02 March 2013

Ralat ... Mengenai Anggota Keselamatan Yang Terkorban...


LAHAD DATU — Keluarga seorang daripada anggota polis yang cedera dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo di sini semalam, kesal dengan laporan media yang mengatakan anggota polis berkenaan terbunuh dalam kejadian itu.
Madun Buyung, 57, dari Kampung Tabanak, Lahad Datu, keluarga terdekat kepada Kpl Azman Ampong, meminta media massa supaya lebih berhati-hati sebelum menyiarkan laporan mereka.
"Semua media mesti pastikan maklumat mereka tepat. Dapatkan pengesahan daripada pihak doktor terlebih dahulu sebelum menyiarkan laporan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Lahad Datu di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah media elekronik kononnya Azman terbunuh dalam insiden itu sedangkan anggota berkenaan cuma cedera di tangan dan kaki.
Azman adalah antara tiga anggota polis yang cedera dan menerima rawatan di hospital di sini.
Madun berkata laporan tidak tepat itu telah meresahkan anggota keluarganya.
"Setelah mendengar laporan itu di televisyen, saya bergegas ke hospital (Lahad Datu) dan apabila tiba di sini saya dapati anak saudara saya ini dalam keadaan stabil,” katanya. — BERNAMA


Berita Untuk Kakitangan Awam ...


Pelbagai berita gembira yang kedengaran sejak akhir-akhir ini. Pengumuman beberapa projek juta-juta di merata-rata tempat di seluruh negara. Dan terbaru, tiba giliran 1.4 juta kakitangan awam di seluruh negara pula menerima “berita gembira” yang dikatakan bakal diumumkan tidak lama lagi.
Kenyataan terbaru Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana beliau akan mengumumkan berita gembira untuk kakitangan awam,  melibatkan beberapa isu berbangkit selama ini yang telah berjaya diselesaikannya.
“Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.
“Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi,” katanya.
Persoalannya apakah berita gembira yang dimaksudkan itu di mana dikatakan mampu menyelesaikan isu berbangkit dikalangan 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia selama ini? Adakah….
  1. Adakah semua kakitangan awam akan menerima kenaikan gaji sekali lagi?
  2. Adakah penjawat awam akan menerima habuan bonus sekali lagi sebelum tibanya Pilihanraya Umum ke 13?
  3. Adakah juga elaun perumahan dan cola berjaya diseleraskan selepas sekian lama? (SEPERTI DI SINI)
  4. Adakah ianya melibatkan kenaikan gaji 5% untuk yang telah mencapai “gaji mati”? (KLIK SINI)
  5. Ataupun……adakah penantian selama 15 tahun bakal terlerai dengan akan berlakunya penyelarasan semula bagi J17 selepas permohonan kumpulan? Mungkin? (SUMBER SINI)
  6. Anda ada mahu tambah senaraiannya?
Kami tidak merasakan ia bakal melibatkan kenaikan gaji kerana ia melibatkan perbelanjaan untuk jangka masa panjang dan mengambil kos yang tinggi. Kalau bonus sekalipun, hanya sekali sahaja dan ada kemungkinannya.
Jadi, apakah harapan dan tuntutan mengenai isu-isu berbangkit di sektor awam selama ini yang ingin anda keutarakan sebagai respon balas pengumuman yang bakal Tan Sri Muhyiddin maklumkan tidak lama lagi?

Huhuhuhuhuhu


Anda Hanya Perlu Klik Je Pautan Ini

http://says.com/my/news/malaysia-in-standoff-with-armed-intruders-of-royal-army-of-sulu

Dua Anggota Polis Terkorban Tiba Di Subang Malam Ini



20130301-230509.jpg
KUALA LUMPUR 1 Mac – Jenazah dua anggota komando polis pasukan gerakan khas 69 Komando yang terkorban dalam pertempuran dengan sekumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah, hari ini, diterbangkan ke ibu negara malam ini.
Penerbangan itu dijadual tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dekat sini, pada kira-kira 11.30 malam, kata Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yusof kepada Bernama.
Anggota terkorban yang berkhidmat di Kem Ulu Kinta itu ialah Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46.
Allahyarham Zulkifli, yang berasal dari Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu, meninggalkan seorang isteri, Noraziah Noor dan dua anak lelaki berusia empat dan satu tahun.
Sementara Allahyarham Sabarudin meninggalkan seorang isteri, Nurunisa Abu Bakar, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Allahyarham berasal dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor dan alamatnya kini adalah di Kem Polis Komando Ulu Kinta, Perak.-Bernama

Rentetan Peristiwa Di Lahad Datu 9 Feb - 1 Mac


Bagi yang terlepas mengikuti isu yang mencabar Kedaulatan Negara ketika ini berhubung pencerobohan bersenjata tentera Diraja Sulu di Lahad Datu yang telah mengorbankan 2 anggota VAT Komando kita, bolehlah mengikuti kronologi yang disediakan di bawah ini.










9 Feb - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.


11 Feb - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.


12 Feb - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.


14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.


14 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Ismail berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal. Ismail berkata rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.


14 Feb - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.


16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal. Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu' antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.


18 Feb - Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.


24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.


26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.


28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu. Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.


1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh