30 December 2013

20 Di Tahan Di Semporna


 
Gambar Hiasan
Kota Kinabalu, 29 Dis - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) semalam melancarkan Ops GASAK 2 di Pulau Kalapuan, perairan Semporna yang menyaksikan 20 individu termasuk enam wanita dan lima kanak-kanak ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah.

Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Mohammad Mentek berkata kesemua suspek berusia dalam lingkungan empat bulan hingga 50 tahun ditahan pada operasi yang bermula seawal pukul 3.30 pagi berakhir kira-kira pukul 2.30 petang.

"Hasil pemeriksaan mendapati seramai sembilan lelaki dewasa, enam wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan yang tidak memiliki dokumen perjalanan atau pun pengenalan diri yang sah dan telah ditahan pemeriksaan lanjut oleh pihak Jabatan Imigresen.

"Pulau Kalapuan didiami penduduk seramai 665 orang, termasuk 149 lelaki, 235 wanita, 135 orang kanak-kanak lelaki dan 126 orang kanak-kanak perempuan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohammad berkata Ops GASAK 2 merupakan susulan kepada Ops GASAK 1 yang dilancarkan pada 24 Nov lepas melibatkan empat pulau iaitu Pulau Pom Pom, Pulau Mataking, Pulau Mabul dan Kapalai.

Beliau berkata OP GASAK 2 antara lain bertujuan untuk pencegahan dan pembersihan kawasan dari penceroboh dan penjenayah termasuk aktiviti dadah dengan modus operandi tertumpu kepada pemeriksaan dari rumah ke rumah.

Mohammad berkata sebanyak 90 rumah diperiksa dalam operasi bersepadu yang dilaksanakan membabitkan pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah.

Beliau berkata operasi seumpama itu akan diteruskan di kawasan pulau yang mempunyai penempatan dan kawasan penempatan lain (selain dari Pulau).

Sehubungan itu, Mohammad memohon kerjasama penduduk di kawasan terbabit supaya melaporkan kehadiran pendatang tanpa izin (PATI) atau mereka yang dalam keadaan meragukan.

Mohammad turut memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang memberi perlindungan kepada PATI khususnya yang menyewakan rumah kepada mereka. -BERNAMA

29 December 2013

Dunia Dan Akhirat


dunia,
ada yang leka, ada yang bertakwa

akhirat,
ada yang di seksa, ada yang mendapat nikmat syurga

dunia,
ada dosa, ada pahala

akhirat,
ada neraka, ada syurga

dunia,
hanya sementara

akhirat
buat selamanya.

dunia,
ramai yang lalai.

akhirat,
ramai juga masuk neraka.

keseronokan dunia,
kesenangan bagi mereka yang terpedaya.

keseronokan akhirat,
kesenangan bagi orang yang beriman.

dunia dan akhirat,
bagai mencelup jari mu ke laut,
air yang mengalir ke jari, itulah dunia,
air yang tertinggal di lautan, itulah akhirat..

:kapasitor

Aku Sudah Terlalu Rindu

 

berlayar aku di lautan
..cuba mencari tenang

merantau aku di dataran
..cuba mengais rasa

terbang aku ke langit luas
..cuba membuang nostalgia

akhir aku kembali terdampar
ingat kan kamu..
dambakan kamu..
mencari kamu..

dan sesungguhnya
.. aku sudah terlalu rindu

 
kredit:puisicinta

26 December 2013

Intimkan Yang Renggang, Ceriakan Yang Suram ..


 

Satu perkahwinan, tak payah la tunggu 20-30 tahun untuk timbul rasa jemu. Kadang tu baru 3 tahun kawin pun boleh datang rasa jemu dan membuatkan rasa kasih sayang kita jadi jauh. Tu sebab kita perlu kreatif dalam satu perhubungan agar rasa jemu ni tak senang datang dalam hubungan kita suami isteri. Bila kita kreatif takde la lagi cerita laki aku gi cari pompuan lain, bini aku main sms dgn pakwe lama.. macam-macam ade kan.?

Terbaru kisah dua pupu saya. Actually saya tak rapat sangat la tapi still ingat zaman kitorg budak, dia la geng kamcing tapi mai umur banyak nih, ntah mana dia duduk pun saya tak ingat. Tapi arini, kalau org tya saya ingat la sbb baru lagi dapat maklumat ttg dia. Dia dalam linkungan umur saya kalau tua pun, tua setahun dua je. Dah ade anak sorang.


Apa yang kesiannya, suami dia dah berkahwin lagi. Kata mak dia, selepas kawin pun dia tanak lepaskan pupu saya ni so, diorg buat tuntutan di mahkamah. Dan sekarang pupu saya tu dah sah jadi ibu tunggal. 

Saya tumpang sedih dan kalau dengar cerita macam ni maunya 2-3 hari asyik teringat aje kat pupu saya ni dan terasa sangat nak menolong tapi apa nak buat pulak. Dah la lama tak contact boleh jadik 15 tahun dah agaknya. Tapi saya doakanlah dia semoga tabah dalam menghadapi liku hidup atau dalam bahasa canggihnya mehnah dan tribulasi.he he.baru belajar..

Sebetolnya, JEMU ni senang je nak buang. Jgn lakukan benda yang terlalu rutin. Kene variasi sikit barula kita tak mudah jemu. Benda yang kita variasikan pun jgn la diulang2 kang yang divariasikan pun kita jemu pulak. Kita hanya perlu lakukan kelainan sekali seminggu je, tak pun sekali dalam 2 minggu atau.sukati la.


* Jangan ada yang mengganggu


* Apa benda yang selalu ganggu kita ni? He he.nak kata anak2 kadang anak 2 dah cukup sporting dah kasik can kat parents untuk berdua-duaan. Well, tanpa kita sedari, tabiat kita yg suka tangguh keje adalah satu gangguan. Bila mana kita tak manage masa dengan baik, rumah bersepah, makanan tak masak, diri serabai yang suami asyik bertenet ngadap komputer utk abiskan keje pejabat di rumah. Takke ini mengganggu? Sepatutnya, kalau kita pandai bagi masa dgn baik, masalah ni takkan timbul. Cepat2 abiskan keje dan masa rehat, dah boleh bersandar dgn pasangan sama-sama


* Cari tempat perjumpaan rahsia


* Saya ada kata pada suami bestnya ye abg kalau kita dok kat PD ni, dia biasa la sengih aje. Tanah kat tepi pantai mahal katanya. Macam saya minat tepi pantai ni. Petang2 abis keje ke, kalau saya dok kat PD la, mesti saya nak dating kat situ. Mm, bg org yang duduk dekat dgn air terjun leh le lepak kat tepi air terjun. Pun best jugak kan? Kalau satu tempat tu takde air terjun dgn pantai mcm ne? ajak la pasangan ke kedai makan ke, koman2 pun takkan takde taman rekreasi.


* Sentuhan romantik


* Masa yang dapat kita dok berdua, picit2 la apa yg patut. Kalau kita pandai mengurut mungkin satu bonus, mana urat tegang boleh la tolong kendurkan. Mana yang sakit dijampi2kan. Sebenarnya urut ni masuk perkara kedua, yang penting belaian kasih sayang tu. Anak2 tengok pun suka sbb kita mak ayah ni romantik je.


* Bermain bersama


* Sekali sekala, kalau kat umah ade dam haji ke, catur ke.tak pun mcm kami laki bini beli reket badminton tu yang singgit dua just nak buat main sekali dua je. Ptg2, pulun main sampai berpeluh-peluh. Best gila.


* Suasana romantik


* Kalau kat dalam umah, saya cadangkan bilik kita laki bini mesti ala2 gelap dgn kaler cadar dan langsir yang lembut, ade bunga sikit.pagi2 saya suka spray bilik dgn minyak wangi suami saya..he he.nnt balik keje biasanya bilik tu still berbau sedap rasa bestnya lepak dalam bilik tu.


* Variasikan aktiviti


* Mcm yang saya kata mula tadi. Minggu ni kalau dah gi shopping, mgu depan gi la jogging pulak. Mgu lusa plak gi mancing ke.


* Jangan besarkan hal yang kecil


* Jgn besarkan hal yang kecik esp masalah yang ade sangkut paut dgn pasangan. Satu2 peristiwa sedih tu esp kalau dah selesai lupa2kan jelah. Kalau ingat sekalipun, jgn la diungkit2kan. Mmg luka meninggalkan parut tapi ada baiknya kalau kita tak besarkan parut sedia ada. Kalau kita hargai pasangan, pasti dia akan lebih2 lagi menyayangi kita especially bila kita terima kelemahan dia.


* Gunakan kelebihan diri


* Ha.. ingat tak apa yg ada pada diri kita yang membuatkan pasangan kita nak kan kita? Kalau pasangan tu nakkan kita sbb kita pandai masak, masakkanla yang sedap2. ulang balik ape yang dia suka kat kita dulu. Kalau sebab cakap lemah lembut, so, jgn la lepas kawin ckp mcm gorilla.tapi mcm mana ek kalau dulu laki kita nak kawin dgn kita tu sbb kita setuju dgn konsep poligami? Well, psikologi tu penting.belajo lah utk masa depan anda.he he
* Kasih sayang


* Penekanan kasih sayang dalam keluarga sangat penting. Bila kita ajar anak2 berkasih sayang, secara indirect kita akan memesrakan lagi hubungan kita suami isteri.cubalah. insya ALLAH.


sumber:koleksibacaanilmiah

3 Soalan Je ...

  

Pemuda :Anda siapa Dan apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan
saya?

Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya


2.Apakah yang dinamakan takdir


3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.


Sebab merekamemiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah
berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda :Ya!

Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda :Saya tidak boleh.

Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.


sumber:koleksibacaanilmiah

25 December 2013

7 Kalimah Lebih Bernilai Dari Emas Dan Permata

Dari Anas bin Malik rodhiyallahu ‘anhu ia berkata, “Seorang arab baduwi menemui Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallama, lalu ia berkata, ‘Hai Rasulullah! Ajarkanlah aku suatu kebaikan’. Maka Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallama meraih tangannya seraya berkata, ‘Ucapkanlah Subhanallah wal hamdulillah wa laa ilaaha Illallah wallahu Akbar (Maha Suci Allah, dan segala puji untuk Allah, dan tidak ada yang diibadati dengan hak melainkan Allah, dan Allah Maha besar)’.

Lantas arab baduwi itupun menghitung jari-jemarinya, dan pergi sambil berpikir. Kemudian dia kembali lagi. Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallama tersenyum melihatnya, beliau berkata, ‘Si malang ini berpikir’.



Datanglah arab baduwi tersebut lalu berkata, ‘Hai Rasulullah, Subhaanallah wal hamdulillah wa laa ilaha illallah wallahu Akbar .. ini untuk Allah, lantas apa untukku?

Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallama berkata kepadanya, ‘Hai arab baduwi, 


 apabila engkau mengucapkan Subhanallah. Allah berkata, ‘Engkau benar’. Apabila engkau mengucapkan wal Hamdulillah. Allah berkata, ‘Engkau benar’. Apabila engkau mengucapkan La Ilaaha Illallah. Allah berkata, ‘Engkau benar’. Apabila engkau mengucapkan Allahummaghfirlii (Ya Allah ampunilah aku). Allah berkata, ‘Aku telah lakukan’. Apabila engkau mengucapkan Allahummarhamnii (Ya Allah kasihilah aku). Allah berkata, ‘Aku telah lakukan’. Apabila engkau mengucapkan Allahummarzuqnii (Ya Allah berilah aku rizki). Allah berkata, ‘Aku telah lakukan’.

Lalu orang arab baduwi tersebut menghitung tujuh jemarinya kemudian pergi meninggalkan Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam.....




(As-Silsilah Ash-Shohihah 9/no.3336).

Subhanallah …

Alhamdulillah …

La ilaah Illallah …

Allahu Akbar …

Allahummaghfirlii …

Allahummarhamnii …

Allahummarzuqnii …

Empat kalimat apabila kita ucapkan Allah akan mengatakan ‘Engkau benar’.

Dan tiga permohonan jika kita ucapkan akan dikabulkan.

Jangan sia-siakan wahai saudaraku ..
kalimat yang ringan dilisan ini tapi besar dan agung faedahnya. Jangan biarkan

satu haripun dalam hidupmu berlalu tanpa mengucapkan kalimat ini dengan lisan dan hatimu …wallahu a’lam bish showab.   





kredit:ummahmadani

24 December 2013

Ribuan Ikan Terdampar Di Pantai Sabah .


.
Fenomena ikan terdampar di pantai di daerah tambiasan Lahad Datu tengah hari tadi..benarkah tanda tanda awal tsunami?!
.


kredit:daengseleli

Impian ...

  
 
Impian adalah keinginan dan kemahuan dari dalam diri manusia yang menjadi penggerak untuk maju. Impian merupakan hasrat yang akan menggerakkan manusia untuk mewujudkannya.

Kita yang tidak mempunyai impian akan meninggalkan banyak perkara yang dianugerahkan oleh sebuah kehidupan. Hasrat atau kegigihan kita mudah sekali pudar, sehingga kita mengubah impian kita menjadi sederhana. Impian yang besar mempunyai kekuatan yang besar.

Impian adalah merupakan sumber motivasi. Impian akan mempengaruhi fikiran di bawah sedar. Impian dapat menjamin kejayaan, kerana sentiasa menjadi sumber motivasi hingga mencapai tujuan atau menggapai tujuan seterusnya. Dorongan motivasi itulah yang akan menggerakkan tubuh dan mengatur strategi yang harus ditempuhi, misalnya bagaimana mencari informasi dan menjalin perhubungan ataupun bekerjasama dengan orang lain.

Sebenarnya, kita juga dapat memperbaiki nilai dan menyempurnakan jati diri dengan kekuatan impian. Jadi jangan takut untuk bermimpi, kerana impian akan menimbulkan keinginan yang kuat untuk mencapainya. Impian mampu berperanan sebagai sumber motivasi, yang akan membangkitkan kemahuan dan harapan, sehingga kita mampu mengharungi semua rintangan dan kesusahan. Impian menjadikan kita bersemangat dalam apa saja yang kita lakukan. Impian itu sebenarnya merupakan sumber kekuatan untuk menghadapi dugaan atau cabaran.

Rasa percaya menjadikan seseorang pantang kalah atau menyerah, walaupun mungkin orang lain mengkritik atau menghalang. Kepercayaan itu juga membentuk kesedaran bahawa kita diciptakan di dunia ini sebagai pemenang. Fokuskan untuk merealisasikan impian. Impian menjadikan seseorang bekerja lebih gigih dan lebih tekun. Seseorang yang mempunyai impian memahami bahawa kejayaan memerlukan pengorbanan, usaha, komitmen, masa serta dorongan dari orang lain. Oleh sebab itu, kita akan selalu bersemangat mengembangkan kemampuan tanpa berhenti dan mencapai kemajuan terus menerus hingga tanpa batas. Impian adalah merupakan daya dorong yang tersendiri dan luar biasa.

Impian menjadikan kehidupan kita lebih mudah dilalui. Impian menjadikan manusia lebih kuat menghadapi segala rintangan dan cabaran. Kerana impian dapat menimbulkan kemahuan yang kuat untuk merealisasikannya. Kunci kebahagiaan adalah mempunyai impian. "Dreams are extremely important. You can't do it unless you imagine it." Jangan takut untuk mengimpikan sesuatu, jadikan impian itu sebagai nafas-nafas kehidupan kita.


:koleksibacaanilmiah

23 December 2013

Wanita Teristimewa

19 Keistimewaan Wanita

                                         

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan haltersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalanbersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anakNabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT. 

                                                                    

6 JENIS WANITA MALANG

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."

Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.


-Imam Ghazali -

22 December 2013

Mashitah Bidadari Syurga

 
 
Semua yang berlaku di muka bumi ini tidak berlaku secara melulu dan spontan. Ia terjadi melalui perancangan Allah. Tidak ada sesuatu yang sia-sia. Ia mengandungi hikmah yang tersirat untuk menjadi renungan dan sumber ilmu kepada sesiapa yang mahu merenungkannya. Di dalam Al-Quran, misalnya banyak terdapat cerita yang mampu memberikan sumber ilham seperti Surah Al-Ankabut, Al-Kahfi dan sebagainya.
   
Justeru, saya cuba memuatkan cerita/kisah yang dapat kita sama-sama mengambil manfaat. Mana-mana yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk sama-sama kita jadikan sempadan.

Meneliti kisah Firaun yang memerintah Mesir pada zaman Nabi Musa AS diutus menjadi Rasul tidak akan melepaskan diri kita daripada membicarakan mengenai seorang wanita yang mempunyai keimanan, kesabaran dan kerelaan terhadap segala ketentuan Allah yang tidak ada tolok bandingnya di dunia ini. Wanita itu dikenali sebagai Mashitah.

Mashitah bekerja sebagai pelayan raja dan tugasnya yang khusus ialah sebagai tukang sikat keluarga Firaun. Beliau menyahut seruan Islam yang dibawa Nabi Musa AS tetapi keislamannya disembunyikan agar hidupnya tidak diganggu.

Umum mengetahui Firaun - raja Mesir ketika itu mengaku dirinya tuhan dan memaksa rakyat menyembah dan memperhambakan diri kepadanya. Sesiapa yang ingkar suruhan dan perintahnya akan disiksa atau dibunuh.

Dengan takdir Allah SWT, rahsia Mashitah yang selama ini menyembunyikan keislamannya terbongkar. Hal ini terjadi pada suatu hari ketika Mashitah menyikat rambut salah seorang daripada puteri Firaun. Tiba-tiba sikat itu terjatuh dan dengan tidak sengaja beliau menyebut nama Allah.

Perkataan Allah yang terkeluar dari mulut Mashitah itu didengar puteri Firaun. Lantas ia bertanya apakah maksud perkataan tersebut. Pada mulanya Mashitah teragak-agak dan enggan menjawab pertanyaan itu. Tetapi selepas berkali-kali didesak puteri Firaun itu, beliau menyatakan dengan tenang: “Allah adalah Tuhanku dan Tuhan sekalian alam.

Alangkah terkejutnya puteri Firaun dengan penjelasan Mashitah itu. Tidak disangkanya ada lagi Tuhan selain daripada Firaun. Ini mendorongnya untuk menceritakan apa yang terjadi kepada Firaun.

Mashitah dipanggil dan penyiasatan dijalankan. Selepas jelas kepada Firaun bahawa Mashitah memeluk agama Islam yang dibawa Nabi Musa dan tidak mengaku Firaun sebagai Tuhan, maka dengan kekuasaan yang ada padanya, Firaun menghukum Mashitah dan keluarganya yang memeluk Islam.

Sesungguhnya sumbangan dan jasa Mashitah kepada Firaun amat besar. Selain menjadi tukang sikat kepada puteri-puteri Firaun, Mashitah juga mengasuh dan mengurus istananya (Firaun). Tetapi jasa Mashitah tidak dikenang Firaun.

Hukuman bunuh yang dikenakan ke atas Mashitah dan keluarganya itu dianggap sebagai satu ujian dan dugaan daripada Allah. Tuhan hendak menguji sejauh mana ketabahan iman Mashitah. Kesediaannya menghadapi dugaan jelas terbukti kerana Mashitah, walaupun memiliki fizikal yang lemah, beliau mempunyai kekuatan jiwa yang tidak dapat ditandingi wanita lain.

Mashitah dengan lapang dada menerima apa saja yang dilakukan manusia kufur, sombong, bongkak dan tiada berhati perut. Sudah menjadi lumrah alam, manusia yang lemah akan terus ditindas dan diseksa jiwa dan hatinya.

Hukuman yang akan dikenakan ke atas Mashitah dan keluarganya ialah mereka akan direbus hidup-hidup. Hamman, menteri yang dipertanggungjawabkan oleh Firaun untuk melaksanakan tugas itu mengarahkan pegawainya menyediakan sebuah kawah besar. Air dimasak sehingga mendidih.

Selepas persiapan disediakan, Mashitah dan keluarganya dipanggil untuk mengetahui sikap dan pendiriannya. Mashitah dan keluarganya diberi kata dua oleh Hamman - menyembah Firaun kembali atau dihumban ke dalam kawah jika terus beriman kepada Allah.

Secara tegas dan tenang Mashitah menyatakan pendirian dan keimanannya. Mereka akan terus beriman kepada Allah.

Mendengar jawapan tegas darpada Mashitah itu, Hamman memaksa Mashitah dan keluarganya terjun ke kawah yang airnya menggelegak panas itu.

Orang pertama yang dicampak ke dalam kawah ialah suami Mashitah, diikuti tiga anaknya. Anaknya yang keempat yang masih bayi itu dibiarkan berada dalam kendongan Mashitah. Alangkah sedih, hiba dan sayunya hati Mashitah melihat suami dan anak-anak terkapai-kapai di dalam air yang menggelegak itu.

Melihat keadaan Mashitah dan anaknya yang masih merah itu, syaitan mengambil kesempatan menggodanya. Dibisiknya ke telinga Mashitah rasa kasihan dan simpati terhadap anak-anaknya yang tidak tahu apa-apa itu. Ini menyebabkan hati Mashitah serba salah - sama ada hendak terjun atau tidak ke dalam kawah bersama-sama anaknya itu.

Tetapi kudrat Allah mengatasi segala-galanya. Dengan spontan Allah menjadikan anak Mashitah yang kecil itu kebolehan untuk berkata-kata. Didorongnya ibunya, Mashitah supaya segera terjun ke kawah. Antara lain kata-kata anaknya: “Wahai ibu! Marilah kita menyusul ayah. Sesungguhnya syurga menanti kita.”
 
Mendengar kata-kata anaknya itu, Mashitah dengan penuh rasa kehambaan lantas terjun ke dalam kawah yang sedang menggelegak airnya. Pengawal mengacau kawah dengan sudip besi seperti mereka merebus ikan. Matilah Mashitah bersama-sama suami dan anak-anaknya demi untuk mempertahankan keimanan dan akidah mereka yang suci.

Tetapi Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana. Sebarang kezaliman dan kekejaman tidak dibiarkan berlaku begitu sahaja. Allah telah meruntuhkan kerajaan dan istana Firaun di mana Hamman dan pegawai-pegawai yang membunuh Mashitah dan keluarganya mati terperangkap dalam runtuhan istana tersebut. Takhta dan harta benda semuanya tenggelam dan hilang.

Hamman dan pegawainya diberi balasan setimpal dengan apa yang mereka kerjakan. Manusia yang ingkar memang wajar dimatikan dalam keadaan hina. Dan di akhirat kelak kehinaan yang lebih hebat akan mereka terima dan rasai.

Sebaliknya Mashitah dan keluarganya akan dimuliakan Allah. Walaupun mereka hidup susah, hina dan menderita di dunia, di akhirat kelak mereka akan hidup dalam keadaan bahagia dan gembira.

kredit:pelitaiman

21 December 2013

Kes Culik Di Semporna: Pelancong Taiwan Berjaya Diselamatkan


igp-semporna
PETALING JAYA: Seorang pelancong warga Taiwan yang diculik dari Pulau Pom Pom di luar pantai Sabah pada 15 November lalu telah diselamatkan oleh pasukan keselamatan Filipina, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menerusi tulisan Khalid di Twitter miliknya, beliau mengucapkan tahniah kepada rakyat Filipina kerana berjaya menyelamatkan Chang An Wei.
“Mangsa telah diselamatkan di Sulu dan dibawa ke hospital di sana.

“Wanita itu akan diterbangkan ke Zamboanga City esok (Sabtu),” kata Khalid, sambil menambah bahawa pihak berkuasa Filipina akan mendedahkan lebih banyak butiran dan perkembangan lanjut berhubung perkara itu.

Dalam insiden pada 15 November lalu, sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati suami Chang dan menculiknya dalam satu serbuan di resort di Pulau Pom Pom di luar pantai Semporna di pantai timur Sabah.

Laporan awal menyatakan bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu mendarat di villa atas air di Pom Pom Island Resort and Spa dan menggeledah tiga daripada enam villa termasuk satu unit yang didiami oleh mangsa Lim Min Hsu, 57, dan Chang, 58.

Ketika serbuan itu, terdapat 48 pelancong dan kakitangan di pulau itu, tetapi tidak dipastikan jumlah sebenar kesemuanya.

Resort berkenaan terletak kira-kira 1 kilometer dari pangkalan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan keselamatan diperketatkan di perairan dari Semporna ke Lahad Datu di laut Sulu dan Sulawesi sejak kumpulan bersenjata Sulu menyerang Lahad Datu pada Februari lalu.

Menurut laporan awal berhubung insiden tembakan di Pulau Pom Pom, seorang penyelia di resort itu mendengar bunyi tembakan pada pukul 1 pagi Jumaat dan segera memaklumkan mengenainya kepada pihak PGA.

Sejumlah besar anggota PGA segera bergegas ke resort itu di mana mereka mendapati mayat Lin dengan kesan luka dua tembakan di koridor.

Isterinya bagaimanapun hilang dan dia dipercayai telah diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata itu, di mana difahamkan mereka menuju ke Pulau Mataking dekat perairan Filipina. – Mstar.

Menyayangi Atau DiSayangi

 
 
Pernahkah soalan ini ditanya kepada diri ataupun terfikir; Adakah kita lebih menyayangi Allah atau Allah yang lebih menyayangi kita? Jika kita menyayangi Allah, adakah kita menuruti segala perintah dan larangan-Nya? Tetapi jika kita melanggar perintah-Nya, pernahkah ditarik kembali semua nikmat yang diberikan oleh-Nya?

Pernahkah pula kita terfikir bahawa orang-orang yang menyekutukan Allah; namun dalam masa yang sama nikmat Allah tetap tercurah kepada seluruh makhluk-Nya tanpa mengira apa agama dan jenisnya (manusia, jin, binatang, tumbuh-tumbuhan, angin, planet-planet dan pelbagai lagi; termasuk makhluk yang tidak kita ketahui).

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Setelah selesai menciptakan makhluk-Nya, Allah menulis dalam kitab-Nya mewajibkan atas Diri-Nya sendiri : ‘Sesungguhnya kasih sayang-Ku mengalahkan (mengatasi) kemurkaan-Ku’”. [2751/16] Sahih Muslim

Inilah antara tanda bahawa Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang serta bukti bahawa Allah lebih menyayangi makhluk-Nya berbanding kasih sayang makhluk-Nya (manusia terutamanya) terhadap Rabb penciptanya.
Di dalam Al-Quran, seperti yang telah kita ketahui setiap surah pada permulaannya telah diletakkan nama dan sifat Allah (kecuali At-Taubah) iaitu, ‘Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Jika kita memperhatikannya, seolah-olah Allah Subhana wa Ta’ala mahu makhluknya memahami bahawa cara yang pertama sekali mengenal Rabb mereka adalah dengan pemahaman bahawa kemurahan dan kasih sayang Allah itu mengatasi segalanya. Perkataan Maha Pemurah dan Maha Penyayang ini juga telah diulang lebih seratus kali.

