05 December 2013

Islam Itu Indah



Isteri : Abang, boleh sayang tanya?

Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?

Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita, berlainan digali sedalam 7 kaki?

Suami : Ooo... InsyaAllah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum). Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita.

Isteri : SubhanaAllah. Besarnya kuasa Allah ya abang.

Suami : (hanya tersenyum)
*Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana insyaAllah Allah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak.

SubhanaAllah Allahuakhbar!



kredit:putrablog1malaysia

04 December 2013

Adab Makan & Minum Rasulullallah




Islam adalah cara hidup  yang merangkumi semua aspek kehidupan yang mencerminkan akhlak yang terpuji. Salah satu aspek yang ditekankan termasuklah adab makan dan minum. Firman Allah SWT: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (QS Al-Baqarah: 168)
Terdapat beberapa adab yang perlu dipatuhi untuk memastikan kesihatan tubuh badan sentiasa terjaga. Islam tidak menggalakkan penganutnya makan sesuka hati, makan terlalu kenyang dan sebagainya. Tabiat pemakanan yang terbaik untuk diteladani ialah mengikut amalan Rasulullah SAW.
Amalan pemakanan Baginda SAW amat bertepatan dengan firman Allah SWT: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat beribadat dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu berlebih-lebihan; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” (QS al-A’raf: 31) 
Abdullah bin Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Orang kafir makan dengan tujuh perut, manakala orang mukmin itu makan dengan satu perut sahaja.” (HR Al-Bukhari & Muslim)
Al-Bazzar pula meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang paling banyak kenyang semasa di dunia adalah orang yang paling banyak mengalami kelaparan pada hari kiamat.” (HR At-Tirmidzi)
Ada beberapa panduan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya, antaranya adalah agar memulai dengan ‘Bismillah’ ketika hendak makan dan diakhiri dengan ‘Alhamdulillah’. Hikmah membaca Basmalah dan Alhamdulillah bagi seorang Islam adalah peringatan bahawa makanan yang hendak dimakan adalah nikmat, rezeki dan anugerah daripada Allah SWT yang semestinya disyukuri.
Rasulullah SAW hanya makan ketika lapar dan Baginda berhenti sebelum perut berasa kenyang. Cara Rasulullah SAW duduk ketika makan adalah seperti duduk tahiyat awal tetapi lutut kanan dinaikkan. Posisi ini bukan saja dapat memberi keselesaan pada perut, malah dapat menjaga keseimbangan ruang dalam perut agar terbahagi kepada tiga bahagian. 1/3 ruang untuk makanan, 1/3 bahagian untuk udara dan 1/3 lagi untuk air. Mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak sekaligus adalah amalan yang buruk kerana ia membebankan organ dan sistem pencernaan sehingga menjadi lemah dan tidak mampu mencerna dengan baik.
Sabda Baginda SAW: “Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya (tulang punggung). Melainkan jika ia tidak dapat mengelak, maka isilah sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga untuk nafasnya.” (HR At-Tirmidzi)
Di samping itu, Baginda SAW juga tidak pernah makan dalam keadaan bersandar, sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Juhaifah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku tidak akan makan dalam keadaan bersandar.” 
Rasulullah SAW makan dengan menggunakan tangan kanan. Rasulullah SAW bersabda: Jika salah seorang antara kalian hendak makan, maka hendaknya makan dengan menggunakan tangan kanan dan apabila hendak minum maka hendaknya minum juga dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kiri dan juga minum dengan menggunakan tangan kirinya.” (HR Muslim). 
Baginda SAW memakan makanan dengan tiga jari dan selepas selesai makan, Baginda SAW menjilat ketiga jari tersebut sebelum membersihkannya. Hikmahnya, kandungan enzim yang ada pada tangan atau jari kita tadi akan lebih cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan. Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang daripada kamu sudah selesai makan, jangan dibersihkan jarinya sebelum dia menjilatnya.” (HR Muslim) 
Perbuatan membasuh tangan dan berkumur sebelum dan selepas makan adalah amalan sunnah yang juga bertujuan untuk membersihkan gigi daripada sisa makanan dan bakteria. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Berkumurlah kalian selepas minum susu kerana di dalamnya mengandungi lemak.” (HR Ibnu Majah) 
Di samping itu, Rasulullah SAW gemar berkongsi makan dalam dulang bersama-sama dengan sahabat Baginda. Secara tidak langsung ianya mewujudkan kemesraan dan meningkatkan kasih sayang terhadap sesama Muslim. Selain itu, amalan berkongsi makanan dalam satu dulang juga dapat mengelakkan pembaziran. Sabda Rasulullah SAW: Berkumpullah kalian dalam menyantap makanan, kerana dalam makan bersama itu akan memberikan barakah kepada kalian.” (HR Abu Dawud) 
Imam Abu Hamid al-Ghazali rahimahullah menyatakan antara etika makan ialah membicarakan hal yang baik dan menceritakan kisah orang yang soleh ketika makan. Menurut al-Hafidz dan Sheikhul Islam Ibn al-Qayyim rahimahullah, Rasulullah SAW bercakap dan berbual ketika makan. 
Ada kalanya Nabi SAW bertanya apakah makanan pada hari ini dan memuji makanan itu.” (HR Muslim). “Dan ada kalanya Nabi SAW mengajar adab dan susila makan kepada kaum keluarganya. Ada ketika Nabi SAW sentiasa menggalakkan tetamu beliau supaya menambah lauk pauk dan minuman.” (HR Al-Bukhari). 
Ketika makan jangan terlalu banyak bercakap atau bercakap dengan makanan penuh dalam mulut. Juga jangan bercakap mengenai hal yang boleh menimbulkan rasa jijik atau loya. Hendaklah mengambil makanan yang paling dekat. Dalam satu hadis, yang diriwayatkan daripada Umar bin Abi Salamah RA, beliau berkata: “Semasa aku kanak-kanak, aku makan di dalam bilik bersama Rasulullah SAW. Tanganku melintasi (menjangkaui) segala piring-piring, lalu disebut oleh Rasulullah SAW: “Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu dan makan makanan yang paling hampir denganmu.” 
Umat Islam juga dilarang menggunakan bekas makanan yang diperbuat dari emas dan perak. Bukan sekadar kurang adab, malahan merupakan satu dosa apabila seseorang itu minum dan makan dengan menggunakan bekas daripada emas dan perak. Tindakan menggunakan emas dan perak ketika makan dan minum, melambangkan kesombongan, sedangkan sifat sombong adalah hak mutlak Allah SWT sahaja.
Dalam satu hadis, daripada Huzaifah bin Al-Yaman RA, beliau berkata: “Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Jangan kamu minum dalam bekas dari emas dan perak dan jangan kamu makan dalam pinggan dari keduanya kerana sesungguhnya ia untuk mereka (yakni orang-orang kafir) di dunia dan untuk kamu di akhirat.” (HR Al-Bukhari & Muslim)
Berkata Imam an-Nawawi: “Telah disepakati oleh sekelian ulama’ bahawa diharamkan menggunakan bekas dari emas dan perak sama ada untuk makan, minum, bersuci atau bentuk-bentuk penggunaan yang lain, sama ada bekas itu besar atau kecil, sama ada yang menggunakannya itu lelaki atau perempuan.” (Syarah Sahih Muslim, Imam an-Nawawi)
Kadang-kadang, ketika makan, ada makanan yang tidak sesuai dengan selera kita, tidak sedap dan sebagainya. Situasi begini tidak hanya berlaku pada diri kita sahaja, malahan berlaku juga pada Rasulullah SAW. Apakah tindakan Baginda apabila menghadapi situasi sedemikian?
Dalam hadis, daripada Abu Hurairah RA berkata: “Nabi SAW tidak pernah mencela makanan sedikitpun. Sekiranya Nabi menyukainya, pasti Baginda akan memakannya. Dan jika Baginda tidak menyukainya, Baginda akan meninggalkannya (yakni tidak memakannya).”
Rasulullah SAW juga ada memberi panduan mengenai cara minum antaranya jangan minum berdiri, jangan meniup air yang panas, jangan minum daripada bekas air yang besar, jangan bernafas ketika sedang minum dan minum seteguk diselang seli dengan nafas.
Peringatan Allah SWT melalui firmanNya: “Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang neraka menjadi tempat tinggal mereka.” (QS Muhammad: 12)
Mudah-mudahan bermanfaat sebagai peringatan bagi kita untuk mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Mereka itulah, orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu akan petunjuk mereka. Katakanlah: “Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai petunjuk itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk sekelian alam.” (QS Al-An’am: 90)
 
kredit:tigasotigo

Pahang - Banjir Semakin Buruk




Kuantan: Banjir di Pahang kini dilaporkan semakin buruk apabila lebih 9,000 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sehingga 8 malam Selasa.



Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga kini 9,030 mangsa yang melibatkan 2,095 keluarga dipindahkan di lima daerah. 
"Sebanyak 69 pusat pemindahan beroperasi di daerah Maran, Pekan, Rompin, Kuantan dan Jerantut. 
"Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 3,672 orang membabitkan 916 keluarga di 33 pusat pemindahan. "Di Rompin pula 859 keluarga dengan 3,249 mangsa ditempatkan di 13 pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa. 
Di Pekan, 932 mangsa dipindahkan ke 13 pusat pemindahan manakala di Maran, 1,124 mangsa banjir ditempatkan di sembilan pusat pemindahan. 
"Jerantut pula merupakan daerah terbaharu yang mengalami banjir yang mana satu pusat pemindahan dibuka membabitkan 62 mangsa daripada 12 keluarga," kata jurucakap itu. 
Katanya laluan yang ditutup bagi kenderaan ringan, Km28 Kuantan-Sungai Lembing, Km36 Jalan Gambang-Kuantan, Km16 Jalan Nenasi-Pekan, Km145 Jalan Jerangau-Jabor, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km10 Jalan Kuantan-Pekan. 
Katanya, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat banjir. 
Di JERANTUT, Ketua Polis daerah itu Supt Azid Ismail berkata lebih 10,000 penduduk di kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang dinasihati supaya bersedia untuk berpindah berikutan paras air di kedua-dua sungai semakin naik. 
Azid berkata hujan yang tidak berhenti-henti sejak tiga hari lepas memang dijangka menyebabkan banjir di kawasan rendah terutama di Hulu Tembeling dan kawasan tebing sungai. 
"Penduduk dinasihatkan supaya tidak turun ke Sungai Tembeling atau Sungai Pahang ketika air naik sebaliknya berpindah segera jika berlaku banjir bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya. 
Pengusaha bot penambang dan 50 pengusaha bot pelancong di Taman Negara juga dinasihatkan supaya menghentikan sementara perkhidmatan mereka. 
"Pengusaha bot perlu mengutamakan keselamatan penumpang," katanya. 
Di JOHOR BAHARU, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan petang ini meningkat kepada 5,659 orang berbanding 4,765 orang pagi ini. 
Setakat 3 petang, Segamat mencatatkan mangsa banjir tertinggi yang dipindahkan iaitu 1,116 orang, mangsa banjir di Kluang juga meningkat iaitu 187 orang manakala di Kota Tinggi meningkat kepada 74 orang. 
Portal MKN menyatakan Muar menjadi daerah terbaharu yang memindahkan mangsa banjir iaitu 35 orang manakala jumlah mangsa di Mersing kekal 4,247 orang. 
Sebanyak 42 pusat perpindahan dibuka berbanding 27 pusat pada sebelah pagi iaitu 18 di Mersing (kekal), 18 di Segamat (meningkat 12), tiga di Kluang (meningkat satu), dua di Kota Tinggi (meningkat satu) dan sebuah pusat dibuka di Muar. 
Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca hujan sekejap-sekejap di satu dua tempat di Mersing dan Segamat manakala ribut petir di satu dua tempat di Kluang dan Kota Tinggi hari ini.
Di KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 905 orang berbanding 452 orang pagi ini apabila Dungun dan Hulu Terengganu pula dilanda banjir petang ini. 
Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan setakat 4 petang ini Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu dilanda banjir dengan Kemaman mencatat peningkatan mangsa yang dipindahkan. 
Di Kemaman 761 orang daripada 195 keluarga dipindahkan ke 24 pusat pemindahan berbanding pada sebelah pagi hanya 13 pusat dibuka dengan 452 mangsa banjir. 
Di Hulu Terengganu, 94 mangsa daripada 18 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sejak 2 petang manakala di Dungun, 50 orang daripada 12 keluarga dipindahkan sejak 12 tengah hari. 
Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan bacaan pada 4 petang menunjukkan paras air di Pasir Raja dan Kuala Jengai di Dungun melebihi paras bahaya masing-masing setinggi 37.84m dan 23.21m. 
Sungai Kuala Berang, di Kampung Menerong di Hulu Terengganu juga melebihi paras bahaya iaitu setinggi 25.13m (bahaya 24.5m) manakala Sungai Kemaman pula, Sungai Cerol di Banho dan Jambatan Air Putih berada dalam kedudukan bahaya iaitu masing-masing setinggi 19.78m dan 15.06m. 
FOTO BANJIR DI PAHANG http://networkedblogs.com/RGRqi
 
Sumber:SH

Aku, Kau Berbeza. Aku, Kau Istimewa




LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
 

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagisuami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya sepertigunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripadalelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnyadosa-dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.

WANITA :

 
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya??


Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.


Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil. Manakaladosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya,
2. isterinya,
3.anak perempuannya, dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini:
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.  MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..


"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)


Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segalayang telahdikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusiaitu, anggotanyamenjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun diaberperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "


Hikmah sujud -


Sujud lega sistem pernafasan

 
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah
yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu
pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahansetiap ciptaan itumempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akalmanusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika
bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.
dan menjauhi larangannya.


Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir
dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan danmengembalikankedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pulaboleh:


- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempatasalnya.


- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.


- melegakan sakit hernia. (burut)


- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.


- melegakan paru-paru daripada ketegangan.


- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.


- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.


- meringankan bahagian pelvis.


- memberi dorongan supaya mudah tidur.


- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan
sujud dan bangun daripada sujud.


- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara
automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.


- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit
buah dada.


- mengurangkan kegemukan.


- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang
perut(convulsions).


- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan
oksigen.


- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke
otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan
sebagainya.


Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak,
takbur dan sebagainya.


Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkanmentality seseorang.


Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang
tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan
darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.


Tujuh kalimat 

 
Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan
Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "


1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.


3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut


4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.


5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.


6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima
musibah.


7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam
sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat,
walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan
jadi bisa, karena sudah biasa 


Sekarang anda mempunyai 2 pilihan

1. Biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox anda. Insya Allah tidak akan ada
sesuatu yang terjadi pada diri anda.
2. Forward E-mail ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah
ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

AMIN. 

 
Surah Al-Munaafiquun :


Ayat : 9 

 
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai
(lengah) kerana hartabenda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah
(sembahyang
lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka
mereka orang yang merugi.


Ayat : 11

 
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai
ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT
, ia adalah WAJIB :


Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib, dosanya seperti berzina dengan
ibunyasendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang
perempuan!


Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?
Meninggalkan solat Isya', maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.
Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini.
Dan lebih
malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).


Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di
dalam neraka.


Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.


Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja....
Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah Kalau
begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan
untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...


Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000
orang Islam.


Sumber:koleksibacaanilmiah

Bukan Sekadar Seloka Atau Gurindam

 

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun ‘make up’.

 
Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

 
 
Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

  

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak “Make Up” biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Hanya saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali untuk akhawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat seluruh badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh tauladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh sekarang mulai.

  

p/s:
yang buruk dijadikan sempadan
yang baik dijadikan tauladan…=)
milkyway25.