14 Ogos 2013
KUALA TERENGGANU - Sebelum ini, kita hanya mendengar duit tabung masjid
dicuri, beg tangan dan barang berharga milik jemaah dilarikan ketika
sedang solat, tetapi kejadian berbeza dialami seorang jemaah wanita di
sebuah masjid di Chendering, di sini.
Dalam kejadian Sabtu lalu, kira-kira jam 8.40 malam, ibu empat anak itu
nyaris menjadi mangsa ragut oleh penjenayah yang menutup muka dengan
tuala ketika sedang menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid
berkenaan.
Menurutnya yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Ani,
52, ketika kejadian, dia bersama tujuh lagi jemaah wanita sedang
bersolat di ruang solat tingkat bawah, manakala jemaah lelaki di ruang
solat tingkat atas masjid.
“Disebabkan jemaah tidak ramai, jadi kami hanya membuat satu saf sahaja dan saya mengambil tempat di kedudukan paling tengah.
“Semasa kejadian, imam sedang membaca surah al-Fatihah untuk rakaat
kedua. Ketika sedang khusyuk itu, tiba-tiba bahu saya sebelah kiri
dicengkam dengan kuat sebelum leher diraba oleh penjenayah yang muncul
dari arah belakang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Permint
Jaya, Chendering, di sini, semalam.
Kak Ani berkata, terkejut
dengan situasi itu, dia terus memalingkan muka dan mendapati seorang
lelaki bertubuh sasa yang menutup muka dengan sehelai tuala berdiri di
belakangnya.
“Saya menjerit sekuat hati kerana terkejut dan
disebabkan jeritan saya itu, semua jemaah wanita terpaksa memberhentikan
solat untuk membantu.
“Malah dua daripada mereka bertindak berani cuba mengejar penjenayah terbabit tetapi gagal,” katanya.
Jelasnya lagi, penjenayah yang mengenakan baju T dan berseluar jeans
itu mungkin bukan sahaja berhasrat hendak meragut rantai leher
dipakainya, tetapi turut mempunyai niat mengambil kesempatan untuk
mencabul.
“Ini kerana, ketika dia mencengkam bahu, perbuatan awalnya lebih kepada meraba dada sebelum bertindak menarik rantai di leher.
“Tetapi apa yang saya musykilkan, bagaimana penjenayah itu tahu saya
memakai rantai sedangkan semasa pergi ke masjid, saya terus memakai
telekung sembahyang dan sememangnya tidak akan nampak barang kemas
dipakai,” katanya.
Menurutnya lagi, walaupun insiden itu sudah berlalu beberapa hari, namun dia masih trauma.
“Setiap kali hendak solat, saya merasakan seperti ada orang di belakang walaupun hanya solat di rumah.
“Selepas kejadian, saya masih tidak berani ke masjid dan insyaALLAH,
selepas semangat saya pulih dalam beberapa hari nanti, saya pasti akan
menjadi salah seorang jemaah di masjid itu lagi,” katanya. - SH
14 August 2013
PENGAKUAN BEKAS PENGERUSI PKM : KOMUNIS HANYA MAHU PERALATKAN ORANG MELAYU!!!

Di bawah ini merupakan sedutan sebahagian temuramah dengan bekas
Pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM), Musa Ahmad yang dipetik dari buku
Baling : Membuka Jalan Damai tulisan Wahba. Musa Ahmad telah menyerah
diri kepada kerajaan Malaysia pada November 1980.
Dalam temuramah ini, Musa Ahmad telah mendedahkan bahawa anggota komunis Melayu telah dianaktirikan oleh PKM. PKM juga hanya ingin mempergunakan orang Melayu bagi memenuhi matlamat perjuangan mereka menubuhkan sebuah republik komunis di negara ini. Mari kita renungi apa yg didedahkan oleh Musa Ahmad:
Soalan : Boleh Encik Musa terangkan sedikit mengenai Rejimen Yang Ke-10?
Musa : Rejimen Yang Ke-10 ini ditubuhkan khusus untuk menarik orang-orang Melayu yang beragama Islam menyertai PKM. Semasa penubuhan itu, kami memilih nama pasukan sebagai Rejimen Ke-10 kerana perkataan 'sepuluh' itu ada maknanya yg simbolik. Dalam Islam, 10 Zulhijjah ialah Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Jadi kami memilih angka 10 sebagai simbol 'pengorbanan'. Tujuannya untuk menaikkan semangat orang Melayu dan Islam untuk menyertai pasukan tersebut.
Waktu itu kami menuntut kepada Chin Peng untuk menggunakan uniform hijau dan bersongkok bagi anggota Rejimen Ke-10, tetapi Chin Peng menolaknya. Kami memilih warna hijau dan songkok sebagai lambang kemelayuan dan Islam. Kami merasa hampa dengan penolakan Chin Peng itu.
Saya dan lain-lain anggota sebelum darurat diisytiharkan, telah menjalani latihan di Lubok Kawah, Temerloh. Senjata-senjata yg kami gunakan semasa latihan sudah agak lama dan tidak mencukupi. Orang-orang Melayu dalam pasukan kami merungut, sedangkan orang-orang Cina mendapat senjata yg lebih baik dan banyak, tetapi rungutan kami tidak diendahkan langsung.
Soalan : Bukankah itu menunjukkan ada diskriminasi di kalangan anggota PKM sendiri?
Musa : Memang benar. Terdapat perbezaan antara orang-orang Melayu yg jadi komunis dan orang-orang Cina yg jadi komunis. Orang Cina yg jadi komunis mendapat lebih banyak keistimewaan. Orang Melayu dilarang pergi ke kawasan orang Cina tetapi orang Cina bebas ke kawasan orang Melayu.
Dari segi bekalan pakaian dan makanan pun, orang Melayu didiskriminasikan. Umpamanya, kalau kita minta 20 pasang kasut, mereka hanya akan memberi 10 pasang sahaja. Kalau orang Cina, 20 yg diminta 20 akan diberi. Begitu juga dengan bekalan makanan. Dari segi mendapat rawatan perubatan pun, orang Melayu dalam PKM tidak mendapat layanan yg sama.
Soalan : Kalau begitu kedudukannya, maka orang-orang Melayu dalam PKM dianaktirikan?
Musa : Ya. Saya tidak menafikan.
Soalan : Kalau sudah begitu hakikatnya, mengapa orang-orang Melayu yg masih ada dalam hutan itu tidak melarikan diri dan menyerah kepada pihak kerajaan?
Musa : Perkara ini susah saya hendak berikan sebabnya kerana banyak perkara yang perlu ditinjau.Tetapi saya rasa, untuk keluar dari hutan itu mereka memerlukan keberanian yg luar biasa. Mungkin mereka dikawal ketat oleh pihak PKM. Kalau yg terniat untuk keluar pun, mereka tidak dapat berbuat demikian. Macam saya dulu, saya sudah bertekad, hendak balik ke tanah air. Apa pun yg terjadi saya mesti balik ke tanah air, walaupun yg pulang itu hanya mayat saya.
*Komen: PKM memang tidak pernah mempercayai org Melayu. Mereka mempunyai prejudis walaupun org Melayu itu adalah ahlinya. Tujuan utama PKM menubuhkan Rejimen Ke-10 dan melantik org Melayu sebagai Pengerusi PKM hanyalah semata-mata untuk menarik org Melayu menyertai mereka, memperalatkan org Melayu bagi memenuhi matlamat mereka dan menunjukkan kepada masyarakat bahawa mereka adalah pergerakan yg dianggotai pelbagai kaum. Tapi sebenarnya mereka hanya memperjuangkan agenda Cina-komunis. Melayu yg diberi jawatan tinggi hanya sebagai boneka saja.

kredit:VAT69perjuangansemalam
Tiga termasuk ketua Geng 08 Vinod berjaya ditahan
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Polis menahan tiga lelaki termasuk ketua
kumpulan Geng 08 Vinod selepas mereka melepaskan tembakan ke arah sebuah
kereta peronda polis yang mengejar kenderaan dinaiki penjenayah itu di
Jalan Ipoh di sini petang semalam.
Kejadian pukul 1.40 petang
itu berlaku setelah polis mendapat maklumat mengenai satu kes samun
bersenjata yang dilakukan sekumpulan lelaki menaiki sebuah trak pikap
Mitsubishi Triton dengan nombor pendaftaran BY 5 di Selayang.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah
berkata, susulan hebahan kejadian samun itu, polis berjaya mengesan
kenderaan dinaiki kumpulan tersebut di Batu Caves.
"Sebanyak
tujuh buah kereta peronda polis telah mengejar kenderaan suspek sejauh
kira-kira 30 kilometer sehingga ke kawasan Rawang dan berpatah balik ke
Selayang.
"Sebaik sahaja tiba di persimpangan Lebuh Raya Latar
(Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor), suspek melepaskan satu das
tembakan ke arah kereta peronda polis namun tersasar.
"Polis
terus mengejar suspek sehingga ke Jalan Ipoh dan trak penjenayah
terbabit menghimpit sebuah kereta peronda sehingga terbabas dan kesemua
suspek meloloskan diri," katanya ketika dihubungi malam tadi.
Menurut Abdul Rahim, polis petang semalam menyerbu sebuah pangsapuri di
Taman Pinggiran Batu Caves dan menahan tiga lelaki berusia antara 22
hingga 26 tahun.
"Polis turut merampas trak pikap Mitsubishi Triton yang diletakkan di bawah pangsapuri tersebut," katanya.
Katanya, polis masih memburu dua lagi suspek yang meloloskan diri dan
tiga serbuan di rumah suspek gagal mengesan mereka. - UTUSAN ONLINE
13 August 2013
Lagi Kes Tembak
OLeh ZAMZURINA AHMAD
KUANTAN 13 Ogos - Seorang wanita cedera selepas dipercayai ditembak seorang lelaki dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Haji Ahmad di sini kira-kira pukul 3 pagi tadi.
Janda beranak empat itu yang berada di dalam sebuah kereta jenis Toyota Alphard hanya cedera ringan akibat terkena serpihan kaca daripada cermin kenderaan tersebut. - UTUSAN ONLINE
© Utusan Melayu (M) Bhd

Dah Makin Menjadi Jadi Lak Tembak Menembak Ni...
Kereta Di Lempar Bom
BAHAGIAN belakang kereta mangsa
mengalami kerosakan teruk akibat terkena letupan bom buatan sendiri yang
dilemparkan oleh individu tidak dikenali di Love Lane, Pulau Pinang,
semalam
.
Semasa kejadian, mangsa, Ong Kok Kwang, 23, sedang dalam perjalanan pulang ke pejabatnya selepas makan tengah hari di kawasan berhampiran pusat bandar.
Dia kemudian menyedari kenderaannya diekori sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina sejak dari Lebuh Farquhar.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, sejurus menyedari diekori, Kok Kwang membelok masuk ke Love Lane yang juga merupakan kawasan tumpuan pelancong asing.
"MPV dinaiki dua lelaki termasuk seorang dipercayai warga Indonesia itu kemudian terus menghimpit kereta Honda Civic yang dipandu mangsa.
"Pegawai bank itu kemudian memberi ruang kepada kereta berkenaan untuk memotongnya namun dia terkejut apabila suspek bertindak melanggar bahagian belakang keretanya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Kok Meng berkata, mangsa yang ketakutan tidak memberhentikan kenderaannya dan ketika itu dia nampak seorang lelaki yang duduk di sebelah pemandu membuka cermin tingkap kereta dan melempar bom buatan sendiri ke arah bahagian belakang keretanya.
"Tiba-tiba, 'bumper' kereta mangsa terjatuh dan pecah serta bunyi letupan menggegarkan kawasan berkenaan. Mangsa kemudian memecut keretanya sehingga ke Jalan Burma namun dikejar oleh suspek yang kemudiannya melarikan diri selepas melihat kereta polis peronda di situ," katanya.
Dalam kejadian berkenaan, Kong Meng berkata, dua orang iaitu seorang pelancong warga China cedera akibat terkena serpihan letupan selain seorang wanita tempatan.
Katanya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah.
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)