Di dalam sebuah hadis yang menyatakan kasih sayang Allah;

Dari Salman al-Farisi r.a : Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah memiliki 100 kasih sayang, ada satu kasih sayang (telah diberikan) agar semua makhluk menyayangi di antara mereka, 99 kasih sayang lainnya untuk Hari Kiamat.” [2753] Sahih Muslim
Kasih Sayang Allah Melimpah-ruah

Jika dilihat perkataan Maha Penyayang pula, lebih dua ratus kali tercatat di dalam Al-Quran. Kasih sayang itu meliputi kurniaan nikmatnya yang tidak mungkin dapat diberikan oleh manusia mahupun jin; mahupun berkumpul jin dan manusia dan bersatu untuk memberikan nikmat itu kepada sesama mereka.

Antaranya, ia meliputi nikmat siang dan malam (perjalanan bintang yang teratur), tidur, nyawa, nafas, pengaturan automatik sistem tubuh, benih-benih yang menjadi makanan (tumbuh-tumbuhan dan haiwan) dan terlalu banyak lagi nikmat Allah itu yang jika kita ingin menyebutnya, sampai habis hayat masih belum habis lagi pengungkapannya.
Firman-Nya;
Terjemahan : Surah An-Nahl [16] : 18
18. Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungkan jumlahnya (kerana terlalu banyak). Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Maksudnya, manusia itu sangat-sangat lemah. Seandainya Allah memerintahkan semua manusia bersyukur atas segala nikmat-Nya satu persatu, maka tiada satu pun manusia yang mampu menyenaraikannya.
Oleh kerana itulah di akhir ayat tersebut diletakkan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang yang membawa maksud, jika sebelum ini makhluk-Nya melanggar perintah dan larangan-Nya, maka bertaubatlah dan pasti akan diampuni. (Rujukan : Tafsir Ibn Katsir)

Di dalam sebuah hadis, bersabda Rasulullah saw; 

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Seandainya seorang mukmin tahu siksa yang ada di sisi Allah, maka tidak ada seorang pun yang tidak menginginkan syurga-Nya (takut berbuat dosa); Dan seandainya ada orang kafir yang tahu kasih sayang Allah, maka tidak akan ada yang merasa putus asa dari (mendapatkan) syurga Allah.” [3379] Sahih. Riwayat Muslim [At-Targhib]

Mengagungkan Allah

Terjemahan : Surah Al-Israa' [17] : 111
111. Dan katakanlah: "Segala puji bagi Allah Yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya dan Dia bukan pula hina yang memerlukan penolong dan agungkanlah Dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya.

Sekiranya kita benar-benar menyayangi Allah, maka hendaklah kita mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya. Maksudnya, jika kita benar-benar orang yang beriman maka hendaklah kita meletakkan perintah dan larangan Allah (Al-Quran dan Al-Sunnah) di tempat teratas baik dari segi pemikiran mahupun hati. 

Janganlah biarkan diri kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang menyekutukan Allah, di mana mereka meletakkan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai ‘perkara’ yang remeh, diubah-ubah tulisan serta maknanya, mengatakan Al-Quran dan Al-Sunnah itu tidak membawa kemajuan, mencetuskan perbalahan dan seumpamanya. Moga Allah melindungi kita dari bersama mereka. 

Terjemahan : Surah Az-Zumar [39] : 67
67. Dan mereka (orang-orang musyrik) tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya....... .

Pada hari kiamat nanti mereka (orang yang memperlekeh Al-Quran dan Sunnah) akan berada dalam keadaan benar-benar dalam penyesalan. Tetapi penyesalan itu tidak bermakna lagi kerana masing-masing sudah diberi masa yang mencukupi, masing-masing telah diberikan penjelasan yang jelas dan yang paling utama, agama ini (Islam) telah sempurna disampaikan oleh Nabi Muhammad saw. 

Persoalannya hanyalah; Mahukah kita mengikuti jalan yang lurus atau mengikuti jalan yang bersimpang-siur? Semua orang akan masuk ke syurga dan ini janji Allah dan Rasul-Nya (saw) KECUALI mereka yang tidak mahu, dan orang yang tidak mahu ke syurga adalah orang yang mempermain dan memperlekehkan Al-Quran dan Al-Sunnah serta bertuhankan hawa nafsu.

Bertaubatlah Sebelum Terlambat

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang bertaubat kepada Allah Ta’ala sebelum matahari terbit dari barat, (maka) Allah menerima taubatnya.” [2323] Sahih Muslim

Setiap anak Adam pasti melakukan kesalahan dan tidak ada satu manusia pun pada zaman ini tidak melakukan dosa samada kecil atau besar. Tetapi sesuatu yang wajib kita ketahui, bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang dan akan mengampuni siapa sahaja yang bertaubat kepada-Nya kecuali saat matahari terbit dari barat dan saat nyawa sedang dicabut (Rujuk : An-Nisa’ [4] : 18]).

Janganlah berputus asa terhadap rahmat Allah kerana putus asa itu sifat orang kafir. Bertaubatlah terhadap kesalahan yang lalu dan jadikanlah masa akan datang ini masa yang bermanfaat dan masa memperbaiki kesilapan lalu. Mulakanlah hidup baru yang menjamin cahaya kehidupan yang abadi di syurga - InsyaAllah. 

Ingatlah antara pesan terakhir Rasulullah saw sebelum kewafatannya;
Dari Jabir bin Abdullah al-Ansari r.a, katanya tiga hari sebelum Rasulullah saw wafat : Rasulullah saw bersabda, “Janganlah kamu mati melainkan baik sangka terhadap Allah Azza wa Jalla.” [2451] Sahih Muslim
Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang kepada makhluk-Nya.

koleksi Hadis Pilihan

Bidadari Syurga


 

Fatimah al-Zahra (ucapan Alaiha Salam sila rujuk misalnya dalam Sahih Bukhari, Juzuk 5, hadith 368, dan 546) adalah puteri kepada Rasulullah SAW. Ibunya Khadijah iaitu isteri Rasulullah SAW yang pertama dan amat dikasihinya. Tentang bondanya Khadijah, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Empat wanita yang terbaik ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran, dan Asiah binti Muzahim isteri kepda Firaun." [Muhibuddin al-Tabari, Dhakha'ir al-Uqba fi Manaqib Dhawi al-Qurba, hl.42; Al-Hakim alam al-Mustadrak, Juzuk 3, hlm.157].

Fatimah mempunyai nama-nama timangan seperti Ummal Hasan, Ummal Husayn, Ummal Muhsin, Ummal A'immah dan Umma Abiha [Bihar al-Anwar' Juzuk 43, hlm.16]

Rasulullah SAW menggelarkannya Fatimah sebagai "Ummu Abiha" bermaksud ibu kepada ayahnya. Ini kerana Fatimah sentiasa mengambil berat tentang ayahandanya yang dikasihi itu. Selain daripada itu gelaran-gelaran lain ialah Zahra, Batul, Siddiqah Kubra Mubarakah, Adhra, Tahirah, dan Sayyidah al-Nisa [Bihar al-Anwar, Juzuk 43, hlmn.16]

Fatimah dilahirkan pada 20 Jamadil Akhir di Mekah iaitu pada Hari Juma'at, tahun kelima selepas kerasulan Nabi Muhammad SAW [Manaqib Ibn Shahrashub, (Najaf), Juzuk 3, hlm.132; al-Kulaini, al-Kafi; Misbah al-Kaf'ami; Syeikh al-Mufid, Iqbal al-Amal]. Tempat beliau dilahirkan ialah di rumah ayahanda dan ibundanya iaitu Rasulullah SAW dan Khadijah al-Kubra. Beliau wafat pada tahun ke-11 hijrah iaitu selepas enam bulan kewafatan ayahandanya Rasulullah SAW [al-Bukhari, Sahih, Juzuk 5, Hadith 546]

Kelahiran Fatimah amat menggembirakan Rasulullah SAW. Beliau SAW bersabda tentang Fatimah: " Dia adalah daripadaku dan aku mencium bau syurga dari kehadirannya." [Kasyf al-Qummah, Juzuk 2, hlm.24].

Mengapa diberikan nama Fatimah? Menurut Imam Ali al-Ridha AS nama "Fatimah" diberikan oleh Rasulullah SAW kerana Fatimah dan para pengikutnya terpelihara dari api neraka. Imam Ja'far al-Sadiq AS berkata: " Rasulullah SAW bersabda kepada Ali AS: Tahukah kamu nama mengapa nama Fatimah diberikan kepadanya? Ali menjawab: Mengapa dia diberikan nama itu? Dia (Rasulullah SAW) bersabda: Kerana dia dan shiahnya akan dipelihara dari api neraka."

