12 October 2013

Bojan Hodak, Kelantan Hampir Pasti Berpisah. TRW Tidak Mampu Bayar Gaji RM800,000

 nojan-hodak-kelantan

KUALA LUMPUR : Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak hampir pasti akan meninggalkan pasukan itu musim depan selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dikatakan tidak akan memenuhi permintaan gaji yang tinggi daripada pengendali itu musim depan.
Jurulatih kelahiran Croatia itu yang mencipta gemilang bersama Kelantan berjaya membawa The Red Warriors (TRW) memenangi tiga piala musim lalu dikatakan akan berpindah ke T-Team ataupun Pulau Pinang. Kekosongan bakal ditinggalkan Bojan itu dijangka diisi bekas jurulatih Perak, Steve Darby.

Ramai pindah
Menurut sumber, selain Bojan, Kelantan juga bakal kehilangan beberapa tonggak utama musim depan termasuk pemain ‘otai’ mereka iaitu, Indera Putra Mahayuddin yang turut diintai T-Team.

Tak mampu tunai
“KAFA tidak mampu memenuhi kehendak Bojan yang meminta gaji sebanyak RM800,000 semusim, semestinya kemampuan kantung pasukan menjadi keutamaan TRW sebelum membuat keputusan. “KAFA sudah membuat tawaran termasuk kenaikan gaji kepada Bojan, namun, beliau membisu dan terus berharap agar permintaan itu ditunaikan pengurusan,” katanya ketika ditemui.
Sebelum ini enam tonggak utama Kelantan iaitu, Norfarhan Muhammad, Shakir Shaari, Zairo Anuar Zailani, Daudsu Jamaluddin, Azizi Mat Rose dan S Subramaniam hampir pasti menyertai JDT musim depan.
Penyerang import prolifik Kelantan, Dickson Nwakame juga bakal meninggalkan pasukan itu untuk kembali menyertai liga luar negara selain Ahmad Fakri Saarani juga dikatakan akan turut angkat kaki.

Bincang dengan Indra
TRW kini dikatakan dalam proses perbincangan dengan Indra bagi memastikan pemain itu terus kekal di Kelantan untuk terus bergandingan dengan kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi ataupun lebih dikenali sebagai Piya.
“Indra menerima tawaran gaji sebanyak RM55,000 sebulan daripada pasukan berkenaan, begitu juga gaji lumayan turut ditawarkan kepada Piya oleh FELDA United.
“Bagaimanapun pemain Negeri Sembilan, Ahmad Shakir Mohd Ali akan bersama Kelantan musim depan selain Nurul Azwan Roya yang kini bersama JDT turut diberikan tawaran untuk kembali bersama TRW,” katanya. – Beritaharian.

Vivian mahu bunuh diri?




12 Oktober 2013

Selepas dihujani dengan pelbagai tohmahan dan kontroversi, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin, seolah-olah "lenyap" dari dunia siber yang menjadi "pemusnah" kepada kehidupan mereka selama ini.

Namun dua hari lalu, pasangan yang menggelarkan diri sebagai Alvivi ini kembali muncul dengan sebuah klip video pendek berjudul "Regret".

Klip video yang berdurasi satu minit lima puluh sembilan saat itu memaparkan Vivian yang mengenakan gaun putih dengan ekspresi wajah penuh emosi.

Klip video yang ditulis dan diarahkan sendiri oleh Alvin ini seolah-olah menunjukkan kekesalan watak dalam klip ini yang dilakonkan oleh Vivian dengan apa yang telah dilakukan selama ini.

"Saya fikir susah menjadi orang dewasa..., apabila saya mengikut kata hati saya, semua orang mengatakan saya salah," antara skrip yang dilontarkan dalam klip video itu.

Sebelum itu, klip video memaparkan bagaimana kehidupan Vivian ketika dia kecil, di mana dia diajar untuk mengejar cita-cita, yakin dengan diri sendiri, bersuara lantang namun semua itu berbeza apabila usianya menginjak dewasa.

Menurut klip video itu, semuanya berubah dan orang mula membenci apabila dia cuba menjadi dirinya dan melakukan apa yang dia rasakan betul sehinggakan orang yang disayang juga enggan menyayanginya lagi.

"Sebenarnya saya penat, mereka menang, saya kalah....," ujar Vivian dalam nada penuh kesah.

Babak akhir pada klip video itu menunjukkan Vivian mengelar lengannya dan menamatkan "perjuangannya".

"Mungkin ini adalah masa untuk menamatkan perjuangan bermakna saya sekaligus... hanya dengan satu tindakan segera," katanya lagi yang dipetik dalam klip video yang dimuatnaik di YouTube pada Rabu lalu.

Sehingga hari ini video itu sudah disaksikan lebih 60,000 pengunjung YouTube.

Pasangan bloggers seks, Alvivi sebelum ini ditahan selama lapan hari atas kesalahan mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik gambar yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi telah membenarkan Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee May Ling, 24, diikat jamin bersyarat, selepas membuat semakan kehakiman mengikut Seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Seksyen 323(1) Kanun Acara Jenayah.

Pasangan itu dilarang memuat naik sebarang artikel, komen dan penulisan menghasut serta memuat naik gambar lucah dan jelik yang boleh menimbulkan unsur perkauman dan menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin turut mengenakan syarat kepada kedua tertuduh iaitu mereka perlu menyerahkan pasport, dilarang menggunakan peranti komunikasi rangkaian yang boleh diakses kepada Internet dan melaporkan diri di balai polis berhampiran pada hari pertama setiap bulan. - SinarHarian

ADA BRANI .... ?? KPN AJAK MP PR Sertai Ops Cantas!!! @PDRM



Wow!!! Nak jadi hero kepada penjenayah sangat kan? Apa lagi, jalan telah dibuka oleh KPN untuk beliau praktikkan SOP bagai dalam menangani penjenayah. Tapi tak tahu la kalau penjenayah itu semua di bawah "jagaan" beliau. Maklumlah, sebangsa!!

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mempelawa Ahli Parlimen PKR, N Surendran untuk menyertai operasi polis berdepan dengan penjenayah.

Khalid membuat pelawaan tersebut melalui Twitter malam tadi.

Menurutnya, MP Padang Serai itu akan disediakan dengan perlindungan yang mencukupi dalam bentuk perisai badan sekiranya beliau menerima pelawaan tersebut.

Ketika dihubungi, Surendran yang juga naib presiden PKR memberitahu bahawa beliau tidak pasti sama ada ketua polis negara itu serius dalam membuat pelawaan tersebut.

Bagaimanapun, Surendran (kanan) berkata beliau tidak ragu-ragu untuk menerima pelawaan tersebut.

"Jika beliau serius, maka saya bersedia untuk menerimanya," katanya sambil menambah bahawa beliau bersedia berdepan dengan risiko sepertimana yang dihadapi oleh anggota polis.

"Saya bersedia untuk melakukan ini demi kepentingan mewujudkan sistem keadilan jenayah yang lebih baik," katanya.

Surendran, seorang peguam yang menjadi ahli politik, lantang mengkritik pihak polis berkaitan dengan penggunaan kekerasan yang berlebihan.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada beliau serius membuat pelawaan tersebut, Khalid memberitahu: "Ya... kenapa tidak? Jika beliau (Surendran) mahu."

Dengan itu, tambah Khalid, Surendran boleh melihat sendiri apa yang anggotanya perlu berdepan dan risiko yang mereka hadapi untuk memastikan negara ini selamat.

Bagaimanapun, tawaran itu bergantung kepada kesediaan Surendran menandatangani perjanjian indemniti jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. - BeliaBangkit

OPS RAMBO - Silent Killers

KISAH BENAR : "OPS RAMBO II" - KISAH DARI VETERAN!!





Berlatar belakangkan seorang tentera komando Filipina berbangsa Suluk yang dilatih oleh US Marine. Beliau telah menembak mati seorang Datuk Bandar dan di hadapkan ke Mahmakah Tentera Filipina. Bagaimana pun beliau dapat meloloskan diri setelah menembak seorang pegawai tentera berpangkat Jeneral yang mengadili perbicaraan di dalam Mahkamah Tentera dengan bantuan keluarga dan rakan2. 

Di situ berlakunya kejadian tembak menembak dan pengeboman di kawasan mahkamah. Beliau melarikan diri dengan dibantu oleh rakan2 menyeludup masuk ke Sabah secara haram dan bersembunyi di Pulau Jampiras dan akhirnya membina penempatan baru di sebuah pulau bernama Kg. Semangat (berhadapan dengan jeti di Pejabat Pos, Sandakan). 



Pengalamannya sebagai seorang anggota tentera terlatih telah membantu Rizal dalam mengukuhkan kubu serta penempatan kumpulannya dengan begitu taktikal. Selama menjadi pelarian dan pendatang asing tanpa izin, beliau telah menjalankan aktiviti2 penyeludupan dan melanun kapal2 dan perahu nelayan. Kumpulan Rizal juga banyak melakukan rompakan di laut serta menguasai penyeludupan rokok kretek dan merupakan pembekal utama dari Sandakan – Lahad datu –Kunak – Semporna di ketika itu. 

Kerjasama sempadan antara polis dan tentera Malaysia dengan Filipina telah di adakan untuk operasi memburu dan menangkap Rizal Aleh . Maka Ops Rambo 1 di awal 90’an telah di jalankan oleh pihak Regimen Gerak Khas (RGK) namun usaha misi yang hampir berjaya itu tidak berhasil kerana tipu helah dan kemahiran Rizal meloloskan diri di samping bantuan dari ahli2 kumpulan beliau. Rizal Aleh juga di ketahui mempunyai pelbagai ilmu kebal dan boleh berubah rupa bentuk fizikal (itu adalah lapuran yg di berikan oleh pihak risikan).

Maka pada April, 1992 Pasukan Komando VAT69 di arahkan untuk mengambil tugas menangkap hidup Rizal Aleh bersama kumpulannya. ASP. Mohd. Noor Razak telah di berikan mandat untuk menubuhkan sebuah pasukan dalam usaha menjayakan misi “Ops Rambo II”. ASP. Mohd. Noor telah memilih keanggotaan seramai 24 orang terdiri daripada pegawai dan anggota VAT69 dari Bravo Sqdn untuk menjalani latihan di kawasan paya bakau sebagai menghadapi keadaan mukabumi di kawasan kubu Rizal. Ops Rambo II juga merupakan sejarah baru bagi VAT69 dengan penglibatan Unit Selam Tempur yang baru di tubuhkan pada ketika itu.

Tanggal Jun, 1992 “semboyan perang” yang di tunggu2 oleh “The Silent Killer’s” kini tiba ketika mereka sedang asyik bermain bola jam 2 ptg. Setelah mendapat taklimat ringkas semua anggota dan pegawai membuat persediaan dan menaikkan kelengkapan ke dalam kenderaan masing2 dan terus berangkat ke BA dari pengkalan VAT69. Taklimat gerakan di berikan di Bilik Gerakan BA dan seterusnya VAT69 di terbangkan khas secara “sulit” ke bumi Sabah. 

