25 March 2012

MATI MEMOTIVASIKAN HATI - Peringatan Buat Diriku Yang Sering Lupa







Hidup itu sekali
Mati itu sekali
Persoalannya?
Kenapa kita tidak boleh hidup untuk mati?

Apabila disebut sahaja 'mati' maka ramailah yang takut, gerun, tak nak dengar dan cuba 
mengalih tajuk perbualan dan fikiran ke arah lain. Mati adalah puncak kepada hidup. Apabila mati maka jasad akan berhenti berfungsi. Yang ada hanyalah amalan kita. Baik ke? Buruk ke? Bergantung kepada amalan kita semasa hidup. Tok! tok! tok! ketuk hati tanya diri sendiri! Jangan tanya orang lain, sebab orang lain pun tak sempat nak tanya dirinya sendiri.
Ramai manusia di zaman kita ini suka kepada hidup. Sebab apa? sebab hidup hanya sekali. Memang benar, sama lah juga keadaannya mati. Mati juga sekali. Kecuali insan istimewa yang menjadi pilihan Allah. :-) Bila menyebut mati hanya sekali, adakah hidup itu berkali-kali? Jika berkali-kali hidup dan tak mati, teruskan dosa dan noda anda. Tapi ingatlah firman Allah yang bermaksud - "Setiap yang hidup itu pasti merasai mati". :-) Hidup hanya sekali dan mati pun hanya sekali. Tapi adakah berbaloi jika hidup sekali itu diisi dengan lumuran dosa yang pada nafsu kita ianya adalah menyeronokkan tapi bila mati ianya menyeksakan? :-)

Kita pasti merasakan kita hidup untuk capai pelbagai pencapaian yang baik dan lebih baik dari sebelumnya. Jika kita seorang pelajar, kita mesti nak hidup untuk capai kejayaan sebagai seorang pelajar. Jika kita seorang ahli muzik, kita mesti nak hidup untuk capai kejayaan sebagai seorang ahli muzik. Tapi adakah itu cukup? Pasti tidak cukup kerana matlamat dunia memang tak pernah habis. Kenapa kita tidak boleh hidup untuk mati? Apakah maksudnya? Bagaimana kita boleh hidup untuk mati? Jadikan setiap pekerjaan yang lakukan setiap hari sebagai salah satu cara untuk mengingati mati. Bagaimana caranya? Didik hati kita agar sentiasa ingat mati. Kita tidak tahu bilakah saat kematian kita, ini merupakan peluang kepada kita untuk buat amal kebaikan sebanyak dan sesungguh yang mungkin. Itulah caranya. :-) Mudah sahaja!
Anggaplah hari ini merupakan hari terakhir kita di muka bumi-NYA. Maka kita akan berusaha sungguh untuk melaksanakan tugas dan amanah kita dengan sebaik mungkin. Do the best! :-) Hati kita ini sebenarnya lembut, tapi ianya keras dan kaku dan terus jadi begitu jika kita tidak membelainya dengan mati. Jika ingat pada mati, maka hati akan hidup. Jika kita lupa pada mati, maka hati akan mati. Begitulah momentumnya. Jadi jangan takut jika disebut hal-hal kematian, tapi bersemangatlah untuk berbuat kebaikan dan kebajikan. InsyaAllah kemanisan dan natijahnya yang baik akan kita rasai di negeri yang akan datang! :-)

"MATI MEMOTIVASIKAN HATI"

No comments: