23 December 2012

4 beranak rentung kereta bertembung bas ekspres di Kemaman


ANGGOTA Bomba memeriksa bas yang hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 125.8, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kemasik, awal pagi tadi. - Foto Rosli Ilham  
ANGGOTA Bomba memeriksa bas yang hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 125.8, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kemasik, awal pagi tadi. - Foto Rosli Ilham
KEMAMAN: Empat beranak rentung apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 125.8, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kemasik, awal pagi tadi.

Nahas berlaku jam 1.30 pagi itu, di depan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Sabirin Sulaiman, 45, isterinya, Halina Saif@Saib,40, dan dua anaknya, Siti Aisyah, 14, dan Siti Khatijah, 12.

Mereka berasal dari Kampung Batu 5, Dungun.

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata empat beranak itu terperangkap di dalam kereta Kia Sephia yang mereka naiki apabila kereta itu terbakar sebelum api merebak membakar bas ekspres yang dinaiki lapan penumpang itu.

Mangsa dipercayai dari arah Kuantan menghala ke Dungun apabila kereta yang dipandu Mohd Sabirin dikatakn hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh bas dari Kota Bharu menuju Melaka itu.


Kereta mangsa dikatakan diseret kira-kira 30 meter ke tepi jalan.
Jamshah berkata empat beranak itu dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Dungun selepas menghantar anaknya menyertai satu pertandingan catur. 
 
Sumber Berita Harian

No comments: