30 March 2013

Punca Wanita Cepat Tua Dan Gemokkkkkkkk !!!


Kah Kah Tergelak Beso Aku Bila Baca Satu Entri Kat Pen Patah Blog ... Wakakakaka Apa Aku Nak Wat Erkk .. Aku Post Dlm Ni ke... Kredit Untuk Penulis Pen Patah Blog ... Ni Antara Yang Aku Baca Le ...
Meh Kongsi2 ... X Salahkan Untuk Kebaikan Bersama ...




Alasan ‘awak nampak tua!’ ‘awak dah gemuk ‘ dan ‘awak tak secantik dulu’ selalu diberi oleh segelintir suami kepada isteri sebagai tiket untuk cari perempuan lain atau berpoligami. Tapi si suami tak sedar , isteri mereka nampak tua dan gemuk disebabkan sikap ignorant mereka jugak…..
Tahukah anda;
1. Makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. Tapi  kaum ibu, mereka terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Si suami, selamba saja sambung makan, buat-buat tak dengar anaknya menangis. Jadi, wanita pun mudah jadi gemuk sebab  tak sempat nak hadam makanan  betul-betul.
2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya…takut membazir.. Membazir tu kan amalan syaitan. Si suami pula dengan riaknya mengatakan “awak ni kuat makan betullah!”
3. Bila anak menangis tengah malam nak susu, bapanya akan tidur mati. Kalau dengar pun buat-buat tidur juga. Malas nak bangun. Wanitalah yang dalam satu malam, entah berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mula timbul.  Masa tu kalau guna Total Effect Anti Aging pun dah tak guna. Kepada wanita-wanita malang kategori ini, ada dua petua untuk kekalkan kecantikan; minum air banyak-banyak, dan TIDUR SECUKUPNYA.
4. Wanita yang berkerjaya pulak, dahlah penat bekerja nak membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dia yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapak anak.. Nak itu, nak ini. Jadi, wanita pun membebel, marah-marah… Dan bila banyak marah dan banyak berleter,  cepatlah pula menjadi tua walaupun marah kerana sayang.
Kesimpulannya, wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan segelintir  LELAKI atau lebih tepat lagi segelintir SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda.  Kalau sehari  je isteri korang takde, dan korang  perlu memikul  tanggungjawab dia, nescaya hidup korang  akan tunggang-langgang. Jangan pandai ambil jalan mudah, tinggalkan isteri yang dah tua dan gemuk sebab korang & pergi cari perempuan kurus keding. Dan kalau nak isteri tu cantik, janganlah kedekut nak belikan produk2 kecantikan.
Kredit:Pen Patah Blog

Musnah Dan Rosak Akibat Pencerobohan Pengganas Kiram




Ops Daulat 
 
LAHAD DATU 30 Mac – Sebanyak 26 daripada 140 rumah di Kampung Tanjung Labian disahkan mengalami kerosakan teruk dan tidak lagi boleh diduduki, manakala 16 rumah lagi didapati rosak tetapi masih boleh didiami.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, di Kampung Tanjung Batu pula, sebanyak 23 rumah musnah teruk dan 45 lagi rosak tetapi masih boleh diduduki.
“Pengiraan itu dibuat oleh pasukan penilai yang melawat kedua-dua kampung terbabit bersama lebih 140 ketua keluarga.
“Semua penduduk di Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Mengulas mengenai Ops Daulat, Hamza berkata, ia masih diteruskan sehingga kini kerana operasi itu bukan sahaja tertumpu di Lahad Datu tetapi turut melibatkan dua daerah lain iaitu Semporna dan Sandakan. – UTUSAN

Kampung Tanjung Batu Musnah !!!




LAHAD DATU - Selepas 24 hari Op Daulat dilancarkan untuk memusnahkan kedudukan militan Kiram, akhirnya penduduk Kampung Tanjung Batu dibenarkan memasuki kawasan tersebut sambil ditemani oleh pasukan keselamatan.

Kedatangan penduduk ke kampung ini bertujuan untuk menilai tahap kerosakan yang dialami, namun beberapa kawasan kampung tersebut belum boleh dimasuki kerana masih berada dalam Zon Merah.

Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmud Mallang, 72, berkata, dia berasa amat sedih apabila melihat kehancuran kampung yang didiaminya sejak tahun 1959 lagi.

Katanya, perasaan marah penduduk terhadap militan Kiram begitu meluap-luap kerana segala usaha dikerjakan selama ini musnah sekelip mata.

“Hari ini pertama kali saya menjejakkan kaki di Kampung Tanjung Batu sejak pencerobohan bermula, saya rasa amat sedih dan marah.

“Dari 107 buah rumah, 70 peratus daripadanya musnah sama sekali dan semuanya ada kesan tembakan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mahmud yang memiliki dua buah rumah di sini berkata, kedua-dua rumahnya hancur, malah tiga kenderaannya turut rentung kesan daripada pertempuran yang meletus di kawasan tersebut.

“Kami sudah tiada apa-apa lagi. Kami kerugian ratusan ribu ringgit, namun kami reda dan yakin dengan kemampuan pasukan keselamatan dan kerajaan dalam menangani isu ini,” katanya.

Ditanya sama ada penduduk Kampung Tanjung Batu bersedia dipindahkan di kawasan baru seperti penduduk Kampung Tanduo, Mahmud berkata, penduduk mahu terus tinggal di kawasan tersebut.

“Apa pun, kami tetap mengikut arahan kerajaan. Jika dibenarkan tinggal maka kami tinggal, jika tidak kami akan ikut (arahan kerajaan),” katanya.

Seorang lagi penduduk, John Dulahab, 62, berkata, rumahnya turut musnah namun tetap bersyukur kerana semua keluarganya selamat.

“Walaupun segalanya musnah, kami masih mahu tinggal di sini. Di kampung inilah tempat kami lahir, membesar dan kami mahu hembuskan nafas terakhir di sini,” katanya.

Menyelusuri Kampung Tanjung Batu, deretan rumah penuh dengan kesan tembakan dan bom, kesan daripada kekuatan ketenteraan negara dalam menghapuskan militan Kiram yang berkubu di kampung tersebut.

Malah, kelongsong peluru dan serpihan bom memenuhi setiap kiri kanan jalan menggerunkan perasaan sesiapa saja yang memasuki kampung itu.

Ketua Masyarakat Tanjung Labian, Assafal Alian, 43, berkata, dia tidak sabar untuk melihat pencerobohan ini berakhir dan militan Kiram dihalau terus dari bumi Sabah.

“Kami hilang punca pendapatan kerana pencerobohan ini. Kami tidak akan memaafkan mereka. Tanah Sabah aman, tetapi kehadiran mereka menukar segalanya,” katanya.

Kampung Tanjung Batu menjadi lokasi pertempuran pasukan keselamatan negara sejak 7 Mac lalu apabila beberapa militan Kiram berjaya meloloskan diri dari kepungan di Kampung Tanduo.

Sementara itu, Pejabat Daerah Lahad Datu berhasrat mahu menjadikan Kampung Tanduo pusat pelancongan bersejarah baru pada masa depan ekoran pencerobohan militan Kiram.

Pegawainya, Zulkifli Nasir berkata, insiden berdarah di Lahad Datu seharusnya dikenang buat selama-lamanya kerana isu ini melibatkan seluruh rakyat Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

“Ini cadangan kami, kami mahu bina satu monumen di Kampung Tanduo bagi memperingati insiden ini.

“Kami juga berhasrat supaya kawasan kampung ini dijadikan kawasan pelancongan yang baru selain menjadi pusat sejarah negeri,” katanya.

Ditanya mengenai tempoh masa diperlukan bagi mengetahui kerosakan yang dialami Kampung Tanjung Batu, Zulkifli menegaskan masa yang diperlukan kira-kira tiga minggu lagi.

Katanya, penduduk kampung hanya dibenarkan masuk dan mendiami semula rumah mereka apabila pihak polis memberi lampu hijau.

Mengulas mengenai kemungkinan penduduk Kampung Tanjung Batu turut diberikan kawasan penempatan semula, Zulkifli berkata, ia adalah cadangan yang baik.

“Konsep yang akan digunakan adalah mini estet, di mana penduduk akan diberikan kawasan yang teratur dan senang dipantau.

“Ia juga memberi keselesaan kepada penduduk nanti,” katanya.