Tak
kenal maka tak cinta, Tak cinta, macamana nak kawin? So kena 'berdating', bila
berdating boleh tanya khabar, kenal mesra dan lain-lain. Pastu bertunang, then
kawinlah Ustaz kata 'berdating haram'. Jadi macamana sebenarnya?
Mari kita lihat tulisan seorang ustaz, saya kira menarik juga tulisannya ,"BERDATING CARA ISLAM = ISLAMIC DATING. Baca dan fahami betul-betul.
Hari ini sudah terlalu ramai yang berdating. Ramai yang belum bertunang sudah keluar dating. Ada juga yang keluar berdating semasa bertunang. Hubungan sebagai pasangan kekasih dan hubungan pertunangan tidak sama dengan perkahwinan. Pertunangan tidak menghalalkan apa-apa hubungan. Ia sekadar perjanjian untuk mereka berkahwin sahaja. Ramai juga yang kurang faham konsep pertunangan ini atau buat-buat tak faham. Mereka melancong ke sana-sini berdua-duaan, menunaikan umrah bersama tanpa ditemani mahram dan sebagainya.
Dating dengan makna dan gambaran yang wujud pada hari ini seperti berdua-duaan, berpegang tangan, menonton wayang bersama, si gadis membonceng motosikal tunangnya dan sebagainya adalah dating yang menyalahi hukum agama.
Tetapi Islam bukanlah agama jumud/beku. Ia membenarkan pertemuan yang baik dan harmoni dengan syarat-syarat tertentu.
Antaranya :
1) Menjaga pandangan mata
2) Percakapan yang baik2
3) Pakaian yang menutup aurat dan sopan
4) Tempat pertemuan yang tidak menimbulkan fitnah
Menjaga pandangan mata
1. Ketika berbual, pandangan mata hendaklah dijaga agar tidak memandang dengan nafsu syahwat. Pandangan mata adalah satu senjata sulit Iblis dan Syaitan bagi merosakkan anak Adam. Oleh kerana itu, Quran menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan.
Firman Allah :قُلْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ يَغُضُّوْا مِنْ أَبْصَارِهِمْ ... وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ“ Katakanlah kepada lelaki yang beriman agar mereka menahan pandangan mereka… dan katakanlah kepada wanita beriman agar mereka menahan pandangan mereka…” (Surah an-Nur :30-31).
2. Tidak melihat aurat orang lain atau berusaha melakukannya. Jika terpandang aurat, maka hendaklah cepat-cepat mengubah pandangan mata.
Percakapan yang baik
1. Suara yang lunak dan menggoda akan menarik antara satu sama lain ke arah melakukan maksiat. Oleh itu, dalam aspek bercakap, Islam membenarkan lelaki dan wanita berkomunikasi antara satu sama lain dengan syarat percakapan itu tidak menggoda.
Quran menyebut syarat ini dalam wahyu :فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِيْ فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَعْرُوْفًا “Maka janganlah kamu kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya dan berkatalah akan perkataan yang baik”. (al-Ahzab : 32).
2. Tajuk perbualan hendaklah tajuk yang serius atau agak serius. Tidak wajar untuk berbicara tentang perkara-perkara lucah, tentang anggota seksual sendiri dan seumpamanya. Mungkin tidak wajar juga berbual perkara-perkara yang remeh-temeh seperti pertanyaan tentang mandi, makanan, masakan hari ini dan sebagainya.
3. Tidak mengandungi unsur-unsur mengumpat, menghina orang lain, mencerca dan sebagainya.
Ciri pakaian yang menutup aurat
1. Pakaian mestilah pakaian yang menutup aurat.
2. Aurat wanita ketika bertemu lelaki ajnabi (bukan mahram iaitu lelaki yang boleh menjadi suaminya) ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan. Pergelangan kaki juga dikira sebagai aurat. Ada sebahagian ulama berpendapat ia tidak aurat. Oleh itu adalah baik jika wanita memakai stoking. Pakaian yang elok dipakai adalah baju kurung dan tudung kepala.
3. Pakaian juga mestilah tidak nipis sehingga menampakkan kulit seseorang pemakainya.
4. Pakaian juga mestilah tidak ketat hingga menampakkan bentuk tubuh seseorang pemakainya. Kebiasaannya seluar jeans adalah seluar yang ketat. Baju kebaya juga biasanya dibuat daripada kain yang nipis dan ketat. Namun jika baju kebaya dibuat dengan kain yang tidak nipis dan tidak ketat, maka ia boleh dipakai.Ada sesetengan remaja wanita suka memakai seluar. Ini tidaklah menjadi kesalahan dalam agama selagi ia tidak nipis dan tidak ketat serta menutup aurat.