Setelah mendarat di Kota Kinabalu VAT 69 di sambut oleh sekumpulan pasukan Cawangan Khas yang menguruskan perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan yang mengambil masa berjam2 dan bertukar2 kenderaan untuk mengaburi kehadiran “The Silent Killer’s”. Semua pergerakan adalah rahsia dan hanya pihak Cawangan Khas tertentu sahaja yang mengetahui pergerakan VAT69 di sana. Seperti biasa… VAT69 dengan di bantu oleh Cawangan Khas telah mengumpulkan pelbagai maklumat dan pelbagai rancangan dengan mengambil kira berbagai faktor..




..... DRAGON yang baru sampai ke “SafeHouse” di berikan taklimat oleh Black Cat di atas semua maklumat yang telah di terima dari Echo dan pergerakan anggota “The Silent Killer’s”. DRAGON memaklumkan bahawa ada perubahan arahan penugasan daripada “Strike Out” kepada “Sniper Option”. Black Cat menerima arahan dan merancang strategi bersama semua anggota untuk melaksanakan arahan tersebut. Maka Team Sniper mula membuat perancangan cara untuk merapati kubu Rizal yang begitu tersusun ciri2 keselamatannya. TInjauan udara yang di buat dengan kerjasama Unit Udara PDRM telah dapat merakamkan beberapa maklumat penting tentang seluruh kawasan kubu penempatan Rizal &The Gang. 

Rizal yang merupakan seorang yang berpengalaman dalam taktikal perang dan mempunyai pengaruh yang kuat dan sokongan dari sebilangan penduduk tempatan yg berasal dari suku Suluk, Bajau dan Jawa (jangan di politikkan pulak pasal isu suku2 ni) Ini telah membantu beliau dalam membina penempatan yang siap dengan pos sentri, 3 buah kelong berbentuk anak panah, menebang pokok2 bakau di belakang rumah agar mudah melihat pergerakan, menutup laluan sungai di belakang penempatan beliau dengan pokok2 bakau yang di tebang dan di tanam semula secara terbalik (ianya bertujuan agar bot2 polis tidak boleh menghampiri dari arah belakang kecuali ketika air pasang sahaja).


BlackCat, Ghost & TomCat serta anggotanya membuat penyamaran sebagai PATI di pasar dan nelayan dalam usaha mengumpulkan sebanyak mungkin info tentang laluan masuk team TomCat dan team Ghost. Kerjasama erat diantara VAT69 dengan pihak Echo dari dahulu lagi telah banyak membantu di dalam urusan komunikasi dan logistik. Sementara anggota Team Assault & Sniper mempersiapkan peralatan hadir seorang lelaki tua bersama Echo 1(Tango Alpha) dan bertubuh sasa. Beliau yg menggunakan kod “SM”… bukannya pangkat Sarjan Mejar tapi seorang “Sea Master”. Memang “respect” sebab SM boleh memandu speedboat dalam kelajuan maximum di malam hari tanpa bantuan lampu spotlights. Pendek kata setiap sudut dan batu @ tiang di sepanjang perairan Sandakan, SM tahu selok belok kedudukannya. 




Begitulah penugasan kumpulan “The Silent Killer” setiap hari membuat penyamaran dan mengumpulkan maklumat serta membuat perancangan serangan dan rehearsal. Untuk mengelakkan daripada di hidu pergerakan dan menjaga moral pasukan … Black Cat telah menggesa kelulusan daripada pihak Bravo Alpha untuk memberikan “final instruction” agar misi ini boleh di selesaikan segera. Akhirnya… Jam 1.00 petang Black Cat di panggil untuk berjumpa dengan “Messenger” dari Kilo Papa November di sebuah lokasi rahsia di Sandakan dengan arahan melaksanakan operasi “Mission Impossible”. Ini adalah kerana Black Cat di arahkan untuk “Tangkap Hidup” Rizal Alih &a The Gang. 

Selepas solat maghrib dan makan malam… Dragon, Black Cat, Ghost dan TomCat memanggil semua anggota kumpulan untuk menyampaikan arahan dan misi “ Mission Impossible”. Semuanya tenang mendengar taklimat dengan semangat berkobar2 sambil terselit bahan jenaka yang di suarakan oleh penglipurlara kami iaitu “Papa Mike”. 

Bermula dari situ… Operasi “Ghost Protocol” yang di rencanakan mula memainkan peranan masing2 oleh semua anggota kumpulan. Selain membuat persiapan persenjataan, perancangan strategi, perincian semua maklumat dan menjalankan raptai serangan seperti yang telah di rancang. Bagi merealisasikan penyamaran, kami telah beberapa kali melakukan raptai latihan bagi memastikan setiap anggota yang terlibat benar-benar dalam keadaan siap sedia untuk melaksanakan tugas yang sememangnya merbahaya dalam misi “Mission Impossible” ini.




Dragon dan Black Cat telah memaklumkan kepada pasukan sahabat di mana projek “Ops Rambo II” telah di batalkan dan mohon bantuan 5 buah kenderaan dari Briged Sabah untuk menghantar pulang pegawai dan anggota VAT69 Komando ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada keesokan harinya. Apa yang menarik adalah berita “Kumpulan Rhoma Irama”(panggilan glamor VAT69 di kalangan penduduk tempatan) sudah heboh di sekitar Sandakan. Anggota kumpulan “Rhoma Irama” pun keluar ke bandar untuk meraikan penugasan di Sandakan seolah2 berita itu adalah benar. 

***Teringat lagi suasana di panggung BDC, pasar Sandakan, ketika minum “milo nai” di Station Bus, kunjungan ke kelab malam untuk berjumpa dgn “Si Kudung Yg Bertongkat” selaku “Menteri Komunikasi Pirates of Sandakan” (dah di “deletekan” rasanya). Semuanya adalah kenangan manis…***

Keesokannya harinya“pilot2” dari Briged Sabah yang datang sehari sebelum berangkat membantu kami menaikkan barang2 ke trak datang dengan berpakaian kemas dan ingin membawa kami ke Kota Kinabalu. Kami yang berpakaian untuk pulang terus menahan pilot2 tadi seperti yang di rancang dan Whistle telah di arahkan untuk memberikan “pilot2” tersebut makan & minum dan mengambil handphone masing2 serta menguncikan mereka di dalam bilik. Ini telah membuatkan mereka semua terpinga2…

Manakala Dragon dan Black Cat mengarahkan semua berkumpul dan membuat taklimat gerakan terakhir dgn memberikan penugasan kumpulan masing2. Setelah semuanya bersiap sedia… bacaan doa selamat di adakan mohon penugasan “Mission Impossible” ini berpihak kepada kami dan moga tiada melibatkan sebarang kematian.




Pasukan The Silent Killer ini dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil:

1 kumpulan Strike/Arrest, 
1 kumpulan Assault/bantuan bergerak merapati sasaran, 
1 kumpulan Sniper yang di tempatkan di pulau yang berhadapan dengan kawasan sasaran.

Setelah selesai taklimat gerakan… semua anggota kumpulan bergerak ke lokasi masing2 dalam keadaan penuh taktikal. Black Cat(selaku Ground Cmdr) dibantu oleh Echo One yang bertindak sebagai penunjuk jalan bersama 5 anggota menyamar dan memainkan peranan sebagai wakil kumpulan yang menyokong pihak pengganas untuk berunding serta berdamai. 

Semua lakunan berjaya menyakinkan Rizal bahawa orang-orangnya yang menunggu di dalam bot yang 1 lagi (yg kononnya pembawa makanan) bercadang menyerahkan bekalan makanan itu kepada kumpulan Rizal sebelum mereka pulang ke kampung.

Rizal Alih yang ketika itu di kelilingi oleh 4 orang Pengawal Peribadi terpedaya dengan lakunan hebat Black Cat dan lain2 bersetuju menerima hantaran bekalan makanan tersebut. Isyarat kepada kumpulan bantuan untuk merapati rumah Rizal di berikan. Semasa bot itu sedang merapati rumah tersebut, Rizal yang tadinya duduk bersebelahan Black Cat bangun menuju ke pintu yang menghampiri anak tangga susur turun ke bot untuk merapati untuk melihat kumpulan yang menghantar bekalan sambil kedua2 tangan memegang rangka pintu rumah tersebut. 

Di ketika ini… 2 anggota yang di tugaskan untuk menjatuhkan tubuh Rizal dari tadi menunggu dengan sabar dan senyuman pabila masa yang sesuai telah tiba. Tanpa menunggu masa yang lama anggota A + B bertindak pantas dengan merempuh tubuh Rizal (ala ahli gusti menjatuhkan lawan) ke dalam bot yang tersedia ada di depan pintu tadi bersama2. Suasana yang tadinya tenang kini telah bertukar tegang dan riuh rendah. Rizal dengan pantas menjerit dalam bahasa Tausug memberi arahan tembak . Rizal yang cuba melepaskan diri dengan menendang dan meronta2 mengakibatkan berlaku pergelutan di dalam bot di antara mereka.

Kejadian yang berlaku begitu pantas… 2 lagi anggota menangkap terdiri dari C + D bertindak pantas tanpa melengahkan masa serentak bertindak menangkap dan terus menggari bapa Rizal yang bersenjatakan parang berukuran 3 kaki panjang. Bapa Rizal melawan dan bertindak ganas serta cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam laut. Bagaimanapun bapa Rizal berjaya juga ditangkap dan di gari akhirnya.

Semuanya berlaku di dalam satu masa yang singkat… dimana berlaku kejadian tembak menembak antara Black Cat dan pembantu peribadi Rizal. Seorang pengikut Rizal yang berada begitu hampir dengan Black Cat terus menembak kearahnya dan sebutir peluru telah mengenai tapak tangan kiri Black Cat dan dengan pantas Black Cat menjatuhkan badan sambil draw pistol yang di sembunyikan di pinggang dan membalas tembakan kearah penembak yang terus melarikan diri ke bahagian belakang rumah. 

Tiba2.. kedengaran bunyi tembakan pistol dari arah kiri dan mengenai kaki kiri Black Cat dan menyebabkan beliau segera terjun ke dalam bot untuk mengecilkan sasaran tembakan.


Melihat keadaan anggota A + B yang masih berhempas pulas untuk menangkap Rizal..Black Cat yang ibarat harimau luka terus menrkam Rizal dan menghentak kepalanya dengan bud pistol dan akhirnya Rizal terkulai layu dan dengan segera mengikat dan membalutnya dengan menggunakan jala-jala ikan yang ada di atas bot itu. Maka Rizal dengan segera di bawa keluar dari kawasan tersebut menaiki sebuah bot untuk di bawa ke Sandakan dan terus ke Balai Polis, Kota Kinabalu. Manakala Black Cat yang terkena tembakan di bawa ke hospital berhampiran untuk rawatan.



Maka berakhirlah kisah legacy Rizal Alih yang di anggap sebagai wira dan di sanjungi oleh masyarakat Sulu di Zambaonga. Begitulah juga kisah bagaimana perjuangan anggota VAT69 Komando yang telah mengambil masa selama 47 hari berada di Sabah ketika itu. Beberapa operasi lain turut di jalankan selepas itu dan aktiviti lanun dapat di lumpuhkan secara total dengan kehadiran VAT69 –The Silent Warrior di bumi Sabah. 

Apa pun nukilan dari admin di sini bukanlah untuk menunjukkan kehebatan VAT69 Komando TETAPI hanya untuk menceritakan kisah2 Perjuangan Semalam buat pengetahuan masyarakat bahawa WUJUDnya sebuah Pasukan Komando Polis di dalam PDRM yang mempertahankan maruah dan kedaulatan Negara. Bukan pangkat, bukan pingat yang mereka pinta.. cukuplah sebuah penghargaan yang ikhlas dan hargailah kemanan yang telah di perjuangkan selama ini.


kredit:VAT69-PerjuanganSemalam

Uji kaji makan diri

Capture

Kuala Krai: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang melakukan eksperimen menjerat ayam dengan menjadikan dirinya sebagai bahan uji kaji, maut apabila lehernya terjerut selepas dipercayai memasukkan kepala ke dalam perangkap itu di Kampung Bedal, Bukit Sireh, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.15 pagi, Muhamad Idham Yusof, dikatakan menggantung seutas wayar pada alang dapur rumahnya sebelum mencuba keberkesanan jerat itu dengan memasukkan kepalanya ke dalam perangkap sambil berdiri di atas kerusi.
Bagaimanapun murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bedal itu dipercayai tergelincir daripada kerusi menyebabkan wayar berkenaan menjerut lehernya.
Mayat anak ke-11 daripada 12 beradik itu dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat dan disahkan meninggal dunia akibat ‘asphyxia’ atau lemas kerana kekurangan oksigen dalam otak.
Jenazah mangsa dituntut ahli keluarganya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bedal, malam tadi.
-HMetro.

Pengalaman Penumpang Mas Wings

"Saya tidak dapat mengeluarkan juruterbang kerana ruang yang sangat sempit menyebabkan tangan saya tidak dapat menjangkau atau memegang apa-apa. "Keluar...!" jerit saya sekuat hati kepada semua penumpang setelah membuka tali pinggang seorang makcik di sebelah saya dan menarik kaki seorang kanak-kanak untuk menyelamatkannya."



Demikian situasi cemas diceritakan oleh Irwansyah Einin, 23, ketika pesawat jenis Twin Otter milik MASwings tergelincir dan terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Kudat di sini semalam.

Irwansyah merupakan seorang daripada penumpang pesawat itu memberitahu, dia berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu kecemasan di belakang tempat duduk pembantu juruterbang.
Katanya, selepas berjaya keluar, dia mengambil keputusan masuk kembali ke dalam pesawat untuk menyelamatkan juruterbang tetapi gagal.

"Bau minyak enjin yang menerpa hidung dan asap kelihatan dari tempat duduk juruterbang membuat saya terpaksa keluar. 
"Saya yang berasa amat sedih sempat bercakap dalam hati, 'saya minta maaf, saya minta maaf, saya tak dapat selamatkan tuan', lalu saya keluar menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di Hospital Kudat di sini hari ini.
Menceritakan detik awal kejadian, Irwansyah berkata, penumpang dimaklumkan bahawa mereka akan mendarat namun roda pesawat tidak dapat menyentuh landasan lalu kapal terbang itu membuat cubaan mendarat kali kedua.



Katanya, ketika cubaan mendarat kedua, roda pesawat telah menyentuh landasan namun angin kuat menyebabkan pesawat tersasar ke sebelah kanan landasan.
Tambahnya, dia kemudian terasa roda pesawat telah melanggar sesuatu menyebabkan pesawat itu menegak sebelum senget ke kanan membuatkan sayap kanan melanggar pokok.

"Tidak terdengar sebarang jeritan kerana insiden berlaku dengan pantas. Cuma setelah saya menjerit agar semua keluar, barulah keadaan menjadi kelam-kabut," katanya.
Irwansyah yang merupakan kerani di sebuah syarikat swasta di Kota Kinabalu, dalam perjalanan balik ke Sandakan untuk menghadiri temuduga di Jabatan Kesihatan, Sandakan. 
 
kredit:beliabangkit

Taufan Gergasi Membadai India

pix_gal1 (1)
Nelayan di Ganjam menarik bot ke tepi pantai, ketika Taufan Phailin dijangka membadai timur India esok.

 

Bhubaneswar: Ratusan ribu penduduk di pantai timur India mula meninggalkan kediaman masing-masing dan mencari perlindungan di tempat selamat bagi menghadapi taufan gergasi Phailin dengan dengan saiznya sebesar separuh negara itu.
Taufan Phailin juga disifatkan taufan paling ganas, dengan kelajuan angin antara 210 hingga 220 kilometer sejam selepas ribut besar mengorbankan 10,000 orang 14 tahun lalu.
Ombak besar setinggi 3.5 meter mula melanda pantai di negeri Andhra Pradesh, sehari sebelum Phailin dijangka membadai wilayah itu.
Imej satelit menunjukkan kedudukan Phailin berada pada jarak 500 kilometer dari pantai Teluk Bengal dan diramal membadai wilayah timur India petang esok.
Beberapa ahli kaji cuaca menyamakan saiz dan kekuatan Phailin dengan taufan Katrina yang melanda pantai Amerika Syarikat dan New Orleans pada 2005.
260,000 sudah dipindah
Pihak berkuasa di Andhra Pradesh dan Odisha berkat kira-kira 260,000 orang sudah dipindahkan ke kawasan selamat dan ramai lagi dijangka dipindahkan menjelang lewat petang ini. Bagaimanapun sebilangan penduduk dilaporkan enggan meninggalkan rumah dan mendakwa tidak menerima arahan berpindah.

Jabatan Meteorologi India berkata Phailin akan melanda kawasan antara Kalingapatnam dan pelabuhan utama di Paradip, Odisha.
Pusat Amaran Bersama Taufan Tentera Laut Amerika meramalkan angin kencang sehingga 305 kilometer sejam.
“Kami bercadang memindahkan kira-kira 100,000 keluarga di daerah Ganjam menjelang pagi esok,” kata Pesuruhjaya Bantuan Khas Odisha, Pradeep Kumar Mohapatra kepada REUTERS.
Pihak berkuasa negeri berkata 5,000 keluarga sudah berpindah ke pusat pemindahan dan sekolah.
Pusat pemindahan itu dilengkapi dengan catuan makanan manakala cuti untuk kakitangan kerajaan dibatalkan.
Kerajaan menyiarkan amaran puting beliung menerusi pembesar suara serta melalui radio dan televisyen ketika tiupan angin pertama dirasai di pantai dan ibu negeri ini.

Diarah berpindah

Penduduk yang tinggal di dalam pondok dan kawasan tanah rendah diarahkan berpindah ke pusat pemindahan puting beliung, bangunan tinggi dan tempat selamat lain.
Pihak berkuasa bekata helikopter juga sedang bersiap sedia di Barat Bengal, untuk mengagihkan paket makanan kepada penduduk yang tinggal di kawasan terpencil.
Pihak berkuasa India memberi amaran kerosakan teruk ke atas tanaman, rumah kampung dan bangunan lama selain gangguan bekalan air, elektrik dan perkhidmatan kereta api.
- REUTERS

Wawa Zainal Sah Aeril Zafel Punya

Setelah sekian lama berdolak-dalik, akhirnya pasangan artis, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal membuat pengakuan bahawa mereka sebenarnya telah bernikah pada awal 2012 lagi.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia, tanpa mengumumkan kepada pihak luar.

Bagaimanapun, atas permintaan keluarga pihak perempuan, mereka sekali lagi bernikah pada 24 Ogos lalu di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor.


"Kami telah pun bernikah. Justeru, status anak kami yang sebenarnya sudah terjawab," kata Aeril kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini hari ini.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Ahmad Fakhruddin Attar pada 24 Ogos lalu.

Sebelum ini baik Aeril mahupun Wawa enggan berterus terang soal status mereka sehingga mengundang pelbagai kisah sensasi.

Malah, Wawa menjadikan alasan dihimpit 'penyakit misteri' sebagai alasan untuk bercuti daripada melakukan aktiviti seni daripada majikannya, Metrowealth International Group, ketika dia sedang mengandung.

Pasangan ini beberapa kali berdolak-dalik dan memberi pelbagai alasan kepada pihak media berhubung status mereka meskipun pihak media telah berjaya mendedahkan status sebenar pasangan tersebut. - UTUSAN ONLINE

TERKINI - Wanita Terselamat Selepas Ditembak Di Persimpangan Lampu Isyarat!!


 

TERKINI - Wanita Terselamat Selepas Ditembak Di Persimpangan Lampu Isyarat!!
Alhamdulillah, selamat. Seorang wanita yang memandu proton Persona mengalami saat-saat mencemaskan apabila ditembak ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat berdekatan Balai Polis Binjai.

Butiran lanjut :

KES MELEPASKAN TEMBAKAN DI TEPI BALAI POLIS BINJAI.

KEJADIAN BERLAKU L/KURANG 1840 HRS.
MANGSA 1 (PEREMPUAN/MELAYU)
NAMA : NURUL ATIKAH XXXXX
K/P : 9xxxx.xx.xxx6.
ALAMAT : KG. XXXX BINJAI.

MANGSA MENAIKI M/KAR JENIS PERSONA NO PENDAFTARAN : W** 5**9 DARI RUMAH KG KARANG UNTUK KE K/KERIAN.

APABILA SAMPAI DI TRAFIK LIGHT BINJAI DALAM KEADAAN BERHENTI KERANA LAMPU MERAH,MANGSA TELAH DI TEMBAK 2 DAS TEMBAKAN DIBAHAGIAN LENGAN KANAN DAN TAPAK TANGAN KANAN.

MANGSA TELAH DIBAWA KE WAD KECEMASAN DI ZON KUNING HUSM UNTUK RAWATAN LANJUT.

SUSPEK DIPERCAYAI 2 (L) (M) MENAIKI M/SIKAL JENIS YAMAHA 135 LC WARNA MERAH DAN BERTOPI KELEDAR WARNA HITAM NO PENDAFTARAN TIDAK PASTI.

TINDAKAN : TELAH MAKLUM KEPADA KJSJ DAN T/KJSJ
 
sumber:VAT69-PerjuanganSemalam

10 October 2013

Bajet 2014 - Cuepacs Minta Kenaikan Elaun Dan Bonus


 Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan memperuntuk pemberian bonus dua bulan dan menaikkan beberapa elaun tetap termasuk perumahan dan sara hidup kepada 1.4 juta penjawat awam dalam Bajet 2014.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kerajaan perlu memberi bonus dan kenaikan elaun itu berikutan peningkatan kos sara hidup terutamanya setelah subsidi petrol dikurangkan baru-baru ini.

Menurutnya Cuepacs amat berharap imbuhan tetap perumahan dinaikkan mengikut gred setelah 15 tahun berada pada paras sama selain mengambil kira ketidakmampuan golongan rendah dan sederhana memiliki rumah berikutan harga semakin meningkat kini.

Cuepacs turut memohon elaun sara hidup (Cola) antara kawasan bandar dan luar bandar diselaraskan kepada RM300 kerana kos sara hidup di semua kawasan tidak banyak berbeza.

Kongres itu juga mahukan kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan untuk penjawat awam daripada 4 peratus kepada 1 peratus berikutan kenaikan harga rumah.

Sementara itu, Omar berkata, Cuepacs menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengenai pelepasan cukai untuk golongan berpendapatan sederhana yang dijangka diumum dalam bajet kali ini.

Bagaimanapun, Omar berharap kerajaan dapat memberikan lebih banyak mekanisme subsidi kepada golongan itu kerana mereka tidak layak menerima bantuan lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinikmati golongan berpendapatan rendah.

"Sudah tentu ini berita gembira buat kita jika ia diumumkan. Namun, kita berharap lebih banyak bantuan atau subsidi lain diumum untuk penjawat awam," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Bajet 2014 pada 25 Oktober ini. - Bernama

Ribut Di Arafah - 7 Jemaah Malaysia Cedera




MAKKAH, 10 Okt (Bernama) -- Hujan ribut di Arafah petang semalam yang
mengakibatkan beberapa buah khemah untuk jemaah Malaysia runtuh tidak
menjejaskan persiapan Tabung Haji (TH) untuk menguruskan jemaah menunaikan wukuf
empat hari lagi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata
khemah-khemah yang runtuh itu adalah yang belum siap dipasang dan belum diikat.
Katanya cuaca hujan dan banjir kilat menjelang musim haji adalah kes biasa
dan pengurusan TH bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
"Menjelang musim haji, kedua-dua masjid iaitu Masjidil Haram dan Masjidil
Nabawi akan mengadakan solat hajat dan berdoa memohon hujan dan hujan menjelang
musim haji adalah perkara biasa berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas...
Insya-Allah kita akan gunakan pengalaman lepas untuk meningkatkan persiapan
kita," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau juga menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan Arab Saudi
telah menghalang jemaah haji memasuki tanah suci ekoran cuaca buruk dan banjir
di Arafah.
-- LAGI
HAJI-RIBUT 2 (AKHIR) MAKKAH
Jamil Khir berkata semua jemaah haji Malaysia telahpun memasuki Makkah dan
tiada seorangpun jemaah yang datang menerusi TH menghadapi sebarang masalah.
"Ada berita yang saya dengar ialah terdapat jemaah dari syarikat atau ejen
swasta yang tidak diiktiraf dan tidak berdaftar dengan Tabung Haji kini
menghadapi masalah visa haji dan mereka tersangkut di lapangan terbang di ibu
negara," katanya.
Sementara itu, TH dalam kenyataan akhbarnya di sini berkata dakwaan kononnya
Terminal Haji di Lapangan Terbang King Abdul Aziz di Jeddah ditutup ekoran cuaca
buruk adalah tidak benar.
"Terminal Haji itu ditutup semalam adalah kerana tiada lagi penerbangan haji
yang akan mendarat mengikut jadual dan visa haji yang dibenarkan oleh kerajaan
Arab Saudi," menurut kenyataan itu.
Kesemua khemah yang mengalami kerosakan telah dibaiki hari ini dan cuaca
dilaporkan kembali panas hari ini sekali gus akan mengeringkan khemah-khemah
yang basah.
Jemaah haji akan memulakan ibadah haji dengan wukuf di Arafah pada 14 Okt
ini.
-- BERNAMA

Mas Wing Terhempas Di Kudat

KOTA KINABALU: Sekurang-kurang tiga orang cedera apabila sebuah pesawat ringan jenis twin Otter milik MASWINGS tergelincir dari landasan dan merempuh sebuah rumah semasa mendarat di lapangan terbang Kudat di bahagian Utara Sabah.

Kejadian berlaku lebih kurang pada 2.55 Petang hari ini, 10 Oktober 2013.

Menurut sumber, difahamkan juruterbang dan dua yang lain dalam keadaan parah manakala penumpang lain hanya mengalami kecederaan kecil. Terdapat 16 penumpang di dalam kapal terbang itu termasuk juruterbang.

Semua penumpang telah dikejarkan ke hospital Kudat untuk rawatan segera.

Pegawai MASWINGS ketika dihubungi mengatakan akan memberi info lanjut kerana masih dalam proses mengumpul maklumat sebelum memberikan kenyataan rasmi.

Spekulasi awal mengatakan bahawa pesawat tersebut terbabas akibat dilanda angin kencang.

Menurut ketua misi menyelamat, Abd Mujun, seramai 10 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira jam 2.54 petang.

Dilaporkan terdapat tumpahan minyak susulan nahas itu.

 Sumber

Hanya Di Penang. Tempat Lain Kalau Ada Mari Kongsi Di Sini.

MACAM HARRRAMMM!!!

Hanya Di Penang. Tempat Lain Kalau Ada Mari Kongsi Di Sini.  

Peniaga Kanopi Maut Di Tembak

 

HULU LANGAT 9 Okt. - Seorang pemilik perniagaan kanopi yang baru hendak menjamah makan malam selepas bermain badminton maut terkena dua das tembakan di kepala dan dada yang dilepaskan seorang daripada dua penjenayah di sebuah restoran di Taman Kajang Prima di sini malam tadi.
Berikutan insiden kira-kira pukul 11 malam itu yang turut menggemparkan lebih 50 pelanggan di premis berkenaan yang sedang menjamu selera, mangsa, R. Appalasamy, 47, mati di tempat kejadian. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd

09 October 2013

Lahad Datu - Lima Batalion ATM Dan PGA

 
LAHAD DATU - Pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sudah mengenal pasti lokasi untuk membina kem bagi lima batalion Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) di situ.

Ketua Pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek berkata bagi ATM, mereka akan ditempatkan di Kudat, Lahad Datu (Felda Sahabat) dan Semporna manakala untuk PGA, masing-masing satu batalion di Semporna dan Kunak.

"Untuk kem ATM di Felda Sahabat, keputusan sudah dibuat supaya Felda sendiri melalui Felda Global Ventures akan membina kem berkenaan. Lokasi termasuk tanah sudah dikenal pasti, namun pelaksanaannya masih di peringkat perbincangan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut Mohammad, pada masa ini Esscom dengan kerjasama Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri serta kerajaan Sabah sedang berbincang bagi pemerolehan tanah di lokasi yang dikenal pasti.

Beliau berkata setakat ini tempoh siap projek terbabit belum ditetapkan namun dijangka kem ATM di Felda Sahabat akan disiapkan lebih awal berbanding kem-kem lain.

Mengenai cadangan penambahan dua batalion PGA di Esscom, Mohammad berkata perkara itu masih dalam perbincangan.

Beliau turut menegaskan sekalipun kem untuk lima batalion terbabit belum dibina, operasi keselamatan Esscom tidak terjejas kerana dua batalion tentera dan pos kawalan PGA sedia ada beroperasi secara optimum.

Mohammad sebelum itu menerima sumbangan produk minuman kopi daripada Syarikat Mak Okid Sdn Bhd. - Bernama

3 Perompak Di Tembak Mati





BRAVO LAH @PDRM. Tiga lelaki yang sebelum ini bertindak mengepung dan merompak seorang mangsa wanita di Klang Selatan pagi tadi, tidak sempat untuk membelanjakan wang itu apabila mereka mati ditembak polis ketika cuba melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar ketika mengesahkan kejadian itu berkata ketiga-tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 20 hingga ke 30 tahun itu, merupakan sebahagian daripada anggota kumpulan yang merompak sejumlah RM2,000 daripada mangsa mereka itu.

Abdul Rahim berkata kumpulan tersebut dipercayai telah memerhati dan mengekori wanita yang memasuki sebuah bank untuk mengeluarkan duit sekitar pukul 10 pagi.

“Apabila wanita itu keluar dengan wang dan menaiki keretanya, perompak-perompak itu yang menaiki tiga buah kereta bertindak mengepung kereta wanita itu.

“Sejurus kemudian, seorang lagi lelaki yang bermotosikal menghampiri kereta wanita itu sebelum memecahkan cermin kereta dan merampas wang itu,” kata Abdul Rahim .




Beliau berkata pihak polis yang kebetulan berada di kawasan kejadiannya kemudiannya telah mengejar perompak-perompak itu.

“Mereka meninggalkan salah sebuah kereta di tempat kejadian dan melarikan diri menggunakan dua kereta lain dan sebuah motosikal.

“Mereka kenudiannya berpecah arah. Polis berjaya mengejar salah sebuah kereta, iaitu Proton Wira berwarna hitam. Semasa berada di Lebuhraya Duke menghala ke Sentul, perompak-perompak itu melepaskan tembakan terhadap pihak polis dan polis bertindak melepaskan tembakan balasan,” katanya.

Abdul Rahim berkata ketiga-tiga lelaki yang belum disahkan kewarganegaraan itu, mati serta merta. Pihak forensik turut menemui sepucuk pistol di dalam kereta mereka - Astro Awani






kredit:beliabangkit

08 October 2013

SPA - 2 Juta Mohon Kerja




MELAKA  – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)  menerima kira-kira dua juta permohonan jawatan bagi peringkat Persekutuan dalam  tempoh sembilan bulan tahun ini.
Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, jumlah itu mencatat sejarah  kerana merupakan tertinggi berbanding yang pernah direkodkan sebelum ini.
Menurut beliau, jumlah itu tidak termasuk permohonan di peringkat negeri  sekali gus menunjukkan jawatan kerajaan kini semakin popular dalam kalangan  pencari pekerjaan.
“Peningkatan ini bagi saya kerana pemohon mempercayai SPA dan kemudahan gaji  yang semakin baik,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Perasmian Persidangan  Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke-16 di Banda Hilir di sini  hari ini.
Majlis yang disertai sebanyak 150 peserta itu dirasmikan Ketua Menteri, Datuk  Idris Haron.
Menurut Mahmood, permohonan yang diterima meliputi pelbagai kaum iaitu Melayu  sebanyak 1.62 juta orang, Cina (40,892), India (69,865), bumiputera Sabah  (137,562), bumiputera Sarawak (103,410) dan lain-lain (40,877).
Katanya, dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, lebih 40,000 daripada  jumlah keseluruhan 80,000 kekosongan jawatan telah diisi.
Jumlah pelantikan keseluruhan, katanya, adalah sebanyak 43,454 orang meliputi  pelantikan tetap berjumlah 29,009 orang dan pelantikan kontrak (14,445).
“Sekarang ini pun proses pengisian jawatan masih berjalan dan saya percaya  dalam tempoh tiga bulan ini jumlah itu akan bertambah meliputi pelbagai  perkhidmatan termasuk polis dan tentera,” katanya.
Tambahnya, permohonan jawatan daripada kaum Cina bertambah sekali ganda iaitu  daripada 20,000 permohonan kepada 40,000 permohonan bagi tempoh sama.
Katanya, SPA melakukan pelbagai pendekatan bagi menggalakkan permohonan  daripada pelbagai kaum untuk mengisi jawatan dalam kerajaan. – Utusan.