Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah :
paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri
manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak
tenang.
2. Pendendam :
tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti
ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara
yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang
yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki : amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil : sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan , pangkat dll dari dirinya.
4. Bakhil : sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan , pangkat dll dari dirinya.
5. Tamak : orang yang tidak puas dengan
yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini
ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis
jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta
atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak
diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin
ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat
keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar : andainya perkara yang kecil
pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu
banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja
banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego : ibu
segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang
yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun
batin.
8. Riak : terseksa
sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa
berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya
tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau
kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia -
tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat
susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati
jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa
anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana
dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi
letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu
senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut
kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan,
musibah, kesibukan dllnya tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi
mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau
biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya
bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.
So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama
lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.
Wallahualam"
Kredit:cikwawa
No comments:
Post a Comment