13 December 2013

Pantun


 

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

 
Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

 
Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

 
Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh Halang!!!

koleksi:bacaanilmiah

BlackHawk Down - Malaysia Di Hargai


NSS_BLACKHAWK 

TELOK KEMANG 13 Dis. – Amerika Syarikat (AS) secara rasmi hari ini mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah menyelamatkan tentera negara tersebut di Mogadishu, Somalia selepas 20 tahun kejadian itu berlaku.

Biarpun kisah pengorbanan tentera Malaysia yang menyertai operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOSOM II) pada 3 dan 4 Oktober 1993 itu tidak pernah didedahkan malah tidak langsung dipaparkan dalam filem berjudul Black Hawk Down arahan Ridley Scott pada 2001, pengisytiharan itu amat membanggakan ATM.

Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly berkata, negaranya amat terhutang budi dengan pengorbanan anggota ATM yang disifatkan sebagai berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera elit AS yang ketika itu terperangkap dalam serangan militan Somalia.

“Jasa tentera Malaysia ini akan dikenang dan AS mengucapkan jutaan terima kasih di atas tindakan berani pasukan ATM untuk menyelamatkan anggota kami dalam kejadian 20 tahun lalu itu.
“Malah dalam kejadian itu seorang anggota tentera Malaysia telah kehilangan nyawa selain sembilan tercedera dalam operasi menyelamat di Mogadishu itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Pengiktirafan Full Training Capability dan Pelancaran Blueprint Pusat Pengaman Malaysia, di Telok Kemang, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Cakaran Wanita Afrika

Kuala Lumpur: Sekumpulan lelaki dan wanita warga Nigeria bertindak ganas ketika cuba ditahan dalam satu operasi oleh Jabatan Imigresen di beberapa gerai tepi jalan di Desa Aman Puri, Kepong, di sini malam kelmarin.
Difahamkan, seorang pegawai imigresen turut cedera ringan akibat dicakar seorang wanita warga berkenaan ketika hendak ditahan.
Ketua Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, James Musa Singa, berkata dalam operasi bermula jam 9 malam hingga 11.30 malam itu, gerai tepi jalan yang menjadi markas warga asing terbabit melepak diserbu secara serentak sebelum menahan 20 orang.

“Seramai 18 daripada mereka termasuk tujuh wanita adalah dari Nigeria, seorang wanita dari Ghana manakala seorang lagi lelaki warga Bangladesh. Semua mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 33 tahun.

FotoANTARA warga asing yang ditahan.

“Ketika diserbu, ada antara mereka yang bertempiaran lari, jatuh ke dalam longkang malah ada yang cuba merempuh dan bergelut dengan pegawai imigresen yang cuba menahan mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, gerai tepi jalan di kawasan itu dimonopoli kumpulan Awang Hitam berkenaan hingga rakyat tempatan takut untuk mengunjunginya.

“Kebanyakan mereka mengaku belajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta berdekatan, namun kami akan menyiasat kesahihan status mereka itu.

“Semua mereka dibawa ke Depot Imigresen Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Duta, Kuala Lumpur untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6 ( 3 ) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Seksyen 56 (1) (i) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).-Metro

Maksud Tergapai, Kerana Telinga Yang Tuli


                                                          

Apabila hati tidak terbuka untuk menerima,

Apabila mata tidak terbuka utk melihat,

Apabila telinga tidak bersedia utk mendengar,

Mulut pula sudah tidak bisa ingin berbicara,

Apakah kuasaku ini utk menyampai?

Kata dilempar maksud tak tercapai, mulut tersenyum air mata berderai, tangan terbuka namun Jiwa berkecai.

Berusaha jua aku utk tersenyum, Namun hatiku jauh merudum.

nukilan:rasahati

Munajat ku Tentang Dugaan


                              

di dini hari aku cuba pejamkan mata namun tidak bisa, kucuba hembuskan nafas lega jua tidak berdaya, kucuba ukirkan senyuman di kala sendirian masih tak kesampaian, ku hamparkan sejadah, padaMU jua tempat ku mengadu Oh Tuhan.gemersik hati ini tak pernah aku bersangka buruk padaMU, mungkin rancanganMU sebesar alam masih tidak jua ku ketahui. Ya Rabbi jgn sesaat kau serahkan aku pada diriku.Amin

nukilan:rasahati

Pelik ... Memang Pelik


                                   

Peliknya umat islam....
Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang mata.
Bola punya hal,ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi
Tapi,pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2 rakaat diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya.