Ketika masih berumur dua tahun Fatimah turut bersama-sama ayahanda dan bondanya di perkampungan Shi'bi Abi Talib kerana diboikot oleh masyarakat Mekah. Kemudian pada tahun ke sepuluh kerasulan, bondanya Khadijah pula meninggal dunia. Peristiwa ini menjadikan Fatimah banyak bergantung hidup kepada ayahandanya, Rasulullah SAW.

Dalam peristiwa hijrah ke Madinah, Fatimah bersama-sama dengan rombongannya iaitu Fatimah binti Asad bin Hashim iaitu ibu kepada Imam Ali AS, Fatimah binti al-Zubair bin Abdul Muttalib, Fatimah binti Hamzah, dan juga Ayman dan Abu Waqid al-Laithi berhijrah ke Madinah. Rasulullah SAW telah sampai dahulu di Quba, Madinah. Sebelum meninggalkan Mekah Rasulullah SAW telah mengarahkan Ali bin Abi Talib supaya menyusul bersama keluarganya kemudian. Justeru, rombongan hijrah tersebut diketuai oleh Ali bin Abi Talib AS.

Keperibadian Fatimah al-Zahra  

Fatimah termasuk dalam Ahlul Bayt Rasulullah SAW sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat al-Tathir dalam surah al-Ahzab: 33 yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan kalian daripada kekotoran (rijsa) ,wahai Ahlul Bayt dan menyucikan kamu sebersih-bersihnya."

Dalam ayat di atas, Fatimah adalah salah seorang daripada Ahlul Bayt Rasulullah SAW dan Allah SWT telah menyucikan Fatimah dari sebarang dosa-dosa, bermakna Fatimah adalah seorang yang maksum. [Sila baca Riwayat hadith al-Kisa]

Fatimah az-Zahra mempunyai sifat-sifat kemuliaan yang dinyatakan dalam al-Qur'an. Ulama ahli sunnah dan syi'ah bersetuju bahawa ayat al-Qur'an surah Al-Insaan (76);8-9 ditujukan kepada keluarga Fatimah iaitu yang bermaksud: " Dan mereka memberikan makanan yang disukai kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya kami memberikan makanan kepada kamu hanyalah untuk mendapatkan keredhaan Allah. Tidaklah kami mengharapkan balasan daripada kamu dan tidak juga (ucapan) terima kasih."

Ayat di atas mengisahkan Hasan dan Husain AS sedang dalam keadaan sakit. Rasulullah SAW dengan beberapa orang sahabat menziarahi mereka. Rasulullah SAW mencadangkan kepada Ali AS bernazar kepada Allah SWT bahawa dia dan keluarganya akan berpuasa selama tiga hari apabila anak mereka sembuh dari penyakit tersebut. Ali, Fatimah, dan pembantu mereka, Fizzah bernazar kepada Allah SWT. Apabila Hasan dan Husain AS sembuh, mereka pun berpuasa. Pada waktu berbuka datang seorang pengemis meminta makanan kepada mereka. Pada hari itu mereka hanya berbuka dengan sahaja. Keesokan hari ini datang seorang anak yatim meminta makanan daripada mereka pada waktu berbuka dan sekali lagi mereka hanya berbuka dengan air sahaja. Pada hari ketiga, datang pula seorang tawanan perang meminta makanan. Selepas memberikan makanan, Ali membawa anak-anaknya ke rumah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW berasa sedih melihat keadaan cucunya itu. Ali AS membawa Rasulullah SAW ke rumah mereka. Sampai di sana Rasulullah SAW melihat Fatimah sedang berdoa dengan keadaan yang amat lemah. Rasulullah SAW berasa amat sedih. Turun malaikat Jibril berkata kepada beliau SAW," Wahai Muhammad ambillah dia (Fatimah). Allah memberikan tahniah pada Ahl Bayt kamu." Lalu Jibril membacakan ayat tersebut. [Al-Hakim al-Haskani, Shawahid al-Tanzil, jld.II, hlm.298; al-Alusi, Ruh al-Ma'ani, jld.XXIX, hlm.157; Fakhur al-Razi, Jild.XIII, hlm.395]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Fatimah adalah sebahagian daripadaku. Barang siapa yang membuat dia marah, akan membuat aku marah." [a-Bukhari, Jilid II, hlm.185]

Imam Ali al-Redha AS berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: " Hasan AS dan Husain AS adalah makhluk yang terbaik di dunia selepasku dan selepas bapa mereka (Ali AS) dan ibu mereka (Fatimah) adalah wanita yang terbaik di kalangan semua wanita."[Bihar, Jilid 43, hlm. 19 dan 20]

Dari Imam Ali AS dari Rasulullah SAW berkata kepada Fatimah bermaksud: " Sesungguhnnya Allah marah kerana kemarahanmu dan redha kerana keredhaanmu." [Mustadrak al-sohihain, juzuk 3, hlm152]

Dari Aisyah berkata bahawa: " Tidak pernah aku melihat seorang pun yang lebih benar dalam berhujah daripadanya melainkan ayahnya (Rasulullah SAW)." [Mustadrak al-Sohihain, Juzuk 3, hlm.160]

Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadith dari Aisyah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ".....Tidakkah engkau redha (wahai Fatimah) bahawa engkau adalah saidati-nisa fil-Jannah(pemimpin wanita di syurga) atau pemimpin wanita seluruh alam..." [Sahih Bukhari, Jld. IV, hadith 819]

Dalam hadith yang lain al-Bukhari meriwayatkan dari Aisyah sebuah hadith yang panjang dan di sini dinyatakan sebahagiannya: "....Wahai Fatimah! Tidakkah engkau redha bahawa engkau adalah saidati-nisa il-mu'minin (pemimpin wanita mu'minin) atau saidanti-nisa-i hadzhihi il-ummah (pemimpin wanita umat ini)?"[Al-Bukhari, Jilid 8, hadith 301]

Al-Bukhari meriwayatkan hadith dari Imam Ali AS bahawa pada suatu ketika Fatimah mengadu tentang kesusahannya mengisar tepung. Apabila beliau mendengar berita ada beberapa orang hamba dari rampasan perang telah dibawa kepada Rasulullah SAW, beliau lalu pergi (ke rumah Rasulullah SAW) untuk menemui baginda SAW bagi mendapatkan pembantu tersebut, tetapi pada ketika itu (Rasulullah SAW tidak ada di rumah) Aisyah tidak dapat mencari baginda SAW. Lalu Fatimah menceritakan hasratnya kepada Aisyah. Apabila Rasulullah SAW pulang, Aisyah menyatakan kepadanya perkara tersebut. Rasulullah SAW kemudian pergi ke rumah kami....Mahukan kamu aku nyatakan suatu perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta? (Iaitu) apabila kamu hendak masuk ke tempat tidurmu, maka ucapkanlah Allahu Akbar 34 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Subhan Allah 33 kali. Ini adalah lebih baik daripada yang kamu pohonkan."[ Al-Bukhari, Jld. VI, hadith 344]

Amru bin Dinar meriwayatkan dari Aisyah berkata: " Tidak pernah aku melihat seseorang pun yang lebih benar daripada Fatimah salamullah 'alaiha selain daripada ayahnya."[Hilyatul-awliya, Juzuk 2, hlm. 41]

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Pada malam aku diangkat ke langit (mi'raj), aku melihat di pintu syurga tertulis bahawa Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Muhammad Rasulullah, Allah mengasihiku, dan Hasan, dan Husain sofwatullah (sari yang terbaik dari Allah) , Fatimah Khiratullah (sesuatu yang terbaik dari pilihan Allah), laknatullah ke atas mereka yang membenci mereka."[Tarikh al-Baghdadi, Juzuk 1, hlm. 259]

Fatimah al-Zahra mempunyai sifat-sifat berikut seperti ayahnya dan suaminya serta anggota keluarganya :(1) menemukan jalan yang benar (ihtida') (2) mentaati prinsip-prinsip Islam (iqtida'), dan (3) berpegang teguh serta menyakini kewajipan-kewajipannya (tamassuk)." [ Nasa'i dalam Khashais Alawiyyah]

Kezuhudan Fatimah az-Zahra
Imam Hasan AS meriwayatkan: "Aku belum pernah melihat seorang wanita yang lebih alim daripada ibuku. Ia selalu melakukan solat dengan begitu lama sehingga kakinya menjadi bengkak." Imam Hasan AS juga meriwayatkan: " Aku melihat ibuku, Fatimah berdiri solat pada malam Jumaat. Beliau meneruskan solatnya dengan rukuk dan sujud sehingga subuh. Aku mendengar beliau berdoa untuk kaum mu'minin dan mu'minah dengan menyebut nama-nama mereka. Beliau berdoa untuk mereka semua tetapi beliau tidak berdoa untuk dirinya sendiri. "Ibu," Aku bertanya kepada beliau. "Mengapa ibu tidak berdoa untuk diri sendiri sebagaimana ibu berdoa untuk orang lain?" Beliau menjawab," Anakku, (berdoalah) untuk jiran-jiranmu diutamakan dan kemudian barulah dirimu sendiri." [Bihar al-Anwar, Jilid 43, hlm.81-82; Abu Muhammad Ordooni, Fatimah The Gracious, hlm.168-169;Sayyid Abdul Razak Kammoonah Husseini, Al-Nafahat al-Qudsiyyah fi al-Anwar al-Fatimiyyah, Juzuk 13, hlm.45]

Asma' binti Umays meriwayatkan: "Pada suatu ketika aku sedang duduk-duduk bersama Fatimah apabila Nabi SAW datang. Beliau SAW melihat Fatimah memakai rantai di lehernya yang telah diberikan oleh Ali bin Abi Talib AS dari bahagiannya yang diambil daripada harta rampasan perang." Anakku", beliau SAW berkata, " Janganlah tertipu dengan apa yang orang katakan. Anda adalah Fatimah puteri Muhammad, anda memakai barang perhiasan (yang menjadi kesukaan) orang-orang yang bongkak." Beliau serta-merta melucutkan rantainya pada ketika itu juga dan menjualnya. Dengan wang dari jualan tersebut, beliau membeli dan kemudian membebaskan seorang hamba lelaki. Apabila Rasulullah SAW mendengar apa yang beliau lakukan, beliau SAW berasa gembira dan mendoakan rahmat kepada Imam Ali AS. [Al-Hakim, Al-Mustadrak, Juzuk 3, hlm. 152; Bihar al-Anwar, Jilid 43, hlm.81]

Karamah Fatimah az-Zahra
Abu Sai'd al-Khudri berkata: "Pada suatu hari Ali AS berkata bahawa beliau AS berasa amat lapar. Beliau AS kemudian meminta Fatimah menyediakan makanan. Fatimah bersumpah bahawa tidak ada makanan yang tinggal untuk menghilangkan kelaparan Ali AS. Imam Ali AS bertanya mengapa Fatimah tidak memberitahukan kepadanya bahawa di rumah mereka sudah tidak ada makanan lagi. Fatimah menyatakan bahawa dia berasa malu untuk menyatakan perkara itu, dan dia juga tidak mahu menuntut apa-apa dari Imam Ali AS. Imam Ali AS keluar dari rumah dengan rasa tawakal kepada Allah SWT. Beliau AS meminjam wang sebanyak satu dinar dengan hasrat untuk membeli makanan untuk ahli rumahnya. Dalam perjalanan pulang, beliau bertemu Miqdad ibn Aswad sedang terbaring di atas jalan pasir yang panas terik oleh bahang matahari yang membakar. Miqdad kelihatan sedih dan tidak bermaya. Lalu Imam Ali AS bertanya kepadanya apa yang terjadi tetapi dia enggan menyatakan perkara yang berlaku kepada Imam Ali AS. Tetapi akhirnya dia menyatakan juga rahsia itu dan berkata: "Wahai Abul Hasan! Aku bersumpah bahawa ketika aku keluar rumah tadi, ahli rumahku berada di dalam kelaparan yang teruk. Anak-anakku kebuluran dan aku tidak sanggup menonton keadaaan mereka menangis itu. Lalu aku meningggalkan mereka, dan berusaha mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut."

Air mata Ali AS jatuh berguguran dan mengenai janggutnya apabila mendengar kisah tersebut. Ali AS berkata kepadanya: "Aku bersumpah bahawa aku juga mengalami keadaan yang sama seperti engkau."

Ali AS lalu menyerahkan wang yang dibawanya kepada Miqdad. Ali AS kemudian pergi ke masjid di mana pada ketika itu Nabi SAW sedang solat. Ali AS bersolat di tempat suci itu, dan selepas selesai menunaikan kewajipannya, beliau AS menemui Nabi SAW di pintu masjid. Rasulullah SAW bertanya Ali AS tentang makanan yang dia ada untuk makan malam, sama ada Nabi SAW dijemput oleh menantunya untuk makan malam.

Ali AS tunduk dan tidak berkata apa-apa. Beliau AS tidak tahu apa yang harus dikatakan. Kelihatannya Rasulullah SAW tahu tentang kisah wang satu dinar itu. Telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW bahawa hendaklah beliau SAW bersama Ali AS pada petang itu." Mengapa anda tidak berkata sesuatu?," tanya Nabi Muhammad SAW. Ali AS dengan menjawab:" Diriku di tanganmu."

Nabi Muhammad SAW memegang tangan Ali AS dan dua orang yang agung ini berjalan bersama-sama ke rumah Fatimah. Apabila sampai di sana, Fatimah baru selesai menunaikan kewajipannya (solat), dan di atas tungku ada satu periuk masakan sedang di masak dan ketika ia sedang mendidih. Fatimah kemudian keluar apabila mendengar bunyi tapak kaki ayahnya datang dan menyambut kedatangan mereka. Nabi SAW mengucapkan salam dengan lembut." Semoga Allah SWT memberi rahmat ke atas kamu berdua, dan semoga kamu dapat menyediakan kami hidangan makan malam!" sambung Rasulullah SAW.

Fatimah mengambil periuk tersebut dan meletakkan di hadapan ayahnya SAW dan suaminya, Ali AS, yang terkejut dan bertanya isterinya bau makanan yang lazat di dalam periuk itu. Fatimah berkata: "Adakah anda marah dengan memandangku dengan pandangan yang demikian! Adakah aku telah melakukan sesuatu yang salah menyebabkan aku layak menerima kemarahanmu!?"

Ali AS berkata: "Mengapa tidak? Semalam engkau bersumpah bahawa engkau tidak mempunyai sedikit makanan pun untuk kita hidup selama beberapa hari! Apa ertinya ini semua?"

Dengan memandang ke langit Fatimah menyambung: "Tuhanku yang berkuasa ke atas langit dan bumi akan menjadi saksi bahawa apa yang akan aku katakan ini adalah benar."

Ali AS menambah: "Wahai Fatimah! Sudikan anda menyatakan kepada kami kisah sebenarnya. Sudikan anda dengan jujur menyatakan kepada kami siapakah yang menghantar hidangan yang lazat ini yang menjadi makanan kita!"

Rasulullah SAW dengan lembut meletakkan tangannya ke atas bahu Ali AS dan berkata: "Wahai Ali! Semua ini adalah sebenarnya anugerah dari Allah SWT kerana kemurahan yang kamu tunjukkan ketika memberikan wang dinar tersebut.

"...Sesungguhnya Allah memberikan (rezeki) apa yang dikehendakiNya tanpa hisab."(Ali-Imran:37)

"Dan apabila Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrabnya, dia mendapati jmakanan di sisinya." (Ali-Imran:37)[Bihar al-Amwar, Jilid 43, hlm.59-61; Amali Tusi, Jilid 2, hlm.228-230]

Sikap Rasulullah SAW Terhadap FatimahRasulullah mengaitkan Fatimah dengan dirinya SAW. Justeru Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Fatimah adalah daripadaku dan barang siapa yang membuat dia marah, akan membuat aku marah." [Al-Bukhari, Jilid V, hadith 111]

Ketika berpergian, Fatimah adalah orang yang paling akhir beliau SAW mengucapkan selamat tinggal, dan ketika pulang dia (Fatimah) adalah orang yang pertama yang ditemui oleh ayahnya SAW. [Bihar, Jilid 43, hlm.39-40; Ahmad bin Hanbal, Musnad, Juzuk 5, hlm.275; Al-Baihaqi, Sunan, Juzuk 1, hlm.26].

Imam Ali AS suatu ketika bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah! Siapakah di kalangan keluargamu yang paling dekat denganmu? Fatimah binti Muhammad," jawab baginda SAW. [Al-Tabari, Dhakair al-Uqba; Al-Tirmidzi, Sunan. hlm.549; Al-Mustadrak, Jilid 3, hlm.21 dan 154]


Imam Ali AS Dan Fatimah
Imam Ali AS berkata: "Aku bersumpah bahawa aku tidak pernah membuat Fatimah berasa bimbang dan takut di sepanjang kehidupan keluarga kami. Beliau tidak pernah marah semasa beliau hidup atau aku memaksa beliau melakukan sesuatu dengan paksaan. Beliau sentiasa taat kepadaku secara rela dan tidak pernah membuatkan aku marah. Memandang wajahnya membuatku sentiasa tertarik (bahagia) sehingga setiap perasaan marah akan hilang dalam diriku." [Bihar, Juzuk, 43, hlm.134]

Imam al-Baqir AS berkata: "Fatimah telah berjanji akan melakukan semua kerja rumah termasuklah membuat roti dan menyapu rumah mereka. Ali AS pula bersetuju untuk melakukan kerja-kerja membeli-belah (keperluan harian), dan kerja-kerja luar yang lain seperti mencari kayu api, dan sebagainya. Pada suatu hari Ali AS bertanya Fatimah sama ada masih ada makanan yang berbaki di rumah mereka. Fatimah menjawab: "Aku bersumpah dengan namaNya yang membuat kemurahan dan anugerah kepadamu bahawa sejak tiga hari kebelakangan ini kita menghadapi kekurangan makanan." Mengapakah engkau tidak menyatakan kepadaku hal ini?" tanya Ali AS. Beliau menyambung: "Rasulullah SAW telah melarangku daripada meminta-minta sesuatu daripadamu. Beliau SAW telah memerintahkan kepadaku agar jangan meminta daripadamu sebarang keperluan. Jika engkau membeli sesuatu aku hendaklah menerimanya, dan jika tidak hendaklah aku berdiam diri." [Bihar, Jilid 43, hlm.31]

Kehidupan Politik Fatimah
Kehidupan Fatimah bukan hanya melakukan tugas sebagai suri rumah tangga dan beribadat sahaja tetapi juga meliputi soal-soal politik sejak dari zaman ayahandanya Rasulullah SAW di Mekah hingga selepas wafat ayahandanya SAW. Beliau dengan gigih menyokong keras perjuangan ayahandanya Rasulullah SAW dan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Islam yang telah dididik oleh ayahandanya Rasulullah SAW.

Pada tahun kesepuluh kerasulan, Khadijah ibu Fatimah meninggal dunia. Fatimah kehilangan ibundanya yang tercinta. Pada tahun yang sama, beliau kehilangan datuk saudaranya Abu Talib yang kuat melindungi Rasulullah SAW. Dengan kewafatan dua orang insan mulia ini, para musyirikin Quraisy mulai berani menentang dan menyakiti Rasulullah SAW secara terbuka. Sehinggakan pada suatu peringkat mereka sanggup memutuskan untuk membunuh Rasulullah SAW. Justeru, Rasulullah SAW membuat keputusan berhijrah ke Madinah. Malam itu Ali AS tidur di tempat tidur Rasulullah SAW demi untuk mengelirukan musuh-musuh Allah itu. Pada malam itu juga Fatimah menginap di rumah ayahandanya dan mengetahui semua kejadian tersebut. Fatimah bertahan pada malam itu dengan penuh perjuangan, kesabaran, dan keberanian segala kemungkinan yang akan berlaku kepada mereka.

Fatimah kemudian berhijrah ke Madinah dengan rombongan hijrah di ketuai oleh Ali AS. Dalam perjalanan ke Madinah, beberapa orang kafir mencuba untuk menghalang mereka tetapi dengan keberanian dan tekad Ali AS, maka mereka berasa takut dan membiarkan rombongan hijrah itu meninggalkan Mekah. Akhirnya setelah menempuh segala kesulitan, mereka pun sampai ke Madinah.

Fatimah turut menjadi saksi Perang Badar dan Perang Uhud. Dalam Perang Uhud, dahi, dan gigi Nabi SAW luka parah. Dan yang lebih menyedihkan ialah apabila tersebarnya berita palsu bahawa Rasulullah SAW turut terkorban. Fatimah berangkat ke Uhud untuk menyaksikan medan pertempuran, dan juga melihat ayahandanya yang dikasihi, Rasulullah SAW. Setelah perang berakhir, Fatimah menemui ayahandanya Rasulullah SAW, dan membersihkan wajah baginda dari luka-luka. Dalam peperangan ini juga, Fatimah menyaksikan datuk saudaranya Hamzah syahid di medan perang.

Selepas Rasulullah SAW wafat, Fatimah turut memperjuangkan hak Imam Ali AS sebagai khalifah yang sah dilantik oleh Rasulullah SAW dan juga tentang haknya terhadap Tanah Fadak. Fatimah tidak mengiktiraf Abu Bakar sebagai khalifah yang sah. Pada suatu ketika Abu Bakar dan Umar al-Khattab bersama rombongannya mengepung rumah Fatimah dengan tujuan mendesak ahli rumah rumah memberikan bai'ah kepada Abu Bakar. Malahan Rombongan tersebut mengugut akan membakar rumah tersebut. Seseorang bertanya Umar: "Wahai ayah Hafsah (Umar al-Khattab), sesungguhnya Fatimah ada di dalam," dan Umar menjawab,: "Wa in (sekalipun)"[Ibn Qutaibah, Al-Imamah Wal-Siyasah, Jilid I, hlm.12-13].

Fatimah kemudian keluar dari pintu dari berkata lantang: "Hai, Abu Bakar, Alangkah cepatnya anda menyerang keluaga Rasul. Demi Allah, saya tidak akan bercakap dengan Umar sampai saya menemui Allah...Kamu semua telah membiarkan jenazah Rasulullah SAW bersama kami, dan kamu semua telah mengambil keputusan antara kamu sendiri tanpa bermesyuarat dengan kami dan tanpa menghormati hak-hak kami. Demi Allah, aku katakan, keluarlah kamu semua dari sini dengan segera! Jika tidak dengan rambutku yang kusut ini, aku akan meminta keputusan dari Allah!" [Ibn Abil Hadid, Syarh Nahjul Balaghah, Jilid VI, hlm.48-49]

Fatimah menganggap Tanah Fadak sebagai miliknya yang sah kerana ia telah diberikan oleh Rasulullah SAW ketika baginda SAW masih hidup. Tanah Fadak terletak dekat dengan Khaibar dan di situ terdapat kebun kurma. Ia kemudian diserahkan oleh Bani Nadir kepada Rasulullah SAW iaitu selepas peristiwa Perang Khaibar pada tahun 7 Hijrah. Kemudian Rasulullah SAW menghadiahkan tanah tersebut kepada Fatimah [riwayat dari Abu Sai'd al-Khudri - sila lihat Fada'il Khamsah fi al-Sihah al-Sittah, Jilid 3, hlm.36] iaitu apabila turunnya ayat Qur'an yang bermaksud," Apa sahaja harta rampasan (fa'i) yang diberikan Allah kepada RasulNya yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, dan orang-orang yang dalam perjalanan supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu. Apa yang diberikan Rasul kepadamu terimalah ia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah, dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukumanNya." (59:7) .

Fatimah menuntut Tanah Fadak dari Abu Bakar tetapi Abu Bakar menolaknya. Fatimah lalu menemui Abu Bakar dan terjadilah perdebatan di antara mereka berdua: Al-Jauhari meriwayatkan bahawa ketika sampai berita kepada Fatimah bahawa Abu Bakar menolak haknya ke atas Tanah Fadak, maka Fatimah dengan disertai para pembantu wanitanya dan para wanita Bani Hasyim pergi menemui Abu Bakar. Fatimah berjalan dengan langkah seperti langkah Rasul. Ia lalu memasuki majlis yang dihadiri Abu Bakar, dan penuh dengan kaum Muhajirin dan Ansar. Fatimah membentangkan kain tirai antara dia dan kaum wanita yang menemaninya di satu sisi,dan majlis yang terdiri dari kaum lelaki di sisi yang lain. Ia masuk sambil menangis tersedu, dan seluruh hadirin turut menangis. Maka gemparlah pertemuan itu. Setelah suasana kembali tenang, Fatimah pun berbicara: "Saya memulai dengan memuji Allah Yang Patut Dipuji. Segala Puji bagi Allah atas segala nikmatNya, dan terhadap apa yang diberikanNya..." dan setelah mengucapkan khutbahnya yang sungguh indah, ia lalu berkata: "Apabila anda mati, wahai Abu Bakar, siapakah yang akan menerima warisan anda?"
Abu Bakar: "Anakku dan keluargaku."
Fatimah: "Mengapa maka anda mengambil warisan Rasul yang menjadi hak anak dan keluarga beliau?"
Abu Bakar: "Saya tidak berbuat begitu, wahai putri Rasul."
Fatimah:" Tetapi anda mengambil Fadak, hak Rasulullah yang telah beliau berikan kepada saya semasa beliau masih hidup....Apakah anda dengan sengaja meninggalkan Kitabullah dan membelakanginya serta mengabaikan firman Allah yang mengatakan, "Sulaiman mewarisi dari Daud" (Al-Naml: 16), dan ketika Allah mengisahkan tentang Zakaria serta firman Allah, Dan keluarga sedarah lebih berhak waris mewarisi menurut Kitabullah?(Al-Ahzab:6) Dan Allah berwasiat, "Bahawa anak lelakimu mendapat warisan seperti dua anak perempuan" (Al-Nisa:11) dan firman Allah," Diwajibkan atas kamu apabila salah seorang daripada kamu akan meninggal dunia, jika ia meninggalkan harta, bahawa ia membuat wasiat bagi kedua orang tua dan keluarganya dengan cara yang baik, itu adalah kewajipan bagi orang-orang yang bertaqwa" (Al-Baqarah: 80). Apakah Allah mengkhususkan ayat-ayat tersebut kepada anda dan mengecualikan ayahku daripadanya? Apakah anda lebih mengetahui ayat-ayat yang khusus dan umum, lebih daripada ayahku dan anak bapa saudaraku (Ali AS) Apakah anda menganggap bahawa ayahku berlainan agama dariku, dan lantaran itu maka aku tidak berhak menerima warisan?" [Ibn Abil Hadid, Syarh Nahjul Balaghah, Jilid XVI, hlm.249]

Ibn Qutaibah meriwayatkan pertemuan yang mungkin terakhir di antara Fatimah dan Abu Bakar seperti berikut: "Umar bin Khattab berkata kepada Abu Bakar:" Marilah kita pergi kepada Fatimah, sesungguhnya kita telah menyakiti hatinya." Maka keduanya pun pergi ke rumah Fatimah, dan Fatimah tidak mengizinkan mereka masuk ke dalam rumah. Mereka lalu memohon kepada Ali bin Abi Talib, lalu Ali AS memperkenankan mereka masuk ke dalam.

"Tatkala keduanya duduk dekat Fatimah, Fatimah memalingkan wajahnya ke arah dinding rumah. Salam Abu Bakar dan Umar tidak dijawabnya.
Fatimah kemudian berkata:" Apakah anda boleh mendengar apabila saya katakan kepada anda suatu perkataan yang berasal dari Rasulullah SAW yang anda kenal dan anda telah bertemu beliau SAW?"
Keduanya menjawab: " Ya."
Kemudian Fatimah berkata:" Apakah anda tidak mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Keredhaan Fatimah adalah keredhaan saya, dan kemurkaan Fatimah adalah kemurkaan saya. Barang siapa mencintai Fatimah, anakku, bererti ia mencintaiku, dan barang siapa membuat Fatimah murka, bererti ia membuat aku murka."
Mereka berdua menjawab:" Ya, kami telah mendengarnya dari Rasulullah SAW.
Fatimah berkata: "Aku bersaksi kepada Allah dan malaikat-malaikatNya, sesungguhnya kamu berdua telah membuat aku marah, dan kamu berdua tidak membuat aku redha. Seandainya aku bertemu Nabi SAW, aku akan mengadu kepada beliau SAW tentang kamu berdua.
Abu Bakar berkata: "Sesungguhnya saya berlindung kepada Allah dari kemurkaanNya dan dari kemurkaan anda, wahai Fatimah." Kemudian Abu Bakar menangis, hampir-hampir jiwanya menjadi goncang.
Fatimah lalu berkata:" Demi Allah, selalu saya akan mendoakan keburukan terhadap anda dalam setiap solat saya." Kemudian Abu Bakar keluar sambil menangis....[Ibn Qutaibah, Al-Imamah Wal-Siasah, Bab Bagaimana Bai'at Ali bin Abi Talib; O.Hashem, Saqifah Awal Perselisihan Ummat, hlm.100-101]

Kewafatan Fatimah
Selepas peristiwa itu, Fatimah akhirnya tidak bercakap lagi dengan keduanya sehingga beliau wafat iaitu kira-kira enam bulan selepas kewafatan Rasulullah SAW [sila lihat Sahih Bukhari Jilid VI, hlm. 196].

Di sepanjang tempoh tersebut, Fatimah sering menziarahi makam Rasulullah SAW dengan air mata bercucuran mengenangkan sikap para sahabat Nabi SAW terhadapnya selepas Rasulullah SAW tiada lagi di sisi mereka. Beliau sering juga menziarahi kuburan para syuhada di luar kota Madinah. Ada di kalangan orang yang tidak suka Fatimah menangis sedemikian rupa. Ada yang rasa terganggu dengan tangisan Fatimah. Imam Ali AS kemudian membina sebuah rumah kecil di kawasan Perkuburan Baqi' untuk kemudahan Fatimah. Fatimah sering membawa anak-anaknya Hasan dan Husain ke rumah tersebut bagi meluahkan rasa kesedihan sehinggalah menjelang senja. Rumah kecil itu dipanggil Bayt al-Ahzan (Rumah Kesedihan). Imam Ali AS sering pergi ke rumah itu bagi mengiringi Fatimah pulang ke rumah. [Bihar, Juzuk 43, hlm.177-178]

Pada hakikatnya, khabar tentang kewafatan Fatimah telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW ketika baginda SAW sakit. Riwayat al-Bukhari dari Aisyah: " Nabi SAW memanggil Fatimah ketika baginda SAW sedang sakit kuat, dan menyatakan suatu rahsia yang membuatkan Fatimah menangis. Kemudian baginda SAW menyatakan sesuatu kepada Fatimah yang menyebabkan beliau tertawa. Apabila aku (Aisyah) bertanya kepadanya, beliau berkata bahawa Nabi SAW menyatakan kepadanya suatu rahsia tentang sakit yang dialami akan membawa kepada kewafatan baginda SAW, lantaran itu aku (Fatimah) menangis. Beliau SAW kemudian menyatakan kepadanya bahawa beliau adalah seorang dari keluarganya yang mula-mula menemuinya selepas beliau SAW wafat (Fatimah akan menyusuli (wafat) selepas Rasulullah SAW wafat), lalu, aku tertawa [Al-Bukhari, Jilid V, hadith 62]

Ketika ajalnya hampir tiba, Fatimah memanggil Ali AS dan berkata: "Wahai putera pamanku, aku berasa ajalku semakin hampir. Tidak lama lagi aku akan menyusul ayahku. Dengarkanlah wasiat terakhirku yang sudah lamaku simpan dalam hati.

Mendengar kata-kata isterinya itu dalam nada tersekat-sekat, Imam Ali AS meminta semua orang yang tidak berkepentingan keluar. Kemudian ia menjawab: "Katakanlah segala wasiatmu wahai puteri Rasulullah..."
Fatimah berkata: "Wahai puteri pamanku, sejak engkau bergaul denganku, apakah engkau pernah melihat aku berdusta, atau tidak mengikut kemahuanmu? Sudah tentu pertanyaan aneh ini cukup membingungkan Ali AS dalam suasana sedih sebegitu. Tetapi Ali segera dapat menguasai dirinya, kemudian menyahut:" Na'udzu billah, engkau lebih mengerti, engkau lebih bersih, lebih bertaqwa, lebih mulia, dan lebih takut kepada Allah. Seandainya engkau pernah tidak menuruti kehendakku, sama sekali aku tidak menyesali dirimu. Aku berasa sangat berat berpisah dan kehilangan dirimu, tetapi itu suatu hal yang tidak mungkin. Demi Allah, musibah baru akan menimpa diriku lagi sesudah Rasulullah SAW wafat. Sungguh berat rasanya aku akan kau tinggalkan....Inna lillahi wa-ina ilaihi raji'un...! Demi Allah, tidak ada musibah yang lebih berat dari ini, dan tidak ada cubaan yang lebih keras dari ini..."

Di antara wasiat Fatimah kepada Imam Ali AS ialah meminta Imam Ali AS menguburkan jenazahnya pada malam hari dan tidak mengizinkan orang-orang yang menzaliminya menyaksikan majlis pemakamannya, dan juga tidak mengizinkan mereka mengadakan solat jenazah ke atasnya. Pada malam ketiga Jamadil Akhir tahun ke-11 Hijrah, Imam Ali AS dan sebilangan kecil dari keluarga dan syiahnya yang setia menyempurnakan jenazah Fatimah. Di antara mereka adalah Ali, Hasan, Husain, Zainab, Umi Kalthum, Aqil, Abu Dzar, Ammar, Miqdad dan Salman al-Farisi.

Ketika Imam Ali AS mengadu kepada Rasulullah SAW di permakaman baginda SAW tentang kewafatan Fatimah, beliau berkata: "Wahai Nabi Allah, salam ke atasmu dariku dan dari puterimu yang kembali kepadamu dan tersangat cepatnya ia kembali kepadamu. Wahai Nabi Allah, kesabaranku tentang buah hatimu (puterimu Fatimah) telah semakin lelah, dan kekuatanku menghadapinya semakin lemah, kecuali aku telah mengalami kesedihan ketika berpisah denganmu dulu. Aku letakkan dirimu ke dalam kuburmu selepas nafasmu yang terakhir di antara leher dan dadaku. Firman Allah SWT, yang bermaksud: "...Sesungguhnya kita dari Allah, dan sesungguhnya kepadaNya kita kembali."(Qur'an 2:156)

Kini, apa yang telah engkau amanahkan kepadaku (Fatimah) dan apa yang telah diberikan telah diambil kembali. Kesedihanku sudah tidak bertepi lagi, dan malam-malamku semakin suram tanpa tidur sehingga Allah memilihkanku sebuah rumah yang ketika ini engkau diami.

Sesungguhnya, puterimu pasti akan mengadu kepadamu tentang ummatmu yang menzaliminya. Engkau tanyalah kepadanya dan pasti akan mendapat tahu tentang perkara tersebut. Semua ini berlaku ketika masa belum berlaku panjang dan ingatanmu belum lagi hilang. Salamku ke atas kamu berdua...."[Nahjul Balaghah, Khutbah nombor 201]
SEMOGA ALLAH MENGAMPUNI DOSA AHLUL-BAYT DAN PARA SAHABAT RASULULLAH SAW..