18 November 2013

Isk Isk Bio Betul

Berita palsu 23 remaja hilang di Villa Nabila pada 18 November 2013. Kecoh dilaman sosial apabila 23 orang dilaporkan hilang daripada jumlah 30 orang manakala 7 lagi terselamat setelah memasuki Villa Nabila. Hakikatnya, pihak polis hanya menerima satu laporan polis mengenai seorang remaja yang disahkan hilang di lokasi tersebut. Laporan yang tersebar di laman sosial Facebook yang mendakwa terdapat kira-kira 30 remaja yang hilang di villa terbabit menyebabkan villa tersebut dikerumuni orang ramai sejak awal pagi tadi. Sebelum insiden, seorang remaja yang berusia 16 tahun dilaporkan memasuki kawasan tersebut bersama beberapa rakannya sebelum hilang sejak malam semalam.

villa nabila

Berita Palsu 23 Hilang 7 Orang Terselamat
Pihak polis menafikan dakwaan 23 orang hilang manakala 7 terselamat. Hakikatnya pihak polis hanya menerima satu laporan sahaja mengenai remaja hilang. Remaja yang hilang dikenali sebagai Mohd Izzat Izzudin Hussin yang berusia 16 tahun.
Laporan Sebenar Insiden Remaja Hilang Di Villa Nabila
Identiti Remaja Hilang: Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun

remaja-hilang 

Sebuah villa terbiar di Jalan Skudai di sini menjadi tumpuan orang ramai sejak malam tadi apabila seorang remaja berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas memasuki premis berkenaan bersama beberapa rakannya. Timbalan ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, remaja berasal dari Majidee itu dilaporkan keluar dari rumah sejak kelmarin dan tidak pulang sehingga kini.
Ibu remaja berkenaan ada menghubungi rakan anaknya dan dimaklumkan remaja itu telah memasuki Villa Nabila. Usaha mencari remaja berkenaan masih dijalankan di villa berkenaan dan sama ada mangsa masuk dan hilang di dalamnya masih dalam siasatan polis. Pihak polis turut mengesahkan ibu remaja terbabit turut membuat laporan polis di Balai Danga Bay pada pukul 1 pagi tadi 18 November 2013.

Mangsa Culik Masih Hidup - KPN

VILA1 KUANTAN: Polis yakin pelancong warga Taiwan yang diculik di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah masih hidup dan dia berada di lokasi yang tidak ketahui ketika ini.

Chang An Wei, 58, diculik daripada resort tempatnya bercuti pada pukul 1 pagi Jumaat selepas satu kumpulan bersenjata menyerbu vila atas air dan menembak mati suami mangsa, Hsu Lin Min, 57.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Filipina untuk mengesan dan menyelamatkan Chang.

“Keselamatan mangsa merupakan keutamaan pihak kami ketika ini. Kami tidak mahu mengulas lanjut kerana ia merupakan kes penculikan.
“Lebih banyak kita bercakap, kita meletakkan nyawa mangsa dalam bahawa kerana maklumat ini akan sampai kepada pihak penculik,” katanya selepas merasmikan majlis penutupan kejohanan bola tampar Piala Ketua Polis Negara di sini.

Kumpulan bersenjata itu dipercayai melarikan diri ke Pulau Mataking, yang terletak berhampiran dengan selatan Filipina.
Khalid berkata beliau telah mengeluarkan arahan supaya semua pegawai menutup mulut dalam siasatan yang dijalankan agar tiada butiran lanjut didedahkan kerana ia boleh mengancam nyawa dan proses menyelamatkan mangsa.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib juga mengesahkan lelaki dan wanita berkenaan bukan pasangan suami isteri seperti yang dilapor oleh media.

Usaha menjejaki kumpulan penjenayah terbabit sedang giat dijalankan oleh pasukan keselamatan, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Kesedaran Jenayah dan Kembara Bermotosikal 2013 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan, di sini, Ahad.
Mengulas lanjut, Hamza berkata bedah siasat mayat mangsa akan dijalankan oleh Jabatan Forensik polis pada 20 November ini.
Beliau juga mengulangi bahawa insiden itu adalah kejadian terpencil dan keadaan keselamatan di seluruh Sabah terkawal.

Faizul Juara AF2013

FAIZUL muncul Juara Akademi Fantasia 2013 pada konsert akhir di Stadium Negara, Kuala Lumpur malam tadi. - UTUSAN/MOHD NAJIB MOOHD NOR

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Selepas bersaing sengit selama sembilan minggu, akhirnya Faizul, 28, dari Sabah dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia 2013 pada konsert akhir rancangan realiti televisyen itu di Stadium Negara di sini malam tadi.
Faizul yang mengetepikan cabaran lima lagi peserta membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, kontrak rakaman bernilai RM100,000 dan trofi.
Tempat kedua pula dimenangi Azhael, 25, yang mendapat hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi manakala ketiga, Amira, 20, membawa pulang RM20,000.
Sementara itu, Indah, 26, menduduki tempat keempat menerima wang tunai RM10,000 dan Nabila, 21, kelima, mendapat wang tunai RM5,000 dan trofi. Seorang lagi peserta, Aishah, 19, sekadar di tempat keenam. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd

17 November 2013

Lapor Segera Pendatang Tanpa Izin


 

LAHAD DATU - Ketua masyarakat di Kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) diminta segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika mengetahui tentang kehadiran pendatang asing tanpa izin (Pati) atau orang yang mencurigakan di kawasan masing-masing.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek berkata, mereka boleh menyalurkan maklumat itu ke balai polis
berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Esscom yang beroperasi 24 jam di talian 089-863181 atau faks 089-863182.

"Kerjasama ketua-ketua kampung atau pemimpin masyarakat amat penting supaya pihak keselamatan dapat mengambil tindakan wajar khususnya di perkampungan
pesisir pantai dan pulau-pulau di kawasan Esszone.

"Kita tidak mahu leka dalam hal ini. Oleh itu kita mahu mereka menjadi mata dan telinga kerajaan untuk menyalurkan apa sahaja maklumat khususnya yang berkaitan dengan kehadiran Pati atau kemasukan orang tertentu yang mencurigakan di kawasan mereka," katanya.

Mohammad berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin masyarakat dan ketua kampung di Pejabat Urusetia Daerah Kecil Tungku, di sini, hari ini.

Tambah beliau, dalam pertemuan itu, pihak Esscom menerima banyak maklum balas daripada pemimpin masyarakat dan ketua kampung antaranya meminta pembinaan
balai polis di kawasan tersebut.

"Kita akan mengadakan perbincangan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pertahanan untuk membina balai polis di situ," katanya. - BERNAMA

Balu Anggota Polis Terkorban Di Lahad Datu Terima Ijazah Suami Di Konvokesyen UUM

a025 
 
ALOR SETAR: Pegawai polis yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Lahad Datu, ASP Zulkifli Mamat merupakan antara penerima Ijazah Sarjana Muda pada majlis konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) yang ke-26 bermula 30 November ini.

Isteri Allahyarham, Noraziah Noor akan menerima Ijazah Sarjana Muda (Komunikasi) pada hari kedua konvokesyen pada 1 Disember.
Allahyarham merupakan anggota Pasukan Komando VAT yang 69 terkorban pada 1 Mac lalu dalam pertempuran dengan pengganas.
Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata Allahyarham baru sahaja menamatkan pengajian ketika berangkat ke Lahad Datu.

“Seramai 7,445 bakal menerima ijazah (termasuk seorang penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah) pada sidang konvensyen selama empat hari itu yang berlangsung dalam lapan sesi sehingga 3 Dis,” katanya dalam sidang media di sini Ahad.
Daripada jumlah itu, seramai 94 orang akan menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Doktor Pentadbiran (DBA) (19), Sarjana (1,069), Diploma Siswazah (47), Sarjana Muda (5,803) dan Diploma Lepas Ijazah (412).
Beliau berkata Pro Canselor UUM Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang merupakan bekas Ketua Hakim Negara akan menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Undang-Undang).

Katanya Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Canselor UUM berkenan berangkat untuk menyampaikan anugerah di Dewan Mu’adzam Shah, Kampus Sintok pada sesi pertama.
“Konvokesyen kali ini cukup istimewa dengan penerima ijazah terdiri dari kalangan Speaker Dewan, timbalan menteri, Anggota Dewan Undangan Negeri dan penggiat seni,” katanya.

Mohamed Mustafa berkata 249 orang daripada 5,803 penerima ijazah Sarjana Muda memperolehi keputusan cemerlang Kelas Pertama.
Seramai 420 graduan luar negara dari 22 negara yang mengikuti pengajian di UUM akan turut menerima ijazah.

Beliau berkata sebanyak 15 anugerah dan hadiah akan diberikan kepada 316 graduan dan seorang graduan akan menerima Pingat Emas Canselor dan dua graduan menerima Anugerah Pelajar DiRaja.

Seramai 40 graduan bakal menerima Anugerah Pingat Emas Naib Canselor yang diperkenalkan sejak 1988 manakala 258 lagi Anugerah Pingat Emas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).
Sempena konvokesyen itu, UUM menganjurkan ekspo konvo mulai 27 November hingga 3 Disember dengan mendirikan 230 gerai yang menjual pelbagai barangan. - BERNAMA

kredit:SBG