5.Tudung kepala hendaklah menutup rambut dan tengkuk/leher. Pemakaian skaf untuk tudung kepala adalah tidak sempurna kerana masih nampak leher. Tudung juga hendaklah labuh agar menutup bahagian depan dada wanita.
Firman Allah :وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوْبِهِنَّ“dan hendaklah mereka menutup kain kerudung mereka ke dadanya” (Surah an-Nur :31).
Fesyen tudung seperti tudung labuh, tudung tiga segi, tudung ‘wardina’, tudung bawal, tudung ‘mawi’ dan sebagainya adalah baik selagi ia menutup aurat.
6. Fesyen pakaian hari ini seperti menampakkan pusat, ketat dan sebagainya adalah jelas haram.
7. Pakaian wanita tidaklah menyerupai pakaian lelaki dan pakaian lelaki tidaklah menyerupai pakaian wanita. Hadis menyebut bahawa rasulullah saw bersabda :لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ الرَّجُلَ يَلْبَسُ لبْسَةَ الْـمَرْأَةِ ، وَالْـمَرْأَةَ تَلْبَسُ لبْسَةَ الرَّجُلِ .“Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud). Tiru ini termasuk dalam banyak aspek. Antaranya aspek pakaian. Islam bukan anti-fesyen bahkan Islam mengalu-alukan setiap fesyen yang baik. Islam anti-dedah aurat dalam berfesyen.
Tempat pertemuan
1. Jauhi tempat-tempat yang banyak hiburan, maksiat dan fitnah. Disko, bar, kelab malam (dalam pengertian sekarang) adalah tempat yang tidak wajar dikunjungi oleh setiap muslim.
2. Tempat yang sunyi dan jarang dikunjungi orang adalah tempat yang tidak sesuai untuk bertemu. Pertemuan di kelas-kelas yang terpencil pada waktu petang mesti dielakkan.
3. Alangkah elok jika tempat bertemu itu tempat yang terbuka seperti restoran, kedai makan, pejabat, bank dan sebagainya. Dalam hadis diceritakan bahawa seorang wanita Ansar datang kepada Nabi s.a.w. maka Nabi pun bersunyian dengan wanita tersebut. (Mafhum HR Bukhari). Ada riwayat menyebut bahawa bersama wanita tersebut seorang budak lelaki. Maksud ‘bersunyian’ dalam hadis bukan bermakna Nabi s.a.w. bersama dengan wanita itu di tempat tertutup. Maksudnya ialah Nabi bercakap dengan wanita tersebut di tempat yang jauh sedikit daripada orang lain sehingga mereka tidak mendengar perbualan Nabi, tetapi orang ramai masih melihat Nabi dan wanita Ansar tersebut.
Adat yang berlaku dewasa ini di mana seseorang bersama tunangnya ke sana-ke mari adalah adat yang bertentangan dengan Islam. Sabda Nabi s.a.w. : “Tidak boleh bersunyi-sunyian seorang lelaki dengan seorang wanita melainkan ada mahramnya”. (Mafhum HR Bukhari).
Tujuan Islam adalah bagi menjaga agama dan maruah diri agar terhindar daripada fitnah. Jika pantang larang ini tidak dipatuhi, akan berlaku fitnah dan keburukan seperti khalwat, berdua-duaan dan zina.
Sebab itu, Nabi s.a.w. mewasiatkan tentang fitnah lelaki terhadap wanita dan fitnah wanita terhadap lelaki dengan sabdanya :مَا تَرَكْتُ بَعْدِيْ فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ“ Aku tidak tinggalkan fitnah yang lebih mudharat ke atas lelaki daripada wanita”. (Riwayat Bukhari).
selamat ber'dating' menurut hukum syarak . . . oleh Nidzam Kadir

Dan
dalam Islam sendiri, pertemuan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim
dikategorikan antara Syarie dan Tidak Syarie.
Contoh
pertemuan Syarie : perubatan, mensyuarat, pendidikan, urusan jualbeli, dan
sebagainya yang mempunyai matlamat jelas serta tidak bertentang dengan syarak.
Contoh
pertemuan Tidak Syarie: menonton wayang, makan-makan, membeli-belah,
bersiar-siar dan sebagainya yang ada keperluan penting.
Sebenarnya
pertemuan antara dua gender ini tanpa tujuan yang khusus akan sentiasa
menimbulkan fitnah. Sepertimana hadis yang masyhur mafhumnya, tiada pertemuan
antara lelaki dan perempuan melainkan yang ketiganya adalah syaitan. Sebaik
manapun sesebuah pertemuan itu, kadang-kadang syaitan tetap mengganggu dengan
berbagai bisikan dan helah untuk menghiaskan pertemuan itu supaya terlencong
dari tujuan sebenar.
Kredit:amalanharian
No comments:
Post a Comment