08 February 2014
Jambatan Terpanjang Di Dunia
Jambatan terpanjang di dunia sepanjang 41.5 kilometer (km) telahpun siap dibina di China.
Jambatan itu telah dinamakan Jambatan Qingdao Haiwan yang memakan masa empat tahun untuk dibina dan menghubungkan bandar raya Qingdao di wilayah Shandong, timur China dengan sebuah daerah bernama Huangdao.
Kerja-kerja pembinaan jambatan itu dimulakan oleh dua kumpulan kontraktor yang masing-masingnya menjalankan kerja pembinaannya di Qingdao dan Huangdao, sejak tahun 2006 lagi.
"Model komputer dan semua pengiraan berjalan lancar tetapi kami hanya berasa lega selepas kedua-dua sisinya dicantumkan," kata seorang jurutera projek itu.
Selepas selesai pembinaan jambatan tersebut, struktur jambatan berkenaan telahpun menghubungkan tiga buah bandar pesisir pantai di wilayah Shandong.
Sebelum ini, gelaran jambatan terpanjang di dunia dipegang oleh Laluan Tasik Pontchartrain sepanjang 38.42km di selatan negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS).- Sumber
07 February 2014
Tanpa Ilmu Kita Keliru
"Tanpa Ilmu kita keliru.."
Telah berkata Omar Abdul Aziz:
"Barangsiapa yang mengabdikan diri kepada Allah tanpa ilmu, dia akan melakukan lebih banyak kerosakan daripada kebaikan."(Jami' Bayan al-Ilmi wa Fadlih – Ibn Abdul al-Barr, juz.1)
Seorang yang tidak pernah tahu tentang penyakit dan ubat, tiba-tiba kerana kasihankan rakannya yang sedang menderita sakit, terus diberikannya ubat tertentu untuk dimakan. Natijahnya, rakannya menjadi semakin tenat. Begitulah kiasannya dengan mereka yang ingin beramal, ingin beribadah, hendak memperbaiki masyarakat yang tenat, ingin melakukan islah, ingin mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran tetapi tanpa ilmu. Niatnya memanglah baik tetapi tanpa ilmu, kemudaratan dan fitnah akan menimpa ke atas amal dan perjuangan.
Ilmu (terutamanya ilmu agama) adalah pintu gerbang kepada segala kebaikan. Ini telah ditegaskan oleh Nabi di dalam sabda Baginda:
"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan baginya, maka dianugerahkan kefahaman yang mendalam tentang agama dan diilhamkan petunjuk (kepadanya)."(Bukhari – Muslim)
Ilmu akan menampakkan kepada seseorang tentang yang hak dan batil dan ini akan membantunya berjalan menuju syurga. Nabi bersabda:
"Barangsiapa yang memasuki suatu jalan untuk memperolehi ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan ke syurga."(Riwayat Muslim)
Justeru itu, ketika ditanya kepada Abdullah ibn Mubarak, seorang tokoh hadis, tentang siapakah manusia yang sebenarnya, beliau menjawab:
"Orang-orang yang berilmu!" (Ihya Ulumuddin Bab Kelebihan Ilmu)
Alangkah bahayanya jika seseorang pemimpin tidak memahami agamanya di samping tidak beramanah dengan kepimpinannya. Justeru itu, Nabi Yusof menyebutkan tentang dua ciri yang wajib ada pada seseorang yang menjadi pemimpin:
"Berkata Yusof: Jadikanlah aku Penjaga Khazanah negara kerana sesungguhnya aku beramanah lagi berilmu pengetahuan." (Yusof 12:55)
Pemimpin yang jahil tentang agama akan sesat dan menyesatkan. Nabi bersabda:
"Yang paling aku khuatiri ke atas umatku ialah pemimpin-pemimpin sesat.." (Abu Daud Tarmuzi)
Alangkah bahayanya jika seseorang itu berani mengeluarkan pendapat dan fatwa tanpa berasaskan ilmu. Telah berkata Imam ibn Sirin:
"Seseorang yang mati dalam keadaan jahil adalah lebih baik berbanding seorang yang jahil tetapi berani mengeluarkan pendapatnya tanpa berasaskan ilmu."(Fiqhul Awlawiyyat – Dr. Yusof Qardawi)
Alangkah bahayanya jika seseorang pendakwah berdakwah dan berjuang tanpa ilmu. Telah berkata Imam Al-Ghazali:
"Hendaklah seseorang pendakwah itu mempunyai ilmu….supaya dakwahnya diletakkan di atas batas-batas agama." (Ihya Ulumuddin Bab Adab-Adab Muhtasib)
Berdakwah berasaskan ilmu merupakan landasan perjuangan Rasulullah. Tanpanya dakwah akan menjadi songsang.
