26 May 2013
Ronda Ronda
Terlanjur dah keluar gi pusat bandar Tawau, meh la jeling-jeling sikit
bandar Tawau ni... Sorry la, tak banyak info yang saya tau pasal bandar
Tawau ni... Tengok gambar je la ok. Kot-kot ada yang bakal bertugas di
Tawau ni. Bolehlah tarik nafas lega bila tengok gambar-gambar ni yang
menunjukkan bandar Tawau ni bukan bandar 'ulu' sebab bandar ni di tepi
laut. Huk3!
| Boleh tahan gak besar public library Tawau ni... |
| Bangunan Wisma Persekutuan, Tawau. Bangunan ni kat mana-mana tempat kt Malaysia ni, aku tengok sama patern je semua. |
Bandar Tawau ni terletak di pantai timur Sabah (boleh rujuk Google Map
okeh). Kalau menggunakan kenderaan darat dari Kota Kinabalu ke Tawau
(sama ada menggunakan bas atau drive sendiri), mau naik kematu gak
montot sebab kena amik masa sampai 12 jam.
Owh jangan risau, kalau tak nak naik pengangkutan darat, udara pun boleh maaa... Taken only 50 minutes from KKIA or KKIA T2 to Tawau Airport. Tawau ada airport okeh!
| Lapangan Terbang Tawau... |
Kalau dari Kota Kinabalu, boleh pilih nak naik MAS ke Air Asia... Penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Tawau pun ada jugak. Kalau malas nak transit kat Kota Kinabalu.
![]() |
| Ikut bajet masing-masing... Masa perjalanan sama je... |
Okeh, happy sekarang?! So, welcome to Tawau!
10 Perkara
1.Mengabaikan pengambilan sarapan pagi
Individu yang sering mengabaikan pengambilan sarapan pagi berisiko besar untuk mengalami kekurangan gula dalam darah. Ia akan menyebabkan bekalan nutrien tidak cukup untuk dihantar ke otak lalu menyebabkan bahagian tersebut mengalami kemerosotan.
2.Terlalu banyak makan
Ia akan menyebabkan berlakunya pengerasan di bahagia arteri otak dan sekali gus memperlahankan kuasa mental.
3.Merokok
Ia menyumbang kepada pengecutan otak dan boleh menyebabkan panyakit Alzheimer
4.Pengambilan gula yang tinggi
Terlalu banyak gula boleh mengganggu penyerapan protien dan nutrien disebabkan kekurangan zat makanan dan mendatangkan kesan terhadap perkembangan otak.
5.Pencemaran udara
Otak merupakan penerima oksigen yang terbesar dalam sistem badan manusia. Apabila sering terdedah pada pencemaran udara, ia akan mengurangkan penghantaran sumber oksigen bersih ke otak dan secara langsung mengurangkan kecekapan fungsi otak.
6.Kurang tidur
Tidur memberi peluang otak berehat. Apabila seseorang mengabaikan kualiti tidur yang sempurna perlahan-lahan boleh menjejaskan sel otak sekali gus mendatangkan risiko yang tinggi untuk berlakunya kegagalan fungsi otak.
7.Menutup kepala ketika sedang tidur
Tidur dengan menutup kepala akan mempertingkatkan karbon dioksida dan mengurangkan oksigen untuk sistem badan yang boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian otak
8.Memaksa otak bekerja ketika badan tidak sihat
Ketika badan tidak sihat, secara tidak langsung juga akan memberikan efek kepada otak. Lantas memaksa diri ketika keadaan badan tidak mengizinkan mampu menyumbang kerosakan pada saraf otak pada amnya.
9.Berfikiran sempit
Berfikir merupakan latihan terbaik untuk merangsang otak. Namun, jika seseorang itu sering berfikiran sempit maka ia boleh menyebabkan berlakunya pengecutan di bahagian otak.
10.Jarang berkomunikasi
Komunikasi intelektual mampu merangsang perkembangan otak. Jika seseorang itu jarang berkomunikasi, lama-kelamaan fungsi otak mampu mengalami kemunduran.
Kredit:amalanharian
19 May 2013
Guru - Selamat Hari Guru
Hari
Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun. Hari Guru adalah
sambutan keraian khas buat guru-guru di negara kita yang telah banyak
berjasa kepada anak-anak bangsa tercinta sejak berzaman dahulu. Semasa
bersekolah dahulu, sambutan Hari Guru begitu istimewa apabila kami
menyediakan makanan istimewa buat guru tersayang seperti menyediakan
nasi beriani, mengadakan acara santai dan paling best menghadiahkan
sesuatu barang yang bernilai kepada guru yang paling kita suka. Dapat
hadiahkan sepasang kain pun dah amat berbangga. Apakah perasaan
seseorang guru menerima pemberian kecil daripada anak muridnya? Hanya
seorang guru dapat menjawab persoalan ini...
Pada tahun 2013 ini tema Hari Guru membawa tajuk, Guru Malaysia : 1Aspirasi, 1Agenda. Agak pelik juga bunyinya. Apakah maksud tema tersebut? Adakah maknanya setiap guru bawa hal masing-masing, 'kau hal kau, aku hal aku?' Apakah rahsia disebalik 1Aspirasi 1Agenda ini?
Sebenarnya tema Hari Guru 2013 1Aspirasi 1Agenda ada berkait rapat dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025. Jika ditinjau dari PPPM ini, intipatinya adalah 5 aspirasi sistem iaitu melalui akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.
| Lima Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia |
Di samping itu ada 6 ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global. (Sila rujuk pada gambarajah di bawah).
Antara lain intipati PPPM 2013 - 2025 adalah anjakan transformasi melalui 3 gelombang yang disasarkan oleh kementerian untuk 13 tahun nanti.
PPPM juga menyenaraikan 11 anjakan utama untuk transformasi sitstem pendidikan secara menyeluruh di negara kita:
- Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
- Memastikan seriap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
- Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai
- Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
- Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
- Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan
- Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah
- Mentransformasikan kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian
- Berkerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
- Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
- Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung
Tema Hari Guru | Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
Maksud 1Aspirasi
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1Aspirasi juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.
Daripada penjelasan di atas, kementerian berharap warga guru lebih sedar akan tanggungjawab yang tergalas ke atas bahu mereka terhadap PPPM yang telah di gariskan untuk tempoh 13 tahun mendatang. Dengan pengenalan tema Hari Guru, Guru Malaysia: 1Aspirasi 1Agenda diharap guru-guru mendapat gambaran jelas tentang hala tuju dan harapan negara terhadap mereka.
1Aspirasi, 1Agenda untuk semua warga guru! Tahniah. Teruskan kecemerlangan anda!
Credit: Aynora Nur
99 Langkah
01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan ;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan ;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi
kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah
di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah
karena Allah;
33. Berlatihlah untuk banyak berfikir ;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah
maaf apabila karena sesuatu sebab tidak
dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyakkan silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan
tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar
bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak
bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak
berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan
beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas
kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan
pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan
sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka
yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan
mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan
dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,
lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang
arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah
dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong
karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk
agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan
orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata
apa-apa;
85. Hargai kejayaan dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan
dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang
bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai
dengan norma-norma agama dan kemamapuan diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani
atau fikiran kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan
bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang
dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain
terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat
menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang
menyangkut teman kita sebelum dipastikan
kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan
kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat)
dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang
diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan
tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan
kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan
kerosakan;
99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan
jangan kaya dengan memiskinkan orang.
Kredit:mr-tazkirah
Subscribe to:
Posts (Atom)



