31 December 2012

Cara Buat Grafik Lantai


As'salamualaikum dan Selamat Sejahtera serta Salam 1 Malaysia. Hari ini saya meringankan tangan saya untuk buat tutorial Photoshop. Tutorial ini saya credit kepada: Silent_Attacker. Semoga anda suka tutorial ini.

1) Buka Photoshop > Select File > Klik New > Pilih saiz Yang Anda Nak > Klik Okay
2) Warnakan keseluruhan background dengan warna hitam > Pilih brush dan seeting hardness kepada 20% > Buat 1 bulatan besar ditengah gambar dengan warna yang korang nak


3) Select simbol T yang ada disebelah kiri anda > Pilih font > Pilih warna > Type perkataan yang anda nak
4) Tekan CTRL+T untuk ubah size dan panjang perkataan anda tadi


5) Lihat pada sebelah kanan anda dan lihat pada kotak perkataan yang anda type tadi > Right klik pada kotak itu > Select blending options > Setting seperti gambar ini:



6) Akan terdapat sedikit perubahan pada perkataan korang tadi. Sekarang, kita akan wujudkan 'lantai' didalam graphic gambar kita ini. Lihat bawah untuk langkah seterusnya
7) Klik pada kotak perkataan anda, tekan CTRL+J yang ada pada keyboard > Select edit > Select free transform yang kedua > Klik flip vertical
8) Sekarang, korang drag perkataan yang da diflip tadi dibawah perkataan asli tadi


9) Sekarang, untuk mengaburkan perkataan yang diflip tadi korang lihat pada kotak sebelah kanan dan cari  OPACITY > Tukarkan dari 100% kepada bilangan yang korang nak sehingga graphic korang jadi cantik
10) Select Filter > Render > Clouds 


11) Tekan CTRL+T untuk Free Transform dan flipkannya
12) Select Filter > Blur > Gaussian Blur > Use value 10% > Klik Okay > Tukar opacity ke 10%


13) Sekarang, select brush dan tukar hardness kepada 50% dan pilih warna. Ia sepatutnya jadi begini


14) Sekarang pergi ke Filter > Blur > Gaussian Blur > Guna balue 100% > Klik ok > Tukar opacity kepada 50%. Ini hasilnya


Nota:
Segala tutorial yang ada dalam entry ini saya ambik dari Silent_Attacker.
Before letak warna unggu atau sebagainya, pastikan korang buat NEW LAYER! Tekan CTRL+Shift+N untuk create new layer.
KLIK INI LINK INI JIKA TUTORIAL INI MEMBANTU: http://ysmcdn.com/share/my/2455/3096908
WARNING - TUNGGU SEHINGGA LINK HABIS LOADING!
 
credit utk hazwan syakir tuah

Selamatkan akaun facebook,email,etc dari serangan social engineering



Sebelum itu, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa akau facebook boleh digodam dengan menggunakan kaedah recover Method, hanya dengan beberapa langkah mudah,anda sudah boleh menceroboh akaun mangsa tetapi perlu mengambil masa hanya 1 jam untuk berfungsi.

okey. ikut step by step di bawah:


step 1 :
bukak email anda dan tekan compose message..
tulis di bahagian subject RETRIEVE LOST PASSWORD

step 2 :
copy url ini
/facebook.managment/systemrecovery/cgi-bin/recovery/acc/recfb38


(paste kan di ruangan email anda)


step 3
: dibahgian message email isikan step a,b,c
cth seperti dibawah

A- Login: (email mangsa yang ingin digodam)

B- Current E-mail: (email anda )
C- Password: (password email anda )

step 4
: send email itu kepada security facebook : fbpass_recover@aol.com
tunggu selama 1 jam password email yg diminta itu akan di hantar ke email anda
HATI HATI ANDA DALAM RISIKO DIGODAM JIKA ANDA MELAKUKANNYA!




KENAPA?

diatas adalah bagaimana serangan social engineering yang dilakukan penggodam untuk mencuri maklumat seperti, password,email,no akaun bank,no pin dan banyak lagi.

1.jikan anda menghantar email seperti diatas. secara langsung anda telah memberi maklumat anda seperti email dan password anda kepada penggodam dengan menghantar kepada email  
fbpass_recover@aol.com <- Ya! itu adalah email penggodam! .

2.kebanyakan laman web yang berprofile tinggi akan menggunakan email domain mereka sendiri, contoh seperti facebook, email mereka
mungkin seperti help@facebook.com .

3.Kebanyakan rakyat malaysia masih tidak peka dengan taktik serangan penggodam seperti diatas. 
Diharap artikel ini dapat membantu dan memberi sedikit informasi kepada anda. 

Sumber GH (GilaHackers) 

Antara Kesan Buruk Menutup Laptop/Komputer Tanpa Shutdown

1. Kehilangan data pada registry dimana semasa komputer dalam proses pengendalian atau masih beroperasi, komputer akan mendaftar atau registry komponen komputer yang tersedia ada atau pun applikasi yang telah digunakan, ini akan mengakibatkan komponen atau aplikasi tidak dapat disimpan pada registry, ianya akan mengakibatkan sistem recovery tidak berfungsi sebaiknya.
2. Akan mengurang jangka hayat komponen komputer dimana semasa komputer dishutdown unit pemprosesan atau pun processor memberi arahan kepada bios untuk memberhentikan segala kerja komponen yang terdapat,ianya jugak mengawal arus keluar masuk pada komponen, jika anda mematikan komputer dengan arus tidak betul lama kelamaan komponen anda akan cepat rosak.
3. Processor akan mudah rosak dimana semasa shutdown bios akan memainkan peranan penting bagi mematikan fun cooller pada processor, jika ianya dimatikan secara mengejut maka tersentak processor.
4. Memory mudah rosak dimana semasa shutdown sistem memory atau cache akan dikosongkan, ianya akan mengakibatkan kerosakan pada memory.
5. Hard disk rosak dimana jika sistem operasi tidak ditutup secara shutdown dan betul mengikut langkah, makan berkemungkinan cakera yang terdapat pada hard disk mudah rosak, kerana bekalan arus terdapat dimatikan secara mengejut, head atau kepala hard disk akan cepat rosak.
kredit : OMGHACKERS

24 December 2012

Solat Tonggak Pemisah Muslim, Kafir

Ibadat solat adalah satu daripada Rukun Islam yang wajib dilunaskan setiap Muslim, sama ada lelaki atau perempuan dengan sempurna sebanyak lima waktu sehari semalam. Kewajipan solat ini tertera dalam ayat yang bermaksud: “Tetapi apabila kamu telah tenteram, maka hendaklah kamu dirikan solat (seperti biasa) kerana sesungguhnya solat itu adalah atas mukmin satu kewajipan yang ditentukan waktunya.” - (An-Nisa: 103)

Solat adalah ibadat yang teristimewa berbanding ibadat fardu lain yang Allah perintahkan. Sebabnya perintah solat fardu lima waktu diterima Nabi Muhammad SAW secara langsung daripada Allah SWT pada malam peristiwa Israk Mikraj (setahun sebelum Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah).
Apabila kita sorotkan dengan pandangan akal yang penuh sedar dan teliti, maka kita akan jumpa beberapa keistimewaan solat fardu, antara lain ialah solat sebagai tiang agama. Tonggak yang menentukan kukuh atau rapuhnya agama yang dianuti. Apabila sengaja meninggalkan solat fardu samalah dengan sengaja meruntuhkan agamanya.


Kalau kita teropong kelompok masyarakat hari ini, berapa kerat sangatlah yang tergolong dalam orang yang taat mengerjakan solat? Ternyata amat sedikit. Kebanyakan mereka mengabaikan solat kerana dipengaruhi nafsu, sikap malas walaupun mengetahui mengenai kewajipan solat, terutama muda-mudi yang leka dengan suasana hiburan yang melalaikan, atau memang tidak diasuh dengan nilai agama sejak dari kecil, ada juga yang selalu berada dalam kesibukan mengejar kesenangan dan kemewahan duniawi yang bersifat sementara.


Kita juga mendapati di surau atau masjid, setiap waktu solat hanya ada dua tiga orang yang sudah tua berjemaah. Ini keadaan yang sangat menyedihkan dan kepahitan hakikat yang harus ditelan pada zaman sekarang ini.

Solat adalah permulaan amalan yang dihisab di akhirat nanti dan ia menjadi pokok perkiraan kepada ibadat lain. Sekiranya pahala solat tiada atau solatnya tidak diterima Allah, maka ini bermakna ibadah lain kosong tidak bermakna (tidak dipandang Allah) meskipun ibadat lain itu banyak yang telah dilakukan di dunia, misalnya jutaan ringgit disedekahkan kepada fakir miskin.