"Katakanlah wahai Muhammad: Inilah jalanku, aku menyeru manusia kepada Allah dengan hujjah-hujjah yang jelas, itulah jalanku dan yang mengikutku.." (Yusuf 108)
Alangkah bahayanya bagi seseorang penulis, kolumnis dan pengkritik jika dia tidak menguasai ilmu agama dan tidak memahami kaedah-kaedah tentang halal dan haram. Penyebaran fitnah akan menjadi ringan baginya. Justeru itu Luqman Al-Hakim telah berkata:
"Menutup apa yang kau lihat adalah lebih baik berbanding menyiarkan apa yang kau sangka." (Ihya Ulumuddin Bab Rukun Amar Makruf Dan Syarat-syaratnya)
Dan, di dalam konteks keluarga, alangkah bahayanya jika kedua-dua ibu-bapa sama-sama jahil tentang agama. Nabi bersabda:
"Setiap anak dilahirkan di dalam fitrah. Ibu-bapanyalah yang meyahudikannya, menasranikannya dan memajusikannya."(Bukhari)
Telah berlaku suatu insiden di zaman Rasulullah di mana salah seorang sahabat telah luka parah dan ketika itu beliau sedang berhadas besar. Dia telah diarahkan agar melakukan mandi wajib untuk mengangkat hadasnya dan kesan dari itu dia telah meninggal dunia. Nabi amat murka dengan arahan itu:
"Mereka telah membunuhnya...biarlah Allah membunuh mereka. Mengapa tidak bertanya ketika tidak tahu kerana sesungguhnya penawar bagi kebodohan itu adalah bertanya.."(Abu Daud, Ahmad dan Al-Hakim)
Justeru itu, marilah sama-sama kita pertingkatkan ilmu agama kita agar ianya menjadi suluhan kepada kita di mana saja kita berada di samping akan memantapkan perjuangan kita.
koleksi:inspirasidiri
Lelaki Menangis - Sensitif Atau Lembik
JARANG-JARANG rasanya dapat melihat lelaki menitiskan air mata tetapi hakikatnya, mereka juga menangis. Mungkin ramai lelaki, yang egonya keterlaluan, menafikannya kenyataan ini tetapi usahlah membuang masa, sudah terang lagi mahu bersuluh, lelaki juga menangis!
Ramai lelaki tidak mahu mengakui yang hati mereka mudah tersentuh, mata mudah bergenang, senang terasa sebak lalu menitiskan air mata kerana kononnya lelaki yang menangis, tidak macho (tidak jantan). Relevankah?
Cuba kita perhatikan sekeliling, tidak perlu jauh, perhatikan bapa atau datuk, abang juga adik lelaki, paling tidak teman lelaki atau suami, betapa mudah juga mereka berasa sebab, menitiskan air mata, petanda mereka juga manusia biasa, tiada yang luar biasa, ada emosi, punya rasa.
"Lelaki yang kata mereka tidak menangis kerana kononnya kalau menangis tidak macho, pada saya mereka 'bodoh'. Hal emosi, suka, gembira, duka, apatah lagi menangis tiada kena-mengena dengan soal macho, kejantanan atau kelakian.
"Lelaki juga ada hak dan berhak menangis. Ia membabitkan hal keperimanusiaan, soal hati dan perasaan, tidak kira yang gembira atau menyedihkan," kata Azhar Khairuddin, 46.
Azhar yang bertugas sebagai Pengarah Urusan mengakui dia seorang lelaki yang amat mudah menitiskan air mata.
Hal membabitkan kanak-kanak juga orang tua amat mudah membuat hatinya tersentuh dan tanpa disedari air mata menitis membasahi pipi.
Bagi Azhar, sifatnya itu bukan sesuatu yang memalukan malah dia bangga berperasaan begitu kerana ia menandakan ia seorang manusia yang sensitif dan berhati perut.
"Kisah kanak-kanak didera dan orang tua yang dihantar ke pusat penjagaan orang tua paling mudah membuat saya sebak. Saya sering bertanya pada diri sendiri manusia bagaimana yang sanggup menganiaya dan mendera kanak-kanak begitu kejam dan anak bagaimana yang sanggup menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua.
"Pada saya, jawapan mahukan ibu bapa mendapat penjagaan lebih baik di rumah orang tua langsung tidak boleh diterima. Kita sebagai anak bertanggungjawab menjaga ibu bapa sampai bila-bila sebagaimana ibu bapa menjaga kita kalan senang mahupun susah," katanya yang pernah 'memukul' adiknya gara-gara meninggikan sedikit suara ketika bercakap dengan ibu satu ketika dulu.
Selain isu kanak-kanak dan orang tua, Azhar yang pernah mengetuai misi bantuan kemanusiaan pemuda Umno di Afghanistan beberapa tahun lalu, juga mudah tersentuh dalam perkara berkaitan semangat patriotisme.
Penulis yang juga mengikuti misi berkenaan bersama Azhar, menyaksikan 'kelembutan' hati beliau dengan mata kepala sendiri. Dalam semangat berkobar menyanyikan lagu Negaraku, air matanya meleleh membasahi pipi.
Satu perkara yang lebih menggelikan hati mengenai Azhar, dia juga tidak boleh mendengar apatah lagi menyanyikan lagu raya bertajuk Satu hari di Hari Raya nyanyian bertajuk M Nasir.
"Terutama liriknya yang berbunyi Ku lihat wajah suci ibuku, Ku lihat wajah kasih ayahku, Ku gembira, Mungkin inilah dia kebahagiaan, ia benar-benar menyentuh hati saya," katanya yang juga menitiskan air mata tiap kali takbir raya bergema.
Jurutera, Rashdan Rosli, 37, juga seperti Azhar. Tidak langsung terfikir kelelakiannya tercabar hanya kerana tidak lokek menitiskan air mata.
Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang sensitif, Rashdan bukan saja menangis ketika sedih malah saat gembira juga mampu membuatkan beliau menitiskan air mata.
"Saya menangis sedih paling teruk ketika datuk meninggal dunia pada 1997 dulu. Saya amat rapat dengannya dan pemergiannya membuatkan saya rasa kehilangan sesuatu yang amat berharga.
"Saya juga menangis gembira ketika lulus ujian kejuruteraan dulu. Terlalu gembira. Kesimpulannya, tidak bermakna apabila lelaki menangis, lelaki itu tak kuat, tak 'jantan', tak macho, cuma hati tersentuh dengan sesuatu kejadian," katanya yang mudah menitiskan air melihat kanak-kanak dianiaya dan didera.
Nyata Azhar dan Rashdan manusia normal jika melihat pada penjelasan pakar psikiatri University of Minnesota, Dr William Frey seperti dipetik daripada Wikipedia.
Katanya, dalam soal menangis, tiada beza antara lelaki dan wanita. lelaki dan wanita mengalami tekanan emosi yang serupa dan lelaki seperti wanita juga berhak untuk menangis supaya jiwanya tidak tertekan.
Cuma, katanya, lelaki sengaja menahan air matanya supaya tampak perkasa dan jantan. Ia berkaitan dengan cara didikan. lelaki diajar tidak boleh menangis, mereka harus menahan rasa sedih dan menitiskan air mata.
"Kalau perempuan menangis, ia perkara biasa. Anggapan inis emua hanyalah satu budaya, yang diamalkan turun-temurun. Hakikatnya, lelaki juga menangis apabila berlakus esuatu yang menyentuh hati mereka. Malah, dalam keadaan tertentu, mereka boleh menangis tersedu-sedu seperti anak kecil," katanya.
Oleh itu, lelaki, jejaka sekalian, jangan takut untuk menangis. Ia perkara yang perlu dilakukan. Buat apa menahan sedih hingga terasa sebab di dada. takut dianggap lembik, tidak macho oleh wanita? Jangan! Itu tindakan dan andaian yang salah.
INFO: Menangis
Menangis adalah satu akitiviti normal manusia. Tidak kira anda lelaki atau wanita, kedua-duanya mempunyai hak yang sama untuk berasa sedih hingga menitiskan air mata.
Ada bermacam-macam jenis `menangis’ dan semuanya mempunyai kaitan dengan faktor psikologi, kimia dan komposisi hormon. Mata juga boleh bergenang, berair dan merembeskan air mata ketika memotong bawang umpamanya; air mata meleleh ketika mengalami saat sukar atau sekadar mengimbas kembali kenangan dan pengalaman pahit.
Air mata yang bergenang adakalanya diikuti dengan tangisan yang lebih kuat hingga tersedu-sedu seperti kanak-kanak. Kajian menunjukkan ramai yang tertekan berasa lega selepas menangis begini. Inilah yang dikatakan 'tangisan yang berkesan', memberi kesan yang baik pada emosi seseorang sebagaimana ketawa.
Oleh Salina Abdullah
BH1007
06 February 2014
Lagi Cubaan Ceroboh Pantai Timur Sabah
Bagaimanapun, katanya, cubaan itu berjaya ditumpaskan pasukan keselamatan negara yang mengawal perairan pantai timur Sabah.
Tanpa mengulas lanjut, beliau berkata pasukan keselamatan tidak akan sesekali memberi ruang kepada sesiapa sahaja yang cuba menceroboh negara ini, sebaliknya tetap mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat terutamanya di kawasan pantai timur Sabah.
Khalid ditemui pemberita selepas meninjau pos keselamatan di Pulau Adal dekat sini hari ini.
Turut hadir Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dan Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek.
Pada Disember lepas pasukan keselamatan berjaya mematahkan cubaan pihak tertentu untuk menceroboh ke negeri ini.
Mengenai lawatan itu, Khalid berkata pihaknya bercadang untuk menambah beberapa lagi pos kawalan gabungan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bagi memantapkan lagi kawalan keselamatan di sekitar kawasan berkenaan.
"Kita telah melihat beberapa kawasan yang strategik dan kawasan itu perlu mempunyai pos keselamatan gabungan. Sasaran kita ialah ingin mewujudkan lebih 40 pos keselamatan gabungan di sekitar kawasan Esszone," katanya.
Dalam pada itu, Khalid berkata pihaknya berpuas hati dengan kesiapsiagaan anggota keselamatan yang bertanggungjawab memastikan keselamatan di kawasan Esszone itu terjamin.
"Saya melihat semua anggota keselamatan yang bertugas di pos keselamatan gabungan itu sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan ancaman," katanya.
Terdahulu, sebelum Khalid melawat beberapa.pos keselamatan gabungan di kawasan Esszone termasuk di Pulau Mataking dan Pom Pom, beliau sempat melawat pejabat baharu Esscom yang terletak di bandar Lahad Datu. -
BERNAMA
Bila Bayi Di Lahirkan
Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."
Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"
"Dan bagaim ana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."
"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaim ana cara kamu berdoa"
"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam ji wan ya"
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih ker ana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaim ana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"
Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan
"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU "
Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorb ana n ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepan jang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah ana k- ana k yang sedang embesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu...
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
koleksi: bacaanilmiah
Bosan ... Penyakit Atau ...
Tengok2 Je ...
Biasanya kalau kita bayangkan pendrive,maka biasanya pendrive yang kita akan adalah beberntuk seperti ini..
betul tak?haaaa...dan kali ini aku nak bawakkan kepada korang gambar-gambar pendrive yang mungkin korang semua tak pernah nampak...dengan kalimah Bismillah,saksikanlah..
so amacam?anda kagum?terpesona?terbeliak biji mata?terkehel rahang gigi anda?kikikiii...apepun,kreativiti sangat penting if we want to develop any new things..and every new things need new skills and new knowledge..(peeehh,skali gua speaking english laa plk..)sampai di sini dulu aku boleh coretkan..(nak gi tido laaa..)jumpa lagi..You're My Frieeenndd Daaa!!!!
betul tak?haaaa...dan kali ini aku nak bawakkan kepada korang gambar-gambar pendrive yang mungkin korang semua tak pernah nampak...dengan kalimah Bismillah,saksikanlah..
so amacam?anda kagum?terpesona?terbeliak biji mata?terkehel rahang gigi anda?kikikiii...apepun,kreativiti sangat penting if we want to develop any new things..and every new things need new skills and new knowledge..(peeehh,skali gua speaking english laa plk..)sampai di sini dulu aku boleh coretkan..(nak gi tido laaa..)jumpa lagi..You're My Frieeenndd Daaa!!!!
kredit:ismanaurah
Subscribe to:
Posts (Atom)