Peliknya umat islam....
menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut menangis namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg taubat kpd yg Esa?berapa sgt umatku yg menangisi kerana kematian seseorang ulama dan solehin?

Peliknya umat islam....
sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian. tapi, jari jemari begitu berat utk mengambil seringgit
utk dimasukkan kedalam tabung masjid tangan begitu kaku utk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya umat islam....
gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano sedih sekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia. Malaysian Idol, namun, tak ramai umatku yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran tak ramai umatku yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.

Peliknya umat islam....
sanggup bersesak-sesak,berhimpit-himpit dipadang konsert hiburan...sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan sedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan meriah dari umatku mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf walaupun 5 minit saja.

Peliknya umat islam....
setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup peringkat kebangsaan..dibuat peringkat antarabangsa tapi,dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan..mana rasa tak elok untuk nafsu,baca aje dah le.

Peliknya umat islam....
setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu s et ia kepada jam 12 mlm pd hari merdeka, pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak ramai-ramai..tak kira jantan betina detik saat jam 12, saat yg
ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. sedihnya..tak ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid

Peliknya umat islam....
setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah. 



                                       

kredit:bacaanilmiah

11 December 2013

Pembantu Tadbir Solat Hajat Untuk Kenaikkan Pangkat


Imam Besar Masjid Sultan Idris Shah II, Abdul Farid Salleh mengaminkan doa selepas memimpin solat hajat memohon kenaikan gred melibatkan pembantu tadbir kerajaan di Ipoh, Perak di sini hari ini.

IPOH 4 Dis. - Kira-kira 300 pembantu tadbir mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin bagi memohon kenaikan gred yang didakwa tidak disemak oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sejak 40 tahun lalu.Timbalan Presiden Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (Keptan), Che Saad Hashim berkata, beliau yang mewakili lebih 130,000 pembantu tadbir di seluruh negara merasa terpinggir, apatah lagi golongan itu tidak termasuk dalam 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah Bajet 2014.

"Kita tiada jalan lain dan tidak mahu mengadakan demonstrasi. Hanya kepada Allah kami memohon agar pemimpin atasan melihat golongan pembantu tadbir (pekeranian/operasi) dan pembantu tadbir (kewangan) yang merupakan kelompok kedua terbesar selepas guru."Kita telah pun menghantar cadangan kenaikan gred ini kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di Kuching, Sarawak pada September lalu."Oleh itu, kita berharap Perdana Menteri yang dijangka merasmikan Konvensyen Tahunan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada 17 Disember ini dapat mengumumkan sesuatu tentang perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai menunaikan solat hajat perdana dan bacaan Yasin di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak) di sini.olat hajat dan bacaan Yasin itu masing-masing dipimpin oleh Imam Besar masjid berkenaan, Abdul Farid Salleh dan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim.Dalam pada itu, Che Saad berkata, selain Keptan, solat hajat tersebut turut disertai oleh ahli berdaftar daripada Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU), Gabungan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (Auegcas) dan Kesatuan Pembantu Tadbir Kementerian Kesihatan (KepTaKes).

"Kami memohon kenaikan gred daripada N17 ke N27 tetapi difahamkan JPA memberi alasan kenaikan gred itu terlalu tinggi. Bagaimanapun, terdapat ura-ura JPA bersetuju meningkatkan tiga lapisan gred N17, N22 dan N26 kepada N21, N26 dan N28. Itu kami terima.
"Ini disebabkan beberapa perjawatan yang sama dengan kelulusan darjah enam telah diberi satu perkhidmatan lebih baik dalam kedudukan gred 17, antaranya tukang masak," katanya.
 
sumber:cuepacs.com

Kahwin - Jom Kahwin


                                                     

Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: “Perkahwinan itu sunnah aku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku.”(Riwayat Bukhari)

Hari ini sering kita melihat bahawa sesuatu perkahwinan itu suatu perkara yang rumit dan menyusahkan.

Kenapa perkara ini boleh terjadi ? Ramai di antara kita yang beranggapan, nak kahwin mesti ada kereta, mesti ada wang yang banyak, mesti ada itu dan ini …

Cuba kita ambil iktibar dari kisah yang berlaku lebih kurang 1400 tahun dahulu yang mana boleh kita jadikan panduan hidup ini. Insya-Allah …

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belenggu kemiskinan.

Rasulullah s.a.w tanpa banyak fikir lagi terus menyuruh lelaki itu berkahwin. Lelaki ini sangat senang dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin.

Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya, “Ya Rasulullah saya sudah berkahwin tetapi masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah ?”. “Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat.

Si lelaki tanpa banyak bertanya lagi. Beliau percayakan kepada Rasulullah. Sebab tidak mungkin Rasulullah mahu menipu ummatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain.

Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : “Ya Rasulullah, isteri saya sudah dua tapi saya masih miskin, bagaimana ya Rasulullah… ?” keluh lelaki itu. “Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat.



        
Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah.

Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga. Namun setelah beberapa lama keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia malu mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan berat hati beliau mendatangi Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. “Ya Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus kulakukan?”, adu lelaki itu. “Berkahwinlah lagi,” kata Rasulullah.

Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat. Dan benarlah kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa perubahan di dalam kehidupannya.

Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada tiga madunya.

Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya maju dan mampu mencukupi keperluan rumah tangga lelaki itu serta isteri-isterinya.

Sabda Rasulullah bermaksud : “Carilah rezeki dengan menikah” (Riwayat Ibnu Abbas)

Firman Allah Taala bermaksud : “Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan.

Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”(surah an-Nur :32)

Dengan mengambill iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya-Allah jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah, tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan.


kredit:bacaanilmiah

Betapa ... !!!


Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun betapa singkatnya kalau kita melihat filem.

Betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat tanpa harus berfikir panjang-panjang.

Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid.

Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.

Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.

Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau berfikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa. 


kredit:bacaanilmiah

10 December 2013

AWAS - Pontianak Kaki Lima

Ipoh: Wajah jelita persis model, namun kumpulan pelacur Thailand di sekitar bandar raya ini mendapat jolokan ‘pondan puntianak’ apabila gemar bertindak ganas mencakar dan menggigit anggota penguat kuasa yang cuba menahan mereka.

Kumpulan pelacur yang bergiat secara berkumpulan itu dikesan memonopoli kegiatan maksiat di beberapa kawasan pada waktu malam, antaranya di Jalan Yang Kalsom, Jalan Kampar dan Jalan CM Yusuf. 
 
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak Irwan Zahid berkata, kehadiran pelacur pondan itu memang dalam perhatian pihaknya dan operasi serta tangkapan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa.
Menurutnya, dalam beberapa operasi yang dilakukan sebelum pelacur pondan itu agak agresif apabila menggigit tangan dan mencakar beberapa anggota penguat kuasa yang cuba menahan mereka. 


FotoANTARA pondan warga Thailand yang dicekup ketika serbuan.

“Mereka juga sanggup bergelut semata-mata mahu melarikan diri. Namun, itu semua tidak menghalang kami terus melakukan operasi bagi memastikan bandar raya ini bebas maksiat,” katanya.- Kosmo


09 December 2013

Ikan Hasil DiBom


                                          

SEMPORNA - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas sebanyak 200 kilogram ikan pelbagai spesies bernilai kira-kira RM1,450 yang dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Perikanan Daerah di sini, semalam. 

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten KomisionerMohammad Madun berkata, kesemua ikan itu dirampas dalam operasi yang diketuai Pemangku Pegawai Pemerintah Semporna, Asisten Superintendan Mohd Aris Jambul kira-kira 8 pagi di Pasar Ikan Semporna.

"Semasa pemeriksaan dilakukan, kebanyakan peniaga dan pemilik ikan tersebut telah melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohammad berkata, operasi dijalankan bagi memastikan ikan yang dipasarkan bukan hasil daripada penggunaan bahan letupan.

Beliau berharap orang ramai terutamanya yang tinggal di sekitar pantai memberi kerjasama untuk mencegah aktiviti pengeboman ikan di kawasan perairan Sabah. - Bernama