25 September 2013

Dua Di Dakwa Bawa Risalah



GEOGRETOWN: Dua lelaki awalnya disyaki membawa abu mayat Chin Peng didapati membawa 12 naskah buku, lapan DVD dan sebelas uncang cenderahati berkaitan bekas Setiausaha Agung PKM itu.

Seorang daripada dua lelaki itu dipercayai bergelar Datuk Seri berusia 59 tahun dan mereka ditahan bagi membantu siasatan.

Seorang lagi lelaki yang ditahan berusia 66 tahun itu pula dipercayai warga Hong Kong ditahan sejurus keluar dari pesawat yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), kira-kira 9.50 malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya merampas 12 buku, lapan DVD dan sebelas uncang cenderahati daripada kedua-dua lelaki terbabit.

Menurutnya, mereka itu ditahan mengikut Akta Bahan Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012 untuk membantu siasatan.

Katanya, buku yang dirampas itu berbahasa Melayu dan Cina mengenai sejarah perjuangan Chin Peng.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan akan ambil keterangan daripada mereka bagi mengetahui tujuan sebenar mereka membawa masuk bahan terbabit," katanya.

Menurutnya, kedua lelaki berkenaan tiba di Pulau Pinang dengan menaiki pesawat Thai Airways.

Sumber: HMetro : 2013/09/25

Pemisah Moro Serang Lagi

 
Manila: Askar Filipina bertempur lagi dengan anggota kumpulan Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) di Tulunan, Cotabato Utara awal semalam.

Pegawai Operasi Sivil Tentera Batalion Tentera Darat ke-57, Lt Nasrullah Sema, berkata pertempuran belum tamat di perkampungan Dungos, daerah Del Monte.


Sekumpulan askar kerajaan sudah dihantar untuk menamatkan ancaman 200 pemisah BIFF selepas pertempuran meletus jam 7 pagi waktu tempatan.

4 guru, 1 budak sempat lari

Lewat kelmarin, empat guru dan seorang kanak-kanak sempat lari daripada ditahan anggota BIFF.

Datuk Bandar Romeo Arana berkata, mereka sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital.

Guru dan kanak-kanak itu dijadikan perisai manusia BIFF ketika kumpulan itu menyerang Midsayap apabila sembilan orang maut. BIFF adalah serpihan kepada pergerakan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

BIFF menentang rundingan damai dengan kerajaan dengan MILF yang mempunyai 12,000 anggota.

Jurucakap Divisyen Infantri ke-6, Kol Dickson Hermoso, mengesahkan anggota BIFF itu masuk dari Maguindanao dan menyerang Tulunan.

“Kumpulan ini berbeza. Penyerang di Midsayap jauh dari Tulunan. Tulunan terletak tidak jauh dari pantai Liguasan dekat bandar SK Pendatun di Maguindanao,” katanya.

Hermoso mengakui pihak berkuasa terkejut dengan serangan itu kerana insiden lalu hanya membabitkan pergaduhan antara anggota keluarga mengenai tanah.

Bagaimanapun, pertempuran di Barangay Dungos adalah jauh dari pusat bandar.

Baki tebusan dibebaskan

Sementara itu, baki tebusan BIFF di Midsayap sudah dibebaskan, menurut laporan.

Sembilan guru dibebaskan mulai 5.30 pagi di Sitio Payugan, Sambulawan sebelum rundingan diadakan.

Dalam laporan lain, empat pegawai majlis perbandaran dan seorang setiausaha juga dibebaskan.

Serangan itu menyebabkan 2,000 keluarga hilang tempat tinggal dan kini dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara.

AGENSI

24 September 2013

Kajian segera prosedur tangkap penjenayah elak bahaya ke atas anggota polis

SHAH ALAM: Satu kajian terperinci mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) polis akan dijalankan dengan segera bagi mengelak anggota pasukan itu tercedera atau terbunuh ketika menangkap penjenayah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata kajian itu perlu berikutan tugasan anggota dan pegawai polis sentiasa berisiko tinggi sehingga boleh mengancam nyawa mereka.

"Kita akan melakukan satu kajian semula SOP kita kerana tanggungjawab polis sentiasa berisiko berhadapan dengan bahaya," katanya selepas mewakili Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar merasmikan Seminar Polis Wanita 2013 di sini hari ini.

Mengulas mengenai seorang anggota polis maut ketika bergelut untuk menahan seorang suspek dalam Ops Lejang di Taman Teknologi Cheng, Melaka semalam, Mohd Bakri berkata polis akan meneliti prosedur itu terutamanya membabitkan kes berisiko tinggi.

Dalam pergelutan itu, Koperal Zal-Azri Abdul Somad, 31, daripada Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, cedera di kepala dan muka dipercayai dipukul dengan batu dan mati di tempat kejadian.

Sebelum itu dalam ucapannya, Khalid berkata, polis akan menambah keanggotaan polis wanita mengikut keperluan dan kekosongan jawatan selain memantapkan lagi kekuatan polis wanita di negara ini setelah pengambilannya dihentikan tiga tahun lepas.

Teks ucapannya dibacakan Mohd Bakri.

"Pada ketika ini kekuatan polis wanita adalah seramai 11,523 orang atau 10.4 peratus daripada keseluruhan kekuatan beruniform Polis Diraja Malaysia," katanya.

Khalid berkata sasaran 30 peratus anggota wanita yang menyandang jawatan pembuat keputusan iaitu dari pangkat Supritendan dan ke atas juga akan dicapai dari semasa ke semasa dan ketika ini hanya 7.4 peratus sahaja wanita memegang jawatan berkenaan.

Seminar tiga hari yang akan berakhir esok disertai 150 Inspektor ke atas dari seluruh negara. - BERNAMA

Mayat Chin Peng Di Bakar Di Bangkok

cp
Ahli keluarga terdekat mendiang Chin Peng memberikan penghormatan terkahir di tokong Wat That Thong, Bangkok sebelum mayat bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya dibakar. -foto THE STAR/ Sia Hong Kiau
BANGKOK: Mayat Chin Peng yang masih terus menjadi subjek perbahasan awam telah dibakar di tokong Wat That Thong, Bangkok kira-kira pukul 6 petang, di sini, Isnin.
Upacara pada hari terakhir menyaksikan pertemuan lebih seratus bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM ), lelaki dan wanita, yang kebanyakannya sudah tua.
Air mata dilihat mengalir di pipi kebanyakan mereka yang hadir apabila nota selamat tinggal yang ditulis oleh bekas Setiausaha Agung KPM itu dibacakan dalam Bahasa Melayu dan Mandarin.
Beratus-ratus yang lain telah memberi penghormatan terakhir mereka ketika upacara berjaga malam selama tiga diadakan sejak Jumaat termasuk Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia M. Sarasvathy.
Bekas Perdana Menteri Thailand Gen Chavalit Yongchaiyudh, 81, yang merupakan komander tentera Thailand semasa kemuncak perjuangan gerila PKM merupakan tetamu kehormat di majlis tersebut yang diadakan secara ringkas.
Lain-lain yang hadir adalah bekas komander tentera Thailand termasuklah Datuk Kitti Ratanachaya dan General Pisarn Wattanawongkiri.
‘The Bangkok Post’ melaporkan bahawa abu mayat Chin Peng berkemungkinan disimpan oleh anak-anak dan cucu-cucunya dan selebihnya dibahagikan kepada empat buah kampung di mana bekas rakan-rakan menetap di selatan Thailand.
Walau bagaimanapun, jurucakap keluarga, Lee Chong menafikan dakwaan yang dibuat oleh akhbar harian Thai itu.
“Keluarga tidak pernah memberitahu sesiapa dalam media mengenai bagaimana kami berhasrat untuk mengendalikan abu.
“Kami tidak tahu dari mana laporan itu datang dan kita tidak mahu mendedahkan butiran ini,” kata Lee, yang telah dikenal pasti sebagai anak saudara si mati.
Identiti anak lelaki dan anak perempuan Chin Peng, dipercayai berusia dalam lingkungan 60-an kekal tersembunyi kerana saudara-maranya menolak untuk mendedahkan ideniti mereka sebagai menghormati privasi mereka.
Chin Peng dilaporkan meninggal dunia akibat kanser pada pukul 6.20 pagi di sebuah hospital di Bangkok pada 16 September, sebulan sebelum dia menyambut ulang tahun ke-89.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan membenarkan abu Chin Peng dibawa masuk ke negara ini.-Mstar.

23 September 2013

Penjawat Awam Bakal Menikmati Kenaikan Gaji ... ?

Gaji Baru
Pelarasan kenaikan gaji baru 2013/2014 kakitangan awam : Jikalau sebelum ini iaitu sekitar bulan Julai 2013 tempoh hari, kalangan kakitangan kerajaan telah pun menikmati & menerima Kenaikan Gaji Tahunan yang baru (KLIK SINI). Dan berita gembira buat 1.4 juta kakitangan awam tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Ini kerana….

Pelarasan Gaji : Gaji Baru Naik Berkuatkuasa Seawal Disember 2013?

Berita ini, baru Berita Semasa perolehi langsung daripada Putrajaya sebentar tadi.
Berdasarkan maklumat yang pihak Berita Semasa terima melalui salah seorang panel yang menjadi wakil bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah terlibat secara langsung dalam pelarasan gaji baru kakitangan awam kali ini memaklumkan akan ada berita gembira  sekitar 3 bulan daripada sekarang di mana pengiraan untuk pelarasan gaji baru telah pun dijalankan dan dijangka akan mula dikuatkuasakan sekitar bulan 12 (Disember 2013) ataupun awal tahun 2014. Sama-sama kita nantikan.
Apa respon balas anda pula terutamanya kalangan penjawat & kakitangan awam di Malaysia?