UMMATI.."

Kejammmmm... Di cincang hidup2.




Festival tahunan ini diadakan di Nem Thuang iaitu sebuah bandar yang terletak di Vietnam kira-kira 25 batu dari utara Hanoi. Ianya diadakan sebagai penghormatan kepada dewa pelindung, Doan Tuong, pada hari ke-6 kemunculan tahun baru.

Festival ini disambut sebagai satu perayaan yang meriah dengan menganjurkan perarakan serta pertunjukkan muzik. Namun salah satu acara dari festival ini amat memeranjatkan iaitu acara mencincang babi hidup-hidup.


Seekor babi akan diterlentangkan ke tanah manakala para pembantu pula akan memegang tali yang diikat pada kaki babi tersebut. Ianya sebagai langkah supaya babi ini tidak melarikan diri. Akhirnya seorang lelaki yang membawa sebilah parang besar akan mencincang babi tersebut kepada dua bahagian. Para pengunjung yang menyaksikan acara ini segera menyapukan darah babi tersebut pada wang kertas masing-masing dengan harapan ianya membawa tuah untuk tahun baru. 


 


Sumber : onenewshub 

Jom Tengok Sesama











http://1.bp.blogspot.com/-OY17H7mxQNM/UUMeI901PaI/AAAAAAAABEA/uTWF2siAcDU/s1600/31917_464842123585787_115860505_n.jpg









sumber: pelbagai

Penemuan tiga kubur besar




Ops Daulat telah memasuki hari ke-12 hari ini dan diteruskan di Tanjung Labian dan di Sungai Nyamuk. Sementara itu ppada Ops Daulat hari ke 11 Ops Daulat menyaksikan penemuan tiga kubur baru di Kampung Tanduo. Berikut adalah turutan peristiwa pada hari ini:

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib menjumpai tiga kubur baru di Kampung Tanduo.

Menurut beliau, kubur-kubur itu mengandungi 15 mayat dan berada berhampiran dengan sebuah kubur besar yang ditemui di sana 10 hari lalu.

Hamza berkata setakat ini 61 orang Sulu telah ditembak mati dan 27 mayat telah berjaya dikeluarkan dari tempat pertempuran.

Beliau juga berkata 97 tangkapan telah dibuat dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 233 tangkapan lain-lain telah dibuat.

Sementara itu, Hamza berkata polis percaya ada hanya 10 lagi mayat pengganas yang belum dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu.

Polis juga telah menahan lapan pemuda dari Filipina yang menaiki bot laju untuk memasuki kawasan operasi di Kampung Sungai Bilis semalam.

Hamza berkata pemuda-pemuda itu yang berusia dalam lingkungan 17 ke 18 tahun cuba memasuki Kampung Sungai Bilis kira-kira pukul 12.15 tengahari semalam.

Beliau menambah pemuda-pemuda itu membawa 300 bekas air kosong dan wang tunai 369,000 pesos (RM28,300).

Orang ramai juga masih belum dibenarkan masuk ke kawasan operasi di Kampung Tanduo dan Kampung Minyak walaupun kedua-dua kampung itu telah ‘dibersihkan’ dari pengganas Sulu.


Sumber : Sungai Rapat Online

Caaaaaaaaaa Aliffffffffff But = Cabut



Ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram dipercayai telah melarikan diri ke selatan Filipina.

Azzimuddie yang sebelum ini mengatakan tidak akan berganjak dari bumi Sabah yang dicerobohnya sejak 12 Februari lalu kini terpaksa menjilat ludah sendiri apabila maklumat mengatakan yang dia lari dari medan perang sejak beberapa hari lalu.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, kesimpulan itu dibuat berdasarkan risikan pihaknya.

"Azzimuddie hanya membebankan pengikutnya untuk berperang sedangkan dia lari pulang ke tanah air," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Sementara itu, Ismali berkata, kesimpulan itu juga adalah hasil maklum balas daripada pegawainya.

"Dia memaklumkan Azzimuddie tiada lagi bersama pengikutnya," jelasnya.


Sumber : Buletin Pagi

Radio Amatur - Alat Komunikasi Berguna Di Lahad Datu



LAHAD DATU: Radio amatur bukanlah teknologi baru, malah ia sudah lama wujud dan diguna secara meluas di negara ini.

Kebanyakkannya sebagai hobi untuk berkongsi perkhabaran antara pengguna yang lain. Namun pengunaannya menjadi begitu signifikan, terutama sekali ketika krisis.


Muin Kamaruddin antara penguna radio amatur paling berpengalaman di Lahad Datu, Sabah.


Dia bersama 100 lagi rakan dari Persatuan Public Reliance Corporation Communication (PRCC) di pantai timur Sabah saling berhubung, untuk berkongsi pelbagai maklumat seperti cuaca sehinggalah ke kemalangan jalan raya.


Namun peranan radio amatur ini bertambah penting semasa krisis di Lahad Datu, yang tercetus akibat insiden pencerobohan penganas Sulu.


"Untuk kami beri maklumat, kalau di mana-mana tempat ada berlaku, kita bersedia untuk mengunakan radio ini kalau boleh meninggalkan tempat itu, sebelum apa-apa yang terjadi.


"Kita buat satu pasukanlah menyelamat jika ada apa-apa berlaku di mana-mana tempat, kita akan bagi maklumat kepada rakan-rakan di mana-mana sahaja  di sebelah pantai timur."


Pengunaan radio amatur untuk menyebarkan maklumat juga dilihat lebih berkesan di kawasan luar bandar seperti Lahad Datu, berbanding pengunaan telefon pintar kerana frekuensinya yang lebih meluas.


Bagaimanapun Muin mengakui mereka perlu berhati-hati menyebar maklumat bagi mengelak penyebaran maklumat palsu.


Mereka juga perlu mengelak daripada membocorkan maklumat strategik kepada pihak musuh.


Radio amatur ini boleh dibeli dengan harga serendah RM800 hinggalah ribuan ringgit.


Sumber: Buletin Awani 

15 March 2013

Perghhhh... Gila Gak Mcm Ni


Samsung terus menyemarakkan segmen telefon pintar global apabila syarikat itu melancarkan Galaxy S4.

"Untuk setiap individu kehidupan ini adalah satu perjalanan . Apa yang kami mahu tampilkan adalah peranti yang boleh dibawa bersama ke mana saja; atau teman yang dapat membantu kita menjalani kehidupan lebih bermakna," jelas Ketua Jabatan Komunikasi Mudah Alih Samsung.


Gergasi produk elektronik Korea Selatan itu memperkenalkan siri telefon pintar daripada model Galaxy di Dewan Muzik Bandar Radio menerusi satu majlis berkonsepkan persembahan teater sebagai usaha menampilkan kelainan ketika melancarkan produk baru mereka.


Pada masa sama, Samsung turut mengumumkan model terkini telefon pintar Galaxy S4 akan dipasarkan ke 155 negara pada penghujung April depan.


Galaxy S4 yang menampilkan ciri lebih nipis dan kaya dengan pelbagai aplikasi terkini turut dilengkapi teknologi Definisi Tinggi, saiz skrin pada 12.7 sentimeter serta keupayaannya memahami sembilan bahasa di dunia.

Pompuan Dan Bebudak Pun Dorang Pergunakan...



BARU-BARU ini salah seorang pengganas militan Sulu dikenalpasti seorang wanita.
Dia dikatakan berjaya ditembak mati dalam salah satu pertempuran dengan pasukan keselamatan kita. Dengan berpakaian celoreng bercorak ala-ala harimau bintang, wanita ini terbujur kaku dimamah peluru yang dimuntahkan oleh anggota komando yang terlibat dalam Ops Daulat.
Sebenarnya penglibatan wanita dan kanak-kanak dalam peperangan gerila menentang pasukan keselamatan kita bukanlah satu perkara yang mengejutkan.
Ini kerana sumber risikan memberitahu yang Sultan Jamalul Kiram III memang menggunakan golongan tersebut sebagai ‘perisai’ dengan harapan pasukan keselamatan akan berfikir ‘dua kali’ untuk menyerang mereka.
Namun pada golongan berkenaan pula, Sultan Jamalul Kiram III cuba berbohong dengan menyatakan tujuan mereka dihantar untuk berperang dengan kerajaan Malaysia adalah demi perjuangan menegakkan Islam, demi mempertahankan tanah milik nenek moyang mereka dan berbagai lagi alasan hingga menyebabkan kaum wanita mereka ‘bersemangat’ untuk mengangkat senjata.
Paling menyedihkan, di saat kaum wanita mereka DIRACUN pemikiran dan tipu helah Sultan Jamalul Kiram III ini, anaknya, Jacel bersenang-lenang di Manila bersama bapanya.
Bahkan lebih menyakitkan hati, Jacel sempat lagi membuka akaun Twitter (@jacelkiram), nama yang digunakan…Princess Jacel Kiram!Hek eeeeleeeehhhhh....
Sudahlah bapanya sendiri pun tidak diiktiraf Sultan Sulu yang sebenar, si anak pula dengan bangganya menggelarkan diri sendiri dengan panggilan puteri!
Sayang sekali, permainan sandiwara Sultan Jamalul Kiram III ini masih gagal difahami oleh para pengikut taksubnya.
Si isteri sanggup meninggalkan keluarga, si suami sanggup mati, si anak yang tidak berdosa juga dibawa sekali ke medan perang demi nafsu dan ketamakan kuasa sultan mereka.
Akhirnya si isteri yang selama ini tidak pernah mengangkat senjata dan tak tahu apa-apa mati di hujung peluru, meninggalkan keluarga dan anak terkontang-kanting di kampung sedangkan Sultan Kiram III dan anak-anaknya masih cuba berlagak hero – di kota metropolitan Manila!
Apa lagi nak dikata...
Sumber: Mynewshub.my

Muffin Coklat




Resepi yang mudah...

1 1/2 cawan tepung gandum

1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
secubit garam
***Diayak bersama.
(Kalau ada bread improver: 1/2 sudu teh)

***Tambah 1 cawan gula halus

***Kacau rata : bahan diayak + gula
***Buat 1 lubang di tengah-tengah tepung

1 cawan air sejuk (ambil dari peti sejuk)

6 helai daun pandan
*** dikisar halus dan ditapis
*** boleh bubuh pewarna hijau kalau nak nampak cantik.

6 sudu besar minyak masak Daisy

1 sudu besar cuka makan

Cara-cara:


***Panaskan oven 200' C.


1. Lubang di tengah-tengah tepung diisi dengan minyak + cuka


2. Kacau perlahan-lahan, tambah air sedikit demi sedikit.


3. Kacau secara balik kaup sahaja : sudip kayu atau spatula plastik.


4. Kacau sebati.


5. Guna "ice cream scoop" dan cedok. Guna kertas & tray muffin.


6. 180 ' C : Suhu selamat. Bakar selama 25 - 30 min (bergantung jenis oven).


7. Apabila masak, ia tidak melekat di "cake tester".

Sambungan Gelang Free


Suspek

Suspek seorang guru (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini.
KOTA BHARU – Seorang guru yang didakwa menghina anggota keselamatan berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Habri Muhamad terhadap guru yang berusia 37 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintenden, Mohd Kamal Zainal berkata, perintah reman dibuat bagi membolehkan pihak polis mengendalikan siasatan terhadap kes guru berkenaan.
“Reman tersebut dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan berkuat kuasa hari ini sehingga Isnin, 18 Mac,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.
Suspek merupakan seorang guru yang bertugas di Tok Bali, Pasir Puteh. Dia tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 11.30 pagi.
Dia ditahan di sebuah rumah di Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh setelah laporan diterima berhubung kenyataan dalam akaun Facebook miliknya yang menyatakan: "semua anggota polis yang terkorban dalam serangan di Lahad Datu, Sabah, adalah sebagai ‘anjing-anjing’ yang mati katak, memandangkan tidak dapat mempertahankan negara dari serangan puak Sulu."

SPM - 2012 (Tak Tau Le Bila Keluar )



semakan spm 2012
Semakan keputusan SPM 2012 : Jikalau sebelum ini, Berita Semasa yang paling awal berkongsi maklumat yang tepat mengenai tarikh semak keputusan kemasukan ke Vokasional berdasarkan sumber dalaman yang kami terima (SEPERTI DI SINI). Pejam celik pejam celik, sekarang sudah pun menginjak ke bulan Februari.
Bagi pelajar SPM 2012 debaran pastinya sudah mula dirasakan. Tetapi kebiasaannya masuk sahaja bulan Mac 2013,  ramai pelajar-pelajar SPM sudah mula tidak senang duduk duduk dan tidak sabar mahu mengetahui tahu bilakah boleh semak keputusan SPM 2012 keluar & diumumkan.

Informasi Tarikh Semakan Keputusan SPM 2012

  • Tarikh Keputusan SPM 2012 (Semakan SPM 2012): 20 Mac 2013
  • Masa : Bermula 10 pagi
keputusan spm 2012

Cara Semakan Keputusan SPM 2012 Secara SMS

Anda boleh semak keputusan SPM 2012 (Semakan SPM 2012) secara SMS dengan menaip SPM <Nombor KP> <Nombor Giliran> dan hantar ke 15888.
Contohnya :
SPM 900104038776 BC0001A044 dan hantar ke 15888.
Setiap semakan Keputusan SPM 2012 (Semakan SPM 2012) akan dicaj RM 0.35 sahaja
Semakan Keputusan Sijil Tinggi Agama (STAM) telah pun keluar. Tahniah & syabas kepada yang berjaya. Perjuangan mereka ke peringkat seterusnya baru sahaja bermula. Dan sekarang ini giliran anda pula menunggu untuk semakankeputusan SPM 2012 (semakan SPM 2012) diumumkan.