PUTRAJAYA - Lebih 600,000 penjawat awam yang terlibat dalam 81 skim
perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah Bajet 2014 akan menerima
surat tawaran opsyen itu bulan ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal
berkata, mereka perlu memberi maklum balas dalam tempoh sebulan daripada
tarikh surat itu dikeluarkan oleh ketua jabatan masing-masing.
Menurutnya perjumpaan dengan bahagian sumber manusia di semua agensi
dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci berhubung
penambahbaikan itu akan diadakan secepat mungkin.
Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs
mengenai skim itu di sini hari ini, Mohamad Zabidi berkata mereka yang
tidak bersetuju dengan opsyen itu akan kekal dalam skim atau jawatan
asal.
"Antara penambahbaikan itu ialah kenaikan taraf skim perkhidmatan gred 1
hingga 10 kepada gred 11, pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji dan
pertukaran nama beberapa skim seperti diminta Cuepacs dan kesatuan
berkaitan," katanya.
Mohamad Zabidi berkata, penambahbaikan itu adalah sejajar dengan kerja
keras penjawat awam pada masa kini yang bekerja dengan cepat, tepat dan
produktif.
Berikutan penambahbaikan terhadap 81 skim perkhidmatan itu, beliau
berkata jumlah skim perkhidmatan sedia ada dapat dikurangkan daripada
274 kepada 249 skim bermula 1 Jan 2014.
Sebelum ini, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, kesatuan
sekerja yang terlibat dalam penguatkuasaan seperti Jabatan Pengangkutan
Jalan, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta pihak berkuasa tempatan
mengemukakan memorandum penambahbaikan skim perkhidmatan masing-masing
kepada kerajaan.
Sementara itu Omar berkata, skim-skim lain yang tidak termasuk dalam 81
skim yang ditambahbaik itu masih mempunyai harapan untuk mendapat
peluang yang sama.
"Untuk skim yang lain, kami sedang berunding," katanya. - Bernama
02 November 2013
01 November 2013
Keganasan - Perbicaraan Bermula 6 Januari
KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan selama 17 hari bermula 6 Jan depan untuk mendengar kes 30 individu yang didakwa terbabit dalam pelbagai kegiatan keganasan di Sabah.
Hakim Stephen Chung menetapkan 6 hingga 10, 15-17, dan 27-30 Jan serta 10 hingga 14 Feb bagi mendengar kes itu di Penjara Sabah yang diisytihar sebagai mahkamah terbuka.
Beliau turut menetapkan 15 Dis ini untuk pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan dokumen dan fakta yang dipersetujui kedua-dua pihak.
Mahkamah pada mulanya menetapkan tempoh 11 hari bermula 17 Sept lepas untuk mendengar kes itu namun menangguhkanya selepas menerima permohonan peguam yang memberitahu mereka memerlukan masa untuk meneliti pelbagai dokumen dan rakaman serta imej satelit berhubung kes berkenaan, yang diterima oleh mereka.
Sementara itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata tempoh perbicaraan yang panjang adalah bagi memastikan prosiding berjalan lancar dengan sekurang-kurangnya 50 saksi akan dipanggil.
"Bilangan saksi yang akan dipanggil mungkin bertambah, mungkin kurang. Pada masa yang sama kita juga harus membenarkan pihak pendakwaan menyoal balas dan harus diingat ada 30 saksi," katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes itu.
Antara 30 individu yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan antara 9 Feb dan 10 April ialah tiga penduduk tempatan termasuk seorang wanita, Norhaida Ibnahi, 46, kerana melindungi sekumpulan pengganas manakala Abd Hadi Mawan, 49, dan Abdul Majil Jubin, 41, didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas dan menderhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Kesalahan itu didakwa dilakukan oleh 26 lagi rakyat Filipina termasuk melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, menjadi anggota kumpulan pengganas dan melindungi sekumpulan pengganas.
Sumber- AstroAwani
Sistem mySIKAP Bermula Esok - JPJ
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggunakan
sistem komputer baharu mySIKAP di semua pejabat JPJ di seluruh negara
mulai esok.Ketua Pengarahnya Datuk Ismail Ahmad bekata sebagai langkah
awal, JPJ negeri telah menampal notis pemberitahuan dan membuat hebahan
dari semasa ke semasa kepada pelanggannya, termasuk melalui portal,
facebook dan twitter jabatan mengenai perkara itu.
“JPJ juga membuka bilik gerakan di Ibu Pejabat JPJ di Putrajaya mulai
hari ini untuk memantau isu-isu teknikal atau gangguan sistem semasa
pelaksanaan penggunaan sistem baharu ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu beliau berharap pelanggan yang berurusan di semua pejabat JPJ dapat bersabar sekiranya berlaku sebarang gangguan urusniaga ketika pelaksanaan penggunaan sistem baharu ini di semua pejabat JPJ seluruh negara mulai esok.
Penggunaan sistem mySIKAP adalah hasil yang diperoleh daripada perintis pelaksanaan sistem komputer mySIKAP secara menyeluruh di JPJ Melaka dan Perlis pada 21 Oktober hingga 28 Oktober lepas.
Sehubungan itu beliau berharap pelanggan yang berurusan di semua pejabat JPJ dapat bersabar sekiranya berlaku sebarang gangguan urusniaga ketika pelaksanaan penggunaan sistem baharu ini di semua pejabat JPJ seluruh negara mulai esok.
Penggunaan sistem mySIKAP adalah hasil yang diperoleh daripada perintis pelaksanaan sistem komputer mySIKAP secara menyeluruh di JPJ Melaka dan Perlis pada 21 Oktober hingga 28 Oktober lepas.
- BERNAMA
31 October 2013
Imigresen Melaka tahan 8 pengawal warga asing
MELAKA
31 Okt. - Lapan pengawal keselamatan warga asing dan 11 pelayan
pelanggan adalah antara 40 warga asing yang ditahan Jabatan Imigresen
Melaka atas pelbagai kesalahan dalam serbuan di empat lokasi sekitar
Melaka, tengah malam tadi.
Timbalan Pengarah Imigresen
(Kawalan), Abu Bakar Sidek Hasan berkata, dalam operasi penguat kuasaan
lebih enam jam bermula 11 malam itu, lapan pengawal keselamatan warga
Nepal ditahan di dua buah kilang sekitar Krubong, di sini.
"Setakat ini lebih 50 pengawal keselamatan warga asing ditahan sepanjang
Ops 6P dan pihak kami akan terus memberi tumpuan mencari pengawal
keselamatan asing tanpa dokumen sah," katanya dalam sidang akhbar di
sini hari ini.
Beliau berkata 11 pelayan pelanggan yang ditahan
terdiri daripada lima warga Vietnam, Thailand (lima) dan China (satu)
sementara seorang lelaki warga Nepal turut ditahan di sebuah pusat
hiburan di Melaka Raya di sini.
Selain itu turut ditahan
sembilan lelaki dan tujuh wanita warga Indonesia, tiga lelaki warga
Bangladesh dan seorang lelaki warga Vietnam di tapak pembinaan di Jalan
Syed Tun Abdul Aziz, Limbongan, di sini.
Abu Bakar berkata,
kesemua warga asing itu ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan di
bawah Akta Imigresen 1959/63 dan mereka dibawa ke Depoh Tahanan
Imigresen Machap Umboo di sini untuk siasatan lanjut.
Sementara
itu, beliau berkata, pihak Imigresen dengan bantuan polis menahan
seorang majikan berusia 38 tahun pukul 3 petang semalam gara-gara
berlagak samseng dan memaki hamun anggota jabatan berkenaan selepas dua
pekerjanya ditahan bulan lepas kerana tidak memiliki dokumen sah.
