19 November 2013

Isteri peniaga komputer cedera ditikam dalam kejadian samun di Tawau

TAWAU: Isteri seorang peniaga komputer cedera di dada selepas ditikam menggunakan senjata tajam oleh dua lelaki yang menyamun telefon bimbitnya di premis perniagaan suaminya di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah, berkata dalam kejadian jam 6.25 petang di bandar Fajar itu, kedua-dua suspek yang memakai helmet memasuki premis berkenaan dan terus mengambil telefon bimbit milik mangsa yang terletak di atas meja sebelum cuba melarikan diri.
"Sebaik sahaja kedua-dua lelaki itu melarikan diri, mangsa terus mengejar sambil berteriak meminta tolong. Seorang daripada suspek berpatah balik dan terus menikam dada mangsa," kata dalam satu kenyataan hari ini.
 
Ketika kejadian, terdapat empat pelanggan di dalam premis berkenaan. Mangsa yang berumur dalam lingkungan 20-an dan tinggal di Taman King Fook kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.Awang Besar meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.
- BERNAMA

Mati

 

Definasi

Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati. 
Maksud Firman Allah s.w.t :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat."
( Surah Ali Imran ayat 185 )
 
Kematian akan mengejar ke mana saja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh.  
Maksud Firman Allah s.w.t: 
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."
(Surah al-A'raf ayat 34)
(Surah an-Nahl ayat 61)
 
Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada. 
Maksud Firman Allah s.w.t :                                                                                           
"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh."                                               
(Surah an-Nisaa' ayat 78)
 
kredit:jakim

Kes Ambank - Pengawal Keselamatan DiDakwa


 
Pengawal keselamatan Laode Ardi Rasila, 35, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh pegawai AmBank, Norazita Abu Talib.

Laode yang dibawa masuk pada jam 10.45 pagi kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret K.B Elena Hong Tze Lam.

Bagi pertuduhan pertama, Laode didakwa membunuh Norazita di Bangunan AmBank, Jalan USJ Sentral, Subang Jaya, antara jam 6 petang hingga jam 6.30 petang, pada 23 Oktober 2013.

Bagi perbuatan itu dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Manakala bagi pertuduhan kedua, Laode didakwa melakukan kesalahan merompak dengan menggunakan senjata 'pump gun' dengan niat menyebabkan kematian Norazita, di tempat dan waktu yang sama.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan dan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam serta merta.

Sumber: HM

VillaNabila - Remaja DiLaporkan Hilang DiTemui

dd 

Remaja, Izzat Izzudin Husin dilaporkan hilang Sabtu lalu telah ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru, Johor, selepas tengah malam tadi.
Sidang akhbar akan diadakan oleh Ketua Polis Johor.

ddd 

Menurut sumber, Izzat dan rakannya, dikatakan menonton filem Highland Tower. Mereka kemudian membuat keputusan mencari tempat ‘keras’ untuk dikunjungi secara berkumpulan. Dalam kumpulan kira-kira 20 orang itu mereka ke Villa Nabila pada lebih kurang jam 4 pagi. Setelah berada di situ, semua keluar melalui jalan belakang,  dan berhenti rehat di Masjid Kolam Air sewaktu azan berkumandang, sebelum mereka bersurai.
Izzat membuat keputusan tidak pulang ke rumah dan tinggal di rumah rakannya. Selepas Buletin Utama menyiarkan berita kehilangannya, orang awam menetap di flat terbabit, mengenali identiti Izzat kemudian bertindak menyalurkan maklumat tepat kepada polis.

kredit:mazidulakmalsidik
 
P/s:-Satu Malaysia dah Kena GAME..kahkahkahkah

Operasi Bersepadu Khas Dilancar Di Sabah Dalam Masa Terdekat




KOTA KINABALU: Operasi bersepadu khas melibatkan pelbagai agensi keselamatan akan dilancarkan dalam masa terdekat bagi memastikan anasir keganasan dan penjenayah tidak berada di kawasan pantai timur Sabah.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata operasi khas itu yang dilancarkan bersama semua agensi penguatkuasaan di Sabah termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyasarkan kawasan tertentu dan dilaksanakan dengan lebih mantap.

“Kita harap kerjasama semua pihak khususnya masyarakat di Sabah untuk menyalurkan maklumat supaya kita dapat tangani kes-kes jenayah yang berlaku dan akan berlaku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Salleh berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dengan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dan Pengarah Pertahanan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Mej Jen Datuk Abdul Halim Jalal mengenai keselamatan di Sabah serta perkembangan insiden pembunuhan dan penculikan membabitkan dua rakyat Taiwan di Pulau Pom Pom Semporna Jumaat lepas.

Beliau berkata pihaknya juga berbincang dengan Hamza untuk mengambil tindakan drastik terhadap mana-mana pihak yang melindungi penjenayah kerana percaya ada jenayah berlaku melibatkan orang yang tinggal di sesuatu lokasi kejadian.

Mengenai kerjasama agensi keselamatan dengan pengusaha resort di pulau peranginan, Salleh mengakui ada segelintir daripadanya tidak memberi kerjasama seperti yang diharapkan.

Katanya perkara itu antara isu yang akan dibincangkan dengan kerajaan negeri Sabah khususnya dengan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun supaya semua pengusaha resort dapat dilibatkan dalam langkah keselamatan.

“(Ada di kalangan pengusaha resort) apabila mereka membina chalet, mereka membinanya tidak mengikut keperluan kita (pihak keselamatan) tetapi mengikut keperluan perniagaan mereka. Ini juga satu daripada perkara yang akan kita bincangkan,” katanya.

Salleh juga berkata pos-pos kawalan sama ada pos ATM atau Pasukan Gerakan Am sudah ditempatkan di semua pulau peranginan yang mempunyai resort di kawasan perairan Semporna. – BERNAMA