Dari situ jelaslah kepada kita alangkah tidak bergunanya amalan soleh yang lain sekiranya solat fardu itu diabaikan. Sungguh betapa ruginya manusia, menyesal pun tidak berguna lagi, sia-sia belaka.
Oleh itu, kita sebagai orang Islam hendaklah selalu memelihara solat setiap masa dengan penuh insaf walau dalam keadaan apa sekalipun. Solat juga menjadi unik lantaran telah menjadi wasiat nabi sebelum kewafatannya. Ini satu petanda bahawa ibadat solat adalah satu ibadah yang sangat penting dan menjadi teras dalam Islam. Lalu, amalan solat tidaklah boleh diringan-ringankan kewajipannya, apatah lagi tidak menghiraukannya langsung.

Apabila solat fardu telah menjadi wasiat terakhir Nabi SAW, maka kita sebagai seorang Islam yang cintakan Rasulullah SAW sepenuh hati haruslah selalu menjaga dan memeliharanya sepanjang perjalanan hidup yang masih tersisa ini. Solatlah yang dapat membezakan antara orang Islam dengan orang bukan Islam.

Perhatikanlah sabda Baginda yang bermaksud: “Tonggak pemisah antara seorang Muslim dan kafir adalah solat” (H.R. Muslim)


Berita Harian

23 December 2012

4 beranak rentung kereta bertembung bas ekspres di Kemaman


ANGGOTA Bomba memeriksa bas yang hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 125.8, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kemasik, awal pagi tadi. - Foto Rosli Ilham  
ANGGOTA Bomba memeriksa bas yang hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 125.8, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kemasik, awal pagi tadi. - Foto Rosli Ilham
KEMAMAN: Empat beranak rentung apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 125.8, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kemasik, awal pagi tadi.

Nahas berlaku jam 1.30 pagi itu, di depan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Sabirin Sulaiman, 45, isterinya, Halina Saif@Saib,40, dan dua anaknya, Siti Aisyah, 14, dan Siti Khatijah, 12.

Mereka berasal dari Kampung Batu 5, Dungun.

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata empat beranak itu terperangkap di dalam kereta Kia Sephia yang mereka naiki apabila kereta itu terbakar sebelum api merebak membakar bas ekspres yang dinaiki lapan penumpang itu.

Mangsa dipercayai dari arah Kuantan menghala ke Dungun apabila kereta yang dipandu Mohd Sabirin dikatakn hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh bas dari Kota Bharu menuju Melaka itu.


Kereta mangsa dikatakan diseret kira-kira 30 meter ke tepi jalan.
Jamshah berkata empat beranak itu dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Dungun selepas menghantar anaknya menyertai satu pertandingan catur. 
 
Sumber Berita Harian

22 December 2012

KU LEPASKAN KAU PERGI :)

KU LEPASKAN KAU PERGI :)


Tepat tarikh dan waktu..mungkin ia sudah tercatat begitu…saat hati perlukan seorang untuk didamba..saat itu hati diduga dengan gempita duka alunan rasa yang tak terhingga..memori indah kini punah..sang hati mula menyendiri merasa takdir telah menang dan hati perlu mengalah..langkah dibuka seiring nada sayu..mata berpinar demi melepaskan insan yang teristimewa..hati terdiam saat membuat keputusan yang amat berat..helai tawa tangis duka kini akan tersimpan rapi bersama cerita yang akan senantiasa diingati…hati menjadi tenang bila mengenangkan ini adalah jalan yang terbaik untuk dia..untuk masa depan dia...dan untuk kebahgiaan dia…Walau berat...tapi ini adalah jalannya...Doa di panjatkan pada hadrat Illahi...moga dia akan bertemu dengan insan yang sempurna ... insyaallah.

21 December 2012

JOM MATI!




Kematian atau maut adalah persoalan yang dibahaskan sejak sama dahulu lagi, sama ada dari sudut falsafah atau pun kepercayaan khurafat, atau perubatan. Islam mengajar penganutnya agar beriman dengan kematian dan bersedia untuk menghadapinya. Kerana kematian itu adalah sesuatu yang pasti berlaku, sebagaimana firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: "Apabila sampai ajal maut seseorang maka manusia TIDAK berupaya menunda mahu pun mempercepatkan, walau sesaat pun." (Surah al-A'raf : 34)


Keberkesanan konsep kematian yang disuburkan di dalam sanubari orang beriman dapat dilihat pada reaksi mereka ketika berhadapan dengan kematian sanak saudara, sahabat handai, orang yang disayangi atau menanti saat kematian diri sendiri. Orang yang beriman lebih tenang dalam situasi begini, hasil manifestasi daripada sifat redha mereka terhadap apa jua ketetapan Allah.
Ini berlainan sekali dengan tingkah laku orang yang tidak beriman. Apabila maut datang kepada mereka atau orang di sekeliling, mereka memberontak, meraung, menyalahkan takdir, tertekan, menanggung kekecewaan yang melampau dan malah melakukan tindakan keterlaluan seperti membunuh diri dan sebagainya. Kerana terlalu takutkan kematian mereka berusaha melarikan diri daripadanya tanpa menyedari bahawa perbuatan mereka itu sia-sia. Allah sendiri menjelaskan perkara ini seperti berikut:

Maksudnya: "Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." (Surah al-Nisa 4 : 78)

Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)." (Surah al-Jumu'ah 62 : 8)
Apabila di neraka, perkara sebaliknya berlaku. Kerana seksaan yang maha dahsyat, orang kafir yang dahulunya takutkan kematian mengharapkan pula kematian untuk melepaskan diri daripada azab ini. Tetapi malangnya tiada lagi kematian di neraka. Senario ini diungkapkan dalam firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: "Dia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana busuknya) dan dia didatangi (penderitaan) maut dari segala arah, sedang dia tidak pula mati (supaya terlepas dari azab seksa itu) dan selain dari itu, ada lagi azab seksa yang lebih berat." (Surah Ibrahim 14 : 17)
Bagi orang beriman kematian itu adalah rahmat dan pasport untuk bertemu dengan Allah s.w.t. dan meraih ganjaran syurga yang sekian lama didambakan. Sebaliknya, orang kafir meratapinya dan berharap untuk dipanjangkan umar atau dikembalikan ke dunia demi menebus segala kesalahan mereka. Allah s.w.t. menceritakan tingkah laku mereka seperti berikut:

Maksudnya: "Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia)." (Surah al-Mukminun 23 : 99)

Maksudnya: "Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi kalangan orang yang soleh." (Surah al-Munafiqun 63 : 10)

Tanpa Tajuk



Bismillahirr Rahmanirr Rahim

Ya Allah,
Bila dia bukan untuk ku,
Bila dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya.
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku.
Ya Allah,
Bila ini bukan masanya,
Bila ini belum saatnya,
Jarakkan kami.
Pisahkan kami.
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia.
Agar kami tak mengundang murkaMU.
Agar kami dapat lebih menjaga hati.
Dan
Bila doaku didengari,
Bila permintaanku KAU kabulkan,
Bila masa membina jarak yang memisahkan,
Bila waktu membina tembok yang merenggangkan,
Bila kami semakin jauh,
Ingatkan aku tentang doaku yang lalu.
Ya Allah,
Bila itu terjadi,
Yakinkan aku,
Bahwa doaku didengari,
Bahwa KAU sedang merencanakan yang terbaik buat aku,
hambamu.

Bantulah aku menjalani hari,
Bantulah aku menerima ketentuan dengan ketabahan.
Agar terhapus semua kesedihan dan kekecewaan.
Agar dapat ku pujuk hati ;
“kerana ALLAH lebih tahu…”

Aamiin.........

 

Dia Bukan Untuk Ku



Seandainya takdir dia bukan untukku....

terlalu berat mata memandang
Berat lagi bahu memikul
musibah datang tanpa diundang
takkan jasad menjadi tunggul

biarpun tinggi dilambung ombak
sampan tetap kau dayung
Cinta manusia tidak nampak
Cinta Agung kau junjung

beras secupak nasi sepuyuk
hilang sepohon tumbuh seperdu
Tekad disemat semangat dipupuk
Biarpun pahit bagai hempedu

20 December 2012

Chelsea ke separuh akhir benam Leeds 5-1





LEEDS: Chelsea menyelamatkan pengurus barunya, Rafael Benitez apabila berjaya menempah tiket ke separuh akhir Piala Liga selepas menundukkan Leeds 5-1 di Elland Road, awal pagi tadi.Leeds bagaimanapun memberi kejutan awal apabila menumbat masuk gol awal pada minit ke-38 menerusi penyerang Argentina, Luciano Becchio.
Pasukan tuan rumah hampir memperoleh gol kedua namun rembatan pemain pertahanan,Tom Lees tersasar.
Chelsea kembali menyamakan kedudukan menerusi Juan Mata pada minit ke-47.Chelsea yang baru kehilangan trofi Piala Dunia Kelab kepada kelab Brazil, Corinthians di perlawanan final di Jepan kemudian mendahului 2-1 menerusi jaringan Branislav Ivanovic pada minit ke-64.Dua minit selepas itu Victor Moses menambah jaringan pasukan pelawat diikuti jaringan Eden Hazard pada minit ke-81.
Penyerang termahal liga, Fernando Torres menjadikan kedudukan 5-1 apabila menyumbat masuk gol pada minit ke-84. - AFP











   

Sumber: Berita Harian