11 March 2013

Tiada Terowong Di Temui




Ops Daulat 11 Mac - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib menafikan dakwaan penceroboh dari selatan Filipina berjaya memasuki Kampung Tanduo menerusi terowong bawah tanah yang dibina sejak November lepas.

"Setakat ini kami tidak mendapat sebarang maklumat mengenai adanya terowong itu.

"Malah, apabila tentera mengadakan serangan udara pun kami tidak temui terowong bawah tanah itu, yang ada cuma kereta yang hancur," katanya hari ini ketika dihubungi menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 yang disiar secara langsung.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik penduduk Kampung Tanduo di Lahad Datu sebagai berkata penceroboh Sulu telah membuat perancangan rapi ketika memasuki kampung itu termasuk membina terowong bawah tanah.

Penduduk mendakwa penceroboh menggunakan jentera pengorek untuk mengali lubang seolah-olah sedang mencari emas tetapi didakwa helah membina kubu dan terowong bagi dijadikan tempat persembunyian apabila diserang.

Ditanya sama ada kemungkinan penceroboh Sulu hanya berada di sekitar Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, Hamzah berkata: "Tak boleh anggap mereka (penceroboh) berada di dua kampung ini sahaja."

Mengulas mengenai insiden seorang remaja lelaki maut manakala seorang lagi lelaki cedera di kaki setelah terkena tembakan pasukan keselamatan dalam operasi memburu penceroboh di Kampung Sungai Bilis semalam, Hamza berkata kejadian itu berlaku di dalam liputan kawasan operasi.

Tegasnya apabila berada dalam kawasan operasi, kesiapsiagaan pasukan keselamatan sememangnya berada pada tahap yang tertinggi dan tidak akan memberi ruang dan peluang kepada pihak musuh untuk membuat serangan balas.

"Dalam apa keadaan sekali pun kita akan bertindak sebab itu pasukan keselamatan sering mengingatkan orang ramai jangan menghampiri kawasan operasi," katanya.

10 March 2013

Berita Dari Kawan !!!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, apa khabar kalian? semoga dalam keadaan baik-baik sahaja hendaknya, di sini ingin dikongsikan satu kisah benar yang diceritakan oleh seorang tentera Malaysia yang sedang beroperasi di Sabah untuk membanteras pengganas-pengganas Sulu yang menceroboh di sana.
TERHARU dan RASA BERSEMANGAT…kurang lebih dlm jam 4 ptg tdi kmi diarahkan meronda disekitar bndar l.datu dgn beberapa buah keta pesisai..ketika aku dgn kwn berhenti sekejap dgn kedai runcit bersebelahan dgn restoran makanan nak beli air mineral dgn tiba2..org ramai yg makan di restoran tu melaungkan sambil bertepuk tangan dorang kata ”askar…askar…” dan ada beberapa org remaja perempuan berkata ”abg..kamu bunuh semua penjahat2 tu ya bang” aku pun cakap ”jangan risau bha dik…ke lubang cacing pun kami akan buru dorg…” dgn tiba2 seorg remaja perempuan tu berkata ”aik..abg org sabahkah…” aku ckp balik dgn dorg ”iya bha..abg pun org sbh asal tawau,dan klu mau tau kebanyakan yg bertempur barisan hadapan semuanya org sbh…” semua org awam dikedai dan restoran tu tiba2 rapat dgn kami utk tangkap gmbr sbg kenangan dan bukan itu sahaja malah tauke kedai runcit dan restoran tu bagi kami makanan berkotak2 sekali dgn minuman…dan sblum kmi blik ke felda shbt 17 kg.tandou..sempat lg org2 disitu berkata dan mendoakan kami ”YA ALLAH SELAMATKAN LAH PEJUANG2 KAMI DAN BAGILAH DORANG KEKUATAN…” ntahlah dgn tiba2 semua bdk sbh sekali dgn aku yg berada dlm kereta perisai MENITISKAN AIRMATA gembira dan bersemangat atas sokongan yg diberikan pada kami sewaktu dlm perjalanan ke kg.tandou…kata2 terakhir yg aku cakap dgn adik2,remaja,makcik2 dan pakcik2 yg berada dikedai runcit dan restoran itu tadi sebelum kami bergerak ialah ”ATAS NAMA ALLAH..KAMI SEMUA BUDAK SABAH YG DUDUK DIBARISAN HADAPAN TETAP AKAN BERJUANG SAMPAI TITISAN DARAH YG TERAKHIR KERANA SABAH TANAH TUMPAHNYA DARAH KITA…” ntah lah dgn tiba2 jak aku dgn kawan2ku mencium tangan pakcik dan makcik tauke kedai runcit tu…sbb umur mereka sebaya dgn ayah dan ibu kami…bayangkanlah walaupun kami dah bergerak dgn kereta perisai masi lg dorg laungkan ”ASKAR..ASKAR….” sejak kejadian tadi kami rasa terharu dan dihargai..kerana rakyat sabah pun berjuang bersama kami utk menjaga kedaulatan negara…bayangkanlah sampai ada pakcik dan makcik yg makan direstoran tadi sanggup jemput dan bagi alamat dorang ajak kami makan dirumah dorang…AKU YG MEWAKILI SELURUH WARGA A.T.M MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KPD SEMUA ORG SABAH TANAH TUMPAHNYA DARAH KITA…ALLAHUAKHBAR…
**Maaf jika terdapat penyalahgunaan bahasa dan tatabahasa mahupun ejaan. Ianya untuk mengekalkan keaslian tulisan penulis tersebut!

Sumber :nizaru.com

GempaQQQQ !!! Abgimuddin Selamat


MANILA - Agbimuddin Kiram, yang kononnya dikenali sebagai Raja Muda Sulu, dilaporkan masih berada di Lahad Datu tetapi beliau bersama pengikutkan dipercayai berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan makanan kerana sentiasa melarikan diri bagi mengelak daripada bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Jurucakap Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani berkata, pengikut Agbimuddin berkumpul semula selepas diserang pada 1 Mac lalu.

“Mereka sentiasa bergerak, tidak ada bot dan tiada juga pengangkutan lain. Mereka hanya berjalan kaki dan kelaparan,” kata Idjirani pada sidang media semalam.

Dipetik Philippine Daily Inquirer, Idjirani menambah, beliau ada berhubung dengan Agbimuddin sekitar jam 2.30 petang semalam.

Terdahulu, anak perempuan Jamalul Kiram, Jacel Kiram memberitahu media yang bapa saudaranya itu masih selamat di Lahad Datu meskipun pihak polis dan tentera Malaysia terus-menerus menyasarkan kedudukan mereka.

“Arahan untuk pengikut bapa saudara saya ialah bertahan dan perlu bersedia menghadapi serangan. Tetapi mesti bertahan, bukan melakukan sebarang serangan,” kata Jacel.

Jacel turut menambah yang pihaknya berharap agak kerajaan Filipina sendiri campur tangan bagi menangani konflik berkenaan.

Dua hari lalu menyaksikan sultan sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk berbincang dengan Presiden Aquino bagi menyelesaikan konflik di Sabah.

“Dari awal lagi barisan kami sentiasa terbuka untuk berbincang secara terus dengan presiden tetapi hampa,” kata Jacel.

Pengganas Guna Taktik Gerila


See full size image  
Gambar Hiasan

Kumpulan pengganas Sulu yang tertekan selepas terperangkap dengan operasi besar-besaran pasukan keselamatan kini menukar kepada taktik gerila dengan berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil bagi menyelamatkan diri.

Nasib mereka kini ibarat telur di hujung tanduk setelah pasukan keselamatan menggandakan kekuatan dengan penambahan anggota zon operasi bagi mempercepat proses membersihkan Lahad Datu daripada pengganas berkenaan sekali gus menamatkan konflik. Ops Daulat di Lahad Datu yang masuk hari kelima semalam menyaksikan seorang lagi pengganas Sulu mati dibunuh di Kampung Tanduo menjadikan jumlah keseluruhan pengganas yang maut 53 orang, sementara 2 anggota PGA Miri tercedera dalam pertempuran malam tadi.