Apabila
roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di
langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jiin dan manusia. Apabila mayat
dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta
kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab
pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas
itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan,
janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan
menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya
roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :
"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku
dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah
dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil
dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya
kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali
terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :
"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu.
Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah
kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari
rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali
lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur
selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali
terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga
langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku
dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan
aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku
dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun
didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan
mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi
beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi
kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi
nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga
dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai
ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang
memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman.
Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan
aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah
pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan
apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu,
anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah
untuk bapanya.
Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah
sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada
nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah saw bersabda:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka
akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan
dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga
sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik
roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang
lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut
hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang
lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke
kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah saw lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang
beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah
kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.
Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang
yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga
dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang
nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri.
Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa
itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana
terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt
menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.
Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka
keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada
jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa
menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah malaikat maut
mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan
apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya
dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt
maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi
keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala
anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan
bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah
mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini
menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut
roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik
mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri
majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin
dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja
malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan
Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin
dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat
beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan
Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.
Kemudian Allah swt berfirman yang
bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak
tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. " Sebaik saja
mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan
menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada
Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh
pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:
"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga
Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga
Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga
Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung
di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung
di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada
di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka
Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok
manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar
dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam
dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada
saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang
berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Sila panjangkan (share) kisah ini kepada semua
saudara islam kita.
kredit:umaralfarouk