03 October 2013
Terkini! Pilihan raya kecil Sungai Limau 4 November, penamaan 23 Oktober

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari
ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)
Sungai Limau akan berlangsung pada 4 November dan hari penamaan calonnya
pula pada 23 Oktober ini.
Tragedi Tanduo - Menyebabkan ...
Mohd.
Mahmud Ahmad (empat dari kanan), Hernando Dca Iriberri (empat dari
kiri) dan Renal Sinagar (tiga dari kiri) sempena lawatan kerja ke Pos
Jawatankuasa Perancang Gerakan di Biawak, Kuching, Sarawak, semalam. -
UTUSAN/Amir Hafiz Abd. Rahman
Ketua Staf Divisyen Pertama Infantri, Kolonel Mohd. Mahmud Ahmad berkata, tragedi berdarah itu merupakan satu bentuk peringatan kepada ATM dan tentera Filipina supaya lebih memperkukuh hubungan ketenteraan sedia ada.
"Pencerobohan ke atas Sabah tidak membawa masalah kepada kerjasama kita, sebaliknya mengeratkan lagi persefahaman antara kedua-dua pasukan keselamatan.
"Latihan ketenteraan bersama yang diadakan setiap tahun juga berjaya meningkatkan hubungan baik antara dua pihak," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyambut Komander 7 Divisyen Infantri Filipina, Brigedier Jeneral Hernando Dca Iriberri yang mengadakan lawatan kerja ke Pos Jawatankuasa Perancang Gerakan (JPG) Biawak, dekat sini hari ini.
Yang turut hadir, Pegawai Memerintah 403 Wira Sada Pratista Tentera Nasional Indonesia (TNI) Leftenan Kolonel Renal Sinagar.
Kunjungan Hernando tersebut merupakan sebahagian daripada Program Lawatan Pertukaran Pegawai Kanan (SOEVP) antara ATM dengan tentera Filipina. - UO
Mr.Bean Peluk Islam ?
-
Rowan Atkinson
Sebentar tadi, melalui sebuah portal berita yang dipetik dari Islampos.com dan laman web Sadalbadi.com melaporkan bahawa selebriti yang popular dengan watak lucu Mr Bean iaitu Rowan Atkinson, dipercayai telah memeluk agama Islam baru-baru ini.
Menurut laman web berkenaan, Rowan dipercayai terbuka hati untuk memeluk agama Islam selepas menonton filem Innocent of Muslim.
Melalui sebuah portal berita dari Indonesia pula, mereka memberitahu, “Mr Bean tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat."
Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi, adalah salah seorang pembimbing Mr Bean.
"Banyak yang memberi selamat kepadanya di sepanjang jalan” – dipetik dari Islampos.com.
Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan lagi kesahihan berita ini.
Khabarnya, media-media barat masih belum menyiarkan lagi apa-apa berita mengenai Rowan Atkinson.
sumber:sinarharian
02 October 2013
PMR - Lebih 400 Ribu Calon Duduki Peperiksaan Yang Terakhir
KUALA LUMPUR: Sebanyak 462,940 calon menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terakhir, di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara, pada Rabu.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan (KPM), peperiksaan itu akan berlangsung selama lima hari berakhir 9 Oktober.
Mengikut pecahan, sebanyak 430,146 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan manakala calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM (6,024 orang), calon sekolah menengah agama negeri (9,906 orang ) dan calon sekolah swasta (13,637 orang).
Sementara itu, calon persendirian 1,008 orang dan calon sekolah menengah agama rakyat 2,219 orang.
PMR yang diperkenalkan sejak 1992 akan dimansuhkan mulai tahun depan. – Mstar.
01 October 2013
Gaji Guru Lesap
Tak tahulah kes ini boleh atau tidak dikategorikan sebagai kes lawak-hiba atau kes lawak-aniaya!
Ada pihak tidak bertanggungjawab yang telah menghantar e-mail kepada pihak sekolah di seluruh Kedah, yang meminta butiran dan perincian akaun bank guru-guru, kononnya untuk dikemaskini. Tujuan utamanya adalah untuk merompak dan mengosongkan akaun gaji guru-guru yang telah diperdayakan oleh penjenayah berkenaan.
Lebih malang lagi ialah apabila ada sesetengah guru pula, tiba-tiba sahaja dihubungi oleh pihak bank bertanyakan tentang pinjaman peribadi mereka sebanyak RM250,000 yang tidak pernah mereka minta atau diketahui sebelum ini.
SKMM perlu bertindak segera untuk menangani masalah ini bersama-sama pasukan polis. Jenayah sebegini semakin kerap kedengaran kebelakangan ini memandangkan penguatkuasaan yang amat lemah dan tindakan yang agak lambat.
Kementerian Pendidikan bagaimanapun, menafikan pernah mengeluarkan arahan atau pekeliling kepada mana-mana sekolah bagi tujuan berkenaan. Sebaliknya telah meminta agar pihak sekolah terutama sekali guru-guru besar dan pengetua agar lebih berhati-hati dan merujuk terlebih dahulu kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk sebarang tindakan lanjut.
kredit:networkedbogs

Subscribe to:
Posts (Atom)