WASHINGTON 5 Nov: Seorang lelaki rakyat Malaysia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh sebuah mahkamah daerah Amerika Syarikat (AS), semalam selepas disabit kesalahan menggodam komputer Rizab Persekutuan AS dan bank-bank lain.
Penggodam yang bernama
Lin Mun Poo, 32, awal tahun ini mengaku
bersalah atas tuduhan menggodam bank pusat AS itu serta beberapa
institusi kewangan swasta lain termasuk mencuri nombor kad bank dan kad
kredit.
Dia juga mengaku menggodam dan memuat naik satu kod perisian virus pada pelayan komputer bank pusat tersebut.
Menurut pendakwa raya, Mun Poo didakwa memasuki AS apa Oktober tahun
lalu untuk menjual nombor kad kredit dan kad bank curi namun beliau
terjerat apabila pembelinya adalah seorang ejen perisian AS.
"Ketika ditahan, rakyat Malaysia itu memiliki
122,000 nombor kad bank dan kad kredit curi," ujarnya.
Jabatan Kehakimah AS berkata, aktiviti jenayah siber Mun Poo juga melibatkan
sektor keselamatan AS termasuk menggodam sistem komputer satu kontraktor Pentagon yang menyediakan sistem pengurusan perkhidmatan untuk pengangkutan tentera dan operasi ketenteraan lain.
"Hukuman itu memberi mesej kepada semua penggodam di dunia bahawa AS
bukanlah tempat untuk mereka menjalankan perniagaan haram," kata
Pendakwa Raya AS, Loretta Lynch dalam satu kenyataan.
SUMBER: Mingguan Malaysia 6 November 2011
1 comment:
aa glamer la Malaysia ekekkeke
Post a Comment