"Kami tidak boleh menyentuhnya kerana dia terlalu agresif berlagak
samseng dan kali kedua iaitu minggu lalu kami minta dia ke pejabat kami
juga tidak diendahkannya, malah kata-kata kesat dilemparkan kepada
pegawai kami," jelas beliau.
Katanya, majikan berkenaan akan
didakwa mengikut Seksyen 5B Akta Imigresen 1959/63 kerana mengambil
pekerja tanpa permit sah. - BERNAMA
Sultan Esmail Kiram II - Tuntutan Ke Atas Sabah Tetap Di Teruskan
KUALA
LUMPUR: Waris Kesultanan Sulu. Jamalul Kiram III yang mendalangi
gerakan pengganas mahu menuntut hak kedaulatan ke atas Sabah meninggal
dunia dalam keadaan papa, kata anak perempuannya.
Anak sulung Allahyarham, Jacel Kiram memberitahu sebuah stesen berita televisyen di Manila, bapanya tidak memiliki apa-apa semasa meninggal dunia pada 20 Oktober lepas.
“Ayah saya meninggal dunia papa. Jadi seorang sultan bukan tugas yang mudah. Saya bangga dengan keturunan saya tetapi kami menjalani kehidupan yang biasa,” katanya kepada ANC Beyond Politics pada Selasa.
Menurut laporan, Jamalul, yang meninggal dunia di Pusat Jantung Filipina, bergantung hidup kepada ihsan derma rakan-rakan keluarga dan bantuan daripada Pejabat Loteri Kebajikan Filipina.
Allahyarham menghadapi masalah buah pinggang sebelum meninggal dunia.
Pengikutnya menceroboh perairan Sabah dan berkampung di Lahad Datu pada Februari lepas sebelum bertempur dengan pasukan keselamatan negara setelah enggan patuh arahan supaya menyerah diri.
“Ayah saya hilang semangat selepas diberitahu dia akan didakwa,” kata Jacel.
Beliau juga menyifatkan semua konflik di wilayah selatan boleh dikesan ada kaitannya dengan tuntutan waris Kesultanan Sulu ke atas Sabah.
Jacel bagaimanapun berkata tuntutan itu tidak mendapat sokongan daripada kerajaan Filipina.
Sementara itu, Abraham Idjirani, jurucakap Kesultanan Sulu berkata, Esmail Kiram II, adik kepada Jamalul, telah diisytiharkan sebagai ‘sultan’ yang baru pada 21 Oktober lepas.
Jacel menjelaskan, sebelum meninggal dunia, ayahnya telah mengarahkan Esmail supaya meneruskan tuntutan ke atas Sabah.
“Ayah saya telah memaafkan Esmail kerana mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai sultan pada 2001,” tambah beliau.
Jacel juga mengulangi gesaannya mahukan kerajaan Filipina menyokong tuntutan waris ke atas Sabah.
“Kerajaan sepatutnya menyokong tuntutan kami ke atas Sabah. Seperti yang dijanjikan kepada ayah, saya tidak akan mengabaikan waris kesultanan ini,” kata Jacel.
Sementara itu, Idjirani berkata Esmail perlu mematuhi wasiat Jamalul untuk menuntut kembali Sabah “dengan jalan timbang tara dan penyatuan semula.”
Pada 9 Februari, satu kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Pada 5 Mac pasukan keselamatan melancarkan serangan ke Kampung Tanduo. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan mengumumkan serangan itu adalah “bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara”. Operasi diberi nama Ops Daulat.
Sepuluh anggota keselamatan terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
Jumlah individu yang dihadapkan ke mahkamah berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu ialah 31 orang termasuk seorang anggota polis, KPL Hassan Ali Basri.
Jumlah pengganas yang berjaya ditewaskan adalah sebanyak 63 orang.
Anak sulung Allahyarham, Jacel Kiram memberitahu sebuah stesen berita televisyen di Manila, bapanya tidak memiliki apa-apa semasa meninggal dunia pada 20 Oktober lepas.
“Ayah saya meninggal dunia papa. Jadi seorang sultan bukan tugas yang mudah. Saya bangga dengan keturunan saya tetapi kami menjalani kehidupan yang biasa,” katanya kepada ANC Beyond Politics pada Selasa.
Menurut laporan, Jamalul, yang meninggal dunia di Pusat Jantung Filipina, bergantung hidup kepada ihsan derma rakan-rakan keluarga dan bantuan daripada Pejabat Loteri Kebajikan Filipina.
Allahyarham menghadapi masalah buah pinggang sebelum meninggal dunia.
Pengikutnya menceroboh perairan Sabah dan berkampung di Lahad Datu pada Februari lepas sebelum bertempur dengan pasukan keselamatan negara setelah enggan patuh arahan supaya menyerah diri.
“Ayah saya hilang semangat selepas diberitahu dia akan didakwa,” kata Jacel.
Beliau juga menyifatkan semua konflik di wilayah selatan boleh dikesan ada kaitannya dengan tuntutan waris Kesultanan Sulu ke atas Sabah.
Jacel bagaimanapun berkata tuntutan itu tidak mendapat sokongan daripada kerajaan Filipina.
Sementara itu, Abraham Idjirani, jurucakap Kesultanan Sulu berkata, Esmail Kiram II, adik kepada Jamalul, telah diisytiharkan sebagai ‘sultan’ yang baru pada 21 Oktober lepas.
Jacel menjelaskan, sebelum meninggal dunia, ayahnya telah mengarahkan Esmail supaya meneruskan tuntutan ke atas Sabah.
“Ayah saya telah memaafkan Esmail kerana mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai sultan pada 2001,” tambah beliau.
Jacel juga mengulangi gesaannya mahukan kerajaan Filipina menyokong tuntutan waris ke atas Sabah.
“Kerajaan sepatutnya menyokong tuntutan kami ke atas Sabah. Seperti yang dijanjikan kepada ayah, saya tidak akan mengabaikan waris kesultanan ini,” kata Jacel.
Sementara itu, Idjirani berkata Esmail perlu mematuhi wasiat Jamalul untuk menuntut kembali Sabah “dengan jalan timbang tara dan penyatuan semula.”
Pada 9 Februari, satu kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Pada 5 Mac pasukan keselamatan melancarkan serangan ke Kampung Tanduo. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan mengumumkan serangan itu adalah “bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara”. Operasi diberi nama Ops Daulat.
Sepuluh anggota keselamatan terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
Jumlah individu yang dihadapkan ke mahkamah berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu ialah 31 orang termasuk seorang anggota polis, KPL Hassan Ali Basri.
Jumlah pengganas yang berjaya ditewaskan adalah sebanyak 63 orang.
81 Skim Perkhidmatan Awam Yang DiNaik Taraf
Dalam Bajet 2014, PM Najib Razak ada menyebut tentang penambahbaikan 81
gred penjawat awam. Bernama melaporkan, KSN Tan Sri Dr Ali Hamsa
berkata, satu pekeliling mengenai 81 skim tersebut akan dikeluarkan pada
November 2013 dimana penjawat awam berkenaan diberikan peluang dari
segi peningkatan gred jawatan.
Semua skim dibuat kajian semula dengan melibatkan semua termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), persatuan yang terlibat, semua ketua jabatan dan ketua-ketua setiausaha, kata beliau.
Berikut adalah senarai penuh 81 Skim Perkhidmatan Awam [sumber tak dinyatakan] yang dinaiktaraf.
Pembantu Kawalan Trafik Udara
Pemandu Lokomotif Sabah
Pereka
Pegawai Kebudayaan
Ahli Fotografi
Jurusolek
Pegawai Galian
Pegawai Kimia Bumi
Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
Penolong Pegawai Galian
Penolong Pegawai Kimia Bumi
Pembantu Galian
Pembantu Kaji Bumi
Pegawai Makmal Filem
Penolong Pegawai Makmal Filem
Pembantu Makmal Filem
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
Pensyarah Perubatan
Pensyarah Pergigian
Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/
Penolong Pegawai Latihan Vokasional/
Pegawai Latihan Vokasional
Pengajar Kraf
Pembantu Pertanian
Pembantu Veterinar
Renjer Hutan
Pengajar Membalak
Pengawas Hutan
Pembantu Hidupan Liar
Pembantu Hidupan Liar Rendah
Tukang K1
Tukang K2
Tukang K3
Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah
Operator Loji
Pekerja Awam Khas
Pekerja Awam
Penyelamat
Pelukis Pelan
Juruteknik Landskap
Juruteknik
Juruteknik Ukur
Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
Penguasa Bekalan Air
MerinyuTali Air
Pegawai Perhubungan Preman
Penyelia Jeti
Penghantar Notis
Pembantu Kamera/Pemandu
Pemandu Kenderaan
Pembantu Am Pejabat
Pengurus Stesen
Penyelia Jurupakaian
Peniup Kaca
Pegawai Khidmat Pelanggan
Pengawas Pemulihan
Pegawai Penerbitan
Penolong Pegawai Penerbitan
Pembantu Penerbitan
Operator Kamera Offset/ Pembuat Plat
Penolong Operator Kamera
Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
Pembantu Penyelidik Sosial
Pengurus Asrama
Penolong Pengurus Asrama
Penyelia Asrama
Penolong Pegawai Tadbir Tanah
Pembantu Tadbir Tanah
Pegawai Pemeriksa Paten
Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)
Pembantu Pemuliharaan
Jurulatih Kawad
Pembantu Wartawan/Wartawan
Atendan Kesihatan
Penolong Pegawai Penaksir
Pegawai Aktuari
Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
Semoga dengan penambahbaikan dan peningkatan gred berkenaan, mengembirakan penjawat awam terlibat.
Semua skim dibuat kajian semula dengan melibatkan semua termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), persatuan yang terlibat, semua ketua jabatan dan ketua-ketua setiausaha, kata beliau.
Berikut adalah senarai penuh 81 Skim Perkhidmatan Awam [sumber tak dinyatakan] yang dinaiktaraf.
Pembantu Kawalan Trafik Udara
Pemandu Lokomotif Sabah
Pereka
Pegawai Kebudayaan
Ahli Fotografi
Jurusolek
Pegawai Galian
Pegawai Kimia Bumi
Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
Penolong Pegawai Galian
Penolong Pegawai Kimia Bumi
Pembantu Galian
Pembantu Kaji Bumi
Pegawai Makmal Filem
Penolong Pegawai Makmal Filem
Pembantu Makmal Filem
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
Pensyarah Perubatan
Pensyarah Pergigian
Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/
Penolong Pegawai Latihan Vokasional/
Pegawai Latihan Vokasional
Pengajar Kraf
Pembantu Pertanian
Pembantu Veterinar
Renjer Hutan
Pengajar Membalak
Pengawas Hutan
Pembantu Hidupan Liar
Pembantu Hidupan Liar Rendah
Tukang K1
Tukang K2
Tukang K3
Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah
Operator Loji
Pekerja Awam Khas
Pekerja Awam
Penyelamat
Pelukis Pelan
Juruteknik Landskap
Juruteknik
Juruteknik Ukur
Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
Penguasa Bekalan Air
MerinyuTali Air
Pegawai Perhubungan Preman
Penyelia Jeti
Penghantar Notis
Pembantu Kamera/Pemandu
Pemandu Kenderaan
Pembantu Am Pejabat
Pengurus Stesen
Penyelia Jurupakaian
Peniup Kaca
Pegawai Khidmat Pelanggan
Pengawas Pemulihan
Pegawai Penerbitan
Penolong Pegawai Penerbitan
Pembantu Penerbitan
Operator Kamera Offset/ Pembuat Plat
Penolong Operator Kamera
Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
Pembantu Penyelidik Sosial
Pengurus Asrama
Penolong Pengurus Asrama
Penyelia Asrama
Penolong Pegawai Tadbir Tanah
Pembantu Tadbir Tanah
Pegawai Pemeriksa Paten
Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)
Pembantu Pemuliharaan
Jurulatih Kawad
Pembantu Wartawan/Wartawan
Atendan Kesihatan
Penolong Pegawai Penaksir
Pegawai Aktuari
Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
Semoga dengan penambahbaikan dan peningkatan gred berkenaan, mengembirakan penjawat awam terlibat.
30 October 2013
RAKYAT MALAYSIA DITAHAN DI ZAMBOANGA CITY
Kuala Lumpur, 30 Okt - Seorang rakyat tempatan berasal dari Kota Kinabalu ditahan pihak berkuasa Filipina di Zamboanga City, selepas disyaki terlibat dengan aktiviti Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di Selatan Filipina.
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mantek memberitahu Bernama, lelaki berusia 55 tahun itu ditahan pada 4 Okt lepas dan kini dibawa ke Manila untuk siasatan lanjut pihak berkuasa Filipina.
"Tangkapan itu ekoran daripada tindakan susulan pihak keselamatan Filipina terhadap individu-individu yang disyaki terlibat dalam insiden serangan oleh anggota MNLF di Zamboanga City pada 9 Sept lepas," katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terbabit memandangkan dia masih dalam siasatan pihak berkuasa Filipina.
Diminta mengulas sama ada individu terbabit merupakan individu yang mendakwa kononnya menerima tajaan bagi kegiatan MNLF dalam serangan itu, beliau berkata ia masih dalam siasatan pihak berkuasa Filipina.
Ekoran daripada serangan itu juga, Malaysia sebelum ini mengaktifkan amaran keselamatan di sepanjang sempadan perairan Sabah kerana khuatir ia menular ke negeri itu memandangkan kedudukan Sabah yang terletak berhampiran Selatan Filipina.
"Sehingga kini tiada ancaman keselamatan dikesan di sepanjang perairan Pantai Timur Sabah susulan daripada serangan di Zamboanga City, namun langkah keselamatan dengan mengukuhkan sempadan perairan tetap diteruskan," katanya.
Mohammad berkata pihak keselamatan Malaysia akan mengadakan kerjasama dengan pihak keselamatan Filipina jika diperlukan.
"Setakat ini kita tidak ada masalah untuk beri kerjasama sebab hubungan baik kita dengan kerajaan Filipina," katanya.
Dilaporkan lebih 400 anggota MNLF menyerang Zamboanga City untuk menawan bangunan dewan bandar raya dan menaikkan bendera 'Republik Bangsamoro Merdeka'.
Kira-kira 190 pejuang MNLF terbunuh selepas pertempuran lebih tiga minggu dan 292 suspek ditawan atau menyerah diri.
Menurut laporan akhbar dalam talian negara itu, 23 anggota tentera serta polis terbunuh dan 180 cedera, manakala 12 orang awam maut dalam kejadian itu. - BERNAMA
Ketahuilah Amalan Yang Disunatkan Pada 10 Muharram
بسم الله ، والØمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصØبه ومن والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Muharram adalah bulan pertama dalam kalendar Hijrah. Ia termasuk antara bulan-bulan yang dihormati sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya:
“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan pada sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.”(Surah at-Taubah: 36)
Empat bulan yang dihormati yang tersebut dalam ayat di atas ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Manakala diriwayatkan oleh Abi Bakrah Radhiallahu ‘anhu,
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:
“Sesungguhnya zaman itu berputar sebagaimana bentuknya pada hari Allah mencipta langit dan bumi. Setahun ada dua belas bulan. Antaranya terdapat empat bulan yang dihormati, Tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab yang berada di antara Jamadil Akhir dan Sya‘ban.”(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam bulan Muharram ini terdapat satu tarikh yang dianggap istimewa iaitu tarikh 10 Muharram yang juga dikenali sebagai hari ‘Asyura’. Pada tarikh ini banyak berlaku peristiwa-peristiwa penting, antaranya Nabi Adam ‘alaihissalam bertaubat kepada Allah sehingga dia kembali suci, Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa ‘alaihissalam dan lain-lain peristiwa yang dapat dijadikan iktibar bagi umat Islam.
Di samping keistimewaan hari ‘Asyura’ yang berlaku di dalamnya peristiwa-peristiwa penting, hari ‘Asyura’ juga merupakan peluang untuk meraih ganjaran amalan-amalan yang disunatkan untuk dilakukan pada hari tersebut.
Amalan Yang Disunatkan Pada Hari ‘Asyura’
Di dalam hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ada disebutkan mengenai amalan-amalan yang sunat dilakukan pada hari ‘Asyura’ serta fadhilat yang diperolehi bagi sesiapa yang melaksanakan amalan-amalan tersebut. Amalan yang dimaksudkan ialah melakukan ibadah puasa dan menyenangkan hati kaum keluarga.
1. Puasa pada hari ‘Asyura’
Hukum berpuasa pada hari ‘Asyura’ adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang amat dituntut. Anjuran berpuasa pada hari tersebut disebutkan dalam hadis Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Baginda bersabda:
Maksudnya:
“Sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan ialah bulan Muharram dan sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang pada waktu malam.”
(Hadis riwayat Muslim)
Dalam hadis yang lain pula, Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma menceritakan:
Maksudnya:
“Aku tidak melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mencari-cari puasa pada satu hari, (Baginda) mengutamakannya daripada hari-hari yang selainnya, kecuali hari ini iaitu hari ‘Asyura’, dan bulan ini iaitu bulan Ramadhan.”(Hadis riwayat al-Bukhari)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam turut berpuasa pada hari ‘Asyura’ dan Baginda menyuruh umat Islam berpuasa supaya tidak terlepas peluang melaksanakan tuntutan sunat ini. Antaranya:
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Sa‘id bin Jabir daripada ayahnya, daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhum, katanya:
Maksudnya:
“Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika sampai ke Madinah lalu melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura’. Kemudian Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Apa ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari baik, Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh-musuh mereka lalu (pada hari ini) Nabi Musa berpuasa.” Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku lebih berhak untuk menghormati Musa daripada kamu.” Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa hari ‘Asyura dan menyuruh para sahabat untuk berpuasa pada hari tersebut.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis lain yang diriwayatkan daripada Humaid bin Abdul Rahman, dia mendengar Muawiyyah bin Abu Sufyan berkata di atas minbar pada hari ‘Asyura:
Maksudnya:
“Wahai penduduk Madinah, di manakah para ulama kamu? Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ini adalah hari ‘Asyura’, dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa. Namun aku berpuasa. Maka barangsiapa yang menghendaki untuk berpuasa, maka berpuasalah dan barangsiapa yang menghendaki untuk tidak berpuasa, maka berbukalah”.(Hadis riwayat al-Bukhari)
Berdasarkan hadis-hadis di atas, jelas bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menggalakkan umat Islam supaya melakukan puasa hari ‘Asyura’. Setentunyalah dengan galakan daripada Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri, peluang seumpama ini tidak dilepaskan oleh umat Islam, apalagi jika mengetahui fadhilat yang diberikan kepada mereka yang melakukan puasa hari ‘Asyura’. Fadhilat berpuasa hari ‘Asyura’ disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abi Qatadah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:
“… Berpuasa pada hari ‘Asyura, aku mengira bahawa Allah akan menebus dosa tahun yang dahulunya (bagi orang yang berpuasa pada hari tersebut).”(Hadis riwayat Muslim)
Terdapat beberapa pendapat tentang apa yang dimaksudkan dengan ‘tahun yang dahulunya’:
i. Tahun itu sendiri, iaitu sembilan hari sebelum hari ‘Asyura’.
ii. Sepanjang tahun sebelum hari ‘Asyura (iaitu bermula dari hari ‘Asyura’ sebelumnya).
Didahului Dengan Puasa Tasu‘a’ (9 Muharram)
Bagi orang yang hendak berpuasa sunat pada hari ‘Asyura’ sunat mendahuluinya dengan berpuasa pada hari Tasu‘a’ iaitu pada 9 Muharram.
Hikmah di sebalik mendahuluinya dengan berpuasa pada hari Tasu‘a’ ialah:
a. Sebagai langkah berhati-hati pada pengiraan awal bulan Muharram. Ini kerana ditakuti jika berlaku sedemikian, maka kemungkinan sahaja hari yang dikira sebagai Tasu‘a’ adalah sebetulnya hari ‘Asyura’.
b. Agar umat Islam tidak menyerupai orang Yahudi yang berpuasa pada hari ‘Asyura’ sahaja.
c. Menyambung puasa hari ‘Asyura’ dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari ‘Asyura’
Meneruskan Puasa Hingga 11 Muharram
Apabila seseorang melaksanakan puasa hari ‘Asyura’, sunat juga menggandingkannya dengan berpuasa pada 11 Muharram, walaupun dia tidak melakukan puasa hari Tasu‘a’.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Puasalah kamu pada hari ‘Asyura dan janganlah kamu menyerupai padanya dengan orang Yahudi. Puasalah kamu (dengan puasa ‘Asyura) sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Berdasarkan penjelasan di atas, terdapat beberapa cara melakukan puasa hari ‘Asyura’ iaitu:
i. Berpuasa pada hari ‘Asyura’ sahaja.
ii. Berpuasa pada hari Tasu‘a’ (9 Muharram) dan pada hari ‘Asyura’.
iii. Berpuasa pada hari ‘Asyura’ dan pada 11 Muharram.
iv. Berpuasa pada hari Tasu‘a’ (9 Muharram) , hari ‘Asyura’ dan 11 Muharram. Gandingan berpuasa tiga hari ini (9,10,11 Muharram) adalah digemari sebagaimana yang disebutkan oleh Imam asy-Syafi‘e Rahimahullah.
2. Menyenangkan hati kaum keluarga
Selain daripada melakukan puasa pada hari ‘Asyura’, orang Islam juga disunatkan menyenangkan dan menggembirakan hati kaum keluarga.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun.”
(Hadis riwayat al-Baihaqi)
Apa yang dimaksudkan dengan ‘melapangkan’ atau ‘menyenangkan’ di dalam hadis di atas adalah berbelanja pada makanan dan minuman lebih daripada hari biasa serta menggembirakan anak-anak contohnya dengan menghulur belanja lebih dan yang seumpamanya.
Selain daripada ahli keluarga, maksud menyenangkan di dalam hadis di atas termasuk juga kepada kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin dengan syarat apa yang dilakukannya itu tidak membebankan dirinya. Adapun apa yang selain daripada dua perkara di atas seperti sembahyang malam ‘Asyura’, mandi hari ‘Asyura’, bercelak mata dan yang lainnya tidaklah ada disebut melainkan pada hadis-hadis dhaif, munkar dan maudhu‘.
Marilah kita bertekad untuk mengisi hari ‘Asyura’ yang datang sekali setahun di bulan Muharram ini dengan mengambil iktibar peristiwa yang berlaku pada tarikh tersebut dan melaksanakan apa yang dianjurkan oleh syara‘.
Berpuasa serta menyenangkan hati keluarga, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin pada hari ‘Asyura’ ini adalah amalan yang tidak boleh dilepaskan fadhilatnya begitu sahaja.
Sumber :
http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2009/bil343-bhg1.pdf
http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2009/bil343-bhg2.pdf
Awal Muharram
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun
Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib,
kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi
kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah,
ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud
‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan
peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini
ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan
itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa
terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan ‘Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan ‘Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
- Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
- Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
- Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
- Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram): |
- Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
- Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
- Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
- Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
- Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
- Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
- Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
- Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
- Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
- Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
- Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
- Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
- Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
- Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. -kredit :Zanas
Kiram - Meninggal Dalam Keadaan Papa Kedana
KUALA LUMPUR: Waris Kesultanan Sulu. Jamalul Kiram III yang mendalangi gerakan pengganas mahu menuntut hak kedaulatan ke atas Sabah meninggal dunia dalam keadaan papa, kata anak perempuannya.
Anak sulung Allahyarham, Jacel Kiram memberitahu sebuah stesen berita televisyen di Manila, bapanya tidak memiliki apa-apa semasa meninggal dunia pada 20 Oktober lepas.
"Ayah saya meninggal dunia papa. Jadi seorang sultan bukan tugas yang mudah. Saya bangga dengan keturunan saya tetapi kami menjalani kehidupan yang biasa," katanya kepada ANC Beyond Politics pada Selasa.
Menurut laporan, Jamalul, yang meninggal dunia di Pusat Jantung Filipina, bergantung hidup kepada ihsan derma rakan-rakan keluarga dan bantuan daripada Pejabat Loteri Kebajikan Filipina.
Allahyarham menghadapi masalah buah pinggang sebelum meninggal dunia.
Pengikutnya menceroboh perairan Sabah dan berkampung di Lahad Datu pada Februari lepas sebelum bertempur dengan pasukan keselamatan negara setelah enggan patuh arahan supaya menyerah diri.
"Ayah saya hilang semangat selepas diberitahu dia akan didakwa," kata Jacel.
Beliau juga menyifatkan semua konflik di wilayah selatan boleh dikesan ada kaitannya dengan tuntutan waris Kesultanan Sulu ke atas Sabah.
Jacel bagaimanapun berkata tuntutan itu tidak mendapat sokongan daripada kerajaan Filipina.
Sementara itu, Abraham Idjirani, jurucakap Kesultanan Sulu berkata, Esmail Kiram II, adik kepada Jamalul, telah diisytiharkan sebagai 'sultan' yang baru pada 21 Oktober lepas.
Jacel menjelaskan, sebelum meninggal dunia, ayahnya telah mengarahkan Esmail supaya meneruskan tuntutan ke atas Sabah.
"Ayah saya telah memaafkan Esmail kerana mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai sultan pada 2001," tambah beliau.
Jacel juga mengulangi gesaannya mahukan kerajaan Filipina menyokong tuntutan waris ke atas Sabah.
"Kerajaan sepatutnya menyokong tuntutan kami ke atas Sabah. Seperti yang dijanjikan kepada ayah, saya tidak akan mengabaikan waris kesultanan ini," kata Jacel.
Sementara itu, Idjirani berkata Esmail perlu mematuhi wasiat Jamalul untuk menuntut kembali Sabah "dengan jalan timbang tara dan penyatuan semula."
Pada 9 Februari, satu kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Pada 5 Mac pasukan keselamatan melancarkan serangan ke Kampung Tanduo. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan mengumumkan serangan itu adalah "bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara". Operasi diberi nama Ops Daulat.
Sepuluh anggota keselamatan terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
Jumlah individu yang dihadapkan ke mahkamah berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu ialah 31 orang termasuk seorang anggota polis, KPL Hassan Ali Basri.
Jumlah pengganas yang berjaya ditewaskan adalah sebanyak 63 orang.
Sumber:astroawani
Polis Tahu Lokasi Pembunuh Staf Ambank
KUANTAN – Polis setakat ini belum memerlukan bantuan interpol dalam menahan suspek utama kes rompak dan bunuh pegawai Ambank di Selangor Rabu lepas kerana yakin lelaki itu masih berada di negara ini.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata pada masa ini pasukan khas yang ditubuh bagi menjejak lelaki itu bekerjasama dengan kontinjen seluruh negara termasuk mengawasi pintu-pintu sempadan agar tidak dibolosi suspek.
Sambil menyifatkan lelaki itu sebagai penjenayah berbahaya, beliau berkata polis percaya lelaki itu masih mempunyai senjata api pump gun dan boleh bertindak agresif dan membahayakan keselamatan awam.
“Pada masa ini, kami belum memerlukan bantuan Interpol dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat segera tampil membantu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd Bakri ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Penyelarasan Sempena Persidangan Agung Pusat Persatuan Pegawai Kanan polis/Cawangan Pegawai Diwartakan(PPKP/CPW), Persatuan Pegawai Kanan Polis/Cawangan Inspektor (PPKP/CI) dan Persatuan Pegawai Rendah Polis (PPRPD) ke-86.
Turut hadir Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani dan Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.
Dalam kejadian di USJ Sentral, Subang Jaya pada pukul 6.20 petang Rabu lepas, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak di kepala dari jarak dekat oleh pengawal keselamatan tempat kerjanya.
Suspek kemudian melarikan wang tunai RM450,000 dari bilik kebal bank berkenaan yang sebelum itu dibuka oleh mangsa untuk menyimpan wang. Mohd Bakri meminta orang ramai segera menghubungi polis jika mempunyai maklumat berkaitan suspek.
“Pasukan polis amat mengalukan bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat dan saya yakin suspek masih berada di dalam negara. Kami menjalankan siasatan dari pelbagai sudut termasuk sama ada suspek dibantu oleh pihak lain selepas melakukan jenayah itu,” katanya.
Sehubungan itu, beliau memberi amaran mana-mana individu yang cuba bersubahat membantu penjenayah paling kejam itu akan dikenakan tindakan tegas mengikut Seksyen 212 Kanun Keseksaan. – BERNAMA.
Bekas KP Imigresen dijatuhi hukuman penjara
30 OKt 2013
Kuala Lumpur: Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don,
dijatuhi hukuman penjara 6 tahun dan denda RM300,000 oleh Mahkamah
Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan menerima rasuah, lima tahun
lalu.
Dia diarah menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
Hakim, Rosbiahanin Ariffin menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati
pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguaan munasabah terhadap kes
pendakwaan.
Wahid didakwa menerima rasuah RM60,000 daripada
Datuk Seri Low Chang Hian sebagai bayaran upah mempercepatkan kelulusan
permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh di rumahnya di Jalan Lembah
Ledang, Off Jalan Duta, di sini pada jam 10.15 malam, 10 Julai 2008.
Pada 15 Okt 2010, Mahkamah Sesyen membebaskan Wahid daripada pertuduhan itu. - BH
Sekongkol Seludup
Foto: Polis menahan pengawal keselamatan warga Indonesia kerana dipercayai memiliki MyKad palsu, di Wangsa Maju - Foto Owee Ah Chun
Kuala Lumpur: Segelintir pengusaha syarikat keselamatan di negara ini dikesan bersekongkol dengan sindiket menyeludup masuk warga asing, khususnya dari Indonesia sebelum diambil bekerja sebagai pengawal keselamatan menggunakan MyKad palsu.
Ia berikutan arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang hanya membenarkan rakyat tempatan dan warga Nepal diambil bekerja, sekali gus menyebabkan syarikat keselamatan terdesak untuk mendapatkan pengawal keselamatan baru.
Difahamkan, helah itu terbongkar selepas polis menahan lapan warga Indonesia berketurunan Acheh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pusat beli belah di Wangsa Maju, Isnin lalu atas kesalahan memiliki MyKad palsu.
Seorang warga tempatan ditahan
Dalam serbuan jam 10.30 malam, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun, dipercayai anak pemilik syarikat keselamatan terbabit turut ditahan untuk siasatan lanjut, khusus bagi mengenal pasti sumber dokumen palsu berkenaan.
Sumber memberitahu serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Wangsa Maju selepas menerima laporan penyelia keselamatan pusat beli-belah itu yang mengesyaki MyKad digunakan pengawal keselamatan adalah palsu dalam pemeriksaan rambang dilakukannya.
Dalam soal siasat dijalankan, pengawal keselamatan terbabit mendakwa dipaksa majikan untuk menyimpan kad pengenalan itu sebagai syarat utama untuk bekerja, namun tidak mengetahui kesahihan dokumen berkenaan.
“Mereka mendakwa hanya diminta menyediakan dua keping gambar berukuran pasport dan menandatangani beberapa dokumen sebelum diberikan kad pengenalan berkenaan ketika mula bertugas, malah salinannya turut diserahkan kepada pihak pengurusan pusat beli-belah terbabit untuk rekod.
“Ia hanya bagi tujuan pengesahan bahawa mereka adalah warga negara Malaysia, malah pengawal keselamatan terbabit turut diarahkan mengaku sebagai orang Sabah atau Sarawak berikutan dialek pertuturan digunakan, andainya ditanya pihak pengurusan atau pihak berkuasa,” katanya.
Kad Pengenalan Palsu - 2 DiTahan
PUTRAJAYA – Dua warga Filipina ditahan selepas
didapati menggunakan kad pengenalan Malaysia untuk membolehkan mereka
bekerja sebagai pengawal keselamatan di salah sebuah premis di sini.
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd. Said berkata, mereka ditahan dalam operasi khas yang dijalankan pihaknya semasa memeriksa kad pengenalan pengawal keselamatan terbabit.
“Dua warga Filipina itu telah didakwa di Mahkamah Majistret Sepang hari ini selepas didapati menggunakan kad pengenalan palsu.
“Kita masih menyiasat di mana mereka memperoleh kad pengenalan ini sama ada dicuri, terjumpa atau lain-lain,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd. Said berkata, mereka ditahan dalam operasi khas yang dijalankan pihaknya semasa memeriksa kad pengenalan pengawal keselamatan terbabit.
“Dua warga Filipina itu telah didakwa di Mahkamah Majistret Sepang hari ini selepas didapati menggunakan kad pengenalan palsu.
“Kita masih menyiasat di mana mereka memperoleh kad pengenalan ini sama ada dicuri, terjumpa atau lain-lain,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
29 October 2013
Pelakon Jual Karipap Untuk Sara Hidup
PETALING JAYA: Pelakon Almy Nadia terpaksa menjadi penjual karipap untuk menyara hidup selepas kurang mendapat tawaran berlakon hampir setahun lalu.
Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, perniagaan kecil-kecilan itu dilakukan bersama ibunya sepanjang menetap di kampung halamannya di Pulau Pinang.
"Tawaran berlakon memang sudah lama tidak ada jadi daripada saya duduk tanpa berbuat apa-apa adalah lebih baik saya lakukan sesuatu untuk mengisi masa lapang dan mencari duit lebih seperti menjual karipap.
"Alhamdulillah karipap yang dihasilkan bersama ibu iaitu inti kentang, ayam, daging dan sardin mendapat sambutan. Ada kalanya kami menerima tempahan dalam jumlah yang besar," katanya kepada mStar Online.
Tambah Almy, hasil penjualan karipap tersebut dapat membantu meringankan beban untuk dia dan ibunya menampung kehidupan di kampung.
"Saya seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan sesiapa walaupun tidak lagi mendapat tawaran berlakon dan sekurang-kurangnya rezeki menjual karipap itu halal.
"Malah jika ada yang menjemput menghadiri acara hiburan dengan bayaran RM100 pun saya terima kerana itu adalah rezeki saya," katanya.
Dalam pada itu, Almy berkata, kemunculan ramai artis wanita baharu turut menjadi penyebab dia tidak lagi dipilih untuk membintangi drama atau filem daripada pihak produksi.
Tambah Almy, sikapnya yang tidak pandai untuk melobi kepada penerbit dan pengarah juga turut menyebabkan masalah itu menjadi lebih teruk.
"Perasaan rindu hendak berlakon itu memang ada tetapi nak buat macam mana tawaran memang tiada. Hendak meminta-minta saya segan kerana saya tidak pandai melobi penerbit.
"Tambahan pula pelakon wanita baharu semakin ramai dan lebih menyerlah berbanding diri saya yang tidak seberapa ini," katanya merendah diri.
Bagaimanapun kata Almy, dia tidak pernah meminta simpati sebaliknya berharap pihak produksi memandang kepada bakat lakonannya untuk diambil berlakon dalam drama terbitan mereka.
11 Ditahan Bantu Siasatan Pembunuhan Pegawai Bank
KUALA LUMPUR - Seramai 11 orang ditahan berhubung pembunuhan seorang pegawai bank wanita oleh pengawal keselamatan minggu lalu.
"Penahanan yang terbaru dilakukan pada Ahad di Johor," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata penahanan dibuat bagi membantu siasatan dalam mengenal pasti di mana suspek berada.
Namun beliau enggan memberitahu maklumat tentang mereka yang ditahan dan hubungan mereka dengan suspek.
Pembunuhan berlaku pada 24 Oktober lalu apabila seorang pengawal keselamatan menembak mati Norazita Abu Talib, 37, selepas beliau membuka bilik kebal Ambank di Subang Jaya.
Pengawal itu turut melarikan kira-kira RM450,000.
Polis kemudiannya melancarkan gerakan memburu pengawal itu dan menahan beberapa suspek termasuk isteri pengawal tersebut. - Bernama
Harga Naik Selepas November
KUALA NERANG - Kebanyakan peniaga di sini terpaksa menaikkan harga
makanan dan minuman selepas harga gula dinaikkan dalam Belanjawan 2014,
baru-baru ini.
Sesetengah dari mereka mendakwa kenaikan harga gula itu menyebabkan kos perniagaan mereka meningkat dan tidak mampu untuk mengekalkan harga makanan dan minuman seperti sebelum ini.
Peniaga, Md Isa Shahawatali, 52, dari Medan Selera Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) berkata, kenaikan harga gula memberi kesan kepada peniaga makanan di daerah ini.
Menurutnya, ada sahaja barangan yang naik harga dari pekedai terutamanya selepas kenaikan harga minyak baru-baru ini dan kenaikan harga gula juga sangat mengejutkan peniaga kerana ia merupakan bahan utama dalam masakan.
“Kami sudah tidak dapat bertahan lagi dan terpaksa menaikkan harga makanan dan minuman. Kenaikan harga gula ini sudah pasti meningkatkan kos perniagaan kami.
"Jika harga gula dinaikkan, sudah pasti bahan minuman berasaskan gula seperti minuman segera akan dinaikkan pengedar dan bagaimana kami nak menjualnya dengan harga lama.
Oleh itu bagi mengurangkan beban yang ditanggung, peniaga di sini terpaksa menaikkan harga makanan dan minuman pada November nanti,” katanya.
Seorang lagi peniaga, Mohd Fikri Abd Ghani, 48, berkata, kenaikan harga gula adalah sangat tinggi kepada peniaga dan ini membebankan terutamanya kepada mereka yang menjual minuman.
“Kenaikan itu sudah pasti memberi kesan kepada penjual dan pengguna. Peniaga tiada cara lagi bagi kekalkan harga lama dan terpaksa menaikkan supaya kos perniagaan tidak membebankan kepada peniaga,” katanya.
Pelajar MRSM Dipukul Dan Diugut Bunuh
GEORGE TOWN: Seorang pelajar lelaki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau di sini mendakwa dipukul sekumpulan pelajar selain menerima ugutan bunuh awal pagi Ahad.
Pelajar yang hanya ingin dikenali sebagai Arif, 16, berkata kumpulan pelajar terbabit berdendam dengannya ekoran beliau pernah menyerahkan nama mereka kepada Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) minggu lepas.
“Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, kira-kira 20 orang kumpulan pelajar tingkatan empat itu datang ke katil saya serta menarik saya ke satu sudut bilik asrama dan saya ditumbuk di bahagian perut sebanyak dua kali selain ditendang di rahang kanan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini, Isnin.
Beliau berkata, dua pelajar tingkatan lima kemudiannya menyuraikan keadaan dan Arif mendakwa dia diserang lagi buat kali kedua dengan lebih teruk pada pukul 2.30 pagi.
“Masa itu hanya lima pelajar yang datang ke katil saya dan saya ditumbuk di bahu kiri, perut selain kepala dihentak ke dinding,” katanya yang dilantik sebagai anggota LDP Jun lepas.
Arif mendakwa seorang daripada pelajar itu kemudian mengeluarkan serpihan cermin tingkap yang pecah dan berkata “kalau orang lain tak dak di sini dah lama aku bunuh hang”.
Beliau yang trauma dengan kejadian itu kini berulang alik dari rumah ke sekolah dan belum membuat keputusan untuk bertukar sekolah.
Bapa pelajar itu berkata ketika ke MRSM itu awal pagi semalam, beliau mendapati baju anaknya koyak rabak selain kepalanya mempunyai kesan bengkak serta lebam.
Arif menerima rawatan di Hospital Balik Pulau sebagai pesakit luar, katanya sambil memberitahu satu laporan telah dibuat di Balai Polis Balik Pulau pagi Ahad.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Mohd Hatta Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. – BERNAMA
Percuma Kondomium Bernilai 1 Juta
PETALING JAYA: Hasrat pelawak Nabil Ahmad untuk membeli sebuah kondominium Antara di Persiaran Gurney, Kuala Lumpur membawa tuah apabila pemaju perumahan itu bersedia memberikan rumah berkenaan secara percuma bernilai RM1.036 juta.
Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 29, berkata, pada mulanya dia sekadar ingin bertanya mengenai kondominium yang ingin dibelinya itu tetapi pihak pemaju, sanggup memberikannya satu unit percuma jika dia bersedia menjadi duta perumahan itu.
"Saya terkejut kerana pada asalnya saya sekadar melakukan 'house hunting' dan berminat dengan sebuah unit di kondominium Antara yang bernilai RM600,000 kerana harganya murah berbanding dengan perumahan lain yang agak mahal.
"Selepas membuat perbincangan, tiba-tiba pihak pemaju (Faber Development Holdings Sdn. Bhd) berminat pula untuk menjadikan saya sebagai duta kondominium tersebut selama setahun dan menawarkan sebuah unit bernilai RM1.036 juta secara percuma pada 23 Oktober lalu," katanya.
Tambah Nabil, kondominium tersebut masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2016.
Dalam pada itu, Nabil menyifatkan pemberian kondominium tersebut merupakan hadiah terbesar yang pernah diterima sejak bergelar selebriti, lima tahun lalu.
Malah ia juga sebahagian daripada rezeki anaknya, Naera Mikayla yang akan berumur setahun pada 25 November ini.
Sementara itu, Nabil berkata, dia kini bergiat aktif dalam membuat pelaburan hartanah selepas didorong oleh rakan-rakannya dan sudah memiliki tiga buah rumah termasuklah kondominium berkenaan.
"Saya juga banyak belajar daripada seorang lelaki yang hebat dalam pelaburan hartanah bernama Ahyat Ishak.
"Dan setakat ini saya telah membeli sebuah kondominium di Jalan Duta (Kuala Lumpur), dan rumah itu dihadiahkan kepada emak saya. Manakala sebuah lagi di Ara Damansara yang mana di situ saya tinggal bersama isteri (Nazirah Ayub)," tuturnya.
Nabil juga merupakan duta kepada kasut jenama Vans sejak dua tahun lalu.
28 October 2013
Celah Paha .... !!! ???
Gambar Hiasan
KOTA KINABALU: Penahanan seorang lelaki Cina warga tempatan berusia 31 tahun membawa penemuan dadah jenis kokain seberat dua kilogram (Kg) dianggarkan bernilai lebih kurang RM500,000 yang disembunyikan di pehanya ketika melalui pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Terminal Dua di sini, kelmarin.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, siasatan lanjut ke atas suspek, polis berjaya mengesan tiga lagi rakan suspek yang dalam perjalanan ke Hong Kong.
"Hasil maklumat itu, pihak kita melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menyalurkan maklumat berkenaan kepada polis Narkotik Hong Kong.
"Ketiga-tiga suspek termasuk seorang perempuan berjaya ditahan dan merampas empat Kg dadah jenis kokain dianggarkan bernilai RM1 juta yang menggunakan cara yang sama," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini, hari ini.
KOTA KINABALU: Penahanan seorang lelaki Cina warga tempatan berusia 31 tahun membawa penemuan dadah jenis kokain seberat dua kilogram (Kg) dianggarkan bernilai lebih kurang RM500,000 yang disembunyikan di pehanya ketika melalui pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Terminal Dua di sini, kelmarin.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, siasatan lanjut ke atas suspek, polis berjaya mengesan tiga lagi rakan suspek yang dalam perjalanan ke Hong Kong.
"Hasil maklumat itu, pihak kita melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menyalurkan maklumat berkenaan kepada polis Narkotik Hong Kong.
"Ketiga-tiga suspek termasuk seorang perempuan berjaya ditahan dan merampas empat Kg dadah jenis kokain dianggarkan bernilai RM1 juta yang menggunakan cara yang sama," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini, hari ini.
Kad Pengenalan Pengawal Diperiksa JPN
PUTRAJAYA
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memeriksa kad pengenalan semua
pengawal keselamatan di negara ini bagi mengesahkan identiti mereka.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara
itu akan dibuat dalam masa terdekat dan pelaksanaannya tidak melibatkan
tempoh masa.
"Pemeriksaan yang melibatkan lebih daripada 600
syarikat kawalan keselamatan ini akan membabitkan pengawal bersenjata
dan tidak bersenjata," katanya kepada media selepas menerima kunjungan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Oknha Othman Hassan, di
pejabatnya di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata pihak juga akan meneliti cadangan agar syarikat kawalan keselamatan diklasifikasi mengikut kategori.
Pada masa sama, beliau turut mendedahkan pihaknya menerima maklumat ada
pihak menggunakan lesen syarikat kawalan keselamatan dan permit senjata
api untuk tujuan lain.
"Kami telah mendapat maklumat mengenai
perkara ini dan tunggu tindakan yang akan diambil oleh pihak
kementerian dalam masa terdekat," katanya.
Langkah yang
diambil pihak berkuasa ini susulan kejadian seorang pengawal keselamatan
yang memperoleh pekerjaan itu menggunakan kad pengenalan palsu menembak
mati seorang pegawai bank ketika merompak bank berkenaan.
Dalam kejadian Rabu lepas, pegawai operasi Ambank cawangan Subang Jaya,
Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak pengawal keselamatan terbabit
ketika membuka peti besi di bilik kebal bank itu di Jalan USJ 2, Subang
Jaya.
Rentetan itu, Kementerian Dalam Negeri membatalkan lesen
syarikat kawalan keselamatan terbabit kerana gagal mematuhi syarat Akta
Agensi Persendirian 1971, sementara siasatan polis mendapati suspek yang
dikenali sebagai Ardi Hamza itu menggunakan kad pengenalan palsu serta
dipercayai berasal dari Sulawesi, Indonesia. - Bernama
Tinggalkan Kerjaya Pensyarah Kerana Isteri ..
PETALING JAYA: Suami kepada pelakon Diana Amir iaitu Mohd Habibbullah A Rahman telah melepaskan kerjayanya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah sejak enam bulan lalu.
Mohd Habibbullah berkata, keputusan itu dibuat bagi membantu isterinya menguruskan beberapa buah perniagaan termasuk jenama tudung milik Diana iaitu Diana Amir Exclusive.
“Keputusan itu dibuat kerana saya ingin meneruskan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran (PhD), sementara itu saya akan membantunya menguruskan beberapa perniagaan.
“Alhamdulillah sudah enam bulan saya membantunya dan pelbagai pengalaman baharu dapat saya belajar dan seronok dapat terlibat dalam dunia perniagaan,” katanya kepada mStar Online.
Diana sah bergelar isteri kepada Habibbullah dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya kira-kira pukul 9.30 malam pada Jumaat lalu.
Pada majlis itu Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 27, turut menerima mas kahwin sebanyak RM1,000, senaskhah Al-Quran dan cincin.
Dalam perkembangan sama, Habibbullah berkata, sebagai seorang suami, dia akan memberikan sokongan penuh kepada Diana untuk meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan.
Dia juga tidak mempunyai sebarang halangan dan yakin Diana bijak untuk memilih tawaran dan menjaga dirinya sebagai seorang wanita dan isteri orang.
“Sebelum kami berkahwin, lakonan adalah kerjayanya dan saya menerima dan akan terus memberi sokongan kepada Diana dalam apa yang ingin dia lakukan.
“Saya yakin dia pandai menjaga diri dan batas-batas sebagai seorang isteri,” katanya.
Dalam pada itu, Diana berkata, seperti mana pasangan yang sudah berkahwin dia mengharapkan rumah tangga mereka akan diserikan dengan kehadiran anak dan mengimpikan sebuah keluarga besar.
Dia dan suami memang sukakan kanak-kanak dan jika dizinkan dia ingin menimang cahaya mata secepat mungkin.
“Insya-Allah jika diberikan rezeki cepat kami sangat bersyukur dan gembira tambahan pula kami memang sukakan kanak-kanak dan mengimpikan sebuah keluarga besar,” katanya
Semporna - PPM Patahkan Cubaan Seludup Petrol
SEMPORNA:
Pasukan Polis Marin (PPM) di sini berjaya menumpaskan dua cubaan bot
pam menyeludup keluar minyak petrol bersubsidi sebanyak 1,650 liter ke
negara jiran di perairan Pulau Larapan kira-kira jam 9.30 malam Selasa
lepas.
Menurut Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohammad Madun kejayaan terbaharu itu direkodkan oleh lima anggota PPM Semporna yang menjalankan Op Landai menggunakan Bot Ronda PSC54.
“Selain bahan bakar itu, kita juga berhasil merampas empat unit enjin bot dan dua bot pam menjadikan nilai keseluruhan rampasan kita berjumlah kira-kira RM12,665 bersama empat suspek warga asing (20an hingga 50an) yang turut diberkas,” katanya di sini kelmarin.
Mohammad berkata hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua suspek warga asing berkenaan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan tidak ada sebarang dokumen yang membenarkan mereka membawa bahan bakar bersubsidi terbabit.
Beliau berkata kejayaan itu dicatatkan selepas pasukannya memintas kedua-dua bot pam terlibat yang berada dalam keadaan mencurigakan dan sedang bergerak keluar dari perairan negara menuju ke sempadan negara.
“Kesemua minyak petrol ini kita temui disimpan di dalam 50 tong plastik (30 dan 25 tong plastik) di kedua-dua bot pam terbabit,” katanya sambil menegaskan siasatan dibuka di bawah Akta Kastam atas kesalahan menyeludup.
BorneoPost
Menurut Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohammad Madun kejayaan terbaharu itu direkodkan oleh lima anggota PPM Semporna yang menjalankan Op Landai menggunakan Bot Ronda PSC54.
“Selain bahan bakar itu, kita juga berhasil merampas empat unit enjin bot dan dua bot pam menjadikan nilai keseluruhan rampasan kita berjumlah kira-kira RM12,665 bersama empat suspek warga asing (20an hingga 50an) yang turut diberkas,” katanya di sini kelmarin.
Mohammad berkata hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua suspek warga asing berkenaan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan tidak ada sebarang dokumen yang membenarkan mereka membawa bahan bakar bersubsidi terbabit.
Beliau berkata kejayaan itu dicatatkan selepas pasukannya memintas kedua-dua bot pam terlibat yang berada dalam keadaan mencurigakan dan sedang bergerak keluar dari perairan negara menuju ke sempadan negara.
“Kesemua minyak petrol ini kita temui disimpan di dalam 50 tong plastik (30 dan 25 tong plastik) di kedua-dua bot pam terbabit,” katanya sambil menegaskan siasatan dibuka di bawah Akta Kastam atas kesalahan menyeludup.
BorneoPost
27 October 2013
Serah Tubuh Kerana Dadah
DUNGUN - Bukan sahaja disisihkan masyarakat kerana terlibat najis dadah, malah lebih malang lagi apabila terpaksa menjadi perempuan simpanan tauke dadah bagi membolehkan dia mendapatkan wang untuk meneruskan kehidupan.
Pengalaman hitam itu dikongsi janda muda tiga anak, Ina (bukan nama sebenar), 23, yang ditahan polis di rumahnya dekat Paka, kerana disyaki memiliki dadah.
Ina berkata, bagi membesarkan tiga anak berusia antara 3 hingga 8 tahun, dia terpaksa bekerja sebagai pelayan kedai makan dengan pendapatan kira-kira RM30 sehari.
Katanya yang sudah dua kali gagal dalam rumah tangga, dengan pendapatan tidak seberapa itu, dia terpaksa membelanjakan sebahagiannya untuk keperluan anak-anak, manakala selebihnya disimpan untuk membeli bekalan dadah.
"Saya sedar ambil dadah salah di sisi undang-undang, namun mana-mana individu yang terjebak sama ada lelaki atau wanita, pasti sukar untuk meninggalkannya. Apatah lagi kami sering dihampiri pembekal.
"Saya sudah beberapa kali keluar masuk penjara, tapi keadaan tetap sama. Malah kadangkala bertambah buruk lagi apabila keluar penjara.
"Saya memang mahu keluar dari tempat ini agar tidak bertemu mereka lagi, tapi bagaimana nasib anak saya? Siapa nak menjaganya?” katanya.
Ina yang sudah beberapa kali menjalani rawatan di pusat pemulihan dan dipenjarakan kerana kesalahan dadah berkata, dia memang ada niat untuk meninggalkan amalan terkutuk itu, namun sebagai insan dangkal pengetahuan agama dan disisihkan keluarga, dia terpaksa melupakan hasrat murni itu kerana tiada sokongan.
Buat masa ini katanya, dia tidak mampu berbuat apa-apa lagi untuk keluar daripada lembah hina itu walaupun sedar dalam keadaannya kini, tiada lelaki ingin memperisterikannya dengan cara baik, sebaliknya menghampirinya hanya untuk melepaskan nafsu.
“Dalam keadaan begini, ramai mencemuh saya, bukannya benar-benar ikhlas untuk membantu. Memang sudah nasib saya begini, saya reda. Tapi sampai bila saya harus begini? Ia takkan berakhir sampai bila-bila.
"Jika ada lelaki yang ikhlas, saya sanggup berkongsi kasih dengan menjadi isteri kedua atau ketiga. Asalkan saya dapat keluar daripada jalan terkutuk ini,” katanya.
Ina ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis methampethamine dalam straw yang difahamkan disembunyikan dalam coli dipakainya dan